Monday, July 31, 2006

Mel Gibson kecam Yahudi

“Celaka Yahudi. Yahudi bertanggungjawab atas semua peperangan dalam dunia ini. Adakah awak Yahudi?”
-Mel Gibson, aktor Hollywood tersohor
Pemimpin OIC pula......
"salam ukhwah penuh mesra (dengan mengukir senyuman) kepada Amerika..."

Friday, July 28, 2006

Penyudahan dialog "Kofi Annan Bacul..."

Maka berkatalah Malaysia sebagai pengerusi OIC: "Kofi Annan Bacul.."
Dia sebenarnya nak kata: "Kofi Annan bacul. tengok kitorang ni. berani je berbaik-baik dengan Amerika..."

Thursday, July 27, 2006

Apa khabar iman? (email. 9 April 2004)

assalamualaikum warahmatuLLAH...

"..dan jika kamu berpaling, DIA (ALLAH) akan menggantikan kamu dgn kaum yg lain dan mereka ini tidak seperti kamu." (Surah 47:38)

ikhwan wa akhawat, mudah2an dirahmati, diberkati, dinaungi oleh Rabbul Izati,

Kalau kita perhatikan di sekeliling kita, setiap masa,s etiap waktu, saban hari,p enyeru2 kemaksiatan dan kesesatan tak pernah jemu2 dan tak pernah berputus asa utk mengajak manusia kepada berbuat kemungkaran terhadap ALLAH. cuba tgk hampir setiap minggu, secara 'live' disiarkan yg namanya "Sure Heboh" sebagai bukti dan saksi yg paling utuh menunjukkan betapa kemungkaran tak pernah mengambil kesibukan mereka utk menyeru kepada menidakkan perintah2 dan larangan2 ALLAH. sedang pada masa yg sama, kita sebagai insan2 yg mengaku cintakan ALLAH, sering kali beralasan sibuk, tak tahu, bahkan tak mampu utk meluangkan masa dan keringat demi mempertahankan agama suci ini daripada serangan musuh. jika dulu dizaman kita sebagai mahasiswa harapan masyarakat, asignment dan test menjadi alasan kita, tetapi kini dizaman sudah berkarier, kerjaya dan overtime menjadi pengganti alasan utk tidak turut serta dalam gerakan membasmi kemaksiatan.
Apatah lagi kelak bila kita sudah berumahtangga. maka alasan isteri tinggal sorang dirumah, anak sakit2, dan berpuluh ribu alasan lagi bakal kita pamerkan sebagai "sticker" di "kenderaan alasan" kita tiap kali kita melalui pondok pak guard "tarbiyah ummat".
maka bangkitlah wahai sahabatku..... Islam memerlukan dirimu. andainya penyeru2 pintu neraka boleh saja ada masa terluang utk beraktivitas, maka mengapa tidak kita, sedang bukankah kita mempunyai something more then mereka??

"Janganlah kamu berhati lemah dlm mengejar mereka.jika kamu menderita kesakitan,mereka pun menderita kesakitan,sebagaimana kamu menderitanya,tetapi kamu mengharap dari ALLAh APA YG TIDAK MEREKA HARAPKAN..." (Surah 4:104)

tarbiyyah adalah nyawa kita, maka andainya ia terhenti, maka tiadalah lagi nilai hidup diri kita. benarlah apa yg dikatakan oleh sang khalifah Rasyidin Umar al-Khattab: "tiada kemulian di luar daripada Islam!!"

kalau andainya seorang lumpuh bernama syeikh Ahmad Yassin mampu melaksanakan gerak kerja tarbiyyah umat secara luar biasa, hinggakan Yahudi laknatuLLAh menjadikan ia musuh nombor satu, sehingga ia berhasil bertemu Rabbnya dalam keadaan syahid, maka apakah jawapan yg dapat dan mampu kita berikan tika didapakan pertanyaan oleh Rabbul Izati akan apakah yg telah kita sumbangkan terhadap Islam???

bangkitlah teman2,Islam memerlukan kalian......

ana sentiasa mengalu2kan kalian ke medan dakwah ini, dan sentiada bersedia menurut perintah andainya dihadapkan kerja dakwah oleh kalian,k erana itulah status ana, dan status kita semua sebenarnya...
kuli kepada dakwah,hamba kepada ALLAH....

assalamualaikum warahmatuLLAH...

Faridul Farhan Abd Wahab

RE: TAQWA DAN DOSA

Bismillahiwalhamdulillahi.

Assalamualaikum wbt.

Akhi fil iman wal islam yang ana cintai,

Sesungguhnya ALlah berfirman di dalam surah 3 : 135 bahawa orang yang bertaqwa saja masih berdosa dan menzalimi diri mereka apatah lagi kita insan yang serba kekurangan ini. Oleh yang demikian teruskan istiqfar, taubat sambil mengharapkan ampunan ALlah serta berdaqwah dan berjihad dengan ikhlas sambil mengharap keredhoanNya Insya-ALlah pertolongan ALlah itu sangat dekat.

Sesungguhnya akhi, antum dan semua ikhwah dimana pun berada sentiasa ada dihati kami dan kami tidak pernah lupa untuk mendoakan antum semua.Kami sangat rindu untuk bertemu lagi dengan antums emua dan berharap serta berdoa agar ALlah sentiasa menyatukan hati kita semua dalam kecintaan kepada-Nya.

Wassalam.

Ukhhukum fil jihad,
Abu Muhammad.

(email. 20 Febuari 2002)

Selamat Berpuasa di Bulan rejab...

Assalamualaikum warahmatuLLAH

Saya serba salah, sama ada wajar atau tidak, patut atau tidak, rasional atau tidak, untuk saya menulis artikel ini. Namun, kerana menyedari islam menyelar individu-individu yang menyembunyikan dan menyorokkan kebenaran, maka tampillah nukilan dan tulisan ini. Tanggapilah ia sebagai sebuah informasi dan nasihat, bukan sebagai sebuah amaran mahupun larangan.

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati,”
(Surah al-Baqarah [2]:159)

AlhamduliLLAH, kita sudah masuk kepada bulan Rejab, salah satu bulan “haram” di dalam Islam. Pra-masuk ke dalam Rejab, saya ditanya oleh keluarga isteri saya, adakah saya akan berpuasa pada 1 Rejab ini. Katanya, berpuasa bulan Rejab sudah menjadi kebiasaan rakyat Kelantan, suatu amalan mulia menurut saya, yang memartabatkan lagi status masyarakat islam Kelantan di mata masyarakat Negara.

Saya teringat tiba-tiba kenangan semasa di matrikulasi dahulu. Kebetulan, saya berpuasa sunat(wajib) bagi menunaikan nazar saya. Berpuasa nazar ini juga saya perbuat setiap kali merasakan diri saya semakin bertimbun dengan dosa-dosa besar. Demi mengetahui saya sedang berpuasa, sahabat saya –moga ALLAH merahmatinya dan mempertemukan kami semula, dek kerana rindunya saya berjumpa sahabat soleh sepertinya- yang aktif di dalam jemaah “Tabligh” pantas memuji saya lalu berazam berpuasa direct Rejab, Sya’ban sebelum masuk kepada Ramadhan al-Mubarak. Serba salah saya, saya berpuasa nazar sebenarnya, bagaimana pula saya boleh dijadikan role model oleh beliau untuk melakukan amal soleh di waktu itu.

Keluarga isteri saya juga baik-baik belaka. Terkadang, malu dan segan saya dibuatnya. Mereka sangat menghormati ilmu saya, sungguh pun saya sekadar mempunyai Sijil Pengajian islam dalam bidang syari’ah. Itu sahaja. Tetapi penghormatan yang mereka berikan, sangat mengharukan diri ini. Apabila pulang ke kelantan, saya di minta menjadi imam solat di madrasah tok ayah (datuk). Bagaimana mungkin seorang yang masih dianggap sebagai “orang luar”, boleh diangkat menjadi imam solat, sedang masyarakat masih terbiasa berimamkan generasi-generasi tua dalam menunaikan solat jemaah mereka? Penghormatan sebegini tidak bisa saya rasai di dalam keluarga besar saya, lantaran ramai di kalangan kaum kerabat saya yang mempunyai degree, master mahu pun PhD di dalam bidang syariah, usuluddin, dan sebagainya. “Alumni” Mesir bahkan bisa ditubuhkan di dalam keluarga besar saya ini.

Saya memuji warga Kelantan, lantaran kesungguhan mereka berpuasa sunat. Kita yakin bahawa puasa ini dapat menjana generasi yang bertaqwa, sesuai dengan apa yang dinukilkan oleh al-Quran:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”
(Surah al-Baqarah [2]:183)


Jika ada pihak yang mendakwa hanya puasa ramadhan sahaja yang ‘illah (sebab/objektif) kepada taqwa, maka saya berpendapat sebaliknya. Setiap puasa –sunat mahupun wajib- yang berniatkan liLLAHi TAALA, bisa membawa kepada taqwa. Bukankah Rasul-NYA S.A.W menganjurkan puasa kepada pemuda -sebagai alternative kepada perkahwinan- sebagai penawar kepada gejolak asmara?

“Wahai sekalian pemuda, siapa saja yang telah mampu berumah tangga maka hendaklah ia segera berkahwin kerana perkahwinan dapat mengekang pandangan dan menyucikan nafsu seksual. Barangsiapa yang belum mampu, hendaknya ia berpuasa kerana puasa itu dapat dijadikan sebagai penawar nafsu berahi”
(Hadith riwayat Bukhori & Muslim dari Ibnu Mas’ud)

AlhamduliLLAH, mudah-mudahan ALLAh SWT menganugerahi kalian dengan kebaikan lantaran puasa sunat yang kalian laksanakan semata-mata mencari redha dari Yang Maha Kuasa. Namun begitu, sekadar sebagai makluman, saya coretkan sedikit fakta sebenar berkenaan fadhilat atau cerita berkenaan kelebihan Bulan rejab ini, sekadar sebagai nota tambahan buat kalian:

Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi.

Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain? Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya S

ya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat

Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.

Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam). Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab? Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu. Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa: "Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain. Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! ! erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya. Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. " Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i. "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii. "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan : :"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.
Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat : "Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.

"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."

2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain
Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:

"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu. Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:

"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab -

"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan pe! ! ! rkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :

"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu
Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :

"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani
Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar: "Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :

"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". ! ! ! - riwayat Muslim.

Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."

4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa : "Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram". Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6]. Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? -Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. -Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. -Hadis sangat Dhaif.
*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. -Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. -Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. -Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.

Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad : "Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain" Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]: "Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah." Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :

"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."

d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,! ! ! kata nya: "Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali......... Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."

e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:

"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa))
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq." Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kera! ! ! na ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.

Puasa-Puasa sunat yg lain Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :

"Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah" Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ): "1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji. 2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam. 3. 6 hari didalam bulan Syawal. 4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15. 5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu. 6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah. 8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. " Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]

Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah: - hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz) - berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily) - Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) - berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik). Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

WALLAHU A'LAM BISSOWAB

DISUSUN SEMULA OLEH :
USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWI
PEGAWAI AGAMA/KAUNSELOR KUB MALAYSIA BERHAD

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw. Buat mereka yang berpuasa di bulan Rejab yang mulia ini, saya ucapkan “selamat berpuasa” dan moga ALLAH anugerahi kalian dengan kebaikan.
WaLLAHu a’lam

(diemailkan pada 27 Julai 2006)

Wednesday, July 26, 2006

"PBB Tidak Bermaya" - Presiden OIC

"PBB tidak bermaya"
komen Abdullah Ahmad Badawi terhadap kegagalan PBB menangani isu Israel vs Lebanon
(Utusan Malaysia, ruangan "Muka Hadapan", 25 Julai 2006)
"Kofi Annan ‘bacul’ "
-komen Pemuda Umno terhadap isu yang sama
(Utusan Malaysia, ruangan "Politik", 23 Julai 2006)
Utusan Malaysia 21 Julai 2006: "OIC tiada kuasa hentikan keganasan Israel"
Komen Kofi Annan (andaian saya): "OIC (terutama pnegerusinya) bapak segala pembacul!!"

Tuesday, July 25, 2006

Isu Serban: Perpecahan di kala perlunya perpaduan

Nota: Maaf, saya tidak sempat menulis artikel ini lagi. tetapi tajuknya sahaja sudah sepatutnya memperingatkan kita dan menyedarkan kita akan fenomena yang berlaku. Di saat-saat umat islam harus bersatu menentang musuh yang lebih utama, menentang penghinaan terhadap Islam oleh kumpulan artikel 11, kita pulak sibuk bergaduh isu serban sampai tahap menghina ulama' yang tak sebulu dengan kita, sama ada ustaz Asri (menyokong mahkamah) mahupun ustaz2 lain (menolak keputusan mahkamah). Tidak bolehkah kita berbaik sangka dengan para ulama'?

Wednesday, July 19, 2006

Pantulan Cahaya

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
(disebar-emailkan pada 15 Julai 2005)


Pada kurun ke-16 Masihi, Galileo telah membuka hamparan baru dalam peradaban manusia, dengan kejayaannya mengaplikasikan prinsip pembiasan cahaya dengan penemuan teleskop. Tidak lama kemudian, Hubble pula telah mempamerkan kehebatannya dengan menghasilkan teleskop yang lebih jitu dan lebih jauh jangkauannya, berkat pemahamannya yang mendalam terhadap konsep pembiasan cahaya ini.

Sesungguhnya, bila kita membahaskan berkenaan pembiasan cahaya, sering kali kita kata, implementasi dan natijah nyata daripada pembiasan cahaya ini, ialah teleskop. Melalui sang teleskop inilah, kita dapat melihat hal yang begitu besar, begitu jauh daripada kita. Teleskop telah menemukan kita dengan sang planet, yang besarnya tidak terkira, yang jauhnya tak terjangkau. Teleskop juga telah menemukan kita dengan sang bintang, sang matahari, sang bulan, yang sekali menjengok mereka, waduh… betapa kerdilnya kita. Betapa hinanya kita. Betapa kurangnya kita, berbanding ke Maha Esa-an dan Maha Kuasa-an Sang Pencipta. Lantas, hal ini mula menimbulkan rasa kekerdilan di dalam diri kita, sehingga nyahlah dan kesampinglah segala ketaksuban, keangkuhan, dan keegoan yang ada di dalam lubuk hati kita, yang sebetulnya merupakan ilham sang Syaitan durjana. Lalu hadirlah kita –dengan berbekalkan rasa kekerdilan itu- sebagai insan tawadhuk yang sentiasa merasa kekurangan, hingga tetap istiqamah dan istimrar di dalam segala amalan, di atas landasan keimanan.

Dengan adanya sang teleskop itu, mudah-mudahan dirimu akan merasakan semacam perasaan ketergantungan pada rahmat dan kasih sayang Sang Pencipta, sehingga dirimu tak akan pernah lupa pada-Nya walau sedetik cuma. Dan dengan kehadiran sang teleskop itu jugalah, terkadang dikau tewas di medan perjuangan, lantaran merasakan bahawa dirimu teramat kenit, teramat kurang, teramat malang, berbanding ‘planet-planet’ bernama insan yang lainnya. Begitulah kekecewaan terus bergumul, keluh kesah yang berlapis, putus asa mula menikam, sehingga tergelincir dirimu dari landasan kebenaran.

Ketika perasaan semacam ini mula menggamit perasaanmu, maka renungkanlah kembali syairnya Jalaluddin Rumi:

Nabi yang menemukan jalan pertama kali,
Meninggalkan berbagai rambu di berbagai tempat,
Sambil berkata:
“Apabila engkau menapak jalan yang ini,
engkau akan menderita
seperti kaum ‘Aad dan Tsamud,”
dan, “apabila engkau menyusuri jalan yang ini
engkau akan berbahagia
sebagaimana berbahagianya orang-orang beriman.”
( Jalaluddin Rumi, “Fihi ma Fihi”) 1
Ketahuilah, wahai saudaraku, bukankah pembiasan cahaya itu juga telah menatijahkan kemunculan sang mikroskop. Yang kehadiran sang mikroskop itu justeru membawamu melihat makhluk-makhluk yang lebih kerdil berbanding dirimu, yang lebih ‘hina’ berbanding kemuliaanmu, yang lebih ‘dilupakan’ berbanding perhatian yang sering diterimai olehmu. Terkadang mereka lebih sunyi: tidak diperhatikan, tidak dipedulikan. Sunyi sepi jiwa raganya, tapi riang gembira dengan redha dan doa. Ada yang namanya anak seorang pembantu tadika, ditangkap dek kerana tidak hadir ke PLKN, walhal kemiskinan membelenggu dirinya. Hingga, jangankan untuk belajar bidang yang ia tidak minat pun tak mampu, setakat mengambil PMR pun terpaksa dilupakan.
Ada pula keluarga miskin yang terpaksa bergantung hidup pada siput babi sebagai lauk harian. Itupun, dicerca dan dihina oleh pembaca di akhbar!

Ada kanak-kanak Palestin, yang saban hari melihat Yahudi terlaknat menghalau dan menyeksa saudara-saudaranya. Miskinnya orang, masih berumah, miskinnya mereka, tidak bertanah. Cita mereka ke universiti bukan demi meraih diploma lain sebagainya, cita mereka ke universiti demi mempelajari cara berjihad fisabiliLLAH: bagaimana mengaplikasikan ilmu dan memanfaatkan teknologi demi membuat bom, senjata, lain sebagainya. Bahkan masuk ke universiti pun bukan puncak impian mereka, tetapi menjadi syahid dan menewaskan (membunuh) tentera zionis adalah cita-cita tertinggi yang mereka impikan.
Ada kanak-kanak Acheh, yang jadi yatim piatu di waktu mudanya. Tapi doa syukur tetap mengiringi rentak kehidupan mereka…. Begitulah mereka, yang memahami bahawa kehidupan ini, demi sesungguhnya, bukan milik kita, tetapi milik “Yang di atas”. Dia-lah yang berhak menentukan rentak hidup kita bagaimana. Atas dasar apa kita harus mengeluh dan berduka nestapa, demi melihat keuntungan dan kebahagiaan setengah kelompok masyarakat, sedang, pada masa yang sama, kita tetap lebih beruntung dan lebih bahagia berbanding setengah kelompok masyarakat lainnya.
“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”
(Surah al-Hadid [57]:22-23)
Beginilah sikap orang yang telah redha pada takdir. Ia tidak bersedih ketika mana mengetahui dirinya kerdil tatkala melihat teleskop, kerana ia sentiasa sedar, bahawa ada yang lebih kecil, lebih malang, lebih tak dipedulikan berbanding dirinya, ketika mana ia mula mengintai-intai di sebalik mikroskop. Persis pesanan Abdullah Bin Mas’ud R.A: “Jalan keluar dan pertolongan berasal dari keimanan dan kerelaan hati. Kecemasan dan keluh kesah berasal dari keraguan dan marah.”2

Apalah ertinya kehidupan dunia, jika keindahan Akhirat, di dalam hatimu, telah menjelma. Lalu apa ada dengan menjadi kerjayamu sebagai doktor, engineer, manager, cikgu, dan sebagainya, andainya ilmu itu sekadar untuk meraih kehidupan dunia. Bukankah kita sering mengunkapkan, tiap kali solat kita, tiap kali doa iftitah kita, bahawa “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semata-mata kerana ALLAH Ta’ala” (Surah al-An’am [6]:162).

Lalu apalah ertinya menjadi semua itu, andainya keilmuan mu itu tidak bermanfaat membantu teknologi umat Islam? Apa ertinya menjadi profesional, andainya engkau senantiasa disibukkan dengan kerjayamu, sedang umat di luar, memerlukan dirimu? Mereka murtad, mereka jadi jahat, mereka merompak, tapi, mereka jugalah yang memerlukan dorongan dan belai kasih ilmumu, agar terbimbing ke jalan redha-Nya.

Kita lihat kuning telur, bahagian itulah yang paling disukai oleh manusia. Namun, bahagian itu jugalah yang paling berpenyakit buat kita. Kita lihat kulit ayam, hal itulah yang sangat diidamkan oleh penggemarnya, namun hal itu jugalah yang paling tinggi kolesterolnya. Dan kita lihat kekayaan dan keindahan dunia, hal itulah yang sering dikejar-rebut, namun hal itulah yang sering kali diperingatkan oleh al-Quran untuk menjauhinya.
“Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.”
(Surah al-Maidah [5]:100)

“Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri.
Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahanam; dan Jahanam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.
Akan tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan-nya bagi mereka surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah. Dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.”
(Surah ali Imran [3]:196-198)
Barangkali dirimu ditempatkan oleh ALLAH SWT di situasimu kini, bahkan sebenarnya adalah kerana cinta-Nya Dia kepada dirimu. Maka, balaslah cinta-Nya, dengan mananam cita untuk mempelajari ilmu, demi membantu agama-Mu, bukan sekadar bersaing dan meraih pekerjaan. Bila ilmumu bermanfaat buat umat, di situlah tertingkatnya nilai ketaqwaan, di sana jugalah dirimu bakal meraih kejayaan.
“..Barang siapa bertaqwa kepada ALLAH, akan Kami tunjukkan ia jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka..”
(Surah at-Thalaq [65}:2-3)

“..barang siapa yang berjihad di jalan KAMI, benar-benar akan KAMI tunjukkannya jalan-jalan KAMI..”
(Surah al-Ankabut [29]:69)

“..bertaqwalah kepada ALLAH. Dan ALLAH akan mengajarkanmu..”
(Surah al-Baqarah [2]:282)

Jauhilah keterputus-asaan, kerana itu bukannya sikap orang beriman. Jauhilah kekecewaan, kerana itu bererti dirimu marah dengan takdirnya TUHAN.

“..dan janganlah kamu berputus-asa daripada mengharapkan rahmat ALLAH. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada mengharap rahmat ALLAH melainkan orang-orang kafir.”
(Surah Yusuf [12]:87)

“Janganlah kamu berhati lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, kerana dirimulah yang paling tinggi (darjatnya), jika dirimu beriman”
(Surah ali Imran [3]:139)
Yakinlah bahawa ALLAH sentiasa bersama orang yang beriman. Saudara-saudara muhajidin kita ketika perang Afganistan melawan Russia telah mengalaminya, sahabat-sahabat R.A di medan Badar pernah mengalaminya, dan sirah Nabawiyah menjadi bukti yang paling nyata. Pastinya akan ada pelangi di hujung jalan. “Tika kau lemah, jadikan ALLAh sebagai tempat meluah rasa. Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa agama. Tika kau rebah, kau harus tabah kerana dikau mujahidah muda.” Apalah ertinya kesibukan kita ini, andainya menyebabkan tugas membela umat diabaikan.

Saksikanlah kembali email nasihat daripada ustaz murabbi:
Saudaraku,
tahanlah kecewamu hingga batas yang luas
jangan biarkan kecewamu membinasakan
hati dan fikiranmu yang mulia
Berkacalah kepada para anbiyya
atau para sahabat-sahabatnya
bagaimana mereka terbuang awalnya
dimuliakan oleh malaikat pada akhirnya
masih ada orang yang sehati dan sefikrah denganmu
sunyi sendiri raganya tapi ramai gembira dalam amal dan do'a
kau ada banyak teman di sini di sana dan dipelbagai sudut dunia.
aku pastikan salam cinta dari kami semua
Tapi....
apalah arti cinta dan salam kami
di sisi doa dan keluhanmu pada Robbiy Izzatiy
Berjamaah bisa bersendiri asal tetap pada pelukan Ilahi Robbiy.

Ya Allah jagalah anak kami, mujahid kecil kami, da'ie mukhlish kami...
generasi baru negri jiran kami sangat menanti mereka ya Allah
Ya Allah
telah berkali-kali gerakan suci di sana
hilang taji dan amal murni,
mereka tak mampu membangun diri
menjadi contoh perubah sejati
hanya kerana .....
masalah hati..
Ya Allah, jauhilah mereka dari penyakit hati..

Akhi, bertahanlah
semakin sukar semakin dekat dengan puncak
“falak tahamal aqobah”3
RUJUKAN

1 Jalaluddin Rumi, “Kado Bagi Pejuang Cinta”, Kreasi Wacana (2004)
2 Majalah Tarbawi Edisi 98 Th.6/ 9 Disember 2004M
3 Surah al-Balad [90]:11

Monday, July 17, 2006

Nasihatilah aku

Assalamualaikum

Sahabat,

Nasihatilah diriku,
Kerana aku merasa cukup sedih dan pilu
Dakwah ditentang bertalu-talu
Tiada yang datang dan sudi membantu

Sahabat
Bagaimana caranya ku dakwahi mereka
Menyelamatkan mereka dari jurang Neraka
Menjadikan hati mereka bercambah kasih
Di dalam taman kasih ALLAH mereka merintih
Menyesali dosa noda yang lalu
Dan kita sama-sama berukhwah di atas landasan tujuan yang satu

Sahabat
Ku akui diriku dhaif
Ku sedar hakikat ku naïf
Tapi sungguh tak selamanya rela
Membiarkan saja agama di”perkosa”
Membiarkan masyarakat mendapat laknat
Kerana menjadi sejahat umat
Lalu datang bala ALLAh menghancur lumat

Sahabat
Nasihati diriku yang sedang bersedih
Dakwah ditolak, ku rasakan pedih
Usaha siang malam yang menjadikan ku letih
Namun hasil yang diidam masih bertatih

Sahabat bantulah diriku ini
Kita daulatkan Islam di muka bumi


(sajak ini sebetulnya adalah email kepada seorang kawan dek kerana memohon untuk dinasihati, lantaran penulis merasa kegagalannya di dalam berda'wah. Ditulis dan diemailkan pada 14 Julain 2006)

Pendirianku berkenaan isu serban

Apabila Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abdul Malek Ahmad sebulat suara dalam keputusan mereka menolak rayuan tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan yang dibuang sekolah sembilan tahun lepas kerana enggan menanggalkan serban mereka, saya sudah menduga reaksi yang pelbagai daripada kelompok yang juga pelbagai di dalam tubuh umat masyarakat kita.

Sudah saya jangkakan bahawa akan ada pihak yang dukacita, kecewa dan menentang keputusan melarang pemakaian serban itu, sedang akan ada pula yang berlapang dada dengan keputusan itu, dek kerana pemahaman mereka terhadap sunnah "berserban" yang berbeza-beza, sesuai dengan khilaf ulama' terhadap hukum pemakaiannya.

Saya teringat kisah silam as-syahid Imam Hassan al-banna bila berbicara pasal ketegasan untuk berserban. Tetapi di kemudian harinya, tidak dikau dapati kebanyakan gambar Imam al-Banna itu, melainkan bertarbus belaka. Ini membenarkan sedikit sebanyak pendapat tokoh salaf Malaysia, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bahawa memilih anak-anak tidak bersekolah berbanding menanggalkan serban bukanlah satu pendirian yang bijak;

"Kenyataan Hakim Mahkamah dalam isu serban tiga bekas pelajar berkenaan adalah bertepatan dengan ruh Islam. Ini menunjukkan hakim berkenaan memahami Islam dan sunnah Nabi dalam topik berkenaan secara ilmiah. Cumanya, alangkah baiknya jika dia tidak mengaitkan dengan janggut. Ini kerana bagi janggut itu ada hadith khusus untuknya. Adapun serban bukan tuntutan agama. Tidak wajar mengorbankan masa depan para pelajar tersebut dalam isu yang remeh dan tidak disuruh oleh Islam. Bapa para pelajar berkenaan telah memahami dan mempraktikkan Islam secara salah. Dia tidak memahami keutamaan agama. Jika hakim sifatkannya 'angkuh', ia mungkin benar. Islam pada akidah, ibadah dan sistem hidup yang bertunjangkan akidah. Serban adalah budaya Arab yang dipraktik oleh Nabi s.a.w bersesuaian dengan kearaban baginda. Dinamakan dengan 'al-sunnah al-jibiliyyah'. Seperti mana baginda suka memakan labu, bahagian bahu kambing dan seumpamanya. Maka seseorang tidak wajar berbalah ke mahkamah untuk mempertahankan sunnah makan kambing di sebuah tempat yang tidak mengizinkan daging tersebut dimakan di situ. Ini adalah lambang kedangkalan. Namun jika tempat tersebut menghalang pengamalan wajib Islam, maka patut ditentang. Jika sekolah menyuruh membuka aurat, kita akan tentang. Tiga pelajar ini terinaya dalam kesilapan kefahaman mereka. Islam seperti ini patut dibaiki" (http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=30511)

Namun begitu, harus kita ingat bahawa isu larangan berserban ini tidak sepatutnya dilihat dari sisi hukum semata-mata. Bukankah maruah dan martabat umat Islam sejak kebelakangan ini begitu "bangsat" sekali? Lihatlah sahaja ketika ada pihak yang mahu melaksanakan amar ma'rug nahi mungkar, mereka kemudiannya dijolok dengan gelaran "skuad skodeng". Apabila heboh isu larangan bercium dan berpelukan di khalayak ramai, seluruh akhbar berbahasa Ingeris dominasi kuffar menyerang dan menidakkan akhlaq islami. Apabila ada pelajar membantah pemakaian tudung rasmi UIA ketika konvokesyen, tiba-tiba pemakaian tudung tidak diwajibkan. Disko dan kelab malam mahu ditutup jam 5 pagi. Akhbar NST menyiarkan karikartun menghina Nabi SAW, ditengah-tengah bantahan masyarakat dunia terhadap penyiarannya oleh akhbar Denmark. Dan kemuncak penghinaan terhadap islam ialah tuntutan IFC yang berkisar tentang isu murtad. Dalam keadaan sebegini, tentunya pengharaman pemakaian serban ini -sedang kalung salib, pemakaian skirt, serban golongan Sikh dibenarkan pula- menyebabkan musuh-musuh Islam bertepuk tangah penuh gembira.

Maka benar hujah pandangan seorang netters:

"Tapi pada masa yang sama kita kena tengok lebih jauh, sebagai orang yang prihatin dengan isu-isu Islam. Keputusan hakim itu melibatkan penafsiran perlembagaan Malaysia yang sekarang ni orang-orang IFC, Article 11, SIS tengah perjuangkan agar tidak ditafsir condong kepada Islam.
Bila makna mahkamah sudah menafsirkan bahawa boleh diambil sedemikian maka apakah itu yang umat Islam di Malaysia mahu? Orang Islam boleh pakai skirt dan tak pakai tudung pi sekolah, sebab kebebasan agama? Tak boleh pakai serban sebab apa? Sebab serban tu mengancam keselamatan awam? Takde kena mengena dengan agama? Sekarang ni puak-puak sekular sedang gembira dengan keputusan kes ni. Budang-budak krisitan pakai kalung salib kat sekolah tak pernah kena buang lagi. kalau naik mahkamah, pasti pihak gereja akan mempertahankan mati-matian kerana kebebasan agama mereka walau pakai kalung salib tu bukan wajib. Tapi bila orang Islam kena buang sekolah kerana pakai serban, ada sebahagian orang Islam tak terasa apa, malah menyalahkan students tu. Teringat kes siswi kena gantung sebab pakai purdah di universiti dulu-dulu. Dulu orang kata kalau nak pakai purdah jangan lah kerja dalam government, pergilah kerja luar. Pakai skirt boleh pulak kerja government. Patutlah akhir zaman nak pegang sunnah macam pegang bara api." (karim; http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=30509)

Azan: Kalimah ALLAH setiap masa

Saya tampilkan sebuah rencana yang diforward-email oleh seorang kawan. Sungguh pun ia bukanlah perbahasan ilmiah, namun isi kandungannya saya yakini tidak bertentangan dengan fakta. Jika ada yang tidak percaya dan mahukan bukti (seperti ayat JAKIM kepada Mufti Perak), silalah buat R&D sendiri,

AZAN: THE AMAZING PHENOMENON

Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslimsof the world, it is an established fact. Have a lookata map of the world and you will find Indonesia on theeastern side of the earth. The major cities ofIndonesia are Java, Sumatra, Borneo and Saibil.As soon as dawn breaks on the eastern side of Saibil,at approximately 5:30 am local time, Fajar Azaanbegins. Thousands of Muazzins in Indonesia beginreciting the Azaan.

The process advances towards WestIndonesia. One and a half hours after the Azaan hasbeen completed in Saibil, it echoes in Jakarta.Sumatra then follows suit and before this auspiciousprocess of calling Azaan ends in Indonesia, it hasalready begun in Malaysia.

Burma is next in line, andwithin an hour of its beginning in Jakarta, it reachesDacca, the capital ! city of Bangladesh.After Bangladesh, it has already prevailed in westernIndia, from Calcutta to Srinagar. It then advancestowards Bombay and the environment of entire Indiaresounds with this proclamation. Srinagar and Sialkot(a city in north Pakistan)have the same timing forAzaan. The time difference between Sialkot, Quetta,andKarachi is forty minutes, and within this time, FajarAzaan is heard throughout Pakistan.Before it ends there, it has already begun inAfghanistan and Muscat. The time difference betweenMuscat and Baghdad is one hour. Azaan resounds duringthis one hour in the environments of Hijaaz-e-Muqaddas(Holy cities of Makkah and Madinah), Yemen,United ArabEmirates, Kuwait and Iraq.The time difference between Baghdad and Alexandria in Egypt is again one hour. Azaan continues to resound inSyria,Egypt, Somalia and Sudan during this hour. Thetime difference between eastern and western Turkey isone and a half hours, and during this time it isechoed with the call to prayer.Alexandria and Tripoli (capital of Libya) are locatedat one hour's difference.

The process of calling Azaanthus continues throughout the whole of Africa.Therefore, the proclamation of the Tawheed andRisaalat that had begun in Indonesia reaches theEastern Shore of the Atlantic Ocean after nine andhalf hours.Prior to the Azaan reaching the shores of theAtlantic, the process of Zohar Azaan has alreadystarted in east Indonesia, and before it reachesDacca, Asar Azaan has started. This has hardly reachedJakarta one and half hours later, the time of Maghribbecomes due, and no sooner has Maghrib time reachedSumatra, the time for calling Isha Azaan has commencedin Saibil!When the Muazzins of Indonesia are calling out FajarAzaan, the African Muazzins are calling the Azaan forIsha.If we were to ponder over this phenomenonthoughtfully, we would conclude the amazing fact thatthere is not even a single moment when hundreds ofthousands of Muazzins around the world are notreciting the Azaan on the surface of this earth.

Evenas you read this aterial right now, you can be surethere are atleast thousands of people who are hearingand reciting the Azaan!!!Allah said, "If you are ashamed of me, I will beashamed of you."

"Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life andMy Savior. Allah keeps me going day and night. WithoutAllah, I am no one. But with Allah, I can doeverything. Allah is my strength.

Allahu Akbar!!

Wednesday, July 12, 2006

Isu Murtad: Sekadar khabar angin dan surat layang?

Suka yang mengambil perhatian semua, sebarang tulisan yang disebarkan melalui emel mengenai murtad - orang melayu masuk kristian adalah surat layang yang sengaja hendak melemahkan umat islam di malaysia ini. dakwaan seperti ini sudah lama dan tidak ada bukti yang sahih untuk menguatkan hujjah itu. jadi, tidak guna kita jadi ejen penyebar berita palsu itu. pada saya tidak ada untungnya kita sibarkan perkara sebegini, sebaliknya menguntungkan pihak lain yang melihat kita melatah.
Dalam hal ini saya anjurkan dua perkara kepada staf KKSB yang beragama Islam:
1. abaikan segala emel seumpama itu (termasuk isu seorang syeikh yang mimpi rusulullah tu).
2. jaga diri dan keluarga dari gejala murtad.


Di atas adalah cebisan email yang saya terima daripada seorang kawan. Sungguh pun saya juga mengkritik email asal yang menjadi sebab lahirkan email di atas, selain turut mengakui bahawa ada banyak kisah palsu yang sering disebar-emailkan (seperti kisah air mineral ada Holy Water, Gardenia ada babi, wanita campak al-Quran bertukar menjadi binatang, dan sebagainya), namun, itu tidak boleh dijadikan sebab kita menolak fakta dan menidakkan kegawatan aqidah di kalangan masyarakat Melayu kita sehingga wujudnya gejala murtad ini.

Jika benar isu murtad adalah "surat layang" semata-mata, maka para pembela Islam seperti Dato' Sri Mufti Ustz Harussani dan Peguam Zulkifli Nordin adalah penglipurlara semata-mata.

Bagaimana pula dengan kes Lina Joy yang memohon JPN membuang status Islam di kad pengenalannya? Atau kes Aisyah Bukhari anak sang imam yang memeluk agama Kristian? Atau Hartina Kamaruddin yang bukan sahaja memeluk agama Hindu, teman lelakinya memukul membelasah ayah kandungnya, dan memedihkan lagi keadaan, disamannya ayahnya itu.

Bagaimana pula dengan Murtad Mama yang bersama-sama temannya, dengan beraninya membuka web khas untuk orang-orang Murtad (tak perlulah saya sebut URL nya. Anda carilah sendiri). Adakah kes-kes ini kisah dongeng semata-mata?

Memalukan... Islam di Barat marak menjulang, mereka memeluk islam secara berbondong-bondong, di sini pulak umat Islam murtad berbondong-bondong. islam di Barat bangun menentang penindasan terhadap umat islam berupa isu tudung, isu Palestin, dan sebagainya, umat islam pemimpin OIC pula bahkan melecehkan fakta kebanjiran virus murtad, berbanding mengambil langkah menghalangnya.

Hairan, bercakap isu murtad dianggap mengganggu sentimen agama lalu boleh dikenakan ISA, sedang cadangan supaya disko dibuka sehingga jam 5 pagi dan cukai arak diturunkan tidak pula dilihat sebagai membahayakan keselamatan dalam negeri.

Jika anda mahu berdiam diri dan menjadi sang pengecut, silakan, dan tunggulah perhitungan dari Rabb mu. Namun saya mahu buktikan bahawa orang Melayu mempunyai daya kepahlawanan, seperti yang pernah ada di dalam sanubari mereka di zaman Melayu Melaka dahulu kala..

Isu Murtad: "Faith is personal" ?

"so basically, awak sorang je la yg pandai. Ustaz ustaz semua tak reti buat kerja. Faith is personal. "

Demikianlah antara respon dan reaksi yang saya terima -lewat email- terhadap artikel saya "BULETIN UTAMA TV3 (8 JULAI 2006): MURTAD ". Entah siapa yang mem-forwardkan artikel saya kepadanya (sang pengomentar), saya pun tidak tahu. Entah apa yang ia kelihatan tak pusa hati, saya pun tidak tahu. Barangkali ia seorang ustaz yang "terasa" dengan teguran dan nasihat pedas saya itu. Atau, barangkali ia adalah antara orang yang mengamalkan "toleransi agama" yang diwawarkan di tanahair kita, sungguh pun al-Quran al-karim telah menukilkan sikap sebenar seorang beriman: Rendah diri dan lemah kasih sayang sesama mu'min, dan Mempunyai kehormatan dan rasa bangga terhadap orang-orang kafir (lihat surah 5:54 dan Surah 48:29)

Jika benar "faith is personal" sebagaimana yang ia dakwa, untuk apa ALLAH turunkan Rasulullah SAW? Kerana ternyata, Nabi SAW tidak bisa membiarkan masyarakat Arab Quraisy terus-menerus berada di dalam kesesatan, lantaran "personalnya" kepercayaan mereka. Jika benar "faith is personal", untuk apa Abu Bakar as-Shidiq bersungguh-sungguh memerangi gejala murtad, sampai-sampai "pembangunan material" di zamannya tidak setanding dengan era kekhilafahan Umar al-Khattab? Jika benar "faith is personal", kenapa "amar ma'ruf nahi mungkar" diwajib dan disebut ulang di dalam al-Quran, sehingga menjadi syarat utama menjadi khairul ummah yang diidam-idamkan? (ya, ummah terbaik bergantung kepada amar ma'ruf nahi mungkar, bukan tutup disko jam 5 pagi dan turunkan cukai minuman keras. Banggang punya manusia!) Jika benar "faith is personal", kenapa pula Islam ada hukum "had" yang menitahkan hukum bunuh kepada mereka yang murtad?

Dan jika benar "faith is personal", kenapa pula orang-orang Hindu yang memeluk islam dibunuh oleh keluarga mereka, seperti yang diceritakan oleh Bro. Shah Kirit dan Zulkifli Nordin? kenapa pula masjid di Kasymir dirobohkan? kenapa pula Muslim palestin dihalau dijajah oleh Yahudi Zionis? kenapa pula tudung tidak dibenarkan di Turki, di perancis, di Singapore, dan lainnya? kenapa pula islam sahaja dikaitkan dengan terrorist?

Jika benar "faith is personal", kenapa hanya umat islam sahaja harus berdiam diri, sedangkan "faith is not personal" bila golongan kuffar mengiklankan kebencian dan kekejaman mereka kepada Muslimin sejagat?

Jika benar "faith is personal", kenapa pula di dalam al-Fatihah yang dibacakan setiap hari, di katakan "segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam"? kenapa pula Nabi tak tegur kat ALLAh, tak habaq: "Ya ALLAH, tak universal la ayat al-Fatihah tu. Ya ALLAH, faith is personal, kenapa Engkau suruh kami kata Engkau Tuhan sekalian alam pulak"

Jika benar "faith is personal", maka selayaknya kita tidak hidup. Kerana Tuhan yang harus kita percayai itulah asbab keberadaan kita di muka bumi. Adakah perkara sebegitu mudah pun dikau masih tidak mengerti?

P/S : Ada yang masih tak faham atau sengaja buat-buat tak faham dan bertanya saya: maka dah tau ramai umat Melayu murtad, apa yang boleh kita buat? Jawapannya: Pergilah ke ceramah dan program-program agama. Isilah hidup mu dengan taujih rohani. Supaya bila islam telah menyirami hidupmu dan dikau ketemu para “pemurtad” ini, dikau tahu apa yang harus kau perbuat.

Tuesday, July 11, 2006

Monday, July 10, 2006

BULETIN UTAMA TV3 (8 JULAI 2006): MURTAD

Kali ini, saya sudah tidak boleh bersabar lagi. Kali ini, tidak ada lagi “hikmah” atau pertimbangan “fiqh da’wah” lagi. Kali ini, biarlah saya mengikut jejak naluri kepemudaan saya, untuk memuntahkan “larva” kemarahan, dek kerana amarahnya saya sebagai pemuda, dek kerana rasa ghirah (cemburu) saya sebagai pemuda, lantaran isu murtad yang timbul berfaktakan beratus ribu umat Melayu yang telah dan berhajat untuk murtad, seraya disokong dan didokong oleh orang-orang kafir, termasuk di kalangan menterinya!



Buletin Utama hari Sabtu lepas (walaupun sebetulnya artikel ini saya tulis langsung selepas mendengar berita ini, namun oleh kerana hanya hari Isnin insyaALLAH artikel ini boleh dipublish, maka saya pun menggunakan past tense) memaparkan kenyataan Mufti Perak, al-fadhil Dato’ Harussani, yang mengumumkan betapa beliau telah menerima beberapa dokumen termasuk daripada Amerika yang menyatakan umat Islam di Malaysia zalim lantaran tidak membenarkan lebih 100 ribu umat Melayu yang murtad untuk hidup aman damai dan mengumumkan secara terangan-terangan kemurtadan mereka.



Hari Khamis yang lepas, peguam terkenal al-fadhil Zulkifli Nordin menyampaikan ceramah berkenaan penubuhan IRC atau IFC dan artikel 11, di salah sebuah masjid –yang biarlah nama masjid itu saya rahsiakan. Menurutnya, sudah lebih 250 ribu umat Melayu yang telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk murtad. Bayangkan bilangan yang murtad tetapi belum membuat permohonan! Lanjut beliau lagi, IRC/IFC pula telah mengumpulkan lebih 20 ribu tandatangan guna membantah dan menggubal artikel 11 perlembagaan Negara, yang secara mudahnya, merupakan permohonan golongan kuffar supaya umat Melayu dibenarkan murtad secara terangan-terangan!



Aduh, di manakah kalian wahai umat Islam? Di manakah kalian wahai korporat-korporat, lupakah kalian bahawa kalian berada di posisi kalian kini, memperoleh kehidupan selesa diulit segenap kemewahan, bukanlah kerana kehebatan kalian, tetapi kerana rahmat dan nikmat Tuhan?



Aduh, di manakah kalian wahai ustaz-ustaz? Adakah kalian hanya gemar mencemuh dan menghalang saudara-saudara yang tak sealiran dengan mu semata-mata, tetapi tidak terpanggil untuk menghalang gerakan penyelewengan dan pemurtadan ini?



Aduh, di manakah kalian wahai pemuda? Adakah kalian hanya tahu berseronok dengan futsal dan internet semata-mata, tetapi menjadi ayam pengecut yang menyembunyikan kukunya, bila berbicara tentang kebiadapan dan kekurang ajaran pemuda-pemuda paria dan kristien yang bersuara; yang menghina dan merendah-merendahkan agama mu?



WALLAHi (Demi ALLAH), adakah kalian mahu membisu dan membiarkan sahaja agama kalian di hina, sedangkan rahmat dan nikmat Tuhan pada mu melimpah ruah? Adakah kalian hendak membiarkan sahaja golongan murtad ini seakan-akan memprovokasi Rabb-mu supaya mendatangkan bala untuk menghapus dan menghancur-lumatkan kita semua?



Wahai sang Muslim, ittaquLLAH ! Takutlah, gerunlah kamu pada ALLAH!



Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

(Surah at-Taubah [9]: 38-39)





Kita dukacita dan mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang lebih sibuk memantau dan menghalang ustaz-ustaz yang “tiada tauliah” sungguh pun mereka merupakan ulamak terkemuka yang disegani dan diiktiraf masyarakat, berbanding membendung gejala murtad ini. Berbanding gejala social seperti zina ini.



Sampai bila lagikah kan umat Islam di sini akan sedar dan bangkit, mempertahan dan membela maruah agamanya yang teruk dicemari oleh golongan-golongan murtad ini? Sungguh, kita sekarang lebih memerlukan seorang Abu Bakar as-Shiddiq yang memerangi golongan murtad, berbanding seorang Zinadane Zidane.



Bangkitlah dan sedarlah wahai saudaraku, jangan sampai ALLAH hancur musnahkan kita, seraya menggantikan kita dengan umat yang lain, yang tahu menghargai agamanya.



P/S- artikel ini ditulis mengikut perasaan.. setidak-tidaknya saya masih mempunyai perasaan. Andai bagaimana? “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan” (Surah al-Baqarah [2]:74).



KEMPEN PUNGUTAN SATU JUTA TANDATANGAN BANTAH IFC/KUMPULAN ARTIKEL 11



Muslimin/Muslimat yang di rahmati Allah sekelian,



Sebagaimana yang mungkin diketahui, Kumpulan Artikel 11, sekumpulan orang-orang yang mendesak Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan IFC (Inter-Faith Commission) dan hak campurtangan dalam hal-hal Islam, telah menganjurkan kutipan tandatangan bagi menyokong tindakan mereka.



Tindakan mereka ini akan menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan mengubah syariat Islam.



Marilah kita tentang usaha jahat ini dengan menanda tangani bantahan ini yang telah dimulakan oleh BADAI (Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama-IFC).

Friday, July 07, 2006

QA/QC Meeting

"...Wahai orang beriman, mahukah aku khabarkan pada kalian suatu perniagaan yang bisa menyelamatkan kamu daripada api Neraka?.."
(Surah al-Jumu'ah [62]:10)
Begitulah antara ayat yang sama-sama kami tadabburkan di dalam liqa' kami malam tadi.
Rabb Yang maha Agung menggambarkan Islam ini sebagai suatu "bisnes", maka sudah sewajarnya kita dalam berinteraksi dengan Islam, dan dalam nak menyebarkan islam, harus mempunyai pemikiran yang "business minded".
Lihatlah sahaja seorang sales-man, menggunakan segenap strategi dan kelicikan yang ada demi menarik minat para pengguna. Kelembutan dalam "berda'wah" diaplikasikannya. Mana mungkin mengenal putus asa. Alangkah indahnya jika para da'ie menjadi seperti sang sales-man tadi.
Kebetulan, saya baru usai menyertai meeting QA/QC (Quality Assurance dan Quality Control). Melihat betapa telitinya sang kontraktor dalam memastikan pemeliharaan kualiti buat sebuah projek berniat duniawi, mengapa pula para pencinta Islam meluapakan aspek ketelitian ini, seraya membuat tugasan da'wah dan jihad sembrono semata-mata? Benarkah Islam tidak mementingkan kualiti? Benarkan Islam mengharamkan protokol?
Saya akan bahas lebih lanjut di dalam artikel saya yang akan datang, insyaALLAH....
Gambar - contoh kereta berkualiti dari Proton. Kononnya..!

Tuesday, July 04, 2006

"Anak-anak Palestin, Maafkan Kami..."



Satu perkara yang tidak bisa kalian lupa, bahawa saya, dengan tempoh masa 25 tahun berkelana di bumi ALLAH ini, masih merupakan seorang pemuda, dan -sudah barang tentu- mempunyai naluri dan sifat-sifat kepemudaan.

Ya, naluri kepemudaan. Naluri yang mudah bergocak, dan mudah tersentuh. Naluri yang marak bersemangat, sehinggakan sering kali hilang sabar, lalu memungkinkan "isti'jal" (ketergesa-gesaan) dalam bertindak, dalam bersemangat, dalam beramar ma'ruf nahi mungkar, dan dalam meluahkan kemarahan dan kepedulian.

Lantaran penuh dengan naluri kepemudaan inilah, masakan tidak emosi saya terganggu dengan kebiadapan Israel terhadap Palestin? Jika penyokong pasukan bolasepak England sahaja penuh emosi -sama ada sedih atau marah- dengan tersingkirnya pasukan mereka dari Piala Dunia, maka sudah tentu saya lebih emosi apabila Israel menyerang dan menangkap menteri-menteri kerajaan HAMAS Palestin. Tambah marak naluri kepemudaan ini, apabila ada orang-orang yang menyalahkan kerajaan HAMAS di atas serangan ini. Tambah murka naluri kepemudaan ini, tatkala mendengar ada lagi "gerakan Islam" yang tetap sudi membeli barangan-barangan Israel dan Amerika, yang sepatutnya kita semua boikot semaunya.

Lalu, dek kerana naluri kepemudaan ini tidak bisa lagi ku bendung, ku lupakan apa itu "fiqhud da'wah". Ku lupakan apa itu "ma'rifatul medan". Di hadapan jemaah surau yang terdiri daripada generasi-generasi tua, ku sampaikan tazkirah berhubung isu Palestin ini, seraya seruan supaya memboikot sedaya upaya kita barangan-barangan yang menyumbang kepada peluru-peluru yang merobek tubuh dan merampas nyawa anak-anak Palestin.

Dek kerana ketidak sabaranku meng-"establish" diri kepada kariah surau (sungguhpun saya telah dilantik sebagai imam utama surau tersebut), tazkirah ba'da Isya' itu disahut dengan pertanyaan, teguran dan bantahan daripada kariah surau.

Benar saya silap di situ, kerana membenarkan "Ghirah Islamiyah" menguasai diri. Apa kan daya, saya juga seorang pemuda. Namun, kesilapan itu tidak merubah fakta betapa pilunya hati ini dek kerana umat islam Malaysia masih kosong sensitiviti dan usaha terhadap umat Islam di luar saya. Bagaimana bisa saya hilangkan murung, kerana bukan sahaja masyarakat umum yang enggan memboikot barangan Israel/Amerika, gerakan Islam sahaja masih bangga dan tidak rasa apa-apa bila makan di KFC, McDonald dan sebagainya.

Ya ALLAH, sampaikan salam maaf ku pada anak-anak Palestin, kerana aku masih gagal berbuat apa-apa.

Ya ALLAH, ampunkan dosa hamba mu ini. Janganlah kerana dosa yang ku lakukan, membuatkan umat menolak seruan ku ini...

p/s - artikel ini ditulis mengikut perasaan. Perasaan seorang "pemuda"

Ukhwah.com :: Top Blog