Beradab: Petanda iman menurut agama, petanda tidak konfiden menurut sekular
Seorang sahabat saya yang kini bertugas di jabatan kerajaan mengadu kepada saya, bagaimana akibat menjaga tutur perkataan, lantas beliau dilabel sebagai seorang yang tidak konfiden. Hal ini –yakni dicop sebagai tidak konfiden- membawakan rakan saya itu ke alam kesedihan.
Lalu, menyangkut isu ini, terlebih dahulu saya mengajak saudara yang budiman sekelian, untuk merujuk dua buah artikel, satunya yang saya tulis bertajuk “Strepsils (Gula-gula Batuk)” yang saya siarkan di blog saya tempoh hari (faridul.blogspot.com, 15 September 2006) sedang satu lagi artikel yang berkaitan ialah “Adab Sopan Budaya Iman” karangan Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com, 2 November 2006). Berkenaan hujah-hujah betapa menjaga tutur kata dan adab sopan sebagai penting, silakan rujuk kedua website tersebut.
Cuma yang ingin saya simpulkan di sini, sekaligus nasihat buat anda yang mengalami hal sedemikian, jika anda hadir ke alam kerjaya ini masih dengan pegangan “nahnu du’at qabla kulla syai” (kami adalah penda’wah sebelum segala sesuatu) yakni disebalik kerjaya anda sebagai engineer atau doctor atau pegawai lain sebagainya, hakikatnya, semua itu sekadar “part time” anda, kerana kerjaya sebenar anda ialah seorang penda’wah –umpama Clark Kent yang sentiasa mengutamakan kerjayanya sebagai Superman mengatasi kerjaya sebagai seorang wartawan- maka berada di alam kerjaya, anda harus mempunyai kesabaran yang luar biasa. Kesabaran di atas kesabaran. Kesabaran yang indah. “fasobrun jamil” ungkap al-Quran. Bukankah telah Nabi kita SAW indikasi hal ini di dalam hadith riwayat Tirmidzi, betapa mengamalkan Islam di akhi zaman, umpama memegang bara api?
Kita yang komited terhadap janji yang telah dan sering kita ikrarkan di dalam solat betapa solat, ibadat, hidup bahkan mati kita adalah kerana ALLAH, tentunya akan melayari bahtera kehidupan ini dengan gaya yang berbeza dengan orang lain. Itulah sebabnya kita akan dilihat “gharib” (ganjil) oleh insan lain, persis yang telah diperingatkan oleh Nabi-Nya SAW. Lalu, kerja makan gaji dengan insan-insan yang belum disentuh oleh fikrah Islam, tentunya banyak conflict in interest yang akan kita hadapi sepanjang perjalanan. Maka jika anda istiqamah pada prinsip-prinsip islam serta anda ikhlas bahawa tujuan anda makan gaji itu demi meraih kesempatan menggapai redha ALLAH, sama ada melalui pertambahan ilmu di alam kerjaya, atau kesempatan berjumpa dengan orang untuk anda da’wahi, atau kesempatan berada di posisi-posisi yang bisa anda perbetulkan system dan birokasinya, maka dengan bekal kesabaran, tentunya ALLAH akan menganugerahkan kebaikan buat anda, jika tidak kesenangan pada pandangan mata, setidak-tidaknya keindahan yang bakal dihidu di kampung Akhirat.
Beradab di dalam pertuturan sememangnya menimbulkan conflict in interest bagi dua dunia berbeza. Ianya dilihat sebagai petanda iman menurut agama, tetapi petunjuk tidak konfiden di kacamata secular. Maka pilihlah, gelar mana yang lebih mulia menurut perhitungan anda. Hakikatnya, umpama pepatah politik gagasan omputih; “orang yang baik ni hanya Tuhan sahaja yang sayang” begitu lebih kurang bunyinya.
Maka nasihat saya buat anda yang senasib dengan saya juga sahabat saya –kerja makan gaji dengan orang- bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu. Dan berazamlah untuk berpenghasilan sendiri suatu hari nanti. Mudah-mudahan bila janji ALLAH telah datang, tutur kata yang baik ini akan diagungkan kembali oleh manusia seluruhnya, tidak seperti yang ditanggapi umat dewasa ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home