Wednesday, May 31, 2006

Ketika Ini...

Assalamualaikum semua,

dakwah ini tidak memerlukan kita,
kita yg memerlukan dakwah,
dan dakwah ini tidak pernah hina kerana kita tiada,
dan dakwah ini tidak pernah mulia hanya kerana kita,
kerana dakwah ini milik Allah,bukan milik manusia,

sesiapa yg bersama-bersama dengan dakwah,
Allah akan bersama sama dengan meraka,
dan siapa yg tidak ingin bersama2 dengan dakwah,
sila lah tinggalkan jalan ini,
kerana jalan ini tidak akan pernah sunyi dari Jundullah2 yg pasti akan ditemukan,
sepanjang jalan dakwah ini,

bagi siapa yg hanya ingin menyucar-kacirkan jalandakwah ini,
silalah dengan segala hormatNya turun dari kenderaan ini,
kerana dakwah yg murni ini tidak memerlukan orang-orang sepertimu,

siapa yg ingin berjuang sehidup semati dgn dakwah ini,
dan memberikan seluruh kehidupannya utk mencari keredaan Allah,
mari kita kotakan janji kita,
siapa yg hanya ingin mendapat kedudukan dan glamour,
pergila tempat lain,
sini bukan tempatmu,

Dakwah akan terus bergerak,
umpama arus yg tidak akan bisa ditahan,
walau seluruh dunia menentang,

Sekali lagi aku mengingatkan,
Sekarang bukan lagi masa untuk merangkak dan berjalan,
Bukan masa terhoyong hayang mencari pegangan,
Bukan masa mengesat air mata kerana terasa hati,
Bukan lagi masa untuk bergaduh kerana gula-gula 2bijik,
Namun, Sekarang ini adalah masa untuk Berlari dan terusMemecut..!!!

Wallahua'lam



Oleh Mohd Saufy Rohmad
28 Mac 2005
(saudara Saufy adalah lulusan IT daripada UTP dan sedang menyambung Master di UiTM)

MRR2 :- Jangan salahkan Sammy Vellu (hujah pembelaan buat Sammy Vellu. Dato' Sri, kami menyokong kepimpinanmu..)


Jangan salahkan Samy-Vellu!
Jangan suka tuduh dengan melulu
MRR2 retak bukan salah gua, bukan juga salah lu
Tsunami punya gempa menggegarkan jejambat
Sampai retak-retaknya semakin hebat
Sehingga strukturnya semakin kurang padat
Maka kenapa Samy Vellu lu mau sendat?
Sedangkan dia sibuk berpikir, sampai rambut pun dah tak lebat

Jangan salahkan Sammy-Vellu!
MRR2 retak sebab tak cukup peruntukan
Tu la..Sammy nak naikkan tol, rakyat mengamuk sakan
Tak naikkan tol, mana nak cekau duit?
Rakyat kena la berkorban, kena ikat perut lawan cacing kerawit
Simen mahal, bukan macam harga kelapa sawit


Jangan salahkan Sammy-Vellu oi!
Tak nak retak, kena korban, bagi naik harga tol
Bila rakyat terbiasa berkorban, turunlah gejala moral, tiada lagi kes rogol
Ala…petrol naik rakyat boleh berkorban
Elektrik naik, rakyat tak heran
Kasi naik la itu tol, kenapa lu orang mau panas baran?

Bukan salah Sammy Vellu la…
Kita, rakyat yang salah
Bila apa-apa naik, kita pun marah
Maka bajet kerajaan pun bertambah parah
Lalu kes dengan Singapore, kita pun mengalah
Pada kontraktor, senang-senang pampasan RM100 juta diserah
Baik macam tu daripada kena hentak
Kang kalau jadi buat, berulang kembali kisah retak
Lu pun bilang Sammy yang salah, dia jawab “kepala hotak!”
Mula la kena reka alasan, cakap berbelit mengalahkan katak
Peduli apa penderitaan rakyat, semuanya main lantak

Jadi, bukan salah sang Sammy
Retaknya MRR2, pertamanya kerana Tsunami
Keduanya sebab rakyat suka bantah kenaikan, tak cukuplah subsidi
Mana boleh sentuh sang presiden MIC


Wednesday, May 17, 2006

(email tanpa tajuk)

(sebagaimana yang telah disebar-emailkan pada 24 Mac 2005. Selepas email ini, ada email balas daripada seseorang. Nanti barangkali saya sertakan)

Assalamualaikum warahmatuLLAH….

Ada orang bertanya saya, berapa ringgit saya dapat daripada mengajar tuisyen sebuah sekolah naungan JAIS di Klang. Saya katakan padanya, saya mengajar percuma, tidak mendapat bayaran satu sen pun.

Kemudian ada orang bertanya lagi, kenapa tak mengajar di tempat lain? Kan ramai orang mencari guru tuisyen dan mampu memberikan bayaran yang tinggi? Maka, inilah barangkali yang mereka tak faham. Kalau mak ayah mampu, untuk apa yang mengajar anak2 mereka? Bukankah mereka boleh mencari pusat tuisyen dan sebagainya? Saya mahu mengajar orang yang tak mampu. Oleh sebab mereka tak mampulah, kita bantu mereka….

Ada pula orang suruh mengutamakan “main bola” berbanding mengajar tuisyen. Kononnya, dakwah ni tak mesti di sekolah, dakwah boleh juga di padang. Saya katakan: itu benar! Cuma pertanyaan saya, kalau andainya mengajar tuisyen ini menjadi part time job kita, kita dibayar keranannya, adakah kita akan mengajar “on-off’?

Inilah masalahnya kita bila kita hidup kerana wang. Pada saya, biarlah gaji saya kecil, bahkan tak cukup sebenarnya untuk menampung adik-adik nak sekolah dan sebagainya, tapi itu tidak harus menjadi sebab untuk kita meminta bayaran dalam segala perkara yang kita lakukan. Sepatutnya, lantaran kita hidup susah, maka atas landasan itulah kita mahu membantu orang-orang yang susah. Sekolah JAIS peruntukannya kecil, banyak anak2 orang kampung di sana, banyak anak2 org2 miskin belajar di sana, yang mana mak ayahnya tak mampu mentuisyenkan anak mereka. Dan banyak pula orang-orang berilmu yang dah keluar daripada IPT, dan bahkan mendapat pekerjaan yang mendapat gaji beribu-ribu ringgit. Nah, kenapa kalian tidak terpanggil untuk membantu orang2 susah ini? Kenapa kiranya kalian dibayar untuk mengajar, kalian akan begitu komited terhadapnya, tapi andainya mengajar itu sekadar secara sukarela, bahkan kita pula yang terpaksa keluar duit minyak, fotostat dan sebagainya, kita membuatnya acuh tak acuh saja?

Saya tertarik dengan email yang dihantar oleh sahabat saya tentang biodata pengasas Yayasan al-Bukhary. Berikut saya sertakan ceritanya:

Assalamualaikum,utk renungan bersama...

Petikan kata-kataY. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
L/belakang Syed Mokhtar-
Umur - 53 tahun-
Pendidikan - SPM-
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)-
Kekayaan -RM1,425 juta-
Ke 7 terkaya di Malaysia-
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)-
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB- HICOM dan Bank Muammalat-
Kereta - Proton Perdana-
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusipengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, KompleksAl-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahanMasjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiaptahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanyasebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliaumenghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatansepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukanperibadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agendasosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahumeninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orangMelayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapimasalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senangdengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangaumacam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proseskematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun bolehmenjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulahia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidakmampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melaluijalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) keranamereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurangfaham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabilasudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya adacita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihanlain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuatberusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan inisejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo,New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendakbermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalamberapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masadi atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kitauntuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambilbalik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawahmungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina adapelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. OrangMelayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasaidiri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha merekamarah
14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Sayabukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran inikepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orangCina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orangMelayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapiuntuk maju kita perlu berusaha
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahusaya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Sayabukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu iniyang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabilakita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepadakumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Sayahanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak danisteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yangbaik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungisaya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kitaterus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Sayabukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apayang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun takkata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecahkerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukanuntuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyaksyarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orangtidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atauRM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkanmereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan dirisendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantuselama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orangberniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendakmeminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendakmembayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senangtapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kataorang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-halasas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akaldan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan denganbadan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengantanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalauhendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak adaapa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lainboleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yangsesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun samaseperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak bolehlupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin adajiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadinakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf,beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahumengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksabersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolongorang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kitatolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yanglain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilahsedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kenacepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikanagama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelabsana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakaiMercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong keretanasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini sayaberani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalausaudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahuambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan olehbangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kitaberfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kuncikejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayuberfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat.Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam sayaboleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidakboleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang bolehmemberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumahbesar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumahbesar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kenabekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walausetinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermuladaripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amaljariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini.Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat sayabuat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah.Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak adasegelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan danhidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak bolehbuat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buatlangsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapalterbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai bolehpakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orangramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lainmerasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimanaperasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mestiberi orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa.Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Sayakata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Alangkah bagusnya jika kita sebagai orang Islam terpanggil untuk membantu sesama Islam seperti kisah di atas. Andainya kita perhatikan, ekonomi orang Hindu misalnya sedang marak meningkat. Hampir semua kedai gunting rambut dah ada air-cond. Perayaan2 mereka pun makin meriah dan mengada-ngada berbanding dulu. Cukup mereka ada seorang jutawan dan seorang menteri, nasib bangsa mereka terbela. Kita orang Islam, tak pernah terfikir pun tentang urusan dan nasib sesama Islam, yang hidup susah, yang tak mampu, dan sebagainya.

Barangkali itulah hikmahnya Imam as-Syahid Hassan al-banna meminta ikhwah-ikhwahnya supaya selalu melibatkan diri dalam kerja-kerja amal. Supaya mudah-mudahan diri kita tidak terbuai dan hanyut dengan kehidupan dunia yang fana ini. Barangkali, itulah hikmahnya ALLAH mewajibkan puasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, supaya paling tidak kita ingat pada orang-orang yang terbiasa hidup berlapar.

Jangankan sekolah-sekolah kampung yang langsung takde orang nak ngajar tuisyen pada mereka tanpa berbayar, yang namanya asrama penuh pun (SBP), yang dulunya untuk membantu anak orang2 kampung, lantaran dah ramai anak tokoh korporat yang masuk SBP, lantas pentadbiran sekolah pun mengambil kesempatan dengan mewajibkan bayaran itu dan ini. Tak terpikir ke mereka, bagaimana anak orang kampung mampu membayar yuran, bayaran yang tinggi dalam tempoh yang singkat?

Lalu, kelmarin, saya singgah ke Kota Damansara untuk solat Maghrib dan Isyak di sana. Sempat sembang dengan sorang tok siak surau (beliau jadi siak tanpa elaun, sukarela saja). Kenapa surau tu tak banyak kuliah, sebab takde dana katanya. Maklumlah, ustaz2 sekarang, kalau tak berbayar, tak datang dema. Sayang, yang namanya ustaz pun, dalam mereka nak mendidik masyarakat, harus berbayar, abang yang menjadi siak surau tu, walaupun gaji kecil, sekadar kerja sebagai pembantu am di sebuah hospital, tapi membuat kerja-kerja kebajikan secara sukarela.

Lalu saya bertanya kepada diri saya sendiri, adakah dunia, adakah wang telah menguasai diri saya?

“Ya ALLAH, jadikanlah dunia di genggaman tangan kami. Janganlah Engkau jadikan dunia di dalam hati-hati kami…”
-doa Umar al-Khattab R.A-
Faridul Farhan Abd Wahab
Engineer, JIMAH O & M Sdn. Bhd
.

p/s – email ini ditulis secara spontan sebaik membaca email tentang Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary ini. Ya benar, email ini ditulis mengikut perasaan. Lantaran itu, maaf andainya ada bahasa kasar yang menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Rak Buku Abah


Gambar yang anda lihat di sebelah adalah "sebahagian" daripada buku-buku abah. Sebahagian lagi memenuhi ruang dapur, sebahagian lagi di stor, sedikit daripada sebahagian itu dipinjam-tanpa-pulang oleh rakan-rakan dan anak murid abah, sedang sedikit-daripada-sebahagian turut ditinggalkan begitu sahaja oleh abah di pejabat lamanya.

Daripada buku-buku agama berbahasa arab, kepada buku-buku Inggeris tentang alam ala National Geographic, kepada buku-buku tentang pertanian dan perkebunan, kepada pertukangan, hiasan rumah... wah, segala macam bukulah pokoknya.

Rak buku ini dibina sendiri oleh abah. Memang, abah seorang yang rajin bertukang.

Kini, abah berubah angin pulak kepada bidang pertanian. Kajiannya berkenaan penanaman pohon anggur, adalah hasil researchnya sendiri.

Abah memang seorang yang miant membaca dan sangat cintakan ilmu. barangkali, saya mewarisi sifat suka membaca daripada abah.

Perpustakaan/rak buku di rumah sewa saya, rasa-rasanya adalah 1/20 daripada koleksi buku abah. Sayang, buku-buku abah -terutamanya yang berbahasa Arab- tidak ada siapa yang "sudi" membacanya kini. Kalau pun dibaca, hanya oleh atuk (Tnuan Guru Hj Salleh, ulama' terkenal di utara Selangor). Itu pun, sekali sebulan bila atuk singgah menginap lantaran memberikan kuliah agama bulanan di Puchong.

Dan lebih menarik lagi, kesemua buku tersebut memang habis dibaca oleh abah! Entah bila anak-anaknya yang 7 orang ini akan dapat mengikut jejak langkahnya.....

(saya tetiba "teruja" untuk memaparkan rak buku (yang telah dimusnahkan ini sebenarnya) setelah mengambil gambarnya daripada website peribadi abah semalam, serta mengenangkan rak buku di rumah Kapten Hafiz Firdaus yang juga sangat besar lagi banyak)

Yusuf al-Qaradhawi dan Syed Qutb

(artikel ini saya emailkan pada 9/5/2005, sebagai jawapan kepada soalan sahabat saya lantaran keluarnya artikel oleh Astora Jabat di Mingguan Malaysia hari sebelumnya)
Assalamualaikum warahmatuLLAH,

.Ada teman (mutarabbi) bertanya saya tentang Syed Qutb. Hal ini sebagai reaksinye terhadap sebuah artikel yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini (tepatnya: semalam), yang mana penulis artikel tersebut terkenal dengan idea-idea “kontroversinya”, seperti isu azab kubur tiada, rambut wanita bukan aurat, dan macam-macam pandangan lagi. Bagi saya, artikel-artikel penulis terbabit tidak wajar dikatakan “kontroversi”, tetapi tepatnya dikatakan “menyongsang”.
Kembali kepada artikel terbarunya dan reaksi masyarakat pencinta Islam terhadapnya, memang benar, al-Quran menyebut:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
(Surah al-Hujurat [49]:6)
Tetapi, pada masa yang sama, al-Quran juga menyebut:
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Maidah [5]:8)
Di sini, saya tidak akan membahaskan berkenaan artikel penulis terbabit, cumanya disini, saya memperingatkan tuan-tuan, seperti mana sering saya memperingatkan dan minta diperingatkan diri saya sendiri, bahawa janganlah barangkali kerana yang menulis artikel tersebut seorang penulis yang terkenal kekontroversian-nya, pantas kita menghukum beliau tanpa kita terlebih dahulu mengkaji hujahnya itu.

Sebetulnya, di dalam bukunya Dr. Yusuf al-Qaradhawi bertajuk al-Ijtihad fi asy-Syariatul Islam (“Ijtihad dalam syariat Islam”, antara lain telah diterjemahkan oleh Crescent News Sdn. Bhd. Dengan tajuk yang demikian), buku yang banyak dirujuk oleh Dr. Danial Zainal Abidin (yang banyak menulis artikel “Sains & Islam” di dalam majalah ‘I’ terbitan Karangkraf) di dalam bukunya “Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden (Edisi Kedua)” terbitan PTS Publications & Distributions, al-Qaradhawi ada menyentuh tentang “bersendirinya Sayyid Qutb di dalam pendapatnya” dan “semua ahli fikir Islam menentang pendapat Sayyid Qutb” (sila baca buku tersebut, mulai dari m/s 305 sampai m/s 333).

Apa pun, saya tidaklah menyatakan bahawa kenyataan penulis tersebut benar. Saya juga tak menyatakan as-Syahdi Syed Qutb sebagai salah atau Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebagai penentang Syed Qutb. Harus diingat disini bahawa Dr. Yusuf al-Qaradhawi tetap seorang pengagum Syed Qutb, dan keduanya (al-Qaradhawi serta Syed Qutb) layak dianggap ulamak serta mujahid Islam yang cukup ikhlas berjuang, yang kiranya salah seorang daripada mereka salah di dalam pandangannya, ia tetap mendapat pahala di atas kesungguhan dan keikhlasannya berijtihad. Saya Cuma mengingatkan kita semua, agar janganlah kita pantas mengatakan sesuatu kenyataan itu salah hanya kerana melihat penyampainya yang tidak kita suka, dan janganlah kita pantas mengiyakan sesuatu kenyataan hanya kerana penyampainya kita suka, tanpa terlebih dahulu melakukan rujukan.

Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan kita semua diselamatkan oleh ALLAH SWT daripada menghuku dan tidak berlaku adil terhadap orang yang tidak berapa kita gemari, seperti yang telah diperingatkan oleh al-Quran di dalam ayat surah al-Maidah di atas. Saya mencadangkan agar tuan-tuan melayari website al-ahkam di http://www.al-ahkan.net/ sebagai salah satu medium informasi buat kita semua, bersama-sama website lainnya seperti http://www.eramuslim.com/, lain sebagainya.

Apa pun, sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan ALLAh tempatkan as-Syahid Syed Qutb di tempat yang mulia, dan kita dapat menuruti jejak langkahnya.
Thank you.

Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Engineer
JIMAH O & M Sdn. Bhd.
Lot 1.1, Level 1, Wisma Antah,
Changkat Semantan,
Damansara Heights, 50490 K.Lumpur
Tel: +03-2095 3622 Ext. 117
Fax: +03-2095 0822

Renungan on Ramadhan (RoR) (17 Ramadhan)

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”
(Surah az-Zukhruf [43]:67)



Perhatikan sejenak cerita Apprentice. Atau program realiti Survivor. Atau bahkan dalam diari harian kita: di kilang, di pejabat, di sekolah, lain sebagainya. Betapa teman yang akrab untuk seketika, dikemudian harinya menikam dari belakang. Untuk kemudian harinya mencela dan menghina. Untuk kemudian harinya pergi meninggalkan kita, untuk berduka nestapa sendirian sahaja. Apatah lagi bila kepentingan diri menjadi perhitungan.

Maka, maha benar kalam ALLAH SWT: betapa teman akrab sekalipun, bila persahabatan yang dibina bernilai duniawi semata-mata, mungkin gelak riang bersama, tapi kelak bila masanya berduka, tiada lagi yang sudi menemani kita. Ituah sebabnya Nabi SAW menyuruh kita untuk memilih dan membina ukhwah (persahabatan, persaudaraan) di atas dasar Cinta. Cinta kepada yang Maha Esa. Kerana istar (mengutamakan diri saudaranya berbanding dirinya sendiri) adalah pekerjaan yang hanya mampu dilakukan oleh teman-teman yang salih, orang-orang yang bertaqwa.



“Siapa yang dikehendaki ALLAH mendapat kebaikan ALLAH akan memberikannya rezeki berupa seorang teman karib yang salih. Seandainya beliau lupa (temannya itu) akan memperingatkannya. Dan apabila temannya itu memperingatkannya beliau akan menolongnya”
(Hadith daripada buku “Apa Ertinya saya menganut Islam” oleh Fath Yakan)



Indahnya berukhwah dengan orang-orang salih. Suatu jalinan persahabatan ketika susah senang, lagi kekal ke Syurga.



Sumpama inilah Ramadhan terakhir kita…isilah ia kerana tiada lagi peluang bagi kita selepas ini.



Sebagai peringatan bagi diri ini dan sahabat semua…
Thank you.

Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Hamba yang faqir di sisi ALLAH (al-faqir ilaLLAH)…
(disebar-emailkan kepada rakan sepejabat pada 21/10/2005)

Tuesday, May 16, 2006

Reminder of Ramadhan (RoR) (16 Ramadhan)

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Surah ar-Ra’d [13]:28)
Kita telah berada di bulan Ramadhan. Bulan di mana merupakan perantara antara ketenangan hidup di bumi dan kebahagiaan nan hakiki di Akhirat. Sering kali kita menjawab, bila diajukan tentang tempat yang paling indah, paling bahagia dan paling canggih, dengan jawapan-jawapan seperti “Disneyland”, atau Pulau Bali, atau Cameroon Highlands, dan sebagainya. Tapi, demi sesungguhnya, “Disneyland” di kampung Akhirat itu, atau “Cameroon” di bumi nan abadi itu, adalah jauh lebih indah, jauh lebih syahdu, jauh lebih meriangkan lagi melazatkan berbanding semua tempat-tempat menarik di dunia nan fana ini, sungguh pun Hollywood cuba mengindahkannya lagi di dalam filem-filem terbitan mereka. Nah, kenapa tidak kita tempah “percutian” ke sana? Nah, kenapa kita tidak menempah “rumah” bahkan mahligai di sana?

Sahabatku,
Mudah-mudahan Ramadhan inilah kesempatan terbaik untuk kita comply dengan segala requirement untuk beroleh tempat di Syurga nan abadi. Kerana penghayatan bulan Ramadhan bisa melembutkan hati yang keras, membangkitkan jiwa yang tidur, menemukan jalan pulang bagi jiwa yang sesat, menjadikan jiwa yang alpa kembali ingat hingga mereka memainkan dan mendengarkan seruan-Nya. Mahukan dunia yang penuh kerohanian, mahu mendirikan bangunan penuh cahaya dalam diri dan langsung mengetepikan dunia fana dan rosak, lalu terbebaslah daripada kongkongan benda supaya hanya menghadap kebenaran. Atau, kita “hantarkan” kedua ibubapa kita ke sana, agar ALLAH memberi mereka minum telaga al-Kauthar, minuman yang lebih putih daripada susu, lebih dingin daripada ais, lebih manis daripada madu dan diberi minum oleh tangan RasuluLLAH SAW sendiri. Itulah hadiah dan cara terbaik untuk membalas jasa ibubapa kita: dengan menjadi anak yang soleh dengan tetap terus mendoakan mereka. Bukan dengan membelikan mereka rumah mewah, atau menyogokkan mereka dengan kereta besar, atau sekadar menyedekahkan al-Fatihah dan surah Yasin setelah kematian mereka (kerana hal itu dibahaskan oleh ulama’, dengan setengah pendapat ianya tidak sampai kepada mayat si mati.)

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.”
(Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)
Sumpama inilah Ramadhan terakhir kita…isilah ia kerana tiada lagi peluang bagi kita selepas ini.

Sebagai peringatan bagi diri ini dan sahabat semua…

Thank you.

Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Hamba yang faqir di sisi ALLAH (al-faqir ilaLLAH)…
(sebetulnya adalah tazkirah yang saya sampaikan dalam email kepada rakan-rakan sekerja saya untuk Ramadhan 1426/ 2005Masihi. RoR adalah designreview yang kami jalankan di peringkat projek pembinaan power plant kini)

FREKUENSI ASLI (natural frequency)

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
(Ramadhan pertama di alam kerjaya, 2004)
Keaslian. Itulah yang sukar dicari malah dijumpai di zaman moden ini. Rata-rata yang memenuhi ruang lingkup penglihatan kita, telah mengalami reformation nya, atas nama pembaikan, sehingga terkadang mengikis habis ciri-ciri keasliannya. Ada yang namanya mee segera, suatu kikisan terhadap sifat-sifat asli sang mee. Ada yang namanya video game, yang mengikis habis keindahan riadah. Ada yang namanya PTPTN, yang mengikis habis nilai-nilai murni untuk membantu pelajar-pelajar miskin. Nah, sebutlah apa sahaja, hampir kesemua ungkapan kalian tercemar dek pembaharuan dan kemodenan (termasuk hilang keaslian bahasa!).


Maka sorotilah ke belakang sekali-sekala, demi melihat “skrip” aslinya. Pasti akan menyebabkan kita sedar erti kehidupan. Biarpun kita tak nafikan betapa terhakisnya ciri-ciri keaslian di dalam sistem yang melingkari “kawasan” kehidupan kita, namun begitu ada beberapa perkara yang tidak seharusnya dicemar oleh arus perubahan yang terkadang sekadar meniatkan kemusnahan. Inilah yang dinamakan tsawabit (tetap dan berkekalan), sedang dokongan kita terhadap perubahan-perubahan (yang baik), kita namakan mutaghayyirat (berubah). Dan Islam, sesuai dengan tuntutan zaman, juga mempunyai ciri-ciri fleksibiliti ini (mutaghayyirat), tetapi pada masa yang sama tetap saja mengekal ciri-ciri keasliannya (tsawabit).

Maka timbul pula istilah “frekuensi asli”. Apa sih frekuensi asli itu? Adakah frekuensi-frekuensi yang lain tidak asli? Adakah salah dan bermudharat frekuensi yang tidak asli? Kenapa hal ini timbul, kerana peristiwa-peristiwa yang mewarnai Ramadhan tahun ini, pada kaca mata penulis (walaupun penulis tidak memakai glasses) semacam suatu “frekuensi” petanda daripada Yang Maha Agung buat kita, guna kita menginsafi dan memperbaiki sistem di sekeliling kita. Dari pembunuhan beramai-ramai di selatan Thailand, kepada penggempuran di Fallujah, kepada terpilihnya George W.Bush sebagai Presiden Amerika, semua “frekuensi-frekuensi” ini harus dicermati oleh kita, demi menatijahkan kebahagiaan.

“Frekuensi asli” didefinasikan sebagai frekuensi ayunan yang menjadi sifat suatu sistem getaran apabila sistem tersebut teranjak daripada kedudukan neutralnya dan berayun di sekitar kedudukan tersebut.1 Ada pula yang berpendapat, “keaslian” pada frekuensi itu ialah detik dimana sistem berada pada keadaan tanpa getaran.2 Maka, atas dasar definasi-definasi inilah, topik ini dibangkitkan kerana ternyata tadabbur sang engineer ini terhadap Ramadhan tahun ini, amat berkaitan dengan definasi tersebut.

Untuk definasi yang kedua, kita boleh mengaitkan Ramadhan sebagai “frekuensi asli” kepada bulan-bulan yang lainnya. Dan ini tiada salahnya, kerana majlis graduasi Ramadhan sahaja dinamakan Hari Raya “Fitrah”, iaitu hari meraikan “keaslian”. Ertinya madrasah Ramadhan, andainya diambil beserta pakej-pakejnya, mengembalikan manusia kepada nilai manusiawi yang sebenar. Iaitu “keaslian” untuk menjadi hamba kepada ALLAH. Iaitu “keaslian” fitrah manusia untuk menjana keazaman beribadah kepada ALLAH. Bukan sahaja buat umat Islam, bahkan “frekuensi asli” semua manusia tertegak di atas landasan ini. Perhatikanlah buktinya: “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (ALLAH); (tetaplah atas) fitrah ALLAH itu yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu..” (ar-Ruum[3]:30) Ertinya seluruh manusia bernaung di bawah frekuensi keimanan, kehambaan, dan ketergantungan terhadap rahmat ALLAH, tetapi yang menjadi “modulator”yang mencampur-adukkan “keaslian” ini dengan “kekaburan” dan “kekotoran”, menurut hadith Nabi, adalah manusia itu sendiri. Makanya kebahagiaan sebenarnya terletak di sini; pada pergantungan. Pergantungan terhadap belas ALLAH, sehingga nilai dunia kelihatan amat kecil di mata orang mukmin sejati. Tidak hairanlah mereka (sang mukmin) sentiasa tenang menghadapi kekusutan dunia, sedang manusia lainnya sesak di dalam kemabukan materialistik yang berpanjangan. “Tidak ada satupun musibah yang menimpa di bumi dan pada dirimumu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan suapya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu..” (al-Hadid[57]:22-23). Ertinya puncak kebahagian adalah satu kata: redha. Demikianlah yang difahami oleh Umar Abdul Aziz tatkala mengatakan; “Tidak ada kebahagiaan yang tersisa bagiku, kecuali di dalam takdir ALLAH.”

Sedang, untuk definasi keduanya, bagaimana “frekuensi” (baca: nasib/keadaan umat kini) teranjak daripada kedudukan neutralnya (iaitu dalam keadaan tertindas kini) dan berayun di sekitar kedudukan tersebut (iaitu menguasai dunia!) Maka, sang engineer sejati memahami bahawa “frekuensi” yang di bawa oleh Ramadhan adalah frekuensi kebangkitan. Sudah tiba masanya umat Islam pula yang menguasai keadaan. Sudah tiba masanya umat Islam dilimpahi kejayaan. Sudah tiba masanya umat Islam dihujani keredhaan.

Telah bekulah daya juang di hati manusia itu
Mereka leka mencari kekayaan dan kehidupan yang rutin
kealpaan orang-orang yang baik dan semangat orang-orang yang keliru
hampir-hampir menggoncangkan daku dari cita-cita dan perjuanganku3


Nah, “keaslian” pada frekuensi yang dibawa “gelombang Ramadhan seharusnya dimanfaatkan sebaiknya. Saat dimana Quran kembali ditekuni. Waktu azan mula dihargai (sungguhpun sekadar azan buka puasa). Ketika rumah-rumah ALLAH mula dipenuhi. Kesempatan dimana jiwa mula menginsafi indahnya rezeki, sehingga erti kemanusiaan mula dihargai.


Oleh kerana waktu balik dah tiba, maka “frekuensi asli” bergelombang idea sudah pudar, diganti “frekuensi asli” pulang ke rumah untuk berbuka. Maaf kerana sekadar ini kesudahan (artikel)nya..
“Selamat bertaaruf dengan lailatul qadar, selamat merayakan “frekuensi asli” kemanusiaan..”
RUJUKAN

1 “Kamus Fizik Mekanik”, Dewan Bahasa dan Pustaka (1989)
2 www.technicalassociates.net/Glossary.htm
3 Al-Amiri, “Diwan Ma’a Allah”, m.s. 110

Hukum Melabur dalam ASB, ASW dan sewaktu dengannya

Faridul: Sahabat sekalian,
berikut saya forwardkan kenyataan Ustaz Zaharuddin berkenaan hukum ASB yang dipetik daripada:
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27749&sid=32e435c8e88d3d2358791a3ee74b5ecf
untuk pertimbangan sahabat-sahabat sekalian.
Ingatlah, apa ertinya wang banyak tapi tak “barakah” hingga mana banyaknya harta tetapi sentiasa tak mencukupi. Mudah-mudahan sahabat2 dapat mempertimbangkan pelaburan kalian di dalam ASB.
Tanggung jawab saya adalah menyampaikan. Selanjutnya, terserah pada kalian.
InsyaALLAH, saya akan forwardkan biodata ustaz Zaharuddin ni kemudian.

Wallahu’alam.


Salam, Bismillah wa hamdalillah, Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :- Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :- 1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram) 2) Commerce asset holdings berhad ( KOnvensional) - 1.11 % 3) British American Tobacco berhad 1.07 % 4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional) justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram. Bagaimanapun , kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas. Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa? dan jika mudarabah, perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan. Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam. Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah. Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja. Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram . sekian, wallahu a'lam.


Thursday, May 11, 2006

[kembara iman]: Solat di Kota Damansara

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatuLLAH…

Ada sesuatu yang menarik yang harus saya ceritakan disini, iaitu pengalaman yang saya tempohi kelmarin hari.
Saya sampai awal di Kota Damansara, sekitar jam 6 petang (sebab takut sesat) untuk bersolat Maghrib dan Isyak di sana. Kelihatan seorang abang, sekitar 39 umurnya -bahkan memang 39 pun umurnya (sebab saya kemudiannya bertanya)- sedang asyik membersihkan dan menyapu sekitar surau. Saya duduk di surau sebentar untuk minum air kotak yang saya bawa, sebelum kemudiannya mengatur agenda singkat di dalam kepala –pusing-pusing tengok tempat, tidur, mengaji al-Quran, langsung solat Maghrib. Tiba-tiba, abang tersebut menyapa saya, memecahkan kesunyian suasana (actually tak sunyi pun sebab di flat sebelah ada sekumpulan pemuda sedang main street soccer).
“Ada orang surung awak beli kereta,” kata abang tersebut, “awak (istilah untuk “saya” bagi orang Peghok(perak..) tahu awak tak mampu. Buat apa nak ikut cakap orang?” Kelihatan wajah abang tersebut (yang dahsyat tak dahsyatnya akhlak saya, sampai-sampai sepanjang bersembang, saya tak sempat tanpa pun namanya apa. Mudah-mudahan ALLAH ampunkan kesilapan saya itu) tenang, tiada kekusutan, tiada kekhuatiran. Ternyata, permasalah ‘kereta’ tidak pernah mengganggu dan mengusutkan pemikirannya. “Awak gaji Cuma dalam seribu, nak nganto (hantar) anak sekolah lagi, nak bayar sewa ghumah (rumah) lagi….. kalau beli kereta, habis situ sajalah” sambung abang itu penuh yakin. Tiada tanda-tanda merintih simpati daripadanya. Bahkan, yang terpampang pada wajah ‘keanak-anakan’ abang itu –sungguhpun umurnya dah tak layak nak panggil pemuda- ialah sebuah raut wajah orang yakin merasa cukup dengan apa yang ada. Terkadang, saya pun tak faham, kenapa abang itu begitu ‘mempercayai’ saya dalam beliau bercerita? Mungkin, barangkali, orang-orang yang sememangnya rajin ke surau adalah orang-orang yang memang wajar dipercayai.
Selesai solat Maghrib, ketika jemaah lain semua pulang ke rumah, saya menyertai abang itu, bersembang dengannya sekali lagi. “orang sini, kita kutip derma RM1 sebulan pun, macam-macam alasan dema. Bukannya banyak, seringgit sebulan aje…” jelas abang tersebut ketika menerangkan mengapa surau itu tidak meriah dengan kuliah-kuliah mahupun ceramah-ceramah. Dana surau itu kecil, menurutnya. Sedang ustaz-ustaz zaman sekarang, kalau tak berbayar, takdenya dema (istilah untuk mereka dalam loghat orang Perak) nak datang.Lebih malang lagi, ahli kariah tersebut, seperti juga ahli kariah di tempat-tempat lain, untuk menderma RM1 sebulan pun, terasa suatu hal yang sungguh berat. Tapi kalau bab berbelanja hal-hal yang tak wajar, duitnya sentiasa ada. Terkadang, saya pun heran, kenapa jika kutipan untuk program-program larian misalnya, atau kutipan dengan diiringi konsert misalnya, mayarakat bersedia untuk menyumbang, tetapi kalau sekadar RM! Untuk sumbangan surau, yang tentunya amal jariah pada masjid/surau merupakan saham kita bahkan setelah meninggal kelak, terasa amat berat sekali untuk kita keluarkan.
Saya kagum dengan abang itu. Dalam kesederhanaannya menampung keluarga beranak lima, dengan cukup sekadar motorsikal sahaja, tetapi tetap saja masanya tercurah untuk menabur amal kepada bangsa. Pelik, terkadang insan bergaji besar sekalipun, sentiasa ‘berkira’ dalam kerja-kerja ‘over-time’ sebegini. Pelik, terkadang ustaz-ustaz pun, yang membela agama sememangnya menjadi tanggung jawab utama mereka, sentiasa menitik beratkan bayaran di dalam segenap gerak tari mereka. Bahkan lebih pelik, seorang pembantu am beranak lima seperti abang ini, sungguhpun jika dinilai dari perspektif duniawi tak berpunya, tetapi tetap saja tertumpah semangat sukarela, sehingga pantas menjadi tok siak, membersih dan menjaga surau tersebut, hatta soal tandas sekalipun, biarpun tanpa elaun apa pun. Dan lebih pelik, abang yang tidak mampu berkereta seperti ini, tetap rela bahkan teguh ke sana ke mari meminta sumbangan untuk menghidupkan surau tersebut, biarpun sekadar seringgit, tetapi mereka yang mempunyai kereta sampai dua-tiga, tetapi keberatan untuk sekadar menyumbang walau Cuma RM1 kepada kebajikan agama dan ummah.
Saya bersyukur kepada Tuhan, kerana ALLAH dengan sifat ar-Rahim-Nya telah mengurniakan suatu sifat “berjalan mencari surau-surau” kepada saya setiap kali fikiran mual menjadi kusut. Entah kenapa, saya seronok tiap kali terjumpa foreigner-foreigner di surau-surau, atau terlihat pakcik tua tak berpunya (dari penampilan maksud saya kelihatan bukan orang kaya) tetapi setia membersihkan dan berkhidmat kepada rumah-rumah Tuhan-Nya. Dab barangkali, pertemuan saya dengan abang tersebut, justeru sebuah tazkirah kepada saya. Supaya dalam kesusahan kita, masih ada yang lebih susah, tetapi tetap bahagia bilamana dapat membahagiakan orang lain.
Dalam perjalanan pulang ke rumah malam itu, yang memakan masa sejam jaraknya, bahkan lebih lewat lagi lantaran hujan lebat malam itu, mata saya turut dihujani air. Saya terkenang rumah-rumah di Grik. Betapa rumah-rumah itu tak layak dipanggil rumah, kelihatan seperti pondok menunggu dusun berbuah. Dindingnya sekadar plastik beras dan poster-poster, sehingga saya pun langsung tak percaya bila dimaklumkan bahawa itu adalah rumah penduduk. Tetapi, demi melihat anak-anak kecil berbogel berlari sekiar ‘rumah’ tersebut, hati saya menjadi begitu hiba. Rupanya terlampau ramai orang yang jauh lebih dhaif berbanding kita. Itulah sebabnya, tiap kali makan makanan mewah, di hotel misalnya, hati saya sentiasa meronta-ronta, bahkan memplay-backkan suasana tersebut. Betapa zalimnya kita pada mereka. Kita makan makanan yang mewah, sedang anak-anak mereka entah apa saja makanannya.
Saya bersyukur di atas tazkirah Tuhan itu. Mudah-mudahan, di dalam kembaran saya akan datang, akan lebih banyak “tazkirah-tazkirah” dunia akan saya perolehi. Betapa orang susah saja ada sumbangan kepada masyarakat, bagaimana dengan kita, apa saja sumbangan kita buat mereka? Nyatalah, wang bukanlah segalanya. Kerana bila kehidupan telah memperoleh barakaah, maka segala kemewahan dunia tiada lagi nilainya pada kita. Sebaliknya, bila hidup ini terorientasi dunia, segala kekayaan dunia pun tak pernah mencukupi buat kita.

Kalau kiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan bukakan barakaah daripada langit. Namun mereka mendustakan ayat-ayat Kami, lantas Kami balas mereka lantaran apa yang mereka lakukan/ usahakan”
(Surah al-A’raf [7]:96)*

Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Engineer, JIMAH O & M Sdn. Bhd
.

* Ayat al-Quran ini adalah terjemahan bebas (terjemahan sendiri) oleh penulis, berdasarkan pengetahuan Arabnya yang cetek. Andainya maksudnya silap atau bahkan lari, sila dibetulkan secepat yang mungkin.
* artikel ini disebar emailkan pada 24 Mac 2005.

1st comment: artikel "Transformer"

imran_al-malizi said:

Assalamu'alaikum.artikel yang menarik.sila lah melawat ke blog saya:http://inilah-jalanku.blogspot.com/selamat berkenalan!imran_almalizi@yahoo.com
7:02 PM

Faridul: JazakaLLAH khairan akhi Imran. AlhamduliLLAH, bertambah kenalan baru saya. Akhi abu luqman, apa khabar? lama tak dengar khabar berita?

TESIS (Final Year Project)

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
(setelah menganggotai Jimah, Januari 2005)

Sudah menjadi satu kelaziman bagi bakal graduan, dalam melengkapkan proses pengajiannya, harus mempersiapkan suatu “tesis” sebagai epilog kepada pendidikannya. Sama ada tesis itu adalah tesis PhD, atau tesis Master –M.B.A, B.Bsc, lain sebagainya- ataupun tesis FYP (Final Year Project), makalah yang mengandungi kajian terperinci ini seakan-akan memberikan gambaran kepada para ilmuwan, tentang setakat mana layaknya penyedia tesis tersebut untuk bergelar graduan. Tetapi, untuk membolehkan tesis tersebut diterima, ia harus berbeza daripada yang lain-lainnya. Atau, dalam istilah lain, harus mengandungi “keunikan”.

Hero mukmin sejati sentiasa memahami hakikat ini. Kerana mereka sedar, sungguhpun mereka -pada zahirnya- mengambil atau menceburi bidang yang sama dengan orang lain, tetapi keunikanlah yang akan membezakan mereka, pada tesis yang dikarangkan, pada presentation yang dibentangkan, dan pada amalan yang digarapkan, daripada rakan-rakan se-course lainnya. Justeru, pandangan sinis yang diberikan oleh masyarakt umum, ataupun lontaran tohmah yang dilemparkan, mahupun halangan-halangan yang diterapkan, tak pernah menggusarkan mereka, kerana “dateline” kepada tesis perjuangan mereka telah ditetapkan hingga menemui kematian.

Maka tidak timbul seorang siswa memberikan alasan “sibuk” untuk tidak menggarap karya-karya perjuangan di dalam kehidupannya. Kerana, ketika ALLAH berfirman; “(ALLAH) tidak membebankan seseorang diluar kemampuannya..” (al-Baqarah:286) , itu sebenarnya suatu indikasi, bahawa berbezanya mereka berbanding para pejuang pendahulu mereka, justeru merupakan peluang keunikan yang dilimpahkan oleh ALLAH pada mereka, agar karya mereka akan lebih membawa momentum terhadap peradaban sejarah. Biarpun ia doktor misalnya, kesempatan yang ALLAH berikan untuk beliau belajar ilmu perubatan, justeru merupakan suatu kesempatan untuk ia memacu segala potensinya untuk umat, di tengah kesibukan-kesibukannya, sehingga ALLAH, Rasul dan orang beriman melihat ukiran amalannya. Jika ia engineer misalnya, kesibukan-kesibukan yang diberikan oleh ALLAH padanya, justeru merupakan suatu keunikan, untuk ia mentarbiyah umat di tengah kesibukan-kesibukannya, sehingga uasahanya itu merupakan suatu contoh amalan yang “luar biasa”. Kerana, daya keunikanlah –bila difahami oleh sang mukmin sejati- yang akan memacu dirinya untuk berbeza dengan orang lain. Yang akan menarik dirinya dari lembah keputus-asaan. “..janganlah kamu berputus asa dari mengharap rahmat ALLAH. Sesungguhnya tidak berputus asa dari mengharap rahmat ALLAH melainkan orang-orang kafir.” (Yusuf:87). Yang akan mengeluarkan dirinya daripada wilayah kekecewaan dan kesibukan. “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, kerana kamulah yang paling unggul, kiranya kamu beriman.” (ali Imran:139). Nah, di sinilah rahsianya. Keunikan dan ketegaran itu, yang menjadikan sang hero mukmin sejati berbeza dari yang lainnya, diungkapkan oleh ALLAH SWT dalam perkataan yang lain: iman!

Kesempatan yang diberikan oleh ALLAH kepadanya untuk mencelah dalam sesuatu bidang ataupun kerjaya, digunakan sebaiknya oleh sang hero mukmin tadi untuk membentangkan suatu tesis yang serba unik, yang mempunyai momentum yang tiada taranya. Jika kesibukan menghantui siswa lainnya, hero mukmin tadi –berbekalkan keunikan, keazaman dan ketegaran- mempersembahkan dua tesis istimewa di akhir pengajiannya: satu untuk memperoleh skroll, sedang yang selebihnya untuk penilaian sejarah. Jika kesibukan kerjaya menghambat pekerja lainnya (daripada tarbiyah dan dakwah), maka hero mukmin sejati –dek kerana sedar kerjayanya bukanlah untuk mendapat gaji, melainkan redha daripada Ilahi- akan tampil dengan dua kerjaya sekaligus, seperti mana hero-hero fantasi Barat lainnya. Lihatlah sahaja perwira mereka (barat), Superman mempunyai peranan lain sebagai wartawan, Spiderman mempunyai kehidupan yang lain sebagai mahasiswa, Batman mempunyai karier yang lain sebagai businessman, maka hero mukmin sejati juga tak segan silu menampilkan dua muka sekaligus: kehidupan sebagai profesional (engineer, doktor dan sebagainya) dan kehidupan sebagai murabbi yang mentarbiyah umat lewat halaqah-halaqah atau liqo’-liqo’. Tetapi justeru, prestasi menggemparkan yang ia raih dari keduanya, sebenarnya merupakan kelebihan buat dirinya, kerana pekerjaan ketiganya –hasil refleksi dua kerjaya duniawi dan ukhrawi tadi- ialah sebagai pendakwah pada kedua sisi kehidupannya. Inilah kelebihan-kelebihan yang hanya mampu diraih oleh insan yang sudi menghadirkan “tesis mukmin” sepanjang tempoh kehidupannya. “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka. Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan, sebagaimana kamu menderitainya, sedang kamu mengharap dari ALLAH apa yang tidak mereka harapkan..”(an Nisa’:104)

Maka, untuk bergraduasi di dalam kehidupan serba fana ini, hasilkanlah tesis yang mempunyai keunikan. Inilah yang dipunyai pada setiap karakteristik para sahabat, sehingga setiap seorang berbeza dengan yang lainnya. Keunikanlah yang mengunggulkan Syeikh Ahmad Yasin berbanding insan lumpuh yang lainnya. Keunikan jugalah yang menjadikan fatwa al-Qaradhawi diterima ramai berbanding yang lain-lainnya. Keunikan jugalah yang menyebabkan –barangkali- sang engineer ini menghabiskan FYPnya cuma dalam tempoh dua minggu. Kerana tesis setiap daripada kita harus berbeza, barulah pengiktirafan daripada ALLAH dapat dikurniakan.


“Born to die as a syuhada’..”

Pendebungaan

Oleh: nurul farihah

Bunga sebut sahaja bunga pasti banyak perkara yang muncul di benak.Bunga tertentu membawa maksud tertentu.Contohnya mawar merah simboliknya cinta,warna kuning pula merujuk kepada persahabatan.ye ke? Ntahla….ana pun tak tahu sangat tentang bunga ni.
Kerap kali juga wanita diibaratkan sebagai bunga .Mungkin kerana wanita ini ibarat bunga yang indah di pandang, menarik di mata. Malah jika wangi bunga itu makin menambah pesonanya. Tambah seri jika bunga itu di jaga rapi dan di pagari agar tidak di datangi sang kumbang mahupun lebah yang mencuri nectar yang sebelum ini terjaga kemas, tersimpan rapi.
Inflorescence. Pernah dengar kalimat ni? Mungkin anda juga biasa mendengar kalimat catkin, umbel, simple umbel, spike, raceme dan banyak lagi istilah yang boleh dikaitkan dengan inflorescence.

Apa sebenarnya yang nak ana katakan? Berpusing-pusi

ng tak sampai lagi ke penghujung…hehe. Sabar. Kan sabar tu separuh dari iman. =)
Pernah tak kalian terfikir kenapa agaknya bunga itu terdiri dari pelbagai rupa, warna, dan saiz? Haa…inilah yang ana nak kita cuba renungkan. Mungkin kita semua dah tahu bunga yang bersaiz kecil, ringan, tak berwarna-warni dan tak menarik mesti didebungakan oleh angin.Bunga yang warnanya terang dan menarik didebungakan oleh haiwan atau serangga. Tapi bagaimana pula dengan bunga yang tak berwarna terang dan menarik tapi masih didebungakan oleh haiwan atau serangga? Salah satu sebabnya haiwan atau serangga tersebut buta warna. Hanya boleh mengenal warna hitam dan putih saja.
Bukankah Allah telah berfirman segala apa yang di langit dan bumi adalah satu tanda kebesaran Allah bagi mereka yang berakal , yang berfikir, yang mengetahui.
Itulah sebenarnya fitrah kehidupan. Manusia biasa yang bertunjangkan nafsu tapi berpucukkan fikiran sememangnya akan sukakan bunga yang warnanya terang dan menarik. Tetapi manusia luar biasa yang bertunjangkan akal yang menggugurkan daun nafsunya pasti akan memilih bunga yang warnanya tidak terang dan tidak menarik minat. Kenapa? Kerana mereka inilah insan luar biasa yang mampu menguasai diri , membentuk diri menjadi insan bertaqwa kerana mereka yakin dengan janji Tuhannya bahawa ‘bunga’ yang baik pasti akan ‘didebungakan’ oleh haiwan atau serangga yang baik juga. Dan hasilnya kelak benih yang baik akan bercambah menjadi sepohon bunga yang tentunya lebih indah dengan haruman yang berkekalan….



(artikel ini adalah hasil kiriman saudari Nurul Farihah, pelajar UNIMAS)

Friday, May 05, 2006

ARAHAN KERJA (OPERATOR'S MANUAL)

Faridul Farhan Abd Wahab
B. Eng (Hons) Electrical Engineering.
Q.A Department, Hoeken Industrial Sdn Bhd. (2004)


Bagi mereka yang baru sahaja memulakan kerjaya, terutama di bidang yang menjadi “idaman” masyarakat kampung, iaitu sebagai operator pengeluaran, maka tidak ada apa yang harus dirisaukan. Ini kerana mereka –sungguhpun tanpa pengalaman apa pun- telah dipermudahkan tugasan mereka untuk memulakan kerja, dengan hadirnya sehelai kertas yang terpampang dihadapan meja kerja mereka, bernama “Arahan Kerja”.

Dengan adanya Arahan Kerja ini, sebarang orang, pada tahap intelek mana pun, selagi ia mampu membaca dan memahami, maka segala gerak geri, cara-cara, dan petua-petua untuk ia melakukan kerja-kerja pemasangan atau pun penyemburan atau pun menekan butang atau pun apa saja gaya yang ada di dalam kamus pekerjaan seorang operator (pengeluaran), akan mampu ia lakukan dengan jayanya, atas sumbangan sehelai kertas bernama Arahan Kerja tadi.

Demi mencapai standard ISO –bukan sekadar untuk memudahkan operator (pengeluaran)- maka kami di department Q.A (Quality Assurance) diperintah untuk menyediakan kepingan-kepingan Arahan Kerja ini. Dalam erti kata lain, lembaran-lembaran kertas yang padanya terpampang sebuah jadual, dengan tulisan-tulisan bernada arahan mendampinginya, dikatakan sebagai suatu syarat kualiti, bahkan syarat wajib dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja.

Andainya demikian penting lembaran-lembaran dan helaian-helaian kertas itu dalam kehidupan sesebuah industri, maka demikian pentinglah lembaran-lembaran kertas yang di atasnya terkandung semacam “Arahan Kerja”, cuma lembaran-lembaran yang dimaksudkan di sini bukan Arahan Kerja untuk memulakan operasi pekerjaan, tetapi “Arahan Kerja” yang bergelar “al-Quran” ini, adalah suatu kitab yang menerangkan cara-cara menjalani kehidupan.

Andainya kehidupan seorang manusia tidak selaras dan tidak didasarkan pada al-Quran, ini bererti ia melakukan kesalahan dalam ia menapaki pentas kehidupan. Kerana arahan-arahan beserta cara-cara yang dinyatakan dalam Arahan Kerja bernama al-Quran ini, merupakan suatu karya yang ber”kualiti”, sungguh pun tak pernah di iktiraf oleh ISO. Maka Arahan Kerja ini menyebut:

“Hai manusia, sesungguhnya telah datang padamu “Arahan Kerja” dari TUHAN-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(QS Yunus [10]:57)

Masakan tidak al-Quran ini berkualiti, kerana di dalamnya terkandung segala macam sumber, segala macam “software kehidupan”, segala macam petunjuk dan segala macam perkara yang sering menjadi impian segenap manusia. Padanya semacam ada butang “HELP”, beserta juga ruangan “SEARCH” untuk manusia meneruskan kehidupan. “..tiada KAMI alpakan sesuatu apa pun di dalam al-Kitab..” (QS al-An’am [6]:38).

Andainya manusia mengambil al-Quran sebagai “Arahan Kerja” dalam menjalani kehidupan, sedah tentu gelaran “umat terbaik” bisa diraih sebegitu mudah, hingga Islam mengungguli tamadun manusia (ustaziyah ‘alamiyah). Tetapi barangkali kita lebih lembap daripada sang operator asing yang sebetulnya tidak memahami bahasa pada arahan kerja itu, hinggakan kita masih keterbelakang dalam segala serba-serbi. Maka bersedialah wahai teman-teman Q.A, beban tugas kita, perjuangan kita, masih jauh….



Glosari: "Arahan Kerja" di kilang Hoeken adalah sebenarnya "operator manual" yang digunakan di kilang-kilang. Ketika saya bertugas di sana, kami dipertanggung jawabkan untuk mengupdate dan mengupgrade semua manual ini bagi semua komponen spare part kenderaan yang ada. Sehingga akhirnya menjadikan saya agak "pakar" menggunakan Microsoft Excel.

"Shift" Kehidupan

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
B.Eng(Hons) Electrical Engineering
-artikel ditulis pada 2004, ketika sedang menganggur-

Anehnya sang graduan itu. Di saat amat memerlukan –pada pengamatan kebanyakan orang- apa saja peluang yang bisa mengantarnya ke tujuan, ia tetap angkuh menolak. Walhal, di saat-saat sebegini, tambahan pula pada situasinya yang bak kata kebanyakan orang; perlu ambil saja sebarang peluang, tanpa langsung memikirkan tentang pendirian, tetap saja ia menebarkan syarat-syarat dalam membuat pilihan.


Tidak mahu yang namanya “shift”. Tidak akan melakukan yang namanya “travelling”. Tidak mungkin melakukan “overtime”. Walhal, yang namanya sang graduan, harus meng”iya”kan saja semuanya itu, demi memberikan suatu masa hadapan. Agar mudah-mudahan tidak menjadi “graduan lapok” berpanjangan.

Tetapi tidak dengan sang graduan itu. Ia justeru menolak bukan kerana keangkuhan. Ia memilih bukan kerana kecerewetan. Ia tegas bukan kerana kesombongan. Tetapi kerana ia mengerti tentang hakikat kehidupan. Bahawa ia justeru bergelar graduan bukan untuk sekadar menjadi jurutera –pada pemahaman kebanyakan orang- tetapi justeru ia mempunyai cita-cita yang lebih tinggi. Memenuhi tuntutan Ilahi terhadap dirinya; sebagai mujahid pembela agama dan saudara-saudaranya.

Lantas, ia mula melakukan aksi dan pekerjaan yang diluar dugaan. Yang sudah tentunya, “kongkongan kehidupan” seperti yang dinyatakan tadi, sekadar mengheret dan akan menjurumuskan dirinya ke lembah kehinaan. Kehinaan bukan sekadar pada serotan mata manusia, tetapi kenistaan akibat membiarkan agamanya ditindas musuh.

Lalu pendiriannya kini diambil, lantaran memahami kehidupan ini umpama waktu-waktu “shift”. Ia silih berganti. Dalam selang waktu yang lain. Masing-masing dikelilingi persekitaran masa yang berbeza. Masing-masing mempunyai tuntutan dan pengorbanan yang berlainan. Masing-masing bahkan mempunyai elaun yang juga berbeza.

Semacam itulah ALLAH menggambarkan kehidupan ini dalam salah satu firmannya. “…dan masa itu, Kami pergilirkan di antara manusia..” (QS Ali Imran [3]:140). Pada salah satu shift pekerjaan, terkadang memerlukan manusia melakukan pengorbanan yang “luar biasa”. Bangun di awal pagi, sebelum ayam jantan sempat berkokok. Membelah kesejukan dan keseraman gelap, dengan hanya diterangi lampu kenderaan dan lampu jalan.

Dalam al-Quran, cukup ALLAH menggambarkan secuit banyak kisah, daripada sedemikian banyak peristiwa, sekadar apa yang perlu untuk kita ketahui demi melalui kehidupan. Ada yang namanya Firaun: hidupnya mewah, dikelilingi harta, mempunyai kekuasaan, timbul keangkuhan, akhirnya dimusnahkan. Ada yang namanya Ashabul Kahfi: diselubungi kezaliman, lari mempertahankan keimanan, akhirnya dimuliakan. Ada yang namanya Yusuf A.S: sebuah kisah penuh teladan, sebuah cereka kekeluargaan, penindasan, percintaan, kekuasaan. Semuanya itu, dicoretkan dalam al-Quran, hanya sebagai beberapa simpulan, hadir dengan satu tujuan. “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal..” (QS Yusuf [12]:111).

Dan kita sekadar membenarkan putaran kehidupan. Setelah di satu shift kehidupan, umat Islam berada di puncak kemegahan, dengan “elaun” dan “O.T”nya yang tampak menggembirakan, kini kita kembali lagi ke shift yang diselubungi kemurungan. Shift yang mana lebih ramai yang lena daripada yang jaga. Shift yang menyaksikan sekian banyak pengorbanan, dari bangun seawal kebiasaan, kepada meredah kesejukan dan keseraman malam, semuanya itu tetap saja kita lakukan. Dan pada shift kehidupan pun, di tengah-tengah kegelapan kegemilangan, kemalapan prestasi Islam, kita harus bangkit melakukan pengorbanan. Kerana janji ALLAH itu hanya diberikan apabila kita telah siap melakukan suatu amal “luar biasa”, seperti yang pernah dilakukan generasi terawal dikalangan sahabat. Seperti kata Ustaz Anis Matta, “Jangan pernah berfikir menjadi pahlawan, tanpa melakukan pekerjaan sang pahlawan.”

Itulah shift kehidupan. Masa kecerahan, kemeriahan, kekecohan, bertukar ganti kegelapan, kesunyian, dan keseraman. Namun dengan prestasi kerja yang baik, kita bakal dinaikkan pangkat hingga tiada lagi shift buat kita. Dan akan tiba kelak masanya……

Saat Bintang Meredup

Publikasi di eramuslim.com: 25/02/2005

Bukan karena ku berubah lemah,
Saat aku menangis di pangkuanmu ibu Bukan pula ku jadi pengecut,
Saat aku adukan semua kesal dalam dadaku Bukan pula ku tlah munafik,
Saat aku tak mampu jadi pahlawan...


eramuslim - Benar apa yang dikatakan ustadz Anis Matta, tak selamanya pahlawan berkubang dalam keemasan di setiap detik hidupnya. Bahkan mungkin hanya ada satu momen besar dalam hidupnya. Sisanya... berkisar kesedihan, jatuh, tertekan atau mungkin hidup yang datar saja. Karena itulah manusia. Hamba yang diciptakan Allah penuh dengan keluh kesah dalam hidupnya. Bila ujianNya berhasil dilalui layaklah dia menjadi bintang, atau paling tidak tergores namanya di sudut-sudut langit.

Seorang penulis terkenal misalnya. Dengan lentik-lentik jemarinya yang menari diatas tuts keyboard komputer, dia bisa merayu manusia menuju kebaikan, dia mampu kobarkan semangat jihad para pejuang, bahkan diapun dapat meruntuhkan jiwa-jiwa pendosa. Tapi, suatu ketika kelak mungkin, dalam hidupnya hamba hadir cobaan hingga jiwa yang begitu tinggi di mata pembaca menjadi lemah di hadapan seorang teman sejati. Naifkah?

Apakah kita hendak mengukur kehebatan pahlawan dari sisi manusianya? Bila kita memandangnya sebagai manusia, itu adalah sebuah kewajaran karena manusia adalah seorang hamba. Seorang yang kadar keimanannya bisa naik bisa turun.

Apakah kita hendak mengukur kehebatan pahlawan dari sisi ilmunya? Bila kita memandangnya sebagai seorang ulama, itu adalah sebuah kewajaran karena ulama adalah manusia. Makhluk yang bernama manusia yang adalah seorang hamba.

Dari sisi manapun pahlawan adalah manusia, hamba yang penuh dengan sisi-sisi kekurangan yang di bekali Allah Subhanallahu Wa Ta'ala sebagai saudara dari kelebihan. Begitu pula dengan kadar keimanan makhluk yang jiwanya ada diantara jemariNya, mudah berubah.
Lalu, saat kita hendak mengadili bintang karena sinarnya yang tak lagi terang, sebenarnya sudah adilkah kita hingga pantas untuk mengadilinya?

Saat cahaya bintang itu meredup mungkin kabut terlalu tebal melingkupinya hingga dia perlukan pundak seorang sahabat untuk meluruhkan mendung dalam hatinya. Ataukah bintang itu sebenarnya hanya butuh waktu bertapa sejenak dari kebisingan dunia hingga jiwanya kembali tersucikan setelah khalwat dengan pemilik cahaya abadi. Barangkali bintang itu sebenarnya ingin mengungkapkan semua rahasia tapi malu karena dia adalah bintang, hingga hanya goresan-goresan kalimat tidak jelas menghiasi buku hariannya.

Di balik itu dalam Al-quran disebutkan bahwa setiap muslim adalah bersaudara. Atau ada ungkapan di balik lelaki yang sukses ada seorang istri yang hebat. Intinya semua hasil tidak bisa terwujud hanya karena satu, diri. Apalagi tanpa melibatkan pemilik semesta. Selain Allah Subhanallahu Wa Ta'ala, tempat memohon pertolongan dan berharap, hamba butuh seorang teman sejati yang mengingatkan ke mana harus berjalan menuju tempat pelabuhan hakiki. Sahabat sejati dapat berwujud suami/istri, orang tua, sahabat ataukah bahkan buku/ilmu.
Merekalah penyelamat saat bintang tak mampu berdiri sendiri, saat lelah menyapa hingga saat kesedihan membunuhnya. Merekalah jiwa-jiwa yang diturunkah Allah sebagai Tangan-tanganNya yang penuh kasih.

...bukan karena apa ataukah apa hanya saja ini adalah masanya...

***
Fatiya Al qudsy Batu Aji,
20 feb 05
alqudsy_muhajirin@yahoo.ie

Ukhwah.com :: Top Blog