Tuesday, November 28, 2006

PROBATION PERIOD

PROBATION PERIOD
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab
Bagi anda yang baru memulakan tugas sebagai eksekutif, ataupun engineer, ataupun arkitek, ataupun pegawai, dan lain-lain jawatan yang seumpamanya, yang menjadikan diri anda “bersinar-sinar” umpama bintang yang berkilauan di malam hari pada pandangan mata manusia, janganlah pantas anda mendabik dada, berbangga diri dengan jawatan glamour yang baru anda sandang itu. Ini kerana, kalaupun anda tidak berminat untuk melihat jawatan anda itu dari kacamata Akhirat -betapa jawatan dan kemashuran sebesar dan setinggi apa pun tidak akan pernah anda bawa hatta ke alam kubur- setidak-tidaknya beringatlah bahawa jawatan anda itu belum tentu menjadi suatu hal yang berkekalan, setidak-tidaknya selagi anda belum melepasi tempoh probation yang telah syarikat anda tetapkan.

Probation period ialah suatu tempoh waktu yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat, guna melihat dan menilai sikap dan prestasi kerja seseorang pekerja, sebelum sang majikan bisa membuat kesimpulan dengan menganugerahkan sang pekerjanya itu dengan jawatan tetap di firma atau syarikatnya. Dan probation period ini biasanya tidak menentu, bergantung kepada syarikat masing-masing. Ada yang tempoh probation nya relatif pendek, sekadar 2 minggu sahaja. Ada pula yang sangat mencemas dan merisaukan, sehingga berlanjutan ke setahun lamanya. Ketika saya berkhidmat di sebuah kilang tidak lama dahulu, saya diberi tempoh probation selama 6 bulan. Itu biasa lagi, yang luar biasa kejamnya ialah, saya hanya layak beroleh annual leave (maksimum 14 hari) hanya setelah genap setahun bekerja. Maka anda bayangkan saja, betapa pekerja-pekerja baru seperti kami terpaksa melupakan perayaan-perayaan dan cuti umum lainnya, dek kerana tidak beroleh pelepasan lantaran “khidmat bakti” diperlukan untuk sebenarnya “mengabdikan diri” kepada kilang 24-jam kami itu tadi.

Oleh yang demikian, probation period ini biasanya akan menjadi detik tidak menentu di jiwa sanubari sang pekerja. Selagi anda tidak berkeyakinan bahawa taraf jawatan anda akan dikekalkan, maka, selagi itulah anda biasanya tidak akan pernah berbangga dengan jawatan yang mungkin sekadar bernilai sementara sahaja adanya. Namun, demi diterima sebagai pekerja tetap, maka ketika itulah jawatan itu disandang oleh sang pekerja dengan penuh bahagia dan bangganya.

Pasti ramai dikalangan kita pernah dihidapi oleh bisikan was-was. Bisikan yang mana menjadikan kita berwudhu’ hingga banjir lantaran merasakan ada anggota badan yang dirasakan tidak sempurna wudhu’nya. Atau solat fardhu menjadi seperti solat raya –dek kerana banyaknya takbiratul ihram yang dilakukan- hanya kerana lafaz niat tidak sempat anda habiskan sebelum habis bertakbiratul ihram tatkala memulakan sembahyang. Atau, menambah-nambah rukun sembahyang dengan rukun “keharusan solat dengan memakai kain”, lantaran sifat was-was terhadap kebersihan seluar yang sedang anda pakai.

Sungguh, Islam adalah suatu rahmat bukan sekadar kepada manusia, bahkan kepada serata alam seluruhnya (lihat surah 21:107). Dan sungguh, dek kerana Islam adalah sebuah rahmat, maka mana mungkin Islam itu hadir dalam nada menyukar lagi menyulitkan penganutnya (lihat surah 20:2). Itulah sebabnya, baginda Nabi-NYA SAW yang mulia bersabda; “sesungguhnya agama itu mudah. Barangsiapa yang menyulitkan agama, ia akan dikalahkan oleh agama itu.” (Mutafaqa ‘alaih)

Lalu, muncullah sebuah kaedah dalam ilmu fiqh iaitu “al-yaqin la yazal bisy syak.” “keyakinan tidak boleh dihapuskan hanya kerana syak wasangka.” Ini bererti, apabila anda sudah yakin, maka turutilah keyakinan anda itu tadi, dan abaikanlah bisikan was-was yang cuba menguasai diri dan ibadahmu itu. Ini kerana was-was itu umpama probation period. Sedang keyakinan itu umpama ditawarkan jawatan tetap yang pasti. Setelah jawatan anda dipastikan, wajarkan timbul ragu-ragu lagi berkenaan masa depan anda di syarikat terbabit?

Maka hapuskanlah segala was-was itu wahai saudaraku, dengan cara meyakini bahawa anda sudah diserapkan ke jawatan yang tetap, lalu masa depan anda terjamin, seperti mana yakinnya anda terhadap sahnya ibadah anda itu, lalu ganjaran pahala anda pun bisa anda terima tatkala menerima “gaji” anda di perkampungan Akhirat.

Untuk menguatkan lagi sebab untuk di confirm ke jawatan tetap, tunjukkanlah prestasi kerja yang cemerlang, sehingga menimbulkan keyakinan betapa anda bisa melepasi probation period dengan jayanya. Semisalan itulah, prestasi membaca al-Quran harus anda pertingkatkan agar alunan-alunan merdu kalamuLLAH bisa merasuk hatimu, sehingga tatkala hati sudah dipenuhi oleh zikruLLAH, syaitan tak kan mampu lagi memujuk rayu hati dengan bisikan-bisikan was-was.

Inilah yang diajarkan oleh Islam. Sehingga mana, di dalam bab ibadah, semua ibadah bisa confirm “taraf jawatannya”, hinggakan tidak perlu ragu-ragu lagi.
(artikel di atas ditulis atas permintaan sahabat saya yang menanyakan soalan berkaitan dengan was-was. Penyelesaiannya ialah: anggaplah was-was itu sebagai probation, kemudian timbulkan dalam dirmu bahawa anda sudah di”confirm”kan, lalu tiada lagi kerisauan ataupun kegundahan. Jawatan confirm itulah keyakinan. Jika tidak, bila anda layan was-was itu, ia akan merebak ke amal ibadah yang lain, sehingga anda jadi sulit untuk beribadah)

Tuesday, November 21, 2006

Menaikkan Harga Jualan Dlm Jualan Tertunda (Bayar Ansur-ansur) Dan Jualan Tunai

Maaf, sekali lagi entri blog ini terpaksa berkisah mengenai masalah fiqh. Ini kerana saya merasa keperluan untuk menjawab dengan ilmiah pertanyaan mutarabbiyah saya (saya carikan jawapan, bukan menjawab sebenarnya) secara ilmiah, sebagai rujukan kita bersama. Berikut adalah terjemahan fatwa daripada islamonline (alamat blognya seperti di tajuk entri):

Soalan:
Apakah fatwa berkenaan menaikkan jumlah jualan kredit atas jumlah jualan tunai? Adakah ia jatuh di bawah konteks Riba atau tidak?

Jawapan:
Dr. Monzer Kahf, Ulama Ekonomi Islam & Pakar Kewangan, menyatakan yg berikut:
"Dlm kontrak jualan, pihak-pihak terlibat adalah benar-benar bebas utk menentukan harga selagi ianya benar-benar dipesetujui bersama tanpa keraguan, syak, penipuan, pembohongan dan lain-lain perbuatan menipu dari mana-mana pihak.

Bahkan, Shari'ah mengharamkan sebarang pertambahan dlm pinjaman (Ini ialah Riba), sebarang pertambahan dlm harga bukan pertambahan dalam pinjaman. Maka, Shari'ah tidak menghapuskan perhitungan nilai masa wang, bermaksud anda menilai wang anda di tangan lebih dari wang yg dijanjikan pada masa depan.

Ini dengan jelas sama dengan menetapkan harga lebih tinggi dlm jualan dgn bayaran tertunda atau urusan berasaskan Riba. Apa yg dilarang apabila nilai masa wang dijadikan asas urusan pinjaman.

Dlm memberi pinjaman, anda beri wang (atau dengan sebarang kuantiti komoditi lain yg boleh ditukar dgn jelas seperti satu tan gandum dgn kualiti tertentu dengan satu tan gandum yg sama kualiti) dan dapat wang balik, yg pasti terdapat pengorbanan, tetapi ia pengorbanan yg tidak boleh diukur dengan manfaat yg diperolehi peminjam. Kedua-dua pengorbanan dan manfaat itu tidak boleh diketahui dgn jelas dan kedua-duanya adalah spekulatif. Shari'ah tidak menerima utk meletakkan tanda harga atas sesuatu yg spekulatif dan tidak diketahui. Ini adalah kerana pengorbanan yg diiktiraf itu terpulang kpd Allah utk membalas, seperti yg riwayatkan dlm Hadith sahih.

Maka, adalah dibenarkan utk membuat kontrak jualan kredit pada satu harga lebih tinggi dari harga yg telah di terima utk jualan tunai. Anda tidak boleh membuat jualan pada satu harga tunai dan kemudian menambah harga kemudiannya berdasarkan jumlah hutang yg terhasil dari jualan, kerana ini adalah satu penambahan dlm hutang, bukan harga barang itu.

Dengan kaedah yg sama, satu kontrak jualan mesti jelas. Tidak boleh harga sama ada 100 jika anda beli dlm 3 hari dan 110 jika dia bayar dlm 60 hari. Ini yg dinamakan "dua jualan dalam satu " yg jelas dilarang oleh Nabi (SAW)."

Terjemahan dari:Increasing Sale Price in a Deferred Sale versus Cash Sale http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544014

inhaler


Assalamu'alaikum warahmatuLLAH


Entri ini bukanlah artikel terbaru daripada saya (tapi bila dipikiaq-pikiaq balik, boleh gak buat artikel pasal inhaler ni..). Sebenarnya sudah banyak artikel saya yang terbengkalai di pertengahan jalan, idea yang bersara sebelum sempat beraksi. Idea untuk menggarap novel "Suara azan dari corong Taj Mahal" pun tak ter-realisasi oleh saya. Nantilah, tunggu saya sampai India kot baru -mudah-mudahan, insyaALLAH- saya mulakan menulis.

Entri ini sebetulnya adalah jawapan kepada soalan mutarabbiyah saya berkenaan hukum menggunakan inhaler semasa berpuasa. Sebetulnya, saya pernah terbaca fatwa berkenaan isu ini. Tapi kemudiannya ALLAh jadikan saya lupa. Dan saya bukanlah mufti yang bisa berfatwa dan berijtihad on the spot. Saya hanyalah seorang engineer yang menerima tarbiyah islamiyah, lalu berusaha sedaya upaya untuk mengamalkannya. Maka, saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari-cari balik fatwa para ulama' berkenaan hukum inhaler tadi. Bagi anda yang sering bertanya permasalahan pada saya, harap anda semua faham perkara ini. Saya bukannya mufti, yang bisa dan terdaya saya lakukan berusaha sedaya upaya mencari jawapan untuk anda. Dan kesibukan sebagai engineer, tentunya melammbatkan lagi proses mencari jawapan. Harap anda semua faham ya?

Berikut fatwa berkenaan inhaler:

Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman.

Jika dari jenis debu maka ia diharuskan Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.. Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

Monday, November 20, 2006

TRANSPARENT

TRANSPARENT
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab
Mari kita buat pertandingan teka-teka. Kita teka apa yang ada di dalam bangunan di hadapan kita. Kita teka apa yang sedang dilakukan oleh orang-orang di dalam bangunan di hadapan sana. Rasa-rasanya, mampukah di kalangan kita, memberikan jawapan yang paling tepat, tanpa menggunakan sihir, CCTV atau yang seumpamanya?

Nama pun permainan teka-teka. Kita hanya bisa meneka, lantaran penglihatan kita tidaklah sehebat Encik Superman yang bisa meng-X-ray setiap objek yang berada di hadapannya (bahaya tu… jangan salah guna ye Encik Superman!) Lalu, mana mungkin kita bisa tahu kandungan sesuatu objek di hadapan kita, kecuali jika objek itu transparent, yakni boleh dilihat kandungan dalamnya. Seperti botol air misalnya, atau plastic, atau cermin kereta, dan lain sebagainya.

Lalu, kandungan bangunan di hadapan kita tadi, beserta tindak tanduk para manusia di dalamnya, hanya bisa kita ketahui, andainya bangunan tadi berdindingkan kaca, atau seumpamanya. Hinggakan pandangan kita bisa menerobos ke dalam, tidak sekadar melihat halaman luar bangunan sahaja.

Lalu kesimpulan yang boleh kita buat, seperti salah satu bab di dalam kitab Nuzhatul Muttaqin yang merupakan syarah kepada kitab hadith Riyadhus Shalihin karangan Imam Nawawi, kita hanya bisa menghukum berdasarkan zahir, tidak pada batinnya. Lantaran pandangan mata hanya bisa menembus dinding yang transparent, tetapi tatkala dinding itu diperbuat daripada simen, hanya dinding-dinding yang menjadi zahir bangunan sahaja bisa ditangkap pandangan mata, sedang lagak manusia dan aktivitas di dalamnya, tersorok dan tersimpan umpama urusan batin yang tidak bisa terjangkau ke kelopak mata indera kita.

Berbaik Sangka

Barangkali, itulah perumpamaan yang boleh saya buat guna mempromosikan budaya “berbaik sangka” sesama manusia. Sungguhpun ada benarnya pepatah omputih “Don’t judge a book by it’s cover”, paling tidak kita tetap tidak bisa menghukum sang buku tanpa merujuk pada helaian kertas beserta cover nya itu. Ya bukan?

Bayangkan andainya menghukum itu tidak perlukan bukti zahir. Tentu porak peranda manusia dibuatnya. Tentu dengan sewenang-wenangnya manusia menabur fitnah di jalanan. Dan tentu pergaduhan dan peperangan tak akan pernah tamat atau mahu diberhentikan.

Lalu, hadirlah islam mengajarkan erti “berbaik sangka” kepada kita. Dan menghukum kepada yang zahir sahaja, sedang yang tersirat menjadi urusan Yang Maha Esa. Nah, itulah keadilan peranan Akhirat.

Diriwayatkan dari
Usamah bin Zaid ra., ia berkata: Rasulullah saw. mengirim kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di Huruqat, suatu tempat di daerah Juhainah di pagi hari. Lalu aku menjumpai seorang kafir. Dia mengucapkan: Laa ilaaha illallah, tetapi aku tetap menikamnya. Ternyata kejadian itu membekas dalam jiwaku, maka aku menuturkannya kepada Nabi saw. Rasulullah saw. bertanya: Apakah ia mengucapkan: Laa ilaaha illallah dan engkau tetap membunuhnya? Aku menjawab: Wahai Rasulullah, ia mengucapkan itu hanya karena takut pedang. Rasulullah saw. bersabda: Apakah engkau sudah membelah dadanya sehingga engkau tahu apakah hatinya berucap demikian atau tidak? Beliau terus mengulangi perkataan itu kepadaku, hingga aku berkhayal kalau saja aku baru masuk Islam pada hari itu. Saad berkata: Demi Allah, aku tidak membunuh seorang muslim, hingga dibunuh Dzul Buthain, Usamah. Seseorang berkata: Bukankah Allah telah berfirman: Dan perangilah mereka, agar tidak ada fitnah dan agar agama itu semata-mata untuk Allah. Saad berkata: Kami telah berperang, agar tidak ada fitnah. Sedangkan engkau dan pengikut-pengikutmu ingin berperang, agar timbul fitnah.”
(Hadith riwayat Muslim. Nombor hadith (bahasa arab): 140)

Mahkamah

Maka itulah sebabnya, di dalam Islam, mendatangkan dakwaan atau tuduhan atau kenyataan, haruslah disertakan dengan bukti. Dan menjadi kewajipan sang penuduh atau sang pengeluar kenyataanlah untuk terlebih dahulu mendatangkan bukti, bukan yang sebaliknya. Sang tertuduh, hanya berkewajipan mendatangkan bukti apabila telah didatangkan bukti oleh sang penuduh. Begitu konsepnya. Dan, method sebegini menjadi kesepakatan mahkamah dan sistem perundangan seluruh dunia, demi menjamin manusia tidak mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya.

Lalu, dalam kes zina misalnya, menurut Islam {lihat surah an-Nur}, laki-laki yang menuduh isterinya berzinalah yang harus mendatangkan 4 orang saksi, bukan si isteri. Hanya ketika sang suami sudah mendatangkan saksilah, barulah sang isteri harus bersumpah dengan 4 kali sumpah, dengan sumpah kelima untuk mendapat laknat ALLAH andainya berbohong, guna menafikan dakwaan tersebut. Lalu, Abu al-A’la al-Maududi di dalam tafsir surah an-Nur-nya (edisi terjemahan bertajuk “Kejamkah Hukum-hukum Islam?”) memperingatkan umat Islam supaya sentiasa memastikan keshahihan sesuatu berita, sebelum meng-iya dan menyebarkannya, sebagai salah satu ibrah yang bisa diraih dari kisah hadithus ifki atau kisah tohmahan terhadapa Saidatina Aisyah.

Bahkan, mahkamah seluruh dunia hendaknya, menerima pakai konsep “seseorang itu tidak didapati bersalah selagi belum dibuktikan sebagai bersalah.” Tentunya, risalah islam yang agak kompleks di dalam melaksanaka hukum hudud –dengan perlunya saksi-saksi, bukti-bukti dan segala macam-, menjadikan sesetengah pihak berfikir; “kalau begini, sampai bilalah pesalah akan dihukum?” Namun, ingatlah, Islam lebih hampir kepada prinsip keadilan kerana berpegang pada kaedah “lebih baik melepaskan orang yang bersalah berbanding menghukum orang yang tidak bersalah.” Tentu anda semua setuju, bukan?

Khawarij

Di dalam persoalan fiqh, kita ada kepelbagaian pandangan yang diutarakan oleh Imam Mazhab. Pilihlah mazhab mana yang berkenan di hati –dengan keyakinan bahawa dalil hujah sang imamlah yang paling kuat- insyaALLAH, akan beroleh kebaikan. Kerana salah sang mujtahid di dalam berfatwa, tetap beroleh satu pahala.

Namun, bila berbicara tentang mazhab di bidang aqidah, di sana kita tidak ada toleransinya. Lalu, adalah pula sekelompok orang yang dinamakan Khawarij. Kelompok yang –seperti mana hadith RasuluLLAH SAW- akan pantas dibunuh oleh orang islam lantaran bahayanya mereka, seperti mana tengkorokan menjadi end limit bacaan al-Quran mereka.

Dan, antara ciri-ciri Khawarij ini ialah mengkafirkan orang Muslim yang berbuat dosa besar. Mereka, dalam erti kata lain, adalah kelompok yang cukup pantas mengkafirkan umat islam, tanpa mengikut disiplin yang telah diutarakan oleh para ulama’. Bukankah baik andainya akhlaq sang Mursyid al-Am Ikhwanul Muslimin, Hassan Hudhaibi, dapat dicontohi oleh kita semua.

Sungguhpun menderita disiksa dipenjara, tetap beliau menulis sebuah buku “Pendakwah Bukan Penghukum” sebagai teguran kepada kawan-kawannya yang asyik mengkafirkan sang penguasa lantaran kezaliman mereka.

Azhar Mansor

Lalu, apa kesimpulan yang boleh anda buat daripada kes Azhar Mansor?

Beliau belum lagi membuat pengakuan bahawa beliau masih Islam (sungguh pun MB Perlis kata dia mengaku masih Islam), tetapi selagi kita belum boleh mendatangkan bukti bahawa beliau telah murtad, apakah menjadi kewajipan beliau untuk membuat penafian, atau kewajipan kita sebagai sang penuduh untuk mendatangkan bukti?

Dan website luar yang mengatakan beliau murtad pun –andainya itu merupakan bahan bukti kita- telah tersilap fakta. Kononnya Azhar kini menetap di Autralia, sedang ternyata beliau masih menetap di kepulauan Langkawi. Maka, masih validkah website itu sebagai bahan bukti?

Dan mufti Perak sendiri menafikan beliau ada memberikan sesi penerangan pada petang sebelum hari kejadian, seperti yang diwawarkan oleh sms itu.

Dan, hadith nabi SAW di atas sudah sedia menjelaskan betapa kita menilai dari zahir –sungguhpun dalam kes hadith itu, andainya kita pun menjadi Usamah B Zaid, tentu kita pun akan anggap orang kafir itu mengucap syahadah demi menyelamatkan nyawanya- namun Nabi SAW telah peringatkan; “apakah kamu telah membelah dadanya dan melihat isi hatinya?” Masih ingat pertandingan teka-teka isi kandungan bangunan yang kita buat di awal tadi?

Dan, menuduh seseorang murtad tanpa bukti, adakah itu dari manhaj ahli Sunnah wal Jama’ah atau ada unsur-unsur mengkafirkan orang ala Khawarij?

Saya bukanlah nak bela Azhar Mansor sangat. Bahkan, saya secara peribadi tak terasa ghairah pun untuk memanggilnya wira negara. Namun, isunya di sini ialah sikap kita dalam menilai sesuatu berita. Selagi “dinding bangunan” itu tidak transparent, maka segala kemungkinan sekadar merupakan “teka-teka” kita sahaja. Jika tidak, panggillah Encik Superman, dan gunalah penglihatan X-Ray dia, untuk mengetahu isi kandungannya.
(boleh dihubungi di faridul@jimahev.com. Andainya ada tersilap fakta, silalah menegur)

Tuesday, November 14, 2006

THERMAL (note: salah satu artikel saya yang terbengkalai)

THERMAL
Oleh : Faridul Farhan Abd Wahab, B.Eng (Hons) Electrical Eng
(artikel ini sebenarnya salah satu artikel saya yang terbengkalai. Baca betul-betul, nampak sangat tak siap tu... maka dijemputlah kepada sapa-sapa yang nak tolong completekan artikel ini)
Prinsip Keabadian Tenaga. Prinsip inilah yang digunakan dalam menghasilkan tenaga elektrik; bahawa tenaga itu tidak boleh dicipta mahupun dihapuskan, tetapi sekadar di’terjemah’kan kepada ‘bahasa-bahasa’ tenaga yang lain.1 Penghasilan tenaga elektrik juga sebenarnya menanamkan idea sedemikian. Itulah sebabnya, bukan perkara yang mudah untuk menghasilkan tenaga elektrik buat disalurkan kepada manusia sejagat. Proses pembinaan dan operasi sesuatu power plant (yakni loji yang bertanggung jawab membekalkan elektrik kepada pengguna) sebenarnya merupakan suatu proses atau industri yang amat ‘kritikal’, yang memerlukan sumber bekalan yang banyak (untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik berjulat Mega-Watt), memerlukan modal yang cukup besar, dengan peraturan-peraturan dan proses-proses yang cukup melecehkan, dan ketelitian dan perhatian yang cukup hebat. Kerana, jika tidak, tradegi ‘terputus’nya bekalan elektrik yang amat mengharu-birukan akan berulang kembali.

Bercakap mengenai industri power plant, maka masih ramai yang tidak tahu atau tidak sedar bahawa sesuatu plant yang berasaskan arang batu atau gas atau sebagainya, sebenarnya menanamkan ‘rahsia-rahsia’ yang low-profile pada kaca mata masyarakat umum. Ini kerana, arang batu, gas, minyak lain sebagainya, bukanlah bahan yang ‘diterjemahkan’ kepada tenaga elektrik, bahkan sumber-sumber ini sekadar menjadi ‘bekalan minyak’ atau ‘kayu bakar’ untuk menyalakan api kepada boiler yang memulakan kisah penghasilan elektrik ini. Di dalam boiler inilah tenaga thermal atau terma dihasilkan. Tenaga terma inilah yang kemudiannya menggerakkan turbine, yang akan menjana generator, yang fungsinya menukarkan tenaga mechanical pada turbin kepada tenaga elektrik yang dihajati pengguna. Ertinya prinsp dan modus-operandi power plant berasaskan arang batu, atau berasaskan gas, atau berasaskan minyak, dan lain-lainnya, adalah sama sebenarnya. Kerana yang penting di dalam proses ini bukanlah jenis sumber bahan bakar yang digunakan, sebaliknya adalah penghasilan tenaga terma ini. Dan inilah yang sering tidak kelihatan pada pandangan banyak pihak.

Begitulah tafsirannya apabila perkataan thermal ini cuba diterjemahkan. Thermal merujuk kepada jenis stesen penjana tenaga elektrik, seperti loji arang batu dan nuklear, di mana sumber tenagan kepada ‘penggerak’ utamanya ialah haba.2 Nah, ini bererti, ‘kepanasan’ yang sering kita rintih dan benci, ‘kepanasan’ itulah juga yang membolehkan kita menjalani kehidupan kini dengan sebaiknya, hasil bantuan perkakasan-perkasan, yang mendapat ‘nyawa’ mereka daripada elektrik. Maknanya setiap yang kontra itu bisa saja bertukar menjadi pro, ketika kita mula memahami hakikat penciptaannya. Barang kali inilah hakikat redha pada firman ALLAH Ta’ala; “..boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi hal itu baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi yang demikian itu tidak baik untukmu..” (Surah al-Baqarah [2]:216)

Tenaga thermal inilah yang kita perlukan untuk menjulang kembali izzah dan maruah umat islam di persada dunia. Kerana lantaran kedayusan dan kebapukkan umat Islam dewasa ini, yang hanya tahu memandang, mendengar dan merintih, oh..dan satu lagi, beralasan, tanpa menterjemahkan hal-hal itu kepada suatu amalan yang nyata, maka terus saja umat kita diinjak lagi dihina.

RUJUKAN

1 Sila rujuk artikel pertama penulis berjudul “Prinsip Keabadian Tenaga” untuk perbahasan lebih lanjut.
2 www.bpa.gov/Corporate/KCC/defn/defnsmal/tuv.htm
3

Monday, November 13, 2006

Muhandisun fi SabiliLLAH

Muhandisun fi sabiliLLAH (Engineer di jalan ALLAH)
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab

“…bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”
(Saba’[34]:13)

Mudah-mudahan mulut ini, tangan ini, kaki ini, tubuh ini, seluruh deriaku ini, akan tetap terus kekal dalam keadaan memuji ALLAH Rabbul Izati. Sebagai tanda syukur. Sebagai tanda kehambaan. Sebagai tanda ketergantungan.


Mudah-mudahan seorang yang bernama Muhammad B. Abdullah, kita berselawat dan mengucapkan salam kesejahteraan ke atasnya, akan hadir dalam hatiku ini sebagai sang kekasih dan idola abadi. Di atas cinta yang ia curahkan. Atas pengorbanan yang ia lakukan. Atas teladan yang ia berikan.

Buat para sahabatnya, yang telah mencintainya sepenuh hati, yang telah membelanya dengan darah dan air mata, dan telah menemani liku-liku kehidupannya, mudah-mudahan selawat serta salam ini dicurahkan di atas sikap mereka itu, di atas usaha mereka itu, di atas pengorbanan mereka memancarkan cahaya Islam itu. Juga para pengikut mereka, dikalangan tabi’in, tabiit tabi’in, ulama’ wal mujahidin, serta seluruh individu mahupun kelompok yang menyatakan cinta pada ALLAH, dan cinta pada Rasul, dan ungkapan cinta mereka itu, tidak khusus di mulut semata, melainkan terserlah pada amal perbuatan mereka, pada gerak tari karya mereka, pada hati dan nurani mereka. Sehingga ALLAH berkenan memberikan mereka salah satu daripada dua kemenangan: mereka hidup mulia dengan Islam itu kembali mulia, seperti mana kata-kata Umar al-Khattab: “kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Islam, dan kita tidak akan pernah mulia, ketika mana kita mencari kemuliaan di luar daripada Islam.” Atau, ALLAH memberikan kita alternatif kemenangan kedua, menamatkan kisah kehidupan ini seraya bergelar “syuhada’” di jalan-Nya. Itulah kemenangan yang abadi, yang tak mampu diraih oleh sebarangan orang. Itulah “seni mati” –andainya mati itu pun berseni- yang paling indah sekali.

Tuan-tuan dan puan-puan, sahabat yang kukasihi,

Dalam ayat al-Quran di atas, ALLAH SWT menjelaskan, bahawa tujuan ALLAH ar-Raziq (Satu-satunya Pemberi Rezeki) menganugerahkan kepada kita “kerja” –sama ada kerja itu sebagai engineer, atau doktor, atau cikgu, atau manager, atau operator pengeluaran lain sebagainya- adalah supaya dengannya kita mampu bersyukur seperti mana yang diperintahkan kepada keluarga Daud. Kerana itulah etika dalam kita berakhlak dengan ALLAH; bahkan sesama manusia pun. Bila saja ada pihak yang berbuat baik dan berbakti kepada kita, maka sudah sewajarnya balasan yang setimpal, atau setidak-tidaknya ucapan “terima kasih” kita hadirkan untuk-Nya. Nah, bukankah karier yang sedang kita harungi, atau universiti yang sedang kita telusuri, adalah suatu nikmat pemberian ALLAH? Bahkan semua anugerah di bumi ini, yang kita disuruh untuk mencarinya, untuk memakmurkannya (Surah Hud[11]:61), adalah untuk melahirkan insan-insan yang tahu bersyukur kepada ALLAH.

Perhatikanlah ayat ini:

“Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal belayar membelah laut supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.”
(al-Fathir[35]:12)

Ya sahabatku, “supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya”. Maka laksanakanlah profesion mu itu, apa pun ia, dengan amanah, dedikasi, bersungguh-sungguh dan penuh profesionalisma. Inilah yang diutarakan baginda Nabi, ketika menyatakan kerja itu harus dilakukan dengan “itqan”, iaitu dengan berkualiti. Tetapi, ALLAH melanjutkan lagi ayat tadi, seraya mengakhirinya dengan menyebut “supaya kamu bersyukur”. Benarkah kita bersyukur, ketika pembantaian dan penghinaan oleh musuh-musuh terhadap umat Islam, yang kini mereka berani melakukannya secara terangan-terangan -di Bosnia, di Palestin, di Ambon, di Chehnya, di Kashmir (baca surat khabar, seorang remaja wanita akan menyaman sekumpulan Hindu yang merogolnya secara “gang rape”), di Afghan, di Iraq (tidak cukupkah gambar-gambar di akhbar tentang tahanan Abu Gharib), dan kini semakin menghampiri negara ketika, ketika menular pula di Selatan Thai- sedangkan kita duduk berdiam dibuai lena? Sedangkan kita beralasan, perjuangan harus ditangguhkan. Tunggu habis kuliah dulu. Tunggu siap assignment dulu. Tunggu settle test dulu. Tunggu dah berhenti kerja dulu. Bayangkan, kalau andainya yang dirogol oleh musuh-musuh itu adalah isteri kita, atau ibu kita, adakah kita mahu katakan pada mereka “mak, tunggu dulu. Esok saya ada exam. Tunggu saya habis exam, baru saya tolong mak daripada dirogol,” Begitu?? Bayangkan andainya kita di situasi saudara-saudara seIslam itu, agak-agak apa perasaan ketika, ketika umat Islam yang lain tidak mahu membantu, bahkan hidup selesa dengan dunia masing-masing.

Muslimin dan muslimat yang kukasihi,

Maafkan daku, kerana entah mengapa kebelakangan ini, jiwaku semakin meronta. Hatiku semakin terluka. Fikiranku semakin terganggu. Kerana aku merasakan, ketika aku duduk selesa mengharungi kerjayaku di pejabat, ada saudara-saudaraku di belahan bumi sana yang meronta-ronta, merintih-rintih pertolonganku. Hati aku tersiksa, kerana aku seakan-akan tidak melakukan apa-apa, bahkan memang tak melakukan apa-apa!!! Aku terluka ketika ada sahabat-sahabat yang ingin ku raih simpatinya, sedangkan ia lebih selesa melayani keseronokan dunia. Sayang, kerana urusan dunia, kita sanggup ke mana-mana, melakukan apa sahaja. Tetapi dalam urusan melabur dalam saham Akhirat, kita banyak berdalih lagi banyak beralasan.

Aku engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Fathi Yakan, yang, sungguhpun memegang degree dalam bidang engineering, tetapi mampu menulis puluhan buku-buku yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia. Aku seorang engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Yahya Abasy, yang dengan ilmu engineering yang ia ada, berkat niatnya belajar dulu pun kerana ALLAH, lalu jadilah ia rakyat Palestin pertama tahu membuat bom, lalu diajarkan ilmu kepada rakyat Palestin lain, hingga paling tidak, adalah juga sedikit senjata untuk berdepan kelengkapan tentera rejim Zionis. Aku seorang engineer,!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seperti seorang Tifatul Sembiring, yang dalam kesibukannya sebagai jurutera, ia masih sanggup mentarbiyah masyarakat Indonesia, sehingga gelombang kesedaran dan kebangkitan “berombak” di sana (lihat saja surat khabar. Berapa ratus ribu umat Indonesia yang hadir dalam demonstrasi membantah kekejaman US, kekejaman Zionis, dan sebagainya) sehingga beliau layak dilantik sebagai Presiden Partai Keadilan Sejahtera?

Lalu, untuk apa aku jadi engineer, kalau kiranya ilmu yang aku pelajari, sepanjang tempoh 4 tahun mengharungi alam kemahasiswaan, gagal untuk membantu aku melihat keagungan dan kehebatan “ALLAH engineering” dibandingkan dengan kedhaifan dan kekerdilan “human engineering”. Kenapa perasaan ketergantungan itu tidak hadir di dalam diriku? Sehingga sentiasa ingin meraih, dan merintih belas kasih ALLAH? Kenapa perasaan kekerdilan itu luput dari dalam diriku? Sehingga sentiasa tunduk patuh pada perintah dan ajaran rasul-Nya?

Apalah bezanya aku dengan seorang Ah Chong, atau Ah Chai, atau Rajasamy, atau Hey Raju, atau Funakoshi, kiranya perananku sebagai engineer tidak banyak berbeza dengan mereka? “Dan orang-orang Kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) ALLAH di sisinya, lalu ALLAH memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan ALLAH sangat cepat perhitungan-Nya” (an-Nur[24]:39).

Sahabat, betapa celakanya diriku ini, kerana hidup aku tidak pernah membawa erti! Membawa erti pada perjuangan membela agamanya. Bererti terhadap usaha menyebarkan agamanya. Bererti terhadap liku-liku hidupnya sujud menyembah Ilahi.

Sahabat, tolonglah diriku! Betapa lama diriku hidup lalai dibuai keseronokan dunia. Dan betapa ramai kawan-kawan yang aku jerumuskan ke lembah “tahyul” nukilan Syaitan durjana, sedang kini, setelah di”langgar” hidayat, aku gagal membawa mereka ke cahaya keredhaan-Nya!

Lalu aku terluka lagi, ketika mana membaca surat saudariku si fatima, yang dikirimkan lewat email oleh 2 orang kanalanku (satu dalam BI, satu dalam BM), yang bunyinya begini:

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." [Qur'an, Surat 112 "al-Ikhlas"]

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]”

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.

Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis:

"Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku."

Lalu aku bertanya diriku, untuk apa kehidupanku ini? Apalah bezanya dengan sang kafir, kiranya hidup hanya ku layari demi mencari sesuap nasi. Sedang Nabiku dulu rela berlapar demi menjamin kebahagiaan ku di perkampungan Akhirat nan abadi.

Lalu aku bertanya diriku, kiranya aku yang berada di medan Uhud, adakah aku akan menjadi bak para sahabat, yang membela, mempertahankan dan menjadi perisai kepada baginda Nabi dengan jasad dan jiwa mereka, atau aku akan berfikir berkali-kali soal mak ayah, soal kerja, soal motor lain sebagainya???

Wahai sahabat, tolonglah aku!! Betapa aku tidak layak menjadi umat seorang Nabi semulia ini!! Yang ketika sampai di puncak dan kemuncak segala ketenangan, keindahan, kesenangan dan kekayaan, itulah Syurga Firdausi, ketika di mikrajkan oleh ALLAH, lalu tiba-tiba ia mengundur kembali. Mengundur untuk kembali ke bumi. Meninggalkan segala keteduhan nikmat dan rahmat ALLAH itu. Untuk berglumang dengan suatu potret kehidupan yang penuh kedukaan, penghinaan dan penderitaan. Lalu untuk apa baginda turun kembali kebumi? Kerana cinta!!! Ya, kerana cintanya padaku.

Sahabat! Betapa aku tidak layak mendapat rahmat kasih sayang Tuhan ini! Nikmat pancaindera ketika ada yang dilahirkan cacat. Nikmat nyawa ketika ada yang belum lahir sudah mati. Nikmat menjadi engineer ketika ramai yang masih menganggur. Nikmat Islam ketika ramai yang masih Kafir. Kerana dengan berbondongnya nikmat ALLAH ini, aku pula “menggari” tanganku daripada membela agama-Nya sebagai tanda kesyukuran dan kehambaan.

Inikah ertinya ikrarku setiap kali doa iftithah ku bacakan dalam solat “sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana ALLAH Rabb segala alam”. Atau, aku bangkit dan melangkah kaki, mencari ruang-ruang sumbangan yang mampu aku hulurkan?

Semaklah kembali syair Abdullah Ibnu Rawahah menjalang kematiannya di medan peperangan:

Hai jiwa!
Kau harus turun berlaga
Atau, kupaksa kau turun
Telah lama kau hidup tenang
Mengapa kau tampak enggan untuk menggapai Syurga
Ingatlah, kau hanya setetes air mani yang hina

Semaklah kembali kata as-Syahid Hassan al-Banna: “Sesungguhnya kita ini mulia kerana ALLAH, dan tidak akan pernah hina selamanya bila adanya kemuliaan daripada ALLAH. Kita kaya kerana ALLAH, dan tidak akan pernah miskin selamanya bila berada di bawah perbendaharaan ALLAH. Kuat kerana ALLAH, dan tidak akan pernah lemah selamanya bila kita berada di sisi ALLAH”

Ya Tuhanku, andainya dikau tidak mentakdirkan daku untuk bahkan mencium bau Syurga-Mu –dan memang aku bahkan tak layak untuk semua itu- setidak-tidaknya didiklah diriku agar aku dapat menyelamatkan diri dari seksa Neraka-Mu…..

Nota: Artikel ini ditulis pada 24hb Disember 2004 dan sepatutnya disampaikan pada MABIT (Malam Bina Iman Taqwa) pada 8 Januari 2005 yang lalu di Shah Alam. Alhamdulillah, program itu berhasil dan berjaya! Tuan-tuan dan puan-puan dijemput datang pada MABIT akan datang.

Monday, November 06, 2006

Tabayyunlah... (al-Hujurat [49]:6)

Saya pernah terkena dulu. Bahkan banyak kali terkena. Lalu, penyesalan tidak lagi menjadi hal yang berguna.

Suatu hari itu, saya telah diarahkan oleh salah seorang superior saya untuk menelefon kontraktor kami, guna menegur dan mengarahkan beliau supaya tidak mencampur adukkan pelbagai drawing di dalam satu fail. Ertinya, untuk satu drawing, dimasukkan ke satu fail yang tersendiri. Jujurnya, hal sebegini sudah tentu akan memakan masa juga kos kontraktor. Namun, saya diyakinkan oleh sang superior tadi bahawa kononnya ini adalah arahan General Manager.

Persis seperti yang saya duga, kontraktor yang saya berurusan itu –warganegara Serbia, terkenal dengan kekasaran dan kukurang-ajaran- lantas marah-marah, sambil bertanya arahan siapa ini? Saya lalu berjumpa dengan General Manager demi mengadukan hal ini. Tapi apa kata beliau? “Takde, saya takde suruh pun buat macam tu…”

Ternyata benar, arahan itu bukanlah daripada General Manager, tetapi bahkan daripada sang superior tadi.

Anak kurang ajar bertukar menjadi binatang

Saya seperti mana juga anda, turut menerima sebuah email betapa kononnya di Timur Tengah, ada seorang wanita asyik menonton t.v. Namun, beliau terganggu dengan bacaan al-Quran oleh ibunya, lalu pergi ke sang ibu dan mengambil lantas mencampakkan al-Quran yang ibunya sedang tadaruskan.

Lalu, umpama kisang sang Tenggang, dengan semena itu, sang wanita bertukar menjadi binatang. Konon kisah ini boleh dirujuk di sebuah web berbahasa arab.

Saya masuk ke web bahasa arab itu. Ternyata takde apa-apa.

Tidak lama kemudian, ternyata gambar wanita yang telah menjadi binatang itu sebenarnya adalah pameran doll di Perancis. Aduh… betapa malunya umat Islam andainya orang-orang kafir tahu umat Islam suka menipu dalam mahu menyedarkan umatnya.

Sosej mengandungi lemak babi

Benar, PPIM melakukan serbuan di beberapa kilang pembuat sosej kerana masalah ini. Tetapi PPIM, sepanjang di dalam tempoh siasatan, tidak langsung mengeluarkan kenyataan sosej jenama apakah yang telah terbukti mengandungi unsur babi.

Tiba-tiba, heboh di dalam internet dan juga dunia sms bahawa sosej sekian-sekian mengandungi unsur babi, kononnya kenyataan PPIM. Beberapa hari kemudian, ternyata kesemua sosej itu bebas daripada unsur babi. Maka siapakah yang hendak dipersalahkan dalam isu ini? PPIM? Sedangkan PPIM tidak langsung mengeluarkan statement sebegitu. Wallahi, bagaimana perasaan sang pengeluar sosej tatkala digembar gemburkan sosejnya mengandungi unsur babi, sedangkan terbukti hal itu palsu? Jika anda adalah seorang peniaga, lalu dihadapkan dengan suatu tuduhan yang masih di dalam siasatan, tiba-tiba berlegar di dalam dunia sms segala macam tohmahan dan fitnahan sedangkan kebenaran belum bisa dibuktikan, apakah perasaan anda?

Semua ini kembali kepada satu. Sikap tidak mahu menyelidik dan memastikan keshahihan berita oleh umat Islam. Atau, bahasa al-Qurannya disebut “tabayyun”.

Lina Joy menang dan telah tertubuhnya Persatuan Melayu Murtad.

Anda tentunya turut menerima sms ini, bukan? Demi lebih meyakinkan lagi, sms itu menyuruh supaya merujuk web rasmi Persatuan Pembela Islam (PEMBELA). Kelakarnya, bila anda buka web PEMBELA (
www.myislamnetwork.net), ternyata yang terpampang di sana ialah “awas dengan maklumat dan sms palsu.” Aduh, terkena lagi umat Islam…..

Ilmu Mustholah Hadith

Di dalam ilmu hadith, ada yang namanya sanad. Betapa pentingnya bagi umat Islam untuk menyemak sanad sesuatu hadith, agar kita tidak sebarangan mengatakan sesuatu itu hadith, sedang ternyata ianya dhaif (lemah) atau lebih malang lagi maudh’ (palsu). Lalu, kita termasuklah ke dalam kelompok yang berdusta atas nama rasuluLLAH tanpa kita kehendaki.

Ilmu yang sebegitu berdisiplin ini kemudiannya telah diteladani oleh dunia pendidikan barat. Lalu, tatkala anda menulis sesuatu tesis, menjadi kewajipan anda untuk menempelkan rujukan anda, agar anda tidak bercakap sembrono sahaja. Itulah yang diajarkan oleh Islam lewat ilmu hadith, dan itu jugalah yang diajarkan kepada kita di universiti.

Umat Islam berpecah belah

Tapi ternyata hal yang sebaliknya berlaku. Asal ada saja berita yang kita terima, kita seolah-olah lupa perintah untuk bertabayyun dulu. Kita lantas sebarkan sebarang berita yang kita peroleh, sama ada ianya sahih atau tidak, sama ada ianya fitnah atau benar. Lalu akan adalah insan-insan yang terzalimi lantaran terkena fitnahan atau bahasa dunia hiburannya “gossip” ini. Selagi anda belum mengalaminya, anda mungkin tak akan peduli masalah “gossip” ini. Tapi, bila maklumat palsu berkenaan anda disebarkan oleh orang, barulah anda mengerti betapa penting dan perlunya tabayyun itu.

Ulama’-ulama’ dan da’i-da’I Islam sering menjadi mangsa dalam hal ini. Ustaz Shamsuri dituduh masuk UMNO. Tuan Guru Nik Aziz tak putus-putus dijadikan mangsa. Sampai-sampai lawaknya pada suatu petang sekitar jam 4.30 petang, saya menerima sms daripada seorang rakan kononnya Tuan Guru telah meninggal dunia sekitar jam 4.15 petang. Ada ke munasabah orang seperti beliau boleh dapat maklumat sepantas itu. Bila saya reply sms dia seraya menegur supaya tabayyun, beliau bahkan membela diri, maklumat itu beliau dapat daripada orang kuat PAS Pahang. Lawaknya, Buletin Utama pada malam itu, bahkan melaporkan Nik Aziz telah sembuh dan dibenarkan pulang akibat mengalami sakit jantung sebelumnya. Sekali lagi, maklumat palsu diedarkan!

ALLAH bersama orang yang sabar

Tabayyun memerlukan kesabaran. Kesabaran untuk kita menahan mulut kita, atau jari kita daripada sms, untuk menghebahkan kepada orang maklumat yang kita peroleh, selagi belum terbukti kebenarannya. Itulah sebabnya Islam menyuruh kita bersabar, dan siapakah contoh terbaik di dalam bab sabar jika bukan RasuluLLAH.

Akibat tidak sabar, maka pemuda-pemuda islam menyebarkan maklumat palsu, yang bahkan menzalimi orang lain. Ikhwan Muslimin pernah mengalami krisis dalaman akibat penyebaran maklumat palsu, lalu Ikhwah-ikhwah tidak bertabayyun. Ustaz Shamsuri teruk dicaci-dimaki hatta oleh gerakan islam sendiri, akibat tidak adanya tabayyun. Tuan Guru Nik Aziz sering menimbulkan kontrovesi, akibat tidak bertabayyun kita kepada maklumat yang diberikan media.

Tapi malangnya, bila peringatan supaya bertabayyun ini dibuat, bahkan sesetengah individu bahkan melenting seraya menuduh dan mendakwa bahawa kita inilah yang tidak bertabayyun. Bukankah mahkamah seluruh dunia bahkan surah an-nur sendiri telah menanamkan konsep, orang yang mendatangkan kenyataanlah yang harus mendatangkan bukti? Bukan sebaliknya!

Jika tiba-tiba saya menuduh Ahmad telah mencuri ayam Pak Abu, bukankah saya yang seharusnya mendatangkan bukti, bukannya kita beramai-ramai suruh Ahmad mendatangkan bukti yang sebaliknya?

Juga seluruh dunia menerima pakai “seseorang itu tidak didapati bersalah selagi dibuktikan bersalah.” Namun, dalam kes sosej dulu, ketika masih di dalam siasatan , menagapa kita tergamak memforwardkan sms betapa sosej sekian-sekian mengandungi babi, kemudian kita libatkan pula pihak ketiga iaitu PPIM, kononnya merekalah yang mengeluarkan kenyataan tersebut?

Azhar Mansor

Benar, website-website milik kuffar mengeluarkan kenyataan betapa Dato’ Azhar Mansor telah murtad dan kini menetap di Australia. Tetapi selagi belum dibuktikan benar, hatta NGO-NGO Islam pun belum ada yang membenarkan pernyataan tersebut, adakah wajar kita “menghukum seseorang sebelum dibuktikan bersalah?”

Bagaimana pula jika tiba-tiba website pro kuffar statekan di dalam web mereka bahawa nama kita telah murtad dan sebagainya, tanpa mendatangkan hujah dan bukti, apa pula perasaan kita?

Sikap

Itulah malangnya umat islam. Tidak langsung mahu tabayyun, tidak langsung mahu belajar daripada sejarah. Apabila orang yang bukan gerakan islam ditegur supaya bertabayyun, isunya kononnya air mineral sekian-sekian ada Holy Water yang bila meminumnya tak boleh nak mengucap –sedangkan telah dinafikan oleh dua bekas paderi Bro. Kamaruddin Abdullah dan Bro. Abdul Rahman Ayob dalam forum perbandingan agama di Sek. Izzudin Syah Ipoh beberapa tahun lalu- mereka bahkan melenting dan menyuruh kita inilah pula yang harus mendatangkan bukti, bukan orang yang menuduh yang harus mendatangkan bukti.

Apabila yang ditegurnya adalah orang separa gerakan islam –isunya Nik Aziz kononnya telah meninggal semasa dimasukkan ke wad akibat sakit jantung tempoh hari- lantas mereka berhujah kononnya orang kuat PAS Pahanglah yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Kini, lebih malang lagi, di tengah-tengah banyak sms terbukti palsu, kita minta gerakan islam pula tabayyun maklumat yang mereka peroleh, entah bersandarkan ilmu daripada mana mereka melenting kononnya kita inilah yang sepatutnya tabayyun. Walhal, belum ada statement rasmi daripada Mufti perak pun –yang kononnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Walhal, PEMBELA yang menjadi wadah rasmi kita menentang Lina Joy dan kumpulan artikel 11 pun menafikan mereka terlibat menghebahkan maklumat tersebut. Walhal harakahdaily turut meminta isu ini disiasat demi memastikan kebenarannya. Lalu, sepatutnya orang yang mengeluarkan statement itulah yang harus memdatangkan bukti, bukannya orang yang minta ditabayyunkan berita ini.

Isunya bukanlah mempercayai laporan akhbar. Tapi isunya setiap tuduhan haruslah didatangkan bukti. Jika tidak, maka ayuhlah kita bertabayyun. Dan namanya bertabayyun, janganlah kita sebarkan maklumat-maklumat sebegini. Jika tidak, berdoalah mudah-mudahan orang ramai akan bertabayyun pada kita pula tatkala kita pula menjadi bahan gossip tersebut. Belajarlah daripada sejarah, jangan sampai “gossip” palsu tersebar berulang…

Thursday, November 02, 2006

Beradab: Petanda iman menurut agama, petanda tidak konfiden menurut sekular

Seorang sahabat saya yang kini bertugas di jabatan kerajaan mengadu kepada saya, bagaimana akibat menjaga tutur perkataan, lantas beliau dilabel sebagai seorang yang tidak konfiden. Hal ini –yakni dicop sebagai tidak konfiden- membawakan rakan saya itu ke alam kesedihan.

Lalu, menyangkut isu ini, terlebih dahulu saya mengajak saudara yang budiman sekelian, untuk merujuk dua buah artikel, satunya yang saya tulis bertajuk “Strepsils (Gula-gula Batuk)” yang saya siarkan di blog saya tempoh hari (faridul.blogspot.com, 15 September 2006) sedang satu lagi artikel yang berkaitan ialah “Adab Sopan Budaya Iman” karangan Ustaz Hasrizal (
www.saifulislam.com, 2 November 2006). Berkenaan hujah-hujah betapa menjaga tutur kata dan adab sopan sebagai penting, silakan rujuk kedua website tersebut.

Cuma yang ingin saya simpulkan di sini, sekaligus nasihat buat anda yang mengalami hal sedemikian, jika anda hadir ke alam kerjaya ini masih dengan pegangan “nahnu du’at qabla kulla syai” (kami adalah penda’wah sebelum segala sesuatu) yakni disebalik kerjaya anda sebagai engineer atau doctor atau pegawai lain sebagainya, hakikatnya, semua itu sekadar “part time” anda, kerana kerjaya sebenar anda ialah seorang penda’wah –umpama Clark Kent yang sentiasa mengutamakan kerjayanya sebagai Superman mengatasi kerjaya sebagai seorang wartawan- maka berada di alam kerjaya, anda harus mempunyai kesabaran yang luar biasa. Kesabaran di atas kesabaran. Kesabaran yang indah. “fasobrun jamil” ungkap al-Quran. Bukankah telah Nabi kita SAW indikasi hal ini di dalam hadith riwayat Tirmidzi, betapa mengamalkan Islam di akhi zaman, umpama memegang bara api?

Kita yang komited terhadap janji yang telah dan sering kita ikrarkan di dalam solat betapa solat, ibadat, hidup bahkan mati kita adalah kerana ALLAH, tentunya akan melayari bahtera kehidupan ini dengan gaya yang berbeza dengan orang lain. Itulah sebabnya kita akan dilihat “gharib” (ganjil) oleh insan lain, persis yang telah diperingatkan oleh Nabi-Nya SAW. Lalu, kerja makan gaji dengan insan-insan yang belum disentuh oleh fikrah Islam, tentunya banyak conflict in interest yang akan kita hadapi sepanjang perjalanan. Maka jika anda istiqamah pada prinsip-prinsip islam serta anda ikhlas bahawa tujuan anda makan gaji itu demi meraih kesempatan menggapai redha ALLAH, sama ada melalui pertambahan ilmu di alam kerjaya, atau kesempatan berjumpa dengan orang untuk anda da’wahi, atau kesempatan berada di posisi-posisi yang bisa anda perbetulkan system dan birokasinya, maka dengan bekal kesabaran, tentunya ALLAH akan menganugerahkan kebaikan buat anda, jika tidak kesenangan pada pandangan mata, setidak-tidaknya keindahan yang bakal dihidu di kampung Akhirat.

Beradab di dalam pertuturan sememangnya menimbulkan conflict in interest bagi dua dunia berbeza. Ianya dilihat sebagai petanda iman menurut agama, tetapi petunjuk tidak konfiden di kacamata secular. Maka pilihlah, gelar mana yang lebih mulia menurut perhitungan anda. Hakikatnya, umpama pepatah politik gagasan omputih; “orang yang baik ni hanya Tuhan sahaja yang sayang” begitu lebih kurang bunyinya.

Maka nasihat saya buat anda yang senasib dengan saya juga sahabat saya –kerja makan gaji dengan orang- bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu. Dan berazamlah untuk berpenghasilan sendiri suatu hari nanti. Mudah-mudahan bila janji ALLAH telah datang, tutur kata yang baik ini akan diagungkan kembali oleh manusia seluruhnya, tidak seperti yang ditanggapi umat dewasa ini.

Wednesday, November 01, 2006

Ngak Mahu Boikot KFC (dan sewaktu dengannya)?

Saya sangat-sangat hairan dengan telatah dan sikap sesetengah pihak yang mengaku gerakan Islam. udahlah tak nak memboikot barangan yang menyumbang pada ekonomi israel dan Amerika, secara terang-terangan, tanpa segan silu pula, mereka deklarasikan hal ini kepada masyarakat umum. Dan lebih memualkan lagi memalukan lagi, mereka cipta pula hujah-hujah dan dalil-dalil batil bagi "menghalalkan" perbuatan mereka ini (kenapa tidak anda sertakan sekali dalil-dalil untuk "menghalalkan" darah warga Palestin?)

Saya sudah sering menjawab hujah rapuh mereka ini di dalam tazkirah-tazkirah dan pengisian-pengisian yang saya sampaikan. tetapi belum lagi secara bertulis. InsyaALLAH, akan saya nukilkan hujah-hujah menjawab kenyataan-kenyataan palsu mereka ini.

Untuk hari ini, saya sertakan link kepada akhbar Harian Metro hari ini (klik tajuk). Bila anda membaca kisah si mawi ini, bagaimana mungkin dan bagaimana boleh anda menyatakan KFC dan seumpamanya tidak menyumbang kepada ekonomi Israel dan Amrekia, hanya kerana ianya di negara ini dimiliki oleh syarikat tempatan? Apa, tak pernah dengar "Hak Cipta terpelihara" ke? Kalau pasal air mineral saja si Mawi boleh kena saman, ada ke munasabah KFC International (Perhatian: Kentucky tu nama tempat di US) tak boleh saman KFC Malaysia? Tak boleh saman ke atau memang tak nak saman sebab dah dibayar royalti? Takpe, takpe... insyaALLAH nanti kita bahaskan.

Wahai mereka-mereka yang mengaku gerakan islam.... mengapa sehingga sebegini anda tergamak memperlecehkan islam?

p/s - untuk senarai "penyokong-penyokong Israel", sila rujuk http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

Dinamik

"Bergeraklah, kerana diam bisa mematikan.
Sebesar-besar keuntungan di duniaadalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yang memberikan manfaat paling banyak di Akhirat.
Menyia-nyiakan waktu, lebih bahaya daripada kematian.Kerana ia memutuskan mu daripada ALLAH dan Akhirat.Sedangkan kematian hanya memutuskan mu dari dunia dan penghuninya."

- Ibnu Qayyim al-Jauziyah -

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin (penjelasan di atas kehilangan daripada dunia blog)

Pada 9hb Oktober 2006, dalam perjalanan ke tempat kerja, motorsikal yang saya naiki telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Lebuhraya NKVE berhampiran exit Subang, menyebabkan saya dihimpit dan kemudiannya terjatuh lalu mengakibatkan saya mengalami kecederaan dengan luka yang agak teruk. Namun, saya tetap memanjatkan syukur buat ALLAH kerana memanjangkan nyawa saya untuk tetap terus melayari “Akademi Ramadhan”, seraya bermuhasabah panjang lalu memautkan puji di atas kebesaran dan keagungan ILAHI.

Ada sahabat yang melihat kecederaan saya yang bebas daripada sebarang kepatahan pada tulang, seraya menyimpulkan bahawa kemalangan saya tidaklah seberapa. Sungguh, saudara bayangkan sendiri di highway NKVE 3 lorong yang sebegitu besar, dengan cuaca yang sebegitu baik (jalan tidak licin kerana bukan waktu hujan), dengan traffic yang sebegitu lancar (tidak jem) dan saya berada di lorong yang secara teorinya “paling selamat” –iaitu lorong kecemasan- dengan bunyi dentuman yang sebegitu kuat akibat daripada rempuhan, anda boleh bayangkan sendiri kekuatan hentaman tersebut. Yang menyelamatkan saya daripada memperoleh kecederaan yang “setimpal” dengan kemalangan itu, pada saya, adalah “bantuan daripada langit.” Itulah sebabnya kita disuruh senantiasa bertawakal, kerana jika eksiden sedemikian hebat pun, jika ALLAH berkehendakkan kita selamat, maka selamatlah kita. Dan jika eksiden sedemikian “cikai” pun, jika ALLAH berkehendak kita maut, maka bersalaman dengan malaikat mautlah kita.

“BismiLLAHi tawakkaltu ‘alaLLAHu la haula wa la quwwata illa biLLAH”
“Dengan nama ALLAH aku bertawakkal kepada-NYA yg mana tidak ada daya upayaku melainkan dengan izin-NYA”

"… Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh..".
(Surah ali Imran [3]:154)

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan.”
(Surah al-Anbiya’ [21]:35)

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Surah Luqman [31]:34)

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".
(Surah al-Jumu’ah [62]:8)


Sungguh pun agak terkilan tidak dapat bertarawikh apatah lagi solat fardhu berjemaah, selain tidak dapat turut serta beriktikaf 10 malam terakhir Ramadhan, namun tentunya banyak juga hikmah bisa saya raih bilamana kita telah mempersiapkan diri kita untuk redha dengan segala ketentuan-Nya.

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,”
(Surah al-Hadid [57]:22-23)

AlhamduliLLAH, selama seminggu saya solat dengan sekadar bertayamum, yang mana inilah latihan praktikal buat saya setelah selama ini sekadar berteori tentang ibadah tayamum. Selain itu, selama dua minggu saya solat di atas kerusi, merasakan nikmat nyamannya mengambil rukhshoh yang dibenarkan ILAHI, setelah selama ini semua itu sekadar berlegar di sudut ruangan teori.

Solat di atas kerusi justeru mendekatkan jiwa dengan Syaikh Ahmad Yassin. Ternyata tidak bisa berdiri tidak menghalang beliau untuk memperjuangkan Islam, bukan?

Selain itu, saya bersyukur kerana sewaktu sedang jatuh bergolek, saya sempat memanjatkan doa pada Rabbul Izzati; “Ya ALLAH, janganlah bagi patah (tulang), janganlah bagi patah (tulang). “ Lalu kini saya insaf dan bersyukur, barangkali selama ini doa permintaan saya tidak/belum dimakbulkan, kerana ALLAH ingin menjadikan doa satu ini untuk dimakbulkan terus, lalu menyelamatkan saya daripada mudharat yang lebih besar.

Barangkali musibah ini juga adalah tanda kasih sayangnya ALLAH pada saya, yang mana berakibat dengan musibah yang menimpa ini, saya semakin meyakini “campur tangan ILAHI” di dalam kehidupan manusia sehingga saya mendapat kecederaan yang tidak “sepadan” dengan kemalangan yang saya alami, selain beroleh pengalaman mengamalkan ibadah rukshoh di dalam kehidupan.

Oleh yang demikian, wahai sahabat, sentiasalah bertawakkal kepada ALLAH di dalam setiap urusan hidupmu.

“Subhanallazi sakkhorolana hadza wama kunnalahu muqrinin wa inna ila Rabbina lamunqolibun”

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat berpuasa 6 dan maaf di atas segala salah silap, keterlanjuran dan sebagainya. Semoga kita sama-sama benar-benar dapat kembali kepada “fitrah” dan meniti hari-hari esok sebagai “Graduan Cemerlang Akademi Ramadhan”.

“Ya ALLAH, jika ENGKAU takdirkan bahawa itulah Ramadhan terakhir kami, maka gantikanlah kesempatan untuk berjumpa Ramadhan lagi dengan kesempatan berjumpa dan mati dengan gelar syahid di jalan-MU ya ALLAH..”



Thank you.

Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Electrical Engineer
Jimah O&M Sdn. Bhd.
Email: faridul@jimahev.com

"…like the darkness of a fathomless sea which is covered by waves above which are waves above which are clouds…"
-the Holy Quran on internal waves in the sea, 1400 years ago. Miracle!

Ukhwah.com :: Top Blog