Friday, March 30, 2007

[safarul iman-France]: By the way, have you open the present I gave you, Nakamura-san?

Dear Mr. Faridul:

According to the latest info from ...bla bla bla ....... [work stuff, work stuff]......


By the way, thank you for the book that shows the comparison between Quran & science. We have to understand the way of thinking of Muslims.

Best regards,
Wataru NAKAMURA
Engineer,
Electrical Engineering Group 2
(Sent: Fri 3/30/2007 4:54 PM)

Faridul: So, who ever said that me giving away gifts (containing "The Quran & Science" book by comparative religion specialist Dr. Zakir naik, would make non-Muslim have mis-conception about Islam?

Wednesday, March 28, 2007

RUMAHTANGGA DAN “RUMAH TANGGA” MUSLIM

RUMAHTANGGA DAN “RUMAH TANGGA” MUSLIM
Oleh: Engr.* Faridul Farhan Abd Wahab

Cadangnya 1 April. Ya, 1 April, beban yang saya tanggung physically dan financially dek kerana keengganan saya untuk berpindah ke kawasan sekitar projek 2x700MW Jimah Power Plant seharusnya berakhir. Segala penat lelah berulang, dan semua wang ringgit yang terpaksa dikeluarkan, demi mengharungi samudera perjalanan, sudah seharusnya berganti dengan sedikit kemakmuran.

Pada kamu, ini kerja gila barangkali: melakukan perjalanan ulang-alik sejauh 4 marhalah setiap hari, hanya kerana ingin terus kekal bermukim di bumi Shah Alam, yang tidak lain daripada sebuah perjuangan yang sungguh meletihkan dan –secara kewangan- sangat memeritkan.

Namun apakan daya, saya terpaksa! Mana mungkin saya tinggalkan bumi Shah Alam, sedang malam-malam hari saya dipenuhi aktiviti pentarbiyahan anak-anak muda yang berkelana menuntut ilmu dan menetap sejenak di bumi Shah Alam. Namun, demikian mereka memilih untuk menjalani Latihan Industri di belahan bumi yang berlainan, saya kira, inilah masa terbaik untuk saya berpindah ke kawasan berhampiran tempat kerja saya, demi meringankan beban fizikal dan financial yang terpaksa saya hadapi.

Tetapi bukan di Port Dickson yang menjadi tempat pilihan. Tetapi Nilai menjadi idaman pertama, biarpun tetap saja agak jauh, namun kerana “rumah tangga” yang menjadi tempat sekeluarga berteduh harus tetap tegak sebagai “baitu ad-duat” (rumah tangga penda’wah), maka kawasan yang menempatkan sesegar-segar mad’u seperti di IPT menjadi lokasi terbaik.

Gagal mendapat “rumah tangga” idaman di Nilai, kemudian lantas mencari di kawasan yang bahkan semakin menjauh dari Jimah; di sekitar Bangi, lantaran prospek da’wah ternyata bugar di sana, di kawasan berdekatan pusat ilmu seperti di Bangi.

Begitulah andainya setiap aktiviti dan harta kita berlegar di dalam paksi da’wah. Hingga mana pemilihan rumah sahaja tidak didasarkan lokasi tempat kerja, tetapi bahkan kawasan paling subur untuk benih-benih da’wah disemai.

Tetapi tatkala bumi Shah Alam masih menagih “rumahtangga” saya tetap berharakah di sana, terpaksa saya tangguhkan lagi pencarian “rumah tangga” saya di kawasan sini, setidak-tidaknya hingga 1 Mei. Kerana “rumahtangga” yang saya bina juga atas fondasi da’wah.

Maka saksikanlah wahai Tuhan kami, bahawa solat kami, ibadah kami, ahli rumah kami, rumah kediaman kami, hidup kami bahkan mati kami, demi mu ya Ilahi Rabbi…


*Penulis adalah Graduate Member Instituition of Engineers Malaysia (IEM) yang membawa gelaran "Engineer (Engr.)"

Tuesday, March 13, 2007

TRUST GOD

Bulan lepas aku berada dalam makmal virologi demi menyiapkan projek final year yang semakin dekat ‘due date’nya sedangkan result untuk eksperimen yang ku buat masih lagi belum berjaya kudapatkan. Hampir setiap hari aku pergi ke makmal bahkan terlajak hingga ke malam namun hasilnya sungguh mengecewakan. Benak fikiranku mula berprasangka yang bukan-bukan, adakah Allah tidak ingin membantu hamba-Nya ini, sedangkan kalau mengikut fikiranku sudah berkali-kali aku berusaha mendapatkan keputusan eksperimenku, ditambah dengan doa-doa yang ku lafazkan setiap kali solat, namun tidak pernah berjaya.

Untuk pengetahuan kalian experimen yang aku buat adalah berkaitan dengan virus yang namanya ‘Newcastle Disease Virus’. Aku harus mendapatkan sejenis gen yang terdapat dalam virus tersebut yang diberi nama HN ( kalian boleh search sendiri di internet kalau nak tahu detail tentang ‘term-term’ ni) kerana bukan itu tujuan artikel ini ditaip. Kegagalan-kegagalan yang ku tempuhi benar-benar membuatkan aku ‘down’, ‘tension’, ‘stress’ dan banyak lagi. Hingga pada satu hari ketika aku mengulang eksperimen yang sama buat kali yang ke-8, seorang student Phd. dari Iran menegurku;

“Are you want to extract your HN gene today? Maybe you will get your result today”.


“Hope so”. Balasku agak perlahan

“TRUST GOD” Ini kata-katanya yang terakhir sebelum aku beredar untuk menyambung eksperimenku.

Perkataan terakhir yang diucapkannya membuatkan aku termenung seketika adakah aku masih belum percaya dengan Rabbku sendiri, sedangkan saban minggu aku diperingatkan dengan nasihat-nasihat yang mengarahkan kepada ma’rifatullah, syahadatain dan banyak lagi seperti mana yang dirakam dalam Al-Quran

“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [ Al-Baqarah 2: 186]

Lalu ketika aku melakukan ‘step’ yang terakhir untuk melihat sama ada aku berjaya atau tidak mendapatkan ‘result’ buat kali ini dan hasilnya SUBHANALLAH, aku berjaya mendapatkan ‘result’ yang sekian lama aku nantikan. ALHAMDULILLAH.

Aku terkenang kembali kata-kata ‘TRUST GOD’ tadi, walaupun aku sedia maklum kebanyakan ‘student’ dari Iran kebanyakannya adalah Syiah, termasuklah demonstrator projek ‘final year’ku yang mengakui dia adalah syiah. Aku tidak ingin mengulas tentang syiah di sini, mungkin dalam artikelku yang seterusnya. Tetapi perkataan ‘TRUST GOD’ yang diucapkanya benar-benar memberi kesan mendalam kepadaku. Mengapa tidak, hanya kerana aku tidak berjaya memperoleh keputusan dalam 7 kali percubaanku yang lalu, pelbagai prasangka buruk muncul dalam fikiranku, sedangkan kalau difikirkan sejenak, cukup banyak nikmat-nikmat yang ALLAH berikan kepadaku, kalau bukan dengan izin-Nya mana mungkin aku berada di muka bumi ini, tanpa izin-Nya aku tidak bisa hidup hingga ke saat ini, bahkan dengan izin-Nya juga aku sekarang berada di tahun akhir pengajian ijazahku. Nah, ketika ALLAH menguji aku dengan sedikit kesusahan, lantas terlalu cepatku mengeluh tak tentu pasal. Boleh jadi kita terlupa bahawa untuk mendapatkan pertolongan ALLAH dalam setiap urusan kita, terdapat syarat-syarat yang harus kita penuhi seperti mana terdapat dalam ayat Al-Quran di atas.

.....memenuhi (segala perintah)-Ku...

Kita mengharapkan ALLAH memudahkan urusan kita tetapi adakah kita orang yang bekerja untuk memudahkan urusan yang diperintahkan oleh ALLAH kepada kita. Mana mungkin adanya balasan sebelum adanya pengorbanan. Ingatlah sahabat-sahabatku walau sesukar mana ujian yang menimpa diri kita, jangan sampai kita mengabaikan perintah-perintah-Nya. Seterusnya ayat di atas juga menyebut.

....hendaklah mereka beriman kepada-Ku...

Mudah-mudahan kita berdoa agar menjadi orang yang sentiasa meningkatkan keimanan kita dengan aqidah yang bersih dari pelbagai ideologi seperti liberalisme, sekularisme, komunisme, syiahisme dan banyak lagi, ibadah yang sahih berpandukan sumber yang sahih, dan akhlak yang terpuji persis Nabi kita yang tercinta. Hingga akhirnya kita mengharapkan agar ALLAH meneguhkan kita dalam kebenaran seperti penghujung ayat 186

....agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Ternyata kesukaran dalam menyiapkan projek ‘final year’ku memberikan pengalaman yang cukup bermakna bukan saja dari segi keilmuan bahkan dalam keyakinan ku bahawa pertolongan pasti tiba jika kita benar-benar menolong agama-Nya. Maka untuk itu kalian harus menyebarkan risalah-Nya ini dengan bersungguh-sungguh walau seribu kegagalan kita tempuhi, kerana ALLAH pasti memenangkan agama ini. Lihatlah bagaimana ALLAH menerangi bumi dengan cahaya matahari setelah kegelapan malam menutupinya, begitulah jua cahaya kebenaran akan kembali bersinar setelah kegelapan kebatilan melemah. Marilah kita sama-sama “TRUST GOD”.

“ Mereka hendak memadamkan cahaya(agama) ALLAH dengan mulut mereka, dan ALLAH tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci”. [As-Saff 61:8]

Mohd Halimi Abdul Aziz
Virology Lab 143
11/03/2007 19:15p.m.

Tuesday, March 06, 2007

Ceramah "Kerosakan Umat"

Selesai memberikan ceramah motivasi bertajuk “kerosakan umat”, di akhir program, saya telah dikomentar oleh seseorang tentang penggunaan istilah “kerosakan umat”, kerana –menurut beliau- ada hadith yang mana Nabi SAW melarang mengatakan umat hari ini sudah rosak.

Ya, memang ada hadithnya. Hadithnya berbunyi begini:

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.”

Namun, seperti yang telah dijelaskan oleh PUM [1], Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini menjelaskan, bahawa larangan itu berkuat kuasa kepada mereka yang sekadar TAHU bercakap, tetapi tidak MAHU berbuat [2]. Atau lebih tepatnya, ia mengatakan sedemikian kerana mahu merendahkan orang ramai, sedang ia rasakan bahawa dirinya terlebih mulia.

Maka alhamdulillah, ceramah saya berkenaan “kerosakan umat” tidak lari daripada maksud dan intipati hadith tersebut. Kerana saya mengajak para peserta untuk sama-sama memikirkan tentang umat, dan berbuat kerana umat.

Ya, sudah tiba masanya kita hidup demi umat. Maka terapkanlah slogan “nahnu du’at qobla kulli syai’in” di dalam setiap urusan hidup kita.


RUJUKAN

[1] Suara Persatuan Ulama’ Malaysia Online:
http://www.e-ulama.org/Hadis/Default.asp?mode=0&ID=30

[2] Saya juga turut memberikan ceramah motivasi berkenaan “Kemahiran Berkomunikasi”, tetapi approach approach saya bukan kepada skil-skil komunikasi, kerana itu hanya memberiTAHU, sedang menurut saya, anda pasti bisa berkomunikasi jika anda memberiMAHU diri anda. Samalah seperti kes di atas. Kita hanya TAHU bercakap, tetapi tidak MAHU berbuat sesuatu.

Dialog dengan seorang free thinker

Saya sempat berdebat dengan seorang free thinker minggu lalu. Apa lagi jika bukan perihal keTuhanan. Beliau cuba “mengenakan” saya tatkala saya menyatakan bahawa al-Quran, yang diwahyukan lebih 1400 tahun yang lalu, bercerita tentang banyak fakta sains, dan saya mulakan cerita saya dengan memberikan contoh kejadian alam berdasarkan fakta sains “the Big Bang.”

Lalu sang free thinker ini pantas membangkang seraya juga membangkang rujukan-rujukan yang diberikan oleh Harun Yahya berkenaan isu ini, seraya memberikan bahan buktinya dalam web http://cosmicvariance.com/2006/02/04/administration-official-big-bang-is-just-a-theory/. Sahabat-sahabat sekalian, ada beberapa perkara yang bisa kita ambil perhatian di dalam hal ini;


1) Dalil al-Quran yang berkaitan dengan kejadian alam semeta, in relationship with the Big Bang theory ialah ayat berikut:

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya...”
(Surah al-Anbiya’[21]:30)

Ayat ini tidak sebut “big bang”. Makanya andainya teori Big Bang adalah benar sebuah teori semata-mata, itu tidak bererti al-Quran adalah salah. Bahkan, kita tetap harus meyakini bahawa kejadian alam semesta adalah bersesuaian dengan ayat al-Quran ini.

2) Kenyataan laman web di atas bukanlah daripada laman web rasmi NASA. Maka, belum tentu ada kebenarannya. Maka saya pun masuk ke laman web rasmi NASA, lalu saya search di dalam laman web itu, berkenaan isu ini (iaitu Big Bang Theory adalah teori semata-mata, not an establish science fact.) Hasilnya, adalah seperti di sini http://search.nasa.gov/search/search?q=big-bang-is-just-a-theory&output=xml_no_dtd&sort=date%3AD%3AL%3Ad1&site=nasa_collection&ie=UTF-8&oe=UTF-8&client=nasa_production&proxystylesheet=nasa_production&actionType=searchIndex&numgm=5.






Lalu, jika kita masuk ke laman itu (http://helios.gsfc.nasa.gov/qa_sp_b.html), ternyata, tiada kenyataan rasmi NASA bahawa Big Bang buknalah fakta. Maka, saya simpulkan bahawa sang free thinker tadi sekadar melancarkan propaganda tanpa memberikan bukti kukuh setelah saya berjaya menjawab soalan-soalan yang beliau kemukakan.

3) Jika anda seorang yang mempunyai Yahoo Messenger, apalah salahnya sekali sekala anda masuk ke chat room, dan membela Islam di sana. Sejujurnya, perbahasan saya dengan orang free thinker itu berlaku di chat room Yahoo Messenger, channel Religion: Islam. Lihatlah bagaimana musuh-musuh Islam sentiasa menyebarkan fitnah dan propaganda sesat mereka, hatta di chat room islam sendiri.



(Artikel ini sebenarnya adalah antara artikel saya yang terbengkalai, ditulis dalam bulan Ogos 2006. Masih banyak yang mahu saya perkatakan, namun mungkin yang sedikit ini boleh diambil pelajaran. Wallahu a'lam)

Ukhwah.com :: Top Blog