Tuesday, March 13, 2007

TRUST GOD

Bulan lepas aku berada dalam makmal virologi demi menyiapkan projek final year yang semakin dekat ‘due date’nya sedangkan result untuk eksperimen yang ku buat masih lagi belum berjaya kudapatkan. Hampir setiap hari aku pergi ke makmal bahkan terlajak hingga ke malam namun hasilnya sungguh mengecewakan. Benak fikiranku mula berprasangka yang bukan-bukan, adakah Allah tidak ingin membantu hamba-Nya ini, sedangkan kalau mengikut fikiranku sudah berkali-kali aku berusaha mendapatkan keputusan eksperimenku, ditambah dengan doa-doa yang ku lafazkan setiap kali solat, namun tidak pernah berjaya.

Untuk pengetahuan kalian experimen yang aku buat adalah berkaitan dengan virus yang namanya ‘Newcastle Disease Virus’. Aku harus mendapatkan sejenis gen yang terdapat dalam virus tersebut yang diberi nama HN ( kalian boleh search sendiri di internet kalau nak tahu detail tentang ‘term-term’ ni) kerana bukan itu tujuan artikel ini ditaip. Kegagalan-kegagalan yang ku tempuhi benar-benar membuatkan aku ‘down’, ‘tension’, ‘stress’ dan banyak lagi. Hingga pada satu hari ketika aku mengulang eksperimen yang sama buat kali yang ke-8, seorang student Phd. dari Iran menegurku;

“Are you want to extract your HN gene today? Maybe you will get your result today”.


“Hope so”. Balasku agak perlahan

“TRUST GOD” Ini kata-katanya yang terakhir sebelum aku beredar untuk menyambung eksperimenku.

Perkataan terakhir yang diucapkannya membuatkan aku termenung seketika adakah aku masih belum percaya dengan Rabbku sendiri, sedangkan saban minggu aku diperingatkan dengan nasihat-nasihat yang mengarahkan kepada ma’rifatullah, syahadatain dan banyak lagi seperti mana yang dirakam dalam Al-Quran

“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [ Al-Baqarah 2: 186]

Lalu ketika aku melakukan ‘step’ yang terakhir untuk melihat sama ada aku berjaya atau tidak mendapatkan ‘result’ buat kali ini dan hasilnya SUBHANALLAH, aku berjaya mendapatkan ‘result’ yang sekian lama aku nantikan. ALHAMDULILLAH.

Aku terkenang kembali kata-kata ‘TRUST GOD’ tadi, walaupun aku sedia maklum kebanyakan ‘student’ dari Iran kebanyakannya adalah Syiah, termasuklah demonstrator projek ‘final year’ku yang mengakui dia adalah syiah. Aku tidak ingin mengulas tentang syiah di sini, mungkin dalam artikelku yang seterusnya. Tetapi perkataan ‘TRUST GOD’ yang diucapkanya benar-benar memberi kesan mendalam kepadaku. Mengapa tidak, hanya kerana aku tidak berjaya memperoleh keputusan dalam 7 kali percubaanku yang lalu, pelbagai prasangka buruk muncul dalam fikiranku, sedangkan kalau difikirkan sejenak, cukup banyak nikmat-nikmat yang ALLAH berikan kepadaku, kalau bukan dengan izin-Nya mana mungkin aku berada di muka bumi ini, tanpa izin-Nya aku tidak bisa hidup hingga ke saat ini, bahkan dengan izin-Nya juga aku sekarang berada di tahun akhir pengajian ijazahku. Nah, ketika ALLAH menguji aku dengan sedikit kesusahan, lantas terlalu cepatku mengeluh tak tentu pasal. Boleh jadi kita terlupa bahawa untuk mendapatkan pertolongan ALLAH dalam setiap urusan kita, terdapat syarat-syarat yang harus kita penuhi seperti mana terdapat dalam ayat Al-Quran di atas.

.....memenuhi (segala perintah)-Ku...

Kita mengharapkan ALLAH memudahkan urusan kita tetapi adakah kita orang yang bekerja untuk memudahkan urusan yang diperintahkan oleh ALLAH kepada kita. Mana mungkin adanya balasan sebelum adanya pengorbanan. Ingatlah sahabat-sahabatku walau sesukar mana ujian yang menimpa diri kita, jangan sampai kita mengabaikan perintah-perintah-Nya. Seterusnya ayat di atas juga menyebut.

....hendaklah mereka beriman kepada-Ku...

Mudah-mudahan kita berdoa agar menjadi orang yang sentiasa meningkatkan keimanan kita dengan aqidah yang bersih dari pelbagai ideologi seperti liberalisme, sekularisme, komunisme, syiahisme dan banyak lagi, ibadah yang sahih berpandukan sumber yang sahih, dan akhlak yang terpuji persis Nabi kita yang tercinta. Hingga akhirnya kita mengharapkan agar ALLAH meneguhkan kita dalam kebenaran seperti penghujung ayat 186

....agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Ternyata kesukaran dalam menyiapkan projek ‘final year’ku memberikan pengalaman yang cukup bermakna bukan saja dari segi keilmuan bahkan dalam keyakinan ku bahawa pertolongan pasti tiba jika kita benar-benar menolong agama-Nya. Maka untuk itu kalian harus menyebarkan risalah-Nya ini dengan bersungguh-sungguh walau seribu kegagalan kita tempuhi, kerana ALLAH pasti memenangkan agama ini. Lihatlah bagaimana ALLAH menerangi bumi dengan cahaya matahari setelah kegelapan malam menutupinya, begitulah jua cahaya kebenaran akan kembali bersinar setelah kegelapan kebatilan melemah. Marilah kita sama-sama “TRUST GOD”.

“ Mereka hendak memadamkan cahaya(agama) ALLAH dengan mulut mereka, dan ALLAH tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci”. [As-Saff 61:8]

Mohd Halimi Abdul Aziz
Virology Lab 143
11/03/2007 19:15p.m.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog