Muhandisun fi SabiliLLAH
Muhandisun fi sabiliLLAH (Engineer di jalan ALLAH)
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab
“…bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”
(Saba’[34]:13)
Mudah-mudahan mulut ini, tangan ini, kaki ini, tubuh ini, seluruh deriaku ini, akan tetap terus kekal dalam keadaan memuji ALLAH Rabbul Izati. Sebagai tanda syukur. Sebagai tanda kehambaan. Sebagai tanda ketergantungan.
Mudah-mudahan seorang yang bernama Muhammad B. Abdullah, kita berselawat dan mengucapkan salam kesejahteraan ke atasnya, akan hadir dalam hatiku ini sebagai sang kekasih dan idola abadi. Di atas cinta yang ia curahkan. Atas pengorbanan yang ia lakukan. Atas teladan yang ia berikan.
Buat para sahabatnya, yang telah mencintainya sepenuh hati, yang telah membelanya dengan darah dan air mata, dan telah menemani liku-liku kehidupannya, mudah-mudahan selawat serta salam ini dicurahkan di atas sikap mereka itu, di atas usaha mereka itu, di atas pengorbanan mereka memancarkan cahaya Islam itu. Juga para pengikut mereka, dikalangan tabi’in, tabiit tabi’in, ulama’ wal mujahidin, serta seluruh individu mahupun kelompok yang menyatakan cinta pada ALLAH, dan cinta pada Rasul, dan ungkapan cinta mereka itu, tidak khusus di mulut semata, melainkan terserlah pada amal perbuatan mereka, pada gerak tari karya mereka, pada hati dan nurani mereka. Sehingga ALLAH berkenan memberikan mereka salah satu daripada dua kemenangan: mereka hidup mulia dengan Islam itu kembali mulia, seperti mana kata-kata Umar al-Khattab: “kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Islam, dan kita tidak akan pernah mulia, ketika mana kita mencari kemuliaan di luar daripada Islam.” Atau, ALLAH memberikan kita alternatif kemenangan kedua, menamatkan kisah kehidupan ini seraya bergelar “syuhada’” di jalan-Nya. Itulah kemenangan yang abadi, yang tak mampu diraih oleh sebarangan orang. Itulah “seni mati” –andainya mati itu pun berseni- yang paling indah sekali.
Tuan-tuan dan puan-puan, sahabat yang kukasihi,
Dalam ayat al-Quran di atas, ALLAH SWT menjelaskan, bahawa tujuan ALLAH ar-Raziq (Satu-satunya Pemberi Rezeki) menganugerahkan kepada kita “kerja” –sama ada kerja itu sebagai engineer, atau doktor, atau cikgu, atau manager, atau operator pengeluaran lain sebagainya- adalah supaya dengannya kita mampu bersyukur seperti mana yang diperintahkan kepada keluarga Daud. Kerana itulah etika dalam kita berakhlak dengan ALLAH; bahkan sesama manusia pun. Bila saja ada pihak yang berbuat baik dan berbakti kepada kita, maka sudah sewajarnya balasan yang setimpal, atau setidak-tidaknya ucapan “terima kasih” kita hadirkan untuk-Nya. Nah, bukankah karier yang sedang kita harungi, atau universiti yang sedang kita telusuri, adalah suatu nikmat pemberian ALLAH? Bahkan semua anugerah di bumi ini, yang kita disuruh untuk mencarinya, untuk memakmurkannya (Surah Hud[11]:61), adalah untuk melahirkan insan-insan yang tahu bersyukur kepada ALLAH.
Perhatikanlah ayat ini:
“Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal belayar membelah laut supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.”
(al-Fathir[35]:12)
Ya sahabatku, “supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya”. Maka laksanakanlah profesion mu itu, apa pun ia, dengan amanah, dedikasi, bersungguh-sungguh dan penuh profesionalisma. Inilah yang diutarakan baginda Nabi, ketika menyatakan kerja itu harus dilakukan dengan “itqan”, iaitu dengan berkualiti. Tetapi, ALLAH melanjutkan lagi ayat tadi, seraya mengakhirinya dengan menyebut “supaya kamu bersyukur”. Benarkah kita bersyukur, ketika pembantaian dan penghinaan oleh musuh-musuh terhadap umat Islam, yang kini mereka berani melakukannya secara terangan-terangan -di Bosnia, di Palestin, di Ambon, di Chehnya, di Kashmir (baca surat khabar, seorang remaja wanita akan menyaman sekumpulan Hindu yang merogolnya secara “gang rape”), di Afghan, di Iraq (tidak cukupkah gambar-gambar di akhbar tentang tahanan Abu Gharib), dan kini semakin menghampiri negara ketika, ketika menular pula di Selatan Thai- sedangkan kita duduk berdiam dibuai lena? Sedangkan kita beralasan, perjuangan harus ditangguhkan. Tunggu habis kuliah dulu. Tunggu siap assignment dulu. Tunggu settle test dulu. Tunggu dah berhenti kerja dulu. Bayangkan, kalau andainya yang dirogol oleh musuh-musuh itu adalah isteri kita, atau ibu kita, adakah kita mahu katakan pada mereka “mak, tunggu dulu. Esok saya ada exam. Tunggu saya habis exam, baru saya tolong mak daripada dirogol,” Begitu?? Bayangkan andainya kita di situasi saudara-saudara seIslam itu, agak-agak apa perasaan ketika, ketika umat Islam yang lain tidak mahu membantu, bahkan hidup selesa dengan dunia masing-masing.
Muslimin dan muslimat yang kukasihi,
Maafkan daku, kerana entah mengapa kebelakangan ini, jiwaku semakin meronta. Hatiku semakin terluka. Fikiranku semakin terganggu. Kerana aku merasakan, ketika aku duduk selesa mengharungi kerjayaku di pejabat, ada saudara-saudaraku di belahan bumi sana yang meronta-ronta, merintih-rintih pertolonganku. Hati aku tersiksa, kerana aku seakan-akan tidak melakukan apa-apa, bahkan memang tak melakukan apa-apa!!! Aku terluka ketika ada sahabat-sahabat yang ingin ku raih simpatinya, sedangkan ia lebih selesa melayani keseronokan dunia. Sayang, kerana urusan dunia, kita sanggup ke mana-mana, melakukan apa sahaja. Tetapi dalam urusan melabur dalam saham Akhirat, kita banyak berdalih lagi banyak beralasan.
Aku engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Fathi Yakan, yang, sungguhpun memegang degree dalam bidang engineering, tetapi mampu menulis puluhan buku-buku yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia. Aku seorang engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Yahya Abasy, yang dengan ilmu engineering yang ia ada, berkat niatnya belajar dulu pun kerana ALLAH, lalu jadilah ia rakyat Palestin pertama tahu membuat bom, lalu diajarkan ilmu kepada rakyat Palestin lain, hingga paling tidak, adalah juga sedikit senjata untuk berdepan kelengkapan tentera rejim Zionis. Aku seorang engineer,!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seperti seorang Tifatul Sembiring, yang dalam kesibukannya sebagai jurutera, ia masih sanggup mentarbiyah masyarakat Indonesia, sehingga gelombang kesedaran dan kebangkitan “berombak” di sana (lihat saja surat khabar. Berapa ratus ribu umat Indonesia yang hadir dalam demonstrasi membantah kekejaman US, kekejaman Zionis, dan sebagainya) sehingga beliau layak dilantik sebagai Presiden Partai Keadilan Sejahtera?
Lalu, untuk apa aku jadi engineer, kalau kiranya ilmu yang aku pelajari, sepanjang tempoh 4 tahun mengharungi alam kemahasiswaan, gagal untuk membantu aku melihat keagungan dan kehebatan “ALLAH engineering” dibandingkan dengan kedhaifan dan kekerdilan “human engineering”. Kenapa perasaan ketergantungan itu tidak hadir di dalam diriku? Sehingga sentiasa ingin meraih, dan merintih belas kasih ALLAH? Kenapa perasaan kekerdilan itu luput dari dalam diriku? Sehingga sentiasa tunduk patuh pada perintah dan ajaran rasul-Nya?
Apalah bezanya aku dengan seorang Ah Chong, atau Ah Chai, atau Rajasamy, atau Hey Raju, atau Funakoshi, kiranya perananku sebagai engineer tidak banyak berbeza dengan mereka? “Dan orang-orang Kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) ALLAH di sisinya, lalu ALLAH memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan ALLAH sangat cepat perhitungan-Nya” (an-Nur[24]:39).
Sahabat, betapa celakanya diriku ini, kerana hidup aku tidak pernah membawa erti! Membawa erti pada perjuangan membela agamanya. Bererti terhadap usaha menyebarkan agamanya. Bererti terhadap liku-liku hidupnya sujud menyembah Ilahi.
Sahabat, tolonglah diriku! Betapa lama diriku hidup lalai dibuai keseronokan dunia. Dan betapa ramai kawan-kawan yang aku jerumuskan ke lembah “tahyul” nukilan Syaitan durjana, sedang kini, setelah di”langgar” hidayat, aku gagal membawa mereka ke cahaya keredhaan-Nya!
Lalu aku terluka lagi, ketika mana membaca surat saudariku si fatima, yang dikirimkan lewat email oleh 2 orang kanalanku (satu dalam BI, satu dalam BM), yang bunyinya begini:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." [Qur'an, Surat 112 "al-Ikhlas"]
Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.
Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.
Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.
Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.
Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!
Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]”
Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.
Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.
Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.
Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis:
"Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku."
Lalu aku bertanya diriku, untuk apa kehidupanku ini? Apalah bezanya dengan sang kafir, kiranya hidup hanya ku layari demi mencari sesuap nasi. Sedang Nabiku dulu rela berlapar demi menjamin kebahagiaan ku di perkampungan Akhirat nan abadi.
Lalu aku bertanya diriku, kiranya aku yang berada di medan Uhud, adakah aku akan menjadi bak para sahabat, yang membela, mempertahankan dan menjadi perisai kepada baginda Nabi dengan jasad dan jiwa mereka, atau aku akan berfikir berkali-kali soal mak ayah, soal kerja, soal motor lain sebagainya???
Wahai sahabat, tolonglah aku!! Betapa aku tidak layak menjadi umat seorang Nabi semulia ini!! Yang ketika sampai di puncak dan kemuncak segala ketenangan, keindahan, kesenangan dan kekayaan, itulah Syurga Firdausi, ketika di mikrajkan oleh ALLAH, lalu tiba-tiba ia mengundur kembali. Mengundur untuk kembali ke bumi. Meninggalkan segala keteduhan nikmat dan rahmat ALLAH itu. Untuk berglumang dengan suatu potret kehidupan yang penuh kedukaan, penghinaan dan penderitaan. Lalu untuk apa baginda turun kembali kebumi? Kerana cinta!!! Ya, kerana cintanya padaku.
Sahabat! Betapa aku tidak layak mendapat rahmat kasih sayang Tuhan ini! Nikmat pancaindera ketika ada yang dilahirkan cacat. Nikmat nyawa ketika ada yang belum lahir sudah mati. Nikmat menjadi engineer ketika ramai yang masih menganggur. Nikmat Islam ketika ramai yang masih Kafir. Kerana dengan berbondongnya nikmat ALLAH ini, aku pula “menggari” tanganku daripada membela agama-Nya sebagai tanda kesyukuran dan kehambaan.
Inikah ertinya ikrarku setiap kali doa iftithah ku bacakan dalam solat “sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana ALLAH Rabb segala alam”. Atau, aku bangkit dan melangkah kaki, mencari ruang-ruang sumbangan yang mampu aku hulurkan?
Semaklah kembali syair Abdullah Ibnu Rawahah menjalang kematiannya di medan peperangan:
Hai jiwa!
Kau harus turun berlaga
Atau, kupaksa kau turun
Telah lama kau hidup tenang
Mengapa kau tampak enggan untuk menggapai Syurga
Ingatlah, kau hanya setetes air mani yang hina
Semaklah kembali kata as-Syahid Hassan al-Banna: “Sesungguhnya kita ini mulia kerana ALLAH, dan tidak akan pernah hina selamanya bila adanya kemuliaan daripada ALLAH. Kita kaya kerana ALLAH, dan tidak akan pernah miskin selamanya bila berada di bawah perbendaharaan ALLAH. Kuat kerana ALLAH, dan tidak akan pernah lemah selamanya bila kita berada di sisi ALLAH”
Ya Tuhanku, andainya dikau tidak mentakdirkan daku untuk bahkan mencium bau Syurga-Mu –dan memang aku bahkan tak layak untuk semua itu- setidak-tidaknya didiklah diriku agar aku dapat menyelamatkan diri dari seksa Neraka-Mu…..
Nota: Artikel ini ditulis pada 24hb Disember 2004 dan sepatutnya disampaikan pada MABIT (Malam Bina Iman Taqwa) pada 8 Januari 2005 yang lalu di Shah Alam. Alhamdulillah, program itu berhasil dan berjaya! Tuan-tuan dan puan-puan dijemput datang pada MABIT akan datang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home