Tabayyunlah... (al-Hujurat [49]:6)
Saya pernah terkena dulu. Bahkan banyak kali terkena. Lalu, penyesalan tidak lagi menjadi hal yang berguna.
Suatu hari itu, saya telah diarahkan oleh salah seorang superior saya untuk menelefon kontraktor kami, guna menegur dan mengarahkan beliau supaya tidak mencampur adukkan pelbagai drawing di dalam satu fail. Ertinya, untuk satu drawing, dimasukkan ke satu fail yang tersendiri. Jujurnya, hal sebegini sudah tentu akan memakan masa juga kos kontraktor. Namun, saya diyakinkan oleh sang superior tadi bahawa kononnya ini adalah arahan General Manager.
Persis seperti yang saya duga, kontraktor yang saya berurusan itu –warganegara Serbia, terkenal dengan kekasaran dan kukurang-ajaran- lantas marah-marah, sambil bertanya arahan siapa ini? Saya lalu berjumpa dengan General Manager demi mengadukan hal ini. Tapi apa kata beliau? “Takde, saya takde suruh pun buat macam tu…”
Ternyata benar, arahan itu bukanlah daripada General Manager, tetapi bahkan daripada sang superior tadi.
Anak kurang ajar bertukar menjadi binatang
Saya seperti mana juga anda, turut menerima sebuah email betapa kononnya di Timur Tengah, ada seorang wanita asyik menonton t.v. Namun, beliau terganggu dengan bacaan al-Quran oleh ibunya, lalu pergi ke sang ibu dan mengambil lantas mencampakkan al-Quran yang ibunya sedang tadaruskan.
Lalu, umpama kisang sang Tenggang, dengan semena itu, sang wanita bertukar menjadi binatang. Konon kisah ini boleh dirujuk di sebuah web berbahasa arab.
Saya masuk ke web bahasa arab itu. Ternyata takde apa-apa.
Tidak lama kemudian, ternyata gambar wanita yang telah menjadi binatang itu sebenarnya adalah pameran doll di Perancis. Aduh… betapa malunya umat Islam andainya orang-orang kafir tahu umat Islam suka menipu dalam mahu menyedarkan umatnya.
Sosej mengandungi lemak babi
Benar, PPIM melakukan serbuan di beberapa kilang pembuat sosej kerana masalah ini. Tetapi PPIM, sepanjang di dalam tempoh siasatan, tidak langsung mengeluarkan kenyataan sosej jenama apakah yang telah terbukti mengandungi unsur babi.
Tiba-tiba, heboh di dalam internet dan juga dunia sms bahawa sosej sekian-sekian mengandungi unsur babi, kononnya kenyataan PPIM. Beberapa hari kemudian, ternyata kesemua sosej itu bebas daripada unsur babi. Maka siapakah yang hendak dipersalahkan dalam isu ini? PPIM? Sedangkan PPIM tidak langsung mengeluarkan statement sebegitu. Wallahi, bagaimana perasaan sang pengeluar sosej tatkala digembar gemburkan sosejnya mengandungi unsur babi, sedangkan terbukti hal itu palsu? Jika anda adalah seorang peniaga, lalu dihadapkan dengan suatu tuduhan yang masih di dalam siasatan, tiba-tiba berlegar di dalam dunia sms segala macam tohmahan dan fitnahan sedangkan kebenaran belum bisa dibuktikan, apakah perasaan anda?
Semua ini kembali kepada satu. Sikap tidak mahu menyelidik dan memastikan keshahihan berita oleh umat Islam. Atau, bahasa al-Qurannya disebut “tabayyun”.
Lina Joy menang dan telah tertubuhnya Persatuan Melayu Murtad.
Anda tentunya turut menerima sms ini, bukan? Demi lebih meyakinkan lagi, sms itu menyuruh supaya merujuk web rasmi Persatuan Pembela Islam (PEMBELA). Kelakarnya, bila anda buka web PEMBELA (www.myislamnetwork.net), ternyata yang terpampang di sana ialah “awas dengan maklumat dan sms palsu.” Aduh, terkena lagi umat Islam…..
Ilmu Mustholah Hadith
Di dalam ilmu hadith, ada yang namanya sanad. Betapa pentingnya bagi umat Islam untuk menyemak sanad sesuatu hadith, agar kita tidak sebarangan mengatakan sesuatu itu hadith, sedang ternyata ianya dhaif (lemah) atau lebih malang lagi maudh’ (palsu). Lalu, kita termasuklah ke dalam kelompok yang berdusta atas nama rasuluLLAH tanpa kita kehendaki.
Ilmu yang sebegitu berdisiplin ini kemudiannya telah diteladani oleh dunia pendidikan barat. Lalu, tatkala anda menulis sesuatu tesis, menjadi kewajipan anda untuk menempelkan rujukan anda, agar anda tidak bercakap sembrono sahaja. Itulah yang diajarkan oleh Islam lewat ilmu hadith, dan itu jugalah yang diajarkan kepada kita di universiti.
Umat Islam berpecah belah
Tapi ternyata hal yang sebaliknya berlaku. Asal ada saja berita yang kita terima, kita seolah-olah lupa perintah untuk bertabayyun dulu. Kita lantas sebarkan sebarang berita yang kita peroleh, sama ada ianya sahih atau tidak, sama ada ianya fitnah atau benar. Lalu akan adalah insan-insan yang terzalimi lantaran terkena fitnahan atau bahasa dunia hiburannya “gossip” ini. Selagi anda belum mengalaminya, anda mungkin tak akan peduli masalah “gossip” ini. Tapi, bila maklumat palsu berkenaan anda disebarkan oleh orang, barulah anda mengerti betapa penting dan perlunya tabayyun itu.
Ulama’-ulama’ dan da’i-da’I Islam sering menjadi mangsa dalam hal ini. Ustaz Shamsuri dituduh masuk UMNO. Tuan Guru Nik Aziz tak putus-putus dijadikan mangsa. Sampai-sampai lawaknya pada suatu petang sekitar jam 4.30 petang, saya menerima sms daripada seorang rakan kononnya Tuan Guru telah meninggal dunia sekitar jam 4.15 petang. Ada ke munasabah orang seperti beliau boleh dapat maklumat sepantas itu. Bila saya reply sms dia seraya menegur supaya tabayyun, beliau bahkan membela diri, maklumat itu beliau dapat daripada orang kuat PAS Pahang. Lawaknya, Buletin Utama pada malam itu, bahkan melaporkan Nik Aziz telah sembuh dan dibenarkan pulang akibat mengalami sakit jantung sebelumnya. Sekali lagi, maklumat palsu diedarkan!
ALLAH bersama orang yang sabar
Tabayyun memerlukan kesabaran. Kesabaran untuk kita menahan mulut kita, atau jari kita daripada sms, untuk menghebahkan kepada orang maklumat yang kita peroleh, selagi belum terbukti kebenarannya. Itulah sebabnya Islam menyuruh kita bersabar, dan siapakah contoh terbaik di dalam bab sabar jika bukan RasuluLLAH.
Akibat tidak sabar, maka pemuda-pemuda islam menyebarkan maklumat palsu, yang bahkan menzalimi orang lain. Ikhwan Muslimin pernah mengalami krisis dalaman akibat penyebaran maklumat palsu, lalu Ikhwah-ikhwah tidak bertabayyun. Ustaz Shamsuri teruk dicaci-dimaki hatta oleh gerakan islam sendiri, akibat tidak adanya tabayyun. Tuan Guru Nik Aziz sering menimbulkan kontrovesi, akibat tidak bertabayyun kita kepada maklumat yang diberikan media.
Tapi malangnya, bila peringatan supaya bertabayyun ini dibuat, bahkan sesetengah individu bahkan melenting seraya menuduh dan mendakwa bahawa kita inilah yang tidak bertabayyun. Bukankah mahkamah seluruh dunia bahkan surah an-nur sendiri telah menanamkan konsep, orang yang mendatangkan kenyataanlah yang harus mendatangkan bukti? Bukan sebaliknya!
Jika tiba-tiba saya menuduh Ahmad telah mencuri ayam Pak Abu, bukankah saya yang seharusnya mendatangkan bukti, bukannya kita beramai-ramai suruh Ahmad mendatangkan bukti yang sebaliknya?
Juga seluruh dunia menerima pakai “seseorang itu tidak didapati bersalah selagi dibuktikan bersalah.” Namun, dalam kes sosej dulu, ketika masih di dalam siasatan , menagapa kita tergamak memforwardkan sms betapa sosej sekian-sekian mengandungi babi, kemudian kita libatkan pula pihak ketiga iaitu PPIM, kononnya merekalah yang mengeluarkan kenyataan tersebut?
Azhar Mansor
Benar, website-website milik kuffar mengeluarkan kenyataan betapa Dato’ Azhar Mansor telah murtad dan kini menetap di Australia. Tetapi selagi belum dibuktikan benar, hatta NGO-NGO Islam pun belum ada yang membenarkan pernyataan tersebut, adakah wajar kita “menghukum seseorang sebelum dibuktikan bersalah?”
Bagaimana pula jika tiba-tiba website pro kuffar statekan di dalam web mereka bahawa nama kita telah murtad dan sebagainya, tanpa mendatangkan hujah dan bukti, apa pula perasaan kita?
Sikap
Itulah malangnya umat islam. Tidak langsung mahu tabayyun, tidak langsung mahu belajar daripada sejarah. Apabila orang yang bukan gerakan islam ditegur supaya bertabayyun, isunya kononnya air mineral sekian-sekian ada Holy Water yang bila meminumnya tak boleh nak mengucap –sedangkan telah dinafikan oleh dua bekas paderi Bro. Kamaruddin Abdullah dan Bro. Abdul Rahman Ayob dalam forum perbandingan agama di Sek. Izzudin Syah Ipoh beberapa tahun lalu- mereka bahkan melenting dan menyuruh kita inilah pula yang harus mendatangkan bukti, bukan orang yang menuduh yang harus mendatangkan bukti.
Apabila yang ditegurnya adalah orang separa gerakan islam –isunya Nik Aziz kononnya telah meninggal semasa dimasukkan ke wad akibat sakit jantung tempoh hari- lantas mereka berhujah kononnya orang kuat PAS Pahanglah yang mengeluarkan kenyataan tersebut.
Kini, lebih malang lagi, di tengah-tengah banyak sms terbukti palsu, kita minta gerakan islam pula tabayyun maklumat yang mereka peroleh, entah bersandarkan ilmu daripada mana mereka melenting kononnya kita inilah yang sepatutnya tabayyun. Walhal, belum ada statement rasmi daripada Mufti perak pun –yang kononnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Walhal, PEMBELA yang menjadi wadah rasmi kita menentang Lina Joy dan kumpulan artikel 11 pun menafikan mereka terlibat menghebahkan maklumat tersebut. Walhal harakahdaily turut meminta isu ini disiasat demi memastikan kebenarannya. Lalu, sepatutnya orang yang mengeluarkan statement itulah yang harus memdatangkan bukti, bukannya orang yang minta ditabayyunkan berita ini.
Isunya bukanlah mempercayai laporan akhbar. Tapi isunya setiap tuduhan haruslah didatangkan bukti. Jika tidak, maka ayuhlah kita bertabayyun. Dan namanya bertabayyun, janganlah kita sebarkan maklumat-maklumat sebegini. Jika tidak, berdoalah mudah-mudahan orang ramai akan bertabayyun pada kita pula tatkala kita pula menjadi bahan gossip tersebut. Belajarlah daripada sejarah, jangan sampai “gossip” palsu tersebar berulang…

1 Comments:
Subhanallah,
Tulisan2 yang baik.
Salam ukhwah fillah.
Post a Comment
<< Home