Tuesday, March 06, 2007

Ceramah "Kerosakan Umat"

Selesai memberikan ceramah motivasi bertajuk “kerosakan umat”, di akhir program, saya telah dikomentar oleh seseorang tentang penggunaan istilah “kerosakan umat”, kerana –menurut beliau- ada hadith yang mana Nabi SAW melarang mengatakan umat hari ini sudah rosak.

Ya, memang ada hadithnya. Hadithnya berbunyi begini:

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.”

Namun, seperti yang telah dijelaskan oleh PUM [1], Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini menjelaskan, bahawa larangan itu berkuat kuasa kepada mereka yang sekadar TAHU bercakap, tetapi tidak MAHU berbuat [2]. Atau lebih tepatnya, ia mengatakan sedemikian kerana mahu merendahkan orang ramai, sedang ia rasakan bahawa dirinya terlebih mulia.

Maka alhamdulillah, ceramah saya berkenaan “kerosakan umat” tidak lari daripada maksud dan intipati hadith tersebut. Kerana saya mengajak para peserta untuk sama-sama memikirkan tentang umat, dan berbuat kerana umat.

Ya, sudah tiba masanya kita hidup demi umat. Maka terapkanlah slogan “nahnu du’at qobla kulli syai’in” di dalam setiap urusan hidup kita.


RUJUKAN

[1] Suara Persatuan Ulama’ Malaysia Online:
http://www.e-ulama.org/Hadis/Default.asp?mode=0&ID=30

[2] Saya juga turut memberikan ceramah motivasi berkenaan “Kemahiran Berkomunikasi”, tetapi approach approach saya bukan kepada skil-skil komunikasi, kerana itu hanya memberiTAHU, sedang menurut saya, anda pasti bisa berkomunikasi jika anda memberiMAHU diri anda. Samalah seperti kes di atas. Kita hanya TAHU bercakap, tetapi tidak MAHU berbuat sesuatu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog