Wednesday, November 01, 2006

Ngak Mahu Boikot KFC (dan sewaktu dengannya)?

Saya sangat-sangat hairan dengan telatah dan sikap sesetengah pihak yang mengaku gerakan Islam. udahlah tak nak memboikot barangan yang menyumbang pada ekonomi israel dan Amerika, secara terang-terangan, tanpa segan silu pula, mereka deklarasikan hal ini kepada masyarakat umum. Dan lebih memualkan lagi memalukan lagi, mereka cipta pula hujah-hujah dan dalil-dalil batil bagi "menghalalkan" perbuatan mereka ini (kenapa tidak anda sertakan sekali dalil-dalil untuk "menghalalkan" darah warga Palestin?)

Saya sudah sering menjawab hujah rapuh mereka ini di dalam tazkirah-tazkirah dan pengisian-pengisian yang saya sampaikan. tetapi belum lagi secara bertulis. InsyaALLAH, akan saya nukilkan hujah-hujah menjawab kenyataan-kenyataan palsu mereka ini.

Untuk hari ini, saya sertakan link kepada akhbar Harian Metro hari ini (klik tajuk). Bila anda membaca kisah si mawi ini, bagaimana mungkin dan bagaimana boleh anda menyatakan KFC dan seumpamanya tidak menyumbang kepada ekonomi Israel dan Amrekia, hanya kerana ianya di negara ini dimiliki oleh syarikat tempatan? Apa, tak pernah dengar "Hak Cipta terpelihara" ke? Kalau pasal air mineral saja si Mawi boleh kena saman, ada ke munasabah KFC International (Perhatian: Kentucky tu nama tempat di US) tak boleh saman KFC Malaysia? Tak boleh saman ke atau memang tak nak saman sebab dah dibayar royalti? Takpe, takpe... insyaALLAH nanti kita bahaskan.

Wahai mereka-mereka yang mengaku gerakan islam.... mengapa sehingga sebegini anda tergamak memperlecehkan islam?

p/s - untuk senarai "penyokong-penyokong Israel", sila rujuk http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

1 Comments:

Blogger syahid_zul said...

Mungkin sudah tiba waktunya kita fikirkan kembali erti boikot pada ertikata yang praktikal.Kita mungkin senang melaungkan BOIKOT!!,tapi kita sukar utk memberikan jalan keluar kpd pengemar apa yg ingin diboikot itu sendiri.
wassalam...

7:50 PM  

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog