Monday, January 29, 2007

[safarul iman]: “PAMERAN UKHWAH” DI KEDUTAAN INDIA

[safarul iman]: “PAMERAN UKHWAH” DI KEDUTAAN INDIA
Catatan kenangan al-faqir ilaLLAH, Engr. Faridul Farhan Abd Wahab

Kedutaan India di jalan Duta ternyata sesak, padat dan penuh dengan batang tubuh bernama manusia. Entah di mana silapnya, proses mendapatkan visa untuk perjalanan ke India ternyata membayangkan suatu penantian yang pastinya lama. Sungguh pun menggunakan sistem pengambilan, penggiliran dan pemanggilan nombor –saya nombor 191 sedang waktu itu baru no ke -64!- entah kenapa proses penggiliran pada hakikatnya seolah tidak berpaksikan sistem pemanggilan nombor itu; bahkan lebih kepada prosedur beratur panjang di kaunter. Aduh, sistem apa saja sih yang dipakai oleh kedutaan India ini?

Namun, di balik kesesakan, kesibukan, kehanggatan dan ketidak-selesaan di ruang yang serba kekurangan lagi ketinggalan zaman itu, ternyata di sana terpaparnya “pameran ukhwah” yang sungguh menginsafkan dan menakjubkan, jauh sebelum bermulanya safar saya ke negara India.

“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah”.
(Surah Ghafir [40]:21)

“Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
(Surah al-Fathir [35]:44)

Para dispatch –yang datang membuatkan visa buat para majikan mereka- ternyata saling bantu-membantu sesama mereka, seraya satu mendapatkan visa buat rakan dispatch yang lainnya. Dari satu sudut, mungkin geram hendaknya tatkala giliran anda di”perpanjangkan” dek sistem “potong line” secara “tolong-menolong” sesama dispatch, tetapi, jika anda adalah insan yang bersedia untuk belajar daripada alam dan manusia-manusia di atasnya, anda bisa melihat proses pengambilan visa ini dari sudut pandangan yang berbeza. Ya, anda dapat melihat keutuhan persahabatan dan keakraban yang tampil dalam bentuk tolong-menolong sesama pekerja bawahan ini, sungguh pun berbeza majikan, berbeza company, berbeza uniform, dan lain-lain hal yang bisa menjadikan mereka memiliki seribu satu perbezaan. Namun, di atas status sosio-ekonomi mereka sebagai pekerja bawahan, membawa mereka kepada suatu kerjasama dan persefahaman yang erat, atau dalam istilah yang lebih islaminya dikenali sebagai “ukhwah”. Ya, para dispatch mengiklankan kepada kita perihal ukhwah!

Lalu, tidakkan anda merasa malu, wahai saudaraku, seandainya pelajar atau pekerja yang pernah mengikuti jenjang pendidikan formal sehingga ke universiti, untuk memaklumkan betapa tahap intelektual mereka tentunya jauh lebih tinggi berbanding para dispatch tadi, ditambah penglibatan mereka di dalam gerak kerja dakwah yang kononnya menyeru pada ALLAH yang satu, tetapi hakikatnya, mereka gagal bekerjasama apatah lagi berukhwah, hanya kerana berbeza jemaah, atau berbeza platform, atau –yang lebih remeh daripada itu- berbeza management? Seakan-akan mereka memahami “sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara” dalam konteks bahawa orang mukmin itu hanya di kalangan kelompok mereka sahaja, sedangkan di luar daripada kelompok atau jemaah atau management mereka sebagai tidak beriman, lalu layanan dan hubungan dengan yang lainnya berbeza dengan layanan mereka terhadap ahli kelompok mereka. Aduh… tafsiran apakah ini?

Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia berkata: Nabi SAW bersabda kepadaku; “Janganlah sekali-kali kamu meremehkan perbuatan baik sekecil apa pun, walau hanya dengan menjumpai saudaramu dengan muka yang berseri-seri.”
(HR Muslim 2626)

Aneh bukan, anda tidak dengar engineer asyik berantakan sesama engineer, doctor bergaduh dengan doctor, arkitek berperang antara arkitek, hatta dispatch yang berbeza “jemaah” dan “management” sahaja hidup harmoni dalam suasana tolong menolong dan bantu-membantu, tetapi berlainan pula dengan golongan agama, tidak henti-henti berperang, bergaduh, pulau-memulau lagi membesarkan titik perbezaan sesama mereka, sedang kitab dan sunnah yang mereka perjuangkan adalah sama? Lantas, insan-insan yang mencari kedamaian dan ketenangan di dalam agama ini menjadi semakin keliru dan jemu, lantaran sikap telampau fanatik dan ta’sub kepada kelompok dan individu, sehingga natijahnya umat ini makin menjauhkan diri daripada agama ini.

Ternyata yang merosakkan dan menjauhkan umat ini daripada agama bukan sekadar “ghazwul fikri” musuh semata, bahkan sikap fanatik kelompok menjadi faktor penambah kepada bencinya umat untuk mendekati agama. Ya, mereka benci untuk terlibat dalam aktiviti agama, kerana melihat pergaduhan dan peperangan sesama orang agama.

“Akh, kalau berlaku perpecahan dalam dakwah,
Ana terpaksa menentukan jalan ana sendiri.
Yang ana mahukan dalam dakwah adalahpenyatuan atas dasar aqidah yang benar,
Bukannya perpecahan berdasarkan fikrah yang lemah.
Anak tak mahu menegakkan firqah (kelompok),
Tapi yang ana tuntut adalah kesatuan dalam berjemaah.
Ana gusar dengan apa yang berlaku (pulau-memulau dan sebagainya)
Ketika dakwah ini masih baru”.
-(salah satu luahan hati insan-insan yang “mencari agama”,
tetapi kemudiannya dijauhkan oleh “orang-orang agama”)-

Maka, tidak bolehkan anda wahai orang-orang agama lebih berlapang dada dalam menyikapi perbezaan pandangan sesama anda, hatta perbezaan itu terkadang mencetuskan kontrovesi yang memudharatkan? Adakah kontreversi sang Mufti Perlis sahaja bisa dijadikan senjata bagi musuh untuk menyerang Islam, sedang panggilan “barua”, “ejen” atau “alat” seraya menunjukkan penentangan terbuka, tidak akan dijadikan senjata oleh musuh Islam untuk menyatakan bahawa gerakan Islam hanya tahu bergaduh dan berbalah sesama mereka?

“Dan janganlah kamu jadi berkelompok-kelompok dan berselisih pendapat selepas datang kepadamu keterangan yang nyata.Dan untuk mereka semua azab yang besar”
(Surah ali Imran [3]:105)

Tidak bolehkan anda lebih beradab dan berakhlak dalam mengkritik ulama’, sepertimana yang dipercontohkan oleh Ustaz Zaharuddin misalannya, yang menulis artikel dalam bentuk ilmiah dan penuh penghormatan terhadap sang Mufti perils, dalam mahu menyatakan ketidak-setujuannya terhadap kenyataan sang Mufti itu?

Tidak bolehkan anda, wahai ahli gerakan Islam, membiarkan sengketa sesama anda berlegar di kalangan anda semata? Atas dasar apa harus anda libatkan anak-anak buah anda, cucu buah anda, cicit tarbiyah anda, di dalam sengketa berkepanjangan, lalu jadilah seperti Aus dan Khazraj sebelum kedatangan Islam, yang sengketa tok nenek moyang mereka, diwariskan hingga enam, tujuh keturunan mereka? Wallahi! Dimakanah implementasi slogan “kita kerjasama dalam hal yang disepakati, kita berlapang dada dalam hal yang kita perselisihkan”? Wallahi! Apakah orang-orang beriman itu hanya di kelompok anda, hingga hak berukhwah tidak boleh diberikan kepada mereka yang di luar kelompok anda? Adakah anda tidak mendengar perkataan Nabi SAW yang mulia, tatkala melarang seorang Islam memboikot saudaranya yang lain –tanpa alasan yang hak- lebih daripada 3 hari?

Alhamdulillah, di kedutaan India itu, aku menyaksikan pameran ukhwah yang menakjubkan. Moga-moga ALLAH akan perlihatkan lagi renung-renungan keinsafan dalam kembara ku ke bumi India nanti.

Thursday, January 18, 2007

[ibroh idul adha]: PADA PENGORBANAN ITU ADA KEMULIAAN

PADA PENGORBANAN ITU ADA KEMULIAAN
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab


Tatkala Syed Qutb dibawa ke tali gantung -yang tidak sedikit pun menakutkan, menggentarkan apatalah lagi menimbulkan bibit-bibit penyesalan untuk ia menarik kembali kalimatul haq (kata-kata kebenaran) di dalam Ma’alim fit Thariq-nya- dengan sengaja ia diketemukan dengan adiknya, Hamidah Qutb, konon untuk membuatkannya menukar fikiran. Konon untuknya berpaling dari kebenaran. Konon untuknya tunduk pada arahan kezaliman.

Tetapi, apa yang kemudiannya yang terjadi? Dengan tersenyum, sang adik menegur abangnya; “Selamat jalan abangku.” “Selamat jalan adikku. Kita kan ketemu lagi di pintu Syurga.” Sungguh, ini pertalian yang melangkau hubungan kekeluargaan, lantaran dibina dengan asas-asas keimanan. Sepertinya ketegaran dan pengorbanan seorang Ummu Salamah untuk tetap terus menginspirasikan suaminya Abu Thalhah, untuk tetap terus menyahut panggilan jihad, sungguhpun si anak sedang sakit tenat. Lalu, pada mereka didoakan keberkatan zuriat, lantaran pengorbanan yang sangat luar biasa!

Inilah kisah para perwira yang memahami erti kemuliaan. Betapa kemuliaan itu ada pada pengorbanan. Bahawa kejayaan itu, tatkala kita sanggup mengorbankan diri demi perjuangan, bukan senang lenang menikmati sebuah kehidupan. Dengan pemahaman sebegini, lahirlah anak-anak Palestin yang berani berdepan dengan tentera dan kereta kebal, dengan hanya berbekalkan batu –dan tawakal kepada ALLAH- lantaran hidup mereka demi menggapai sebuah kemuliaan. Kemuliaan apa lagi jika tidak terkorban di jalan perjuangan. Maka histerialah para Zionis, lantaran hidup mereka demi memelihara kehidupan, sedang hidup para mukmin demi meraih kemuliaan.

Inilah rahsia sebuah kemuliaan, wahai kawanku! Bahawa kemuliaan itu, ada bersama sebuah pengorbanan, umpama yang dipertontonkan oleh seorang Ismail (A.S) tatkala mempersiapkan diri dengan jiwa yang besar, untuk disembelih sebagai sebuah ketaatan, semata-mata demi meraih kemuliaan. Lalu, kemuliaanlah kemudian yang Tuhan anugerahkan.

“Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).
Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,
(yaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah as-Shafaat [37]:103-110)
Lalu kemuliaan apa lagi yang dapat dikecap, oleh seorang Abdul Aziz ar-Rantisi, sepertimana ALLAH kabulkan permintaannya di atas kesediaan untuk berkorban. “Kita akan mati juga suatu hari nanti, entah disebabkan oleh Apache ataupun sakit jantung,” lalu, dengan tegas ar-Rantisi menambah, “dan saya memilih untuk mati dibom oleh Apache (Israel).”

Melayanglah jiwa-jiwa suci para Syuhada’, bertemu Rabb mereka dengan sebuah kemuliaan, terima kasih kepada keikhlasan pengorbanan.

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki.
mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Surah ali Imran [3]:169-170)

Wednesday, January 17, 2007

[ibroh idul adha]: RISALAH AGUNG

RISALAH AGUNG

Risalah itu terasanya terlalu agung -untuk ditolak- sungguhpun oleh manusia sedemikian jaguh. Sungguhpun kemarahan membara sebelumnya, risalah itu menyiram ketenangan akhirnya. Darah sang adik ipar belum pun kering, namun risalah itu menyingkapkan keagungannya. Akhirnya, Umar sang putera al-Khattab pun menemui kepasrahannya.

Demikianlah salah satu riwayat, dari sekian banyak riwayat, tentang pengislaman saidina Umar (R.A), sepertimana yang dinukilkan Syeikh Mubarakfuri di dalam Rahiqul Makhtum-nya [1]. Walau apa pun riwayatnya, semuanya sepakat pada kata kunci kesedaran Umar: keagungan risalah al-Quran al-Karim, atau, menurut bahasa Syed Qutb [2]; keajaiban al-Quran yang mempersona.

Kes yang sama seakan menimpa seorang lagi Umar, kali ini mursyidul am-nya Ikhwan (Ikhwanul Muslimin) yang ketiga, Umar Tilmisani, tatkala dihidangkan dengan keagungan dan kehebatan risalah dakwah. Selesai bertemu saja dengan as-Syahid Hassan al-Banna, ia terasa ketarikan dan keterikatan yang mendalam pada perjuangan risalah Islam yang suci, sebagaimana yang lainnya, yang tentunya akan pantas merasa terlalu kerdil untuk risalah yang sedemikian agung ini.

Lalu, jika risalah sedemikian agung ini, bisa melunakkan hati sekeras seorang Umar –atau dua orang Umar- apakah pantas risalah seagung ini menjadi bahan reject buat jiwa sekerdil kita? Justeru ini nikmat buat kita, nikmat yang hanya bisa dirasai –setelah sekian banyak tahun- oleh orang-orang seperti Cat Stevens, atau Muhammad Ali, atau Malcom X, atau Shah Kirit, dan lain-lainnya. Namun, demikian mereka meraih kepasrahan mereka, pantas terulang ungkapan seorang Umar, di saat menemui hakikat keagungan-Nya; “Wahai Rasulullah, tidakkah kita berada di atas kebenaran? [4]” Lalu, untuk apa kita tetap terus “menyembunyikan” keagungan risalah ini?

Keagungan risalah sering menghantarkan peneduhnya kepada kesungguhan dan tanggungjawab yang besar. Walau di balik segenap kelemahan, kekurangan dan kecacatan kita, justeru yang kita perjuangkan bukan imej dan kata-kata diri kita, tetapi keagungan dan kemuliaan risalah Islam ini. Sehingga hidayah ini telah menemukan, seorang anak nakal bernama Cahyadi Takriawan, untuk kemudiannya dimuliakan dengan pelbagai amanah, semuanya demi perjuangan Islam [5].

Semaklah kembali senandungnya ar-Rumi, lewat Fihi ma Fihi [6]; “Nabi yang menemukan jalan pertama kali, meninggalkan rambu jalan di berbagai tempat, sambil berkata, “Apabila engkau menapak jalan ini (jalan selain Islam-penulis), engkau akan menderita seperti kaum ‘Aad dan Tsamud,” dan, “Apabila engkau menyusuri jalan yang ini (jalan perjuangan fisabiliLLAH-penulis) engkau akan berbahagia sebagaimana berbahagianya orang-orang beriman.”

Sungguh, kemenangan itu jaminan pasti buat risalah ini. Tapi, bila kemenangan itu akan terjadi? “Itu bukan tugas kami untuk menjawab,” kata Abu Mus’ab al-Zarqawi, “ALLAH tidak membebani kami untuk itu. Yang ALLAH bebankan kepada kami adalah beramal untuk agama Islam, membela syariat Islam, dan mencurahkan segala kemampuan itu. Mengenai hasil, maka hanya kita serahkan kepada-Nya [7].”

“Beramallah kalian nescaya ALLAH, ar-Rasul dan orang beriman akan melihat amal-amalan kalian..”
(Surah at-Taubah [9]:105)

Marilah bersama melihat ke hadapan, bahawa ada banyak hal yang belum kita lakukan, bahawa ada banyak peluang yang bisa kita optimalkan, bahawa ada banyak tentangan yang harus kita selesaikan. Tidak akan ada kemuliaan –seperti katanya Umar al-Khattab (R.A)- di luar daripada lingkuan Islam.

RUJUKAN

[1] Syaikh Shafiyyur-Rahman al-Mubarakfury, “Sirah Nabawiyah” (ar-Rahiqul Makhtum)¸Pustaka al-Kautsar(2000), ms. 138-144

[2] al-Syahid Sayyid Qutb, “Ke’ajaiban al-Qur’an”, Dewan Pustaka Fajar(1983), ms. 13

[3] Umar Tilmisani, “Mursyidul ‘Am ketiga Ikhwanul Muslimin: Bukan Sekadar Kenangan” (Umar Tilmisani: Dzikrayaat laa Mudzakiraat), Robbani Press(1998), ms. 64-64

[4] Syaikh Munir Muhammad al-Ghadban, “Manhaj Haraki (Jilid 1)”, Robbani Press(2003), ms. 43

[5] Lihat catatan kenangan-nya Cahyadi Takriawan atau Pak Cah, Pengurus Wilayah Dakwah DPP Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia di dalam bukunya Cahyadi Takriawan, “Memoar Cinta di Medan Dakwah”, Era Intermedia(2004), ms. 52

[6] Jalaluddin Rumi, “Kado Bagi Pejuang Cinta”, Kreasi Wacana(2004), ms. Xiii

[7] Abdullah Azzam & istri; Syeikh Ahmad Yassin, Abdul Aziz ar-Rantisi; Khattab; Abu Umar as-Seif; Abu Mus’ab al-Zarqawi; Umar Abdurrahman; Usamah bin Ladin, “Surat Dari Garis Depan: Suara Hati Tokoh Perlawanan”, Jazeera(2006)

Monday, January 15, 2007

Qaradhawi: Kita boleh berbeza Parti dan Golongan, Tapi kita adalah "Muslim"!


dipetik daripada www.eramuslim.com

Sebuah pertemuan bersahaja tapi penting, semalam (9/1) digelar di rumah dinas Ketua MPR Hidayat Nur Wahid. Disebut bersahaja, karena proses pertemuan ini memang melalui undangan resmi melainkan hanya melalui telepon dan sms. Juga, karena mendadak para undangan pun hadir dengan kostum apa adanya sepulang tugas di tempat masing-masing. Tapi sebenarnya pertemuan itu sangat penting dan strategis, karena menghadirkan seorang ulama internasional, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang sejak kemarin menginjakkan kakinya di Indonesia. Pertemuan itu juga penting karena dihadiri oleh tokoh-tokoh lintas partai dan organisasi. Termasuk tokoh Partai Bulan Bintang (PBB), Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), Partai Amanat Nasional (PAN). Hadir juga Menteri Pertanian serta Menteri Pemuda dan Olahraga, tokoh ekonom Islam Syafii Antonio, dan tokoh-tokoh lainnya.

Dalam ceramahnya, Qaradhawi menyampaikan rasa syukur atas kehadirannya di Indonesia dan bertemu dengan para wakil dari beragam kelompok Islam di Indonesia. “Tidak mengapa kita berbeda kelompok, berbeda partai, berbeda organisasi, tapi kita semua harus menyadari bahwa kita adalah Muslim, ” begitu pesan awal yang disampaikan ketua Ulama Islam Internasional tersebut. Qaradhawi menguraikan, bahwa Indonesia telah menjawab dan membantah tudingan dusta orang-orang yang mengatakan bahwa Islam disebarkan dengan pedang. Menurutnya, Islam datang ke Indonesia bukan dengan pedang, bukan dengan tentara, bukan dengan senjata, bahkan bukan dengan kehadiran pada da’I. “Islam datang ke Indonesia melalui jalur para pedagang yang datang dari Gujarat. Mereka orang biasa. Bukan da’I, apalagi tentara, ” ujarnya.

Dalam kesempatan tersebut, Qaradhawi menyampaikan pesannya kepada kaum Muslim Indonesia untuk berpegang kuat pada kesatuan Islam yang telah mengikatnya. Ia menguraikan bagaimana kondisi umat Islam pada saat ini tengah melewati fase ujian dan tekanan yang luar biasa beratnya, melebihi tekanan yang pernah dialami kaum Muslimin dalam sejarah sebelum ini. Kita, kata Qaradhawi, pernah mengalami fase upaya penjajahan ratusan tahun oleh berbagai kekuatan di dunia ini dan memakan korban meninggal dari kaum Muslimin jutaan orang. Termasuk 9 kali perang salib yang kemudian dimenangkan oleh Imaduddin Zanki dan Shalahuddin Al-Ayyubi, termasuk pula perang Tatar yang menaklukkan Baghdad. “Meski ada dalam sejarah yang mengungkap ratusan ribu Muslim yang meninggal pada zaman itu, tapi ada pula sejarah yang mengatakan bahwa ada dua juta Muslim yang meninggal ketika itu, ” katanya. Ia melanjutkan, “Mereka mati bukan karena bom yang dijatuhkan dan mengenai banyak orang, tapi mereka meninggal karena perang tradisional menggunakan senjata yang langsung mengenai mereka satu persatu.” Bagi Qaradhawi, keberadaan pihak yang menentang atau membenci Islam adalah sebuah sunnatullah yang tak mungkin dirubah. “Allah menciptakan Muhammad dan Allah menciptakan Abu Jahal, Allah menciptakan Adam dan Allah menciptakan syaitan, Allah menciptakan orang beriman dan Allah menciptakan orang kafir. Jadi perseteruan ini memang akan selalu ada dan merupakan sunnatullah, ” ujarnya.

Tapi pada zaman ini, sesungguhnya fitnah dan gempuran terhadap Umat Islam sangat berat. Ia menyebutkan bagaimana tragedi Palestina di bawah penjajahan Zionis yang telah memakan korban ratusan ribu Muslim hingga saat ini. Bagaimana pembantaian yang terjadi di Afghanistan, di Irak, dan sekarang di Somalia. Semuanya menandakan musuh-musuh Islam bersatu bila yang dihadapinya adalah Islam. “Apa yang kalian ketahui tentang peristiwa yang menimpa saudara-saudara Muslim kita di Irak? Di sana ratusan ribu kaum Muslim Sunni dibunuh, sebagaimana saya mendengarkan langsung dari utusan Irak yang bertemu saya beberapa waktu lalu. Semua saluran kita untuk membantu kaum Muslim Sunni di Irak diputus sehingga kita tidak bisa membantu menolong mereka dari ancaman kematian.” Menurut Qaradhawi, andai saja pemimpin Syiah Ali Khamenei mau mengatakan kepada para pengikutnya, “Hentikan pembunuhan atas Muslim Sunni…” niscaya pembunuhan itu akan selesai.”

Qaradhawi kemudian kembali menandaskan pentingnya Muslim Indonesia untuk bersatu dan saling bahu membahu untuk mengangkat martabat kaum Muslimin. “Bersatulah wahai Muslimin Indonesia, karena hanya Islamlah yang bisa menyatukan kita. Hanya Islam saja yang memiliki garis persatuan yang bisa mengikat kita. Hanya Islam yang membimbing kita pada shiratal mustaqim, jalan yang lurus, yang menghindarkan kita dari berbagai penyimpangan.

Tahukah Anda? Kita Turut Membunuh Bayi Palestina Jika…

Bila hari ini Anda masih saja membeli produk-produk yang mendukung eksistensi Zionis-Israel, itu berarti hari ini Anda bersama dengan Zionis Israel, sudah ikut membunuhi bayi-bayi Palestina.

Banyak kalangan mengatakan bahwa memori umat Islam itu pendek. Pernyataan ini ternyata ada benarnya. Ketika seorang DR. Yusuf Qaradhawi mengeluarkan fatwa boikot dan mengharamkan umat Muslim membelanjakan uangnya membeli produk-produk Zionis di bulan November 2000, maka nyaris serentak Dunia Islam menyambutnya dengan gempita. Aksi boikot bergaung ke seluruh dunia.

Dalam waktu tidak sampai dua tahun sejak fatwa boikot itu dikeluarkan, perekonomian Zionis-Israel nyaris bangkrut. Buku “Ketika Rupiah Jadi Peluru Zionis” (Rizki Ridyasmara; Alkautsar; 2006) mencatat fenomena ini dengan lugas:

Mantan PM Israel Ehud Barak, pada 3 Juli 2002, mengatakan bahwa perekonomian Israel tengah berada dalam titik kritis. PM Israel Ariel Sharon mengamininya dan berkata, “Saat ini kami tengah berada dalam situasi amat sulit.”

Dalam kesempatan lain, Menteri Keuangan Israel Silvan Shalom juga mengeluh bahwa investor luar negeri telah kehilangan kepercayaan untuk menanamkan investasinya di wilayah pendudukan Zionis-Israel. Grafik perekonomian Israel menunjukkan penurunan yang amat berarti.

Pekan pertama Juli 2002, data statistik resmi Israel menunjukkan jumlah turis yang datang mengunjungi negeri Zionis itu dalam satu musim di tahun 2002 hanya berjumlah 33.000. Padahal dalam periode yang sama di tahun 2001, tercatat 116.000 turis mengunjungi negeri Zionis itu, dan pada periode 2000 terdapat 500.000 turis. Ini berarti hanya dalam waktu dua tahun, jumlah turis yang mengunjungi Israel mengalami penurunan lebih dari 90 persen!.
Dalam waktu yang sama, tingkat hunian hotel-hotel di Israel juga turun drastis hingga 47 persen. Haim Shapiro yang menulis untuk Harian Jerusalem Post menyatakan hal itu dengan mengutip laporan Asosiasi Perhotelan Israel. Bahkan bila dibandingkan dengan musim kunjungan di tahun 2000, sebelum meletus intifadhah dan seruan boikot, tingkat hunian hotel di Israel mengalami penurunan hingga 80 persen.

Dari daftar laporan itu diketahui, tingkat hunian hotel di Eilat hanya 10 persen, di Laut Mati hanya 4 persen, Herzliya 5 persen, dan Haifa 4 persen. Ini adalah angka terburuk dalam sejarah Israel. Dengan sendirinya, perusahaan maspakai penerbangan Israel, El Al, juga mengurangi jumlah penerbangan ke Eropa dan Amerika hingga 10-30 persen. Ini dinyatakan oleh pejabat CEO El Al-Yitzchak Amitai.

Dalam bidang industri militer, Israel juga mengalami pukulan yang hebat akibat intifadhah dan boikot. Kontraktor bidang pertahanan Israel, Israel Military Industries (IMI), sampai mem-PHK sekitar 800 hingga 1.000 pekerjanya, menutup sekurangnya lima unit pabrik senjatanya, menggabungkan (merger) unit-unit usaha yang dianggap bisa dilakukan sebagai langkah efisiensi, dan memikirkan kemungkinan upaya privatisasi. Itu dinyatakan oleh pimpinan IMI Arieh Mizrahi dalam rapat resmi dengan Federasi Pekerja Histadrust yang dipimpin oleh MK Amir Peretz.

Dalam laporannya, IMI mengalami defisit keuangan yang dianggap berbahaya, sekitar 30-40 juta dollar AS di tahun 2002, padahal IMI merupakan salah satu industri strategis Israel yang paling bergengsi dan besar.

Kampanye boikot dan gerakan intifadhah yang berlangsung di Dunia Islam juga menyebabkan Israel harus kehilangan investasinya dalam jumlah yang sangat besar. Wartawan Ha’aretz, Oded Hermoni, menulis sebuah laporan yang menyebutkan bahwa Venture Capital Funds (VCs) yang menanamkan investasi di Israel antara tahun 1999 hingga 2001 telah kehilangan hingga 5 miliar dollar AS dari keseluruhan investasi sebesar 6, 5 miliar dollar AS.

Yoram Tietz dari Ernst & Young Israel (Kost, Forer & Gabbay) menyatakan, “Yang bisa diterangkan adalah, 2 miliar dollar AS hilang disebabkan ditutupnya sejumlah perusahaan, sedang yang 3 miliar dollar AS hilang disebabkan terdepresi oleh situasi perekonomian dan politik di Israel yang terus-menerus menunjukkan grafik yang kurang menguntungkan.”
Dalam kuartal kedua tahun 2002, laba yang diperoleh perusahaan-perusahaan hi-tech di Israel dari sisi investasi dan kerjasama proyek mengalami penurunan tajam hingga 43 persen atau 291 juta dollar AS dibanding pendapatan dalam kuartal yang sama di tahun 2001. Temuan ini dilaporkan oleh Israel Venture Capital (IVC). Data ini diperoleh setelah IVC melakukan survey terhadap 99 perusahaan penanaman modal dan 68 kelompok perusahaan yang terkemuka di Israel.

Kolapsnya Zionis-Israel menghapus mitos selama ini bahwa negeri Zionis itu tidak terkalahkan oleh apa pun. Aksi intifadhah yang digelorakan Mujahidin Palestina dan disertai kampanye aksi boikot yang secara massif diikuti mayoritas umat Islam di Timur Tengah, dan sebagian lagi di Asia, Afrika, Eropa, serta Amerika, mampu meremukkan perekonomian negeri Zionis tersebut.
Pertanyaannya adalah, “Jika benar-benar kolaps, mengapa hingga kini Israel bisa tetap eksis dan bahkan menjadi semakin kuat?” Jawabannya ada pada Amerika Serikat di mana tokoh-tokoh pro-Zionis di negeri itu segera bertindak pro-aktif membantu Zionis-Israel.

Presiden George W. Bush dengan cepat menyetujui program bantuan AS kepada Israel tahun 2002 sebesar 2, 04 miliar dollar AS dalam bidang militer dan persenjataan, serta 730 juta dollar AS dalam bidang keuangan. Jumlah bantuan AS ini nyaris mendekati 20 persen dari total bantuan luar negeri AS ke seluruh dunia. Tapi jumlah ini pun dirasa tidak cukup. Kongres AS mengusulkan Gedung Putih agar menaikkan jumlah bantuan kepada Israel dan akhirnya disetujui.

Ini baru bantuan yang bersifat resmi dari pemerintah ke “pemerintah”. Belum lagi donasi-donasi lain dari berbagai sumber pendanaan swasta di Amerika yang mengalir ke Israel.
Kolapsnya perekonomian Israel cukup mengejutkan tokoh dan pejabat Zionis-Yahudi di Washington. Sungguh hebat daya hantam aksi boikot yang dilakukan oleh negara-negara Arab dan lainnya tersebut. Berbagai tokoh zionis di Amerika dan juga negara-negara lain dengan cepat menggalang aksi solidaritas bagi Israel.

Di Amerika, Paul Wolfowitz, pejabat Gedung Putih yang juga seorang Yahudi garis keras, menggalang acara solidaritas Israel yang diberi nama “Stand With Israel”. Aksi solidaritas yang diikuti ratusan ribu kelompok pro-Israel ini diisi acara penggalangan dana solidaritas untuk Israel. Dalam waktu singkat, ratusan juta dollar AS berhasil dihimpun. Acara penggalangan dana juga dilakukan di berbagai pertemuan kelompok-kelompok pro Israel, juga di internet dan media massa. Para pengusaha zionis di AS juga menyalurkan bantuan dalam jumlah besar ke Israel. Dalam waktu singkat, Israel yang sesungguhnya telah “melihat gerbang kematian”, kembali bugar.

Bagaimana dengan umat Islam? Gaung aksi boikot ternyata hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’. Banyak yang berdalih bahwa kita tidak bisa hidup tanpa produk Amerika. Alasan seperti ini sungguh tidak masuk di akal, karena bunyi fatwanya adalah mengharamkan membelanjakan uang kita untuk membeli produk Zionis, bukan mengharamkan kita memakai atau mengkonsumsinya. Yang jadi persoalan adalah mengucurkan uang kita untuk mereka, bukan pada produknya.

Jika kita masih saja enggan, itu berarti kita masih saja ikut dengan Zionis-Israel membunuhi bayi-bayi Palestina yang tak berdosa. Sudah siapkah kita mempertanggungjawabkan semua itu di akhirat?

Ucapan Ketua Pengawas SKBK sempena Sambutan Hari Guru 2004

Dauru Atfal fi hamli risalatil Islam

“Jika semangat kamu kuat;” kata Syeikh Muhammad Iqbal, “batu-batu di jalanan yang menghalang langkahmu itu akan menjadi air!”

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Kata-kata sang pujangga terkenal itu sewajarnya menjadi salah satu item yang menghias peribadi kanak-kanak kini. Kerana dengan keazaman yang kuat itu, ‘litar kehidupan’ dapat berfungsi dengan baik, seterusnya menyalurkan ‘tenaga kehidupan’ yang diperlukan untuk memainkan ‘pita kebahagiaan’ yang kita idam-idamkan. Ini kerana kanak-kanak, dalam pemahaman Bill Cosby (barangkali), merupakan peribadi peribadi jernih yang menjadi refleksi pada orang dewasa sekitarnya. Dek kerana itu, Rasulullah SAW sahaja menekankan pendidikan keagamaan harus dimulakan sejak peringkat kanak-kanak lagi.

Sahabat sekalian,

Berbekal semangat yang kuat inilah, ulamak agung Hassan al-Banna menubuhkan semacam ‘Kelab Membanteras Maksiat’ di masa kanak-kanaknya lagi. Maka tidak hairanlah, dek kerana telah mengukir keagungan sejak zaman mudanya lagi, ketika menjangkau dewasa, beliau mampu menjadikan dirinya ‘Hero Mukmin Sejati’. Beliau mampu menyumbang sebuah karya yang cukup berharga buat umat, kerana tinta untuk melakar karya kepahlawanan itu telah ia asah sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Bahkan ulamak-ulamak besar lainnya - yang semuanya turut menjadi ‘Hero Mukmin Sejati’ – yang namanya Syed Qutub, yang namanya Yusuf al-Qaradhawi, yang namanya Abdullah Azam, telah mampu menghafal al-Quran sejak kanak-kanak lagi.

Maka tidak hairanlah penyanyi Yusuf Islam memfungsikan kanak-kanak di dalam album terbarunya. Kerana Yusuf Islam sedar barangkali, bahawa jiwa-jiwa suci kanak-kanak harus diajar, dibentuk dan dididik untuk memberikan sumbangan kepada umat, agar kelak dengan mendewasanya mereka, mereka mampu menjadi ‘perwira-perwira’ yang memimpin umat kepada keredhaan Ilahi. Kita harus menjadi – berbekalkan semangat yang kuat tadi – kanak-kanak yang dewasa, bukan kanak-kanak yang kebudak-budakan.

Berbeza sungguh kanak-kanak di Malaysia dengan kanak-kanak di belahan bumi sana: di Palestin. Mereka menjadi anak-anak berjiwa pahlawan, sedangkan kita dilentur menjadi kanak-kanak yang asyik dengan keseronokan. Maka, bersempena Hari Kanak-kanak Sedunia, marilah kita garap potensi kita agar mampu menjadi kanak-kanak berjiwa ‘Hero Mukmin Sejati’.


(Petikan di atas merupakan teks ucapan Ketua Pengawas Sek. Keb. Bukit Kapar, sdr. Faridul Fawzan Abd Wahab bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah pada 8 Oktober 2004 yang lalu.)

Tuesday, January 09, 2007

[ibroh idul adha]: APA CARA YANG “KAMU” SUKAI

APA CARA YANG “KAMU” SUKAI
Engr. Faridul Farhan Abd Wahab

Seakan sudah tiada jalan keluar. Jika sebelumnya ia dibawa ke kemuncak gunung, kini ditakutkan pula dengan laut dalam. Ancamannya sama: tinggalkan agamamu, atau kamu akan kami binasakan! Dalam kondisi genting antara sepitan sepasukan tentera sang raja zalim, dengan laut dalam di sisi yang lain, yang ada satu saja penyelesaian pada si ghulam yang beriman: “Ya ALLAH, selamatkanlah aku dengan apa cara yang kamu sukai.”

Ternyata ada ibroh yang sangat manis dalam peristiwa tersebut, sehingga mana Hisyam Soqr lewat buku Ghulamud da’wah-nya[1] menukilkan doa –sepertimana doa si ghulam- sebagai senjata ampuh milik orang yang beriman.

Betapa besarnya hikmah dan pengajaran yang terkandung di balik hadith “ghulam, ahli sihir dan raja” ini, seakan sengaja Nabi S.A.W ceritakan, sebagai panduan dan panutan kita tatkala berhadapan dengan “raja-raja” dan “ahli sihir-ahli sihir” moden yang bakal memusingkan kembali roda peristiwa dan masa silam. Lalu Imam Nawawi, tatkala mengklasifikasikan hadith ini untuk Riyadhus Shalihin-nya, meletakkannya di bawah bab “Sabar”. Bererti, rahsia di sebalik kejayaan dakwah si ghulam, dan keberanian orang-orang mukmin untuk memahat nama mereka di dalam al-Quran dengan gelar “ashabul Ukhdud” (penghuni parit berapi) terletak pada kata kunci ini: sabar!

Kalau kata Syed Qutb di dalam karya monumentalnya ma’alim fit thariq[2], kisah ini adalah sebenarnya kisah kemurnian iman satu golongan manusia, yang rela menerima ujian dari pihak musuh mereka yang durjana dan garang.

Tapi di balik doa si Ghulam tadi, ada senjata lain selain kesabaran, iaitu tawakal. Ghulam tidak sekadar meminta pertolongan pada ALLAH, bahkan diserahkan sepenuhnya urusan penyelamatan itu pada pilihan dan ketentuan Ilahi. Ertinya, di saat getir sebegini pun, tidak ada “demanding”, yang wujud hanya penyerahan diri yang agung, buah sebuah keyakinan akan kebijaksanaan dan keadilan perencanaan Ilahi. Kesempurnaan tawakal ini, hanya lahir daripada insan yang telah menerima pancaran cinta Ilahi.

TUHAN menaburkan cahaya-NYA kepada segenap manusia
Bahagialah mereka yang telah menadahkan kain untuk menerimanya
Mereka yang beruntung tak akan melihat apa pun selain TUHAN
Tanpa kain cinta
Kita kehilangan bagian kita
(Jalauddin Rumi, Matsnawi I 760-2 [3])

Tawakal yang sempurna inilah yang memberanikan Nabi ALLAH Ismail (A.S) tatkala menyahut pertanyaan pendapat ayahnya Ibrahim (A.S) untuk maju dengan sebuah pengorbanan suci, dengan ayat “InsyaALLAH”, untuk kemudian diabadikan pengorbanan ini lewat penyembelihan binatang ternak di setiap Aidil Adha kita.

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
(Surah as-Shaffat [37]:102)

Ini kisah sabar yang agung. Ini kisah tawakal yang indah. Biarlah ALLAH menetapkan takdirnya yang terbaik, tanpa perlu demand daripada kita yang serba dhaif.

“..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah [2]:216)

“..Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
(Surah an-Nisa’ [4]:19)

Inilah hakikat cinta,inilah ketelusan pengorbanan. Lalu serahkanlah urusan hidupmu pada-Nya, di bawah naungan rahmat dan kebijaksanaa-Nya.

Cintaku kepadamu adalah khusus, wahai Kekasih Tunggal
Dan aku peduli bukan kerana janji akan Syurga
Ia membuatku melupakan dua dunia
Mengenal-MU merupakan sesuatu yang sangat indah
(Syeikh Muhammad Iqbal[4])

Ya ALLAH, kurniakanlah untuk kami, selamatkanlah diri kami, dengan apa cara yang KAMU sukai. Apa pun cara yang KAMU sukai.

RUJUKAN

[1] Hisyam Soqr, “Iman dan Harakah” (Ghulamud da’wah), Pustaka Salam Sdn. Bhd.(1998), ms. 173-175

[2] Syed Qutb, “Petunjuk Sepanjang Jalan” (Ma’alim fi at-Thariq), Crescent News (K.L) Sdn. Bhd.(2000), ms. 192-193

[3] Jalaluddin Rumi, “Kado Bagi Pejuang Cinta”, Kreasi Wacana(2004), ms. 11

[4] Muhammad Iqbal, “Metode Sufi: Meraih Cinta Ilahi”, Inisiasi Press(2002), ms. 10

[ibroh idul adha]: JIWA KITA YANG SEBENARNYA KERDIL

JIWA KITA YANG SEBENARNYA KERDIL
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab


Ke bukit Safa, wanita itu berlari-lari anak. Bukan hanya tekaknya yang serba kering yang ingin ia basahi, tetapi anak yang digendongnya itu yang perlu disusui. Hampa di Safa, ke Marwah pula ia pergi. Berulang-alik, sehingga 7 kali, demi cinta suci pada anak yang menangis-nangis kadahagaan. Itulah ketakjuban sebuah cinta, anak yang berat tidak lagi menjadi beban, bahkan inspirasi. Perjalanan yang melelahkan, justeru pengorbanan yang mempesonakan.

Sehingga, ketika telah jelas perjuangan wanita itu, turunlah Malaikat membenamkan sayapnya ke tanah, hingga memancarkan air. Hajar lalu membuat bendungan kecil dengan tangannya, menceduk air dan dimasukkan ke dalam bekas yang dibawanya. Setelah penuh, air itu tetap memancar. Beliau lalu tercengang. Tetap minum sepuasnya, untuk kembali menyusui anaknya. [1] Begitulah, setiap pengorbanan, sering membuahkan balasan yang tak terjangkakan.

Tapi, untuk sampai ke nikmat sebesar itu, seagung itu, seabadi itu, harus tegar melalui sebuah penderitaan. Penderitaan yang justeru sebuah rambu-rambu perjuangan. Perjuangan yang penuh dengan unsur pengorbanan. Dan pengorbanan yang dipacu oleh keyakinan akan kebenaran.

Lalu di sini masalahnya. Kita seolah kekurangan –jika tidak ketiadaan- sosok-sosok segagah Hajar yang sanggup memikul sebuah beban bernama Ismail (A.S), lantaran mempunyai jiwa yang sungguh besar. Kita juga ketiadaan seorang yang setegar Ibrahim (A.S), yang juga berjiwa besar, untuk dengan berat hatinya bertawakal kepada ALLAH, melepas pergi isteri dan anak, untuk sebuah masa depan yang tidak pasti. Kita justeru tiada keyakinan akan kasih sayang dan peliharaan Tuhan, sehingga terbeban kita untuk melakukan pengorbanan, lalu derita kita mengharungi ujian, dan berakhir kepada kegagalan memperoleh hasil yang diidamkan.

Kita gagal lantaran tidak berjuang. Dan tidak berjuang, lantaran ketidak-sediaan untuk berkorban. Dan tidak sedia berkorban, lantaran merasakan bebannya risalah kebenaran. Walhal, bukanlah da’wah itu yang terlalu beban, tetapi jiwa kita yang terlalu kerdil.

“Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.”
(Surah ali Imran [3]:160)

Maka ditinggikanlah darjat orang-orang yang berjiwa besar, sepertimana dianugerahi kepada jiwa-jiwa besar sebelum mereka, seperti Ibrahim, Ismail, Hajar, Maryam dan lain-lainnya.

“..Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.”
(Surah an-Nisa’ [4]:95)

Maka bertanyalah kembali diri kita; terhinanya Islam, sudahkah kita berbuat apa-apa? Adakah da’wah itu yang terlalu berat, atau jiwa kita yang terlampau kerdil?


RUJUKAN

[1] Kisah dipetik (menggunakan ayat-ayat sendiri) daripada buku Ibnu Katsir, “Kisah Para Nabi” (Qishashul Anbiyaa’: Ibratun li-Ulil Albaab), Perniagaan Jahabersa (2004), ms. 196-197

Monday, January 08, 2007

[ibroh idul adha]: BARAKAH SANG PEMBAWA RISALAH

BARAKAH SANG PEMBAWA RISALAH

Halimah hanyalah seorang wanita miskin. Dan perkampungan Bani Sa’ad, ketika itu, sangat kering. Bagaimana mungkin seorang anak –yang kemudiannya bakal menjadi pimpinan umat- bisa hidup di penempatan sefakir itu? Tetapi disitulah keajabaiannya. Jiwa-jiwa pemegang panji kebenaran, sering hadir dengan rezeki penuh barakah yang tidak terjangkakan, sebagai pengiring risalah kebenaran yang bakal mereka perjuangkan.

Lalu, awan pun bergumpalan, hujan pun turun menggembirakan, menyanyikan lagu-lagu riang kepada bumi Bani Sa’ad yang kekontangan. Seketika, sungai-sungai kembali berair dan tanaman pun bertumbuhan, sehingga orang-orang dapat minum dan bercocok tanam sesuka hati mereka. “Kehadiran Nabi Muhammad S.A.W ke tempat kami,” demikian menurut Halimah as-Sa’diyah [1], “sungguh mendatangkan kesuburan dan keberkahan.”

Demikianlah juga dengan tok-moyangnya, Ismail (A.S). Bumi yang tandus itu, serta-merta menjadi subur. Tanah yang sunyi itu, serta-merta menjadi perkampungan orang ramai [2]. Semacam itulah takdir para pembawa risalah kebenaran: sering menjadi rahmat kepada serata alam.

Lalu, jika para pembawa risalah sahaja sering hadir dengan seribu-satu keberkahan, bayangkan pula risalah agung yang mereka perjuangkan. Mana mungkin risalah ini mencetuskan keharuan, mana mungkin risalah ini menebar kezaliman. Bahkan risalah ini, justeru merupakan sebuah “kehidupan.”

“Dia menurunkan para malaikat dengan (membawa) “roh/ kehidupan”[3] dengan perintah-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya, yaitu: "Peringatkanlah olehmu sekalian, bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku".
(Surah an-Nahl [16]:2)

Tetapi, sejauh mana risalah ini menjadi sebuah kehidupan yang penuh rahmat, tatkala tiada yang sudi menjadi pejuang panji-panjinya? Atau, adakah wang ringgit dan kekayaan duniawi yang dilihat sebagai kehidupan, berbanding rezeki yang “barakah” tatkala menjadi pemegang panji risalah kebenaran?

“Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”
(Surah al-A’raf [7]:96)

Ternyata, hanya pada tugasan itu –pejuang panji kebenaran- ada barakah dan kerahmatan. Maka marilah bersama-sama, kita penjadi pembawa risalah perjuangan ini, lalu memakmurkan bumi dengan risalah kebenaran.

RUJUKAN

[1] Kisah diambil (dengan mengedit menggunakan ayat sendiri) dari buku Dr. ‘Aid ‘Abdullah al-Qarni, “Al-Quran Berjalan: Potret Keagungan Manusia Agung” (Rahmatan lil ‘Alamin), Sahara Publishers (2006) ms. 17

[2] Kisah dipetik (menggunakan ayat-ayat sendiri) daripada buku Ibnu Katsir, “Kisah Para Nabi” (Qishashul Anbiyaa’: Ibratun li-Ulil Albaab), Perniagaan Jahabersa (2004), ms. 196-198

[3] Maksud “roh/ kehidupan” di sini ialah “wahyu dan rahmat”. Rujuk “mukhtasar tafsir at-Thabari” ms. 267

[ibroh idul adha]: KEPATUHAN SANG ANAK

KEPATUHAN SANG ANAK
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab

Itu sebuah permintaan gila! Hanya kegilaan bisa terungkap andainya masih ada bibit-bibit kepatuhan dan ketaatan pada permintaan itu, sungguhpun datang dari seorang ayah, insan yang menuntut kewajipan taat yang mutlak dari sang anak. Namun, tidak bagi seorang Ismail (A.S). Keimanan telah mendahului segalanya. Apatah lagi, ketaatan seorang anak pada ayahnya –apatah lagi bila sang ayah juga seorang Nabi- menutup langsung ruang keraguan, menimbus habis lubang kegilaan.

Siapa saja pastinya terkejut mendengar permintaan sebegitu. Masakan tidak, tergadai nyawa menjadi taruhan. Namun, pengorbanan dua beranak Ibrahim (A.S) dan Ismail (A.S) yang bersumberkan keimanan yang mendalam, menjadi rahsia semuanya, untuk kemudian babak pengorbanan mereka diabadikan di dalam memori sejarah.

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!"…
(Surah as-Shaaffaat [37]:102)

Permintaan sang ayah, kalaulah kiranya kita seorang Ismail (A.S), tentunya terasa sangat berat. Betapa terserlah kasih sayang sang ayah, tatkala terpacul juga permintaan pendapat, sungguhpun telah jelas mimpi berteraskan wahyu, menjadi bukti cinta seorang ayah sejati.

Begitu juga cinta seorang anak –yang tentunya kerana dia bukanlah seorang kita- tatkala menyahut mantap pertanyaan pendapat penuh kasih sang ayah;

“…Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
(Surah as-Shaaffaat [37]:102)

Demikianlah, cinta pada Ilahi Rabbi, telah mewajibkan cinta kepada kedua ayah bonda. Dan berkat pemahaman cinta –seperti yang dimodelkan oleh kedua nabi ini- menjadikan ketaatan dan kepatuhan sebagai teras keharmonian institusi kekeluargaan.

Bijak sekali tatkala Luqman al-Hakim meninggalkan pesan buat anak kesayangannya -sehingga diiktiraf dan dirakamkan al-Quran- agar menjadikan ketaatan kepada ayah bonda sebagai mata pelajaran kedua setelah menanamkan kecintaan kepada Ilahi Rabbi.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”
(Surah Luqman [31]:14)

Tidakkah tatkala kita menyoroti kisah kejahatan adik-beradik Yusuf (A.S), yang akibat sebuah kedengkian, menyebabkan tragedi kezaliman pun mengambil tempat di dalam babak kehidupan, namun tidak langsung kita ketemukan babak kurang ajar mengambil tempat di dalam surah yang dipenuhi keindahan?

Lalu, hitunglah kembali berapa banyak ungkapan “ahh” yang muncul daripada mulut kita, memahat dosa di dalam amalan?

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”
(Surah al-Isra’ [17]:23)

Aduh, betapa mulianya mereka, kedua ayah bonda kita. Dan betapa hinanya kita, tidak langsung serupa model ketaatan seorang anak yang ditampilkan Nabi Ismail (A.S). Maka mintalah ampun di atas dosa-dosa kita, dan dosa kedua ibu bapa kita, dan jadilah anak yang soleh yang menjadi “amalan berterusan” buat kedua ayah bonda kita, sungguhpun di alam Baqa’ sana.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
(Surah al-Isra’ [17]:24)

[ibroh idul adha]: MERDEKA: Siapa Yang Menang?

MERDEKA: Siapa Yang Menang?
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab

Saat itu sangat getir. Mimpi itu sangat mencemaskan. Bagi para penumpu kehidupan dunia, sebuah pengingkaran dan penafian terhadap wahyu Ilahi lebih diterima-pakai, berbanding ketaatan yang justeru merupakan sebuah pengorbanan. Tetapi tidak bagi Ibrahim (A.S) dan anaknya Ismail (A.S). Buat keduanya, menurut titah perintah Tuhan-nya, justeru merupakan sebuah kemenangan nan abadi.

Lalu disitulah berkecainya teori goyah manusia. Melarikan diri daripada sebuah ketaatan, pada sudut pandangan mereka, adalah sebuah kemenangan yang mereka cari-cari, tetapi pengorbanan kerana sebuah ketaatan –seperti yang dibuktikan oleh kedua “bapak para anbiya’” ini- ternyata adalah kemenangan yang sejati. Kemenangan apa lagi yang bisa dicari, kenikmatan apa lagi yang dapat diraih, tatkala ALLAH menggantikan Ismail di saat penyembelihan dengan binatang ternak, untuk kemudiannya peristiwa kesanggupan pengorbanan kedua nabi ini, diabadikan di dalam bingkai permaidani sejarah? Lalu menjadi amalan turun-terumurun untuk sekian banyak generasi sehingga tiba penghujung zaman? Ternyata kemenangan itu bukanlah diukur menurut zahiriah inderawi, bahkan berada di dalam lipatan dustur Ilahi.

Atau, saat para penganut Yahudi mentertawa seraya mengejek-ejek baginda Nabi (SAW), tatkala turun ayat tentang pemindahan kiblat;

“Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitulmakdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?" Katakanlah: "Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
(Surah al-Baqarah [2]:142)

Tetapi, hikmah di balik pemindahan itu jauh lebih agung, kemenangan di balik penukaran kiblat itu jauh lebih abadi, sebagai pembelaan terhadap kemurniaan dan kesucian Islam sebagai satu-satunya agama di sisi Tuhan yang masih kekal suci. Selain kembali kepada warisan masjid yang dibangun Ibrahim dan Ismail –keabadian kemenangan hasil ketaatan mereka- pemindahan itu perlu –menurut Syed Qutb- untuk membezakan secara khusus antara umat Islam dengan umat yang lain, baik tentang pengenalan indrawi mahupun secara citarasa [1]. Lalu, terpeliharalah umat Islam daripada tipu-daya Yahudi andainya kekal berkiblatkan ke Baitul Maqdis, iaitu dakyah betapa kiblat umat Muslimin dengan Yahudi adalah sama, maka untuk apa berpindah ke agama Islam yang baru?

Ertinya, sekali lagi, kemenangan itu bukanlah semestinya pada zahiriah indrawi. Seperti yang pernah disimpulkan oleh Sun Tzu, si panglima perang China yang agung; “mencapai seratus kemenangan dalam seratus pertempuran bukanlah puncak kemahiran. Sebaliknya mengalahkan musuh tanpa bertempur itulah mercu kecemerlangan[2].” Lalu, pernyataan beliau di dalam karya monumentalnya “Sun Tzu’s The Art of War” ini semakin menampakkan kebenaran, apatah lagi setelah diibrahi oleh musuh-musuh Islam dikalangan Yahudi dan Nasrani.

Bagaimana bisa kemerdekaan lewat perjanjian –seperti yang dikecapi oleh Malaysia- dilihat sebagai sebuah kemenangan dan kebanggaan, dibanding dengan perjuangan yang menuntut pengorbanan titisan air mata dan darah –seperti kemerdekaan Indonesia misalnya- andainya terbukti bahawa justeru kemerdekaan itu adalah “kemenangan” musuh tanpa pertempuran? Apalah erti sebuah kemerdekaan, andainya budaya dan jati diri bangsa, masih berada dalam kepompong “jajahan” lalu bisa diatur dan dicaturkan oleh bangsa penjajah? Bagaimana mungkin ini sebuah kemerdekaan, tatkala Tahun Baru tetap ingin disambut dengan pesta hiburan (oleh rakyat jelata) sedang Aidil Adha dan bencana banjir masih berlangsungan? Apalah merdekanya negara Afgan, atau Sudan, atau Iraq, andainya seorang Muslim, sungguh pun namanya Saddam Hussein, tetapi digantung walau di hari perayaan “Idul Adha”, hari di mana umat Islam merayakan pengorbanan?

Sun Tzu telah merumuskannya, musuh Islam telah mengambilnya, umat Islam menjadi korbannya. Lalu bertanyalah kembali setiap tiba perayaan kemerdekaan; Merdeka: Siapa sebenarnya yang menang? Hanya pengorbanan dalam nada sebuah ketaatan (kepada Islam) adalah benar-benar sebuah kemenangan. Kerana kemenangan, justeru adalah hasil perjuangan yang menuntut titisan air mata dan darah.

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepadakebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Surah ali Imran [3]:92)

RUJUKAN

[1] Lihat tafsir surah al-Baqarah [2]:142-152 di dalam tafsir Sayyid Qutb, “Tafsir fi Zhilalil Quran (Jilid I,II & III)”, Gema Insani Press(2000M), ms. 224-233.

[2] Jeneral Tao Hanzang, “Seni Perang Sun Tzu: Tafsiran China Moden”, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (2006), ms. 5

Ukhwah.com :: Top Blog