Tuesday, March 06, 2007

Dialog dengan seorang free thinker

Saya sempat berdebat dengan seorang free thinker minggu lalu. Apa lagi jika bukan perihal keTuhanan. Beliau cuba “mengenakan” saya tatkala saya menyatakan bahawa al-Quran, yang diwahyukan lebih 1400 tahun yang lalu, bercerita tentang banyak fakta sains, dan saya mulakan cerita saya dengan memberikan contoh kejadian alam berdasarkan fakta sains “the Big Bang.”

Lalu sang free thinker ini pantas membangkang seraya juga membangkang rujukan-rujukan yang diberikan oleh Harun Yahya berkenaan isu ini, seraya memberikan bahan buktinya dalam web http://cosmicvariance.com/2006/02/04/administration-official-big-bang-is-just-a-theory/. Sahabat-sahabat sekalian, ada beberapa perkara yang bisa kita ambil perhatian di dalam hal ini;


1) Dalil al-Quran yang berkaitan dengan kejadian alam semeta, in relationship with the Big Bang theory ialah ayat berikut:

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya...”
(Surah al-Anbiya’[21]:30)

Ayat ini tidak sebut “big bang”. Makanya andainya teori Big Bang adalah benar sebuah teori semata-mata, itu tidak bererti al-Quran adalah salah. Bahkan, kita tetap harus meyakini bahawa kejadian alam semesta adalah bersesuaian dengan ayat al-Quran ini.

2) Kenyataan laman web di atas bukanlah daripada laman web rasmi NASA. Maka, belum tentu ada kebenarannya. Maka saya pun masuk ke laman web rasmi NASA, lalu saya search di dalam laman web itu, berkenaan isu ini (iaitu Big Bang Theory adalah teori semata-mata, not an establish science fact.) Hasilnya, adalah seperti di sini http://search.nasa.gov/search/search?q=big-bang-is-just-a-theory&output=xml_no_dtd&sort=date%3AD%3AL%3Ad1&site=nasa_collection&ie=UTF-8&oe=UTF-8&client=nasa_production&proxystylesheet=nasa_production&actionType=searchIndex&numgm=5.






Lalu, jika kita masuk ke laman itu (http://helios.gsfc.nasa.gov/qa_sp_b.html), ternyata, tiada kenyataan rasmi NASA bahawa Big Bang buknalah fakta. Maka, saya simpulkan bahawa sang free thinker tadi sekadar melancarkan propaganda tanpa memberikan bukti kukuh setelah saya berjaya menjawab soalan-soalan yang beliau kemukakan.

3) Jika anda seorang yang mempunyai Yahoo Messenger, apalah salahnya sekali sekala anda masuk ke chat room, dan membela Islam di sana. Sejujurnya, perbahasan saya dengan orang free thinker itu berlaku di chat room Yahoo Messenger, channel Religion: Islam. Lihatlah bagaimana musuh-musuh Islam sentiasa menyebarkan fitnah dan propaganda sesat mereka, hatta di chat room islam sendiri.



(Artikel ini sebenarnya adalah antara artikel saya yang terbengkalai, ditulis dalam bulan Ogos 2006. Masih banyak yang mahu saya perkatakan, namun mungkin yang sedikit ini boleh diambil pelajaran. Wallahu a'lam)

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

dulu masa form 6 (sekejap jeh, sementara tunggu tawaran masuk U) saya ada berkawan ngan seorang yang berbangsa cina.

pada mula saya menyangka semua orang di malaysia ini mempunyai agama (berdasarkan kepada perlembagaan malaysia semua orang patut ada agama kat malaysia ni) tapi semasa berborak panjang ngan beliau, baru lah saya tahu dak cina ni seorang free thinker. rupanya semua ahli keluaga nya pun free thinker.

hem... nape ye manusia leh jadi free thinker, adakah mereka cuba menafikan fitrah yang Allah kurniakan kepada setiap hamba, iaitu berasakan perlunya kepada tuhan.

semoga mereka ini di beri hidayah.

10:19 AM  
Anonymous Anonymous said...

memang ramai masyarakat cina di Malaysia yg sudah menjadi free thinker terutamanya generasi muda. pada saya, mereka bukannya mahu menafikan fitrah, cuma mereka mula tersedar akan ketahyulan dan benda benda yg tidak logik dalam agama mereka. Di eropah, perkembnagan ini sudah lama bertapak bila mana penganut kristian sudah tidak lagi percaya dengan golongan gereja yg gagal menjawab permasalahan kontemporari dan sains.

Sebetulnya ada ruang positif yg kita saksikan bila golongan muda mulai menyoal kesahihan kepercayaan nenek moyang. namun, selaku pendakwah islam, kita perlu bersiap sedia menawarkan jawapan. jika tidak, keadaan akan menjadi lebih kelam kabut.

2:09 PM  
Blogger Farhan al-Banna said...

Sapa-sapa yang ada pengalaman dialog dengan mereka, boleh bagi tips tak kat saya? Melalui email pun takpe..

2:12 PM  

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog