[safarul iman]: “PAMERAN UKHWAH” DI KEDUTAAN INDIA

Catatan kenangan al-faqir ilaLLAH, Engr. Faridul Farhan Abd Wahab
Kedutaan India di jalan Duta ternyata sesak, padat dan penuh dengan batang tubuh bernama manusia. Entah di mana silapnya, proses mendapatkan visa untuk perjalanan ke India ternyata membayangkan suatu penantian yang pastinya lama. Sungguh pun menggunakan sistem pengambilan, penggiliran dan pemanggilan nombor –saya nombor 191 sedang waktu itu baru no ke -64!- entah kenapa proses penggiliran pada hakikatnya seolah tidak berpaksikan sistem pemanggilan nombor itu; bahkan lebih kepada prosedur beratur panjang di kaunter. Aduh, sistem apa saja sih yang dipakai oleh kedutaan India ini?
Namun, di balik kesesakan, kesibukan, kehanggatan dan ketidak-selesaan di ruang yang serba kekurangan lagi ketinggalan zaman itu, ternyata di sana terpaparnya “pameran ukhwah” yang sungguh menginsafkan dan menakjubkan, jauh sebelum bermulanya safar saya ke negara India.
“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah”.
(Surah Ghafir [40]:21)
“Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
(Surah al-Fathir [35]:44)
Para dispatch –yang datang membuatkan visa buat para majikan mereka- ternyata saling bantu-membantu sesama mereka, seraya satu mendapatkan visa buat rakan dispatch yang lainnya. Dari satu sudut, mungkin geram hendaknya tatkala giliran anda di”perpanjangkan” dek sistem “potong line” secara “tolong-menolong” sesama dispatch, tetapi, jika anda adalah insan yang bersedia untuk belajar daripada alam dan manusia-manusia di atasnya, anda bisa melihat proses pengambilan visa ini dari sudut pandangan yang berbeza. Ya, anda dapat melihat keutuhan persahabatan dan keakraban yang tampil dalam bentuk tolong-menolong sesama pekerja bawahan ini, sungguh pun berbeza majikan, berbeza company, berbeza uniform, dan lain-lain hal yang bisa menjadikan mereka memiliki seribu satu perbezaan. Namun, di atas status sosio-ekonomi mereka sebagai pekerja bawahan, membawa mereka kepada suatu kerjasama dan persefahaman yang erat, atau dalam istilah yang lebih islaminya dikenali sebagai “ukhwah”. Ya, para dispatch mengiklankan kepada kita perihal ukhwah!
Lalu, tidakkan anda merasa malu, wahai saudaraku, seandainya pelajar atau pekerja yang pernah mengikuti jenjang pendidikan formal sehingga ke universiti, untuk memaklumkan betapa tahap intelektual mereka tentunya jauh lebih tinggi berbanding para dispatch tadi, ditambah penglibatan mereka di dalam gerak kerja dakwah yang kononnya menyeru pada ALLAH yang satu, tetapi hakikatnya, mereka gagal bekerjasama apatah lagi berukhwah, hanya kerana berbeza jemaah, atau berbeza platform, atau –yang lebih remeh daripada itu- berbeza management? Seakan-akan mereka memahami “sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara” dalam konteks bahawa orang mukmin itu hanya di kalangan kelompok mereka sahaja, sedangkan di luar daripada kelompok atau jemaah atau management mereka sebagai tidak beriman, lalu layanan dan hubungan dengan yang lainnya berbeza dengan layanan mereka terhadap ahli kelompok mereka. Aduh… tafsiran apakah ini?
Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia berkata: Nabi SAW bersabda kepadaku; “Janganlah sekali-kali kamu meremehkan perbuatan baik sekecil apa pun, walau hanya dengan menjumpai saudaramu dengan muka yang berseri-seri.”
(HR Muslim 2626)
Aneh bukan, anda tidak dengar engineer asyik berantakan sesama engineer, doctor bergaduh dengan doctor, arkitek berperang antara arkitek, hatta dispatch yang berbeza “jemaah” dan “management” sahaja hidup harmoni dalam suasana tolong menolong dan bantu-membantu, tetapi berlainan pula dengan golongan agama, tidak henti-henti berperang, bergaduh, pulau-memulau lagi membesarkan titik perbezaan sesama mereka, sedang kitab dan sunnah yang mereka perjuangkan adalah sama? Lantas, insan-insan yang mencari kedamaian dan ketenangan di dalam agama ini menjadi semakin keliru dan jemu, lantaran sikap telampau fanatik dan ta’sub kepada kelompok dan individu, sehingga natijahnya umat ini makin menjauhkan diri daripada agama ini.
Ternyata yang merosakkan dan menjauhkan umat ini daripada agama bukan sekadar “ghazwul fikri” musuh semata, bahkan sikap fanatik kelompok menjadi faktor penambah kepada bencinya umat untuk mendekati agama. Ya, mereka benci untuk terlibat dalam aktiviti agama, kerana melihat pergaduhan dan peperangan sesama orang agama.
“Akh, kalau berlaku perpecahan dalam dakwah,
Ana terpaksa menentukan jalan ana sendiri.
Yang ana mahukan dalam dakwah adalahpenyatuan atas dasar aqidah yang benar,
Bukannya perpecahan berdasarkan fikrah yang lemah.
Anak tak mahu menegakkan firqah (kelompok),
Tapi yang ana tuntut adalah kesatuan dalam berjemaah.
Ana gusar dengan apa yang berlaku (pulau-memulau dan sebagainya)
Ketika dakwah ini masih baru”.
-(salah satu luahan hati insan-insan yang “mencari agama”,
tetapi kemudiannya dijauhkan oleh “orang-orang agama”)-
Maka, tidak bolehkan anda wahai orang-orang agama lebih berlapang dada dalam menyikapi perbezaan pandangan sesama anda, hatta perbezaan itu terkadang mencetuskan kontrovesi yang memudharatkan? Adakah kontreversi sang Mufti Perlis sahaja bisa dijadikan senjata bagi musuh untuk menyerang Islam, sedang panggilan “barua”, “ejen” atau “alat” seraya menunjukkan penentangan terbuka, tidak akan dijadikan senjata oleh musuh Islam untuk menyatakan bahawa gerakan Islam hanya tahu bergaduh dan berbalah sesama mereka?
“Dan janganlah kamu jadi berkelompok-kelompok dan berselisih pendapat selepas datang kepadamu keterangan yang nyata.Dan untuk mereka semua azab yang besar”
(Surah ali Imran [3]:105)
Tidak bolehkan anda lebih beradab dan berakhlak dalam mengkritik ulama’, sepertimana yang dipercontohkan oleh Ustaz Zaharuddin misalannya, yang menulis artikel dalam bentuk ilmiah dan penuh penghormatan terhadap sang Mufti perils, dalam mahu menyatakan ketidak-setujuannya terhadap kenyataan sang Mufti itu?
Tidak bolehkan anda, wahai ahli gerakan Islam, membiarkan sengketa sesama anda berlegar di kalangan anda semata? Atas dasar apa harus anda libatkan anak-anak buah anda, cucu buah anda, cicit tarbiyah anda, di dalam sengketa berkepanjangan, lalu jadilah seperti Aus dan Khazraj sebelum kedatangan Islam, yang sengketa tok nenek moyang mereka, diwariskan hingga enam, tujuh keturunan mereka? Wallahi! Dimakanah implementasi slogan “kita kerjasama dalam hal yang disepakati, kita berlapang dada dalam hal yang kita perselisihkan”? Wallahi! Apakah orang-orang beriman itu hanya di kelompok anda, hingga hak berukhwah tidak boleh diberikan kepada mereka yang di luar kelompok anda? Adakah anda tidak mendengar perkataan Nabi SAW yang mulia, tatkala melarang seorang Islam memboikot saudaranya yang lain –tanpa alasan yang hak- lebih daripada 3 hari?
Alhamdulillah, di kedutaan India itu, aku menyaksikan pameran ukhwah yang menakjubkan. Moga-moga ALLAH akan perlihatkan lagi renung-renungan keinsafan dalam kembara ku ke bumi India nanti.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home