Tuesday, May 16, 2006

Reminder of Ramadhan (RoR) (16 Ramadhan)

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Surah ar-Ra’d [13]:28)
Kita telah berada di bulan Ramadhan. Bulan di mana merupakan perantara antara ketenangan hidup di bumi dan kebahagiaan nan hakiki di Akhirat. Sering kali kita menjawab, bila diajukan tentang tempat yang paling indah, paling bahagia dan paling canggih, dengan jawapan-jawapan seperti “Disneyland”, atau Pulau Bali, atau Cameroon Highlands, dan sebagainya. Tapi, demi sesungguhnya, “Disneyland” di kampung Akhirat itu, atau “Cameroon” di bumi nan abadi itu, adalah jauh lebih indah, jauh lebih syahdu, jauh lebih meriangkan lagi melazatkan berbanding semua tempat-tempat menarik di dunia nan fana ini, sungguh pun Hollywood cuba mengindahkannya lagi di dalam filem-filem terbitan mereka. Nah, kenapa tidak kita tempah “percutian” ke sana? Nah, kenapa kita tidak menempah “rumah” bahkan mahligai di sana?

Sahabatku,
Mudah-mudahan Ramadhan inilah kesempatan terbaik untuk kita comply dengan segala requirement untuk beroleh tempat di Syurga nan abadi. Kerana penghayatan bulan Ramadhan bisa melembutkan hati yang keras, membangkitkan jiwa yang tidur, menemukan jalan pulang bagi jiwa yang sesat, menjadikan jiwa yang alpa kembali ingat hingga mereka memainkan dan mendengarkan seruan-Nya. Mahukan dunia yang penuh kerohanian, mahu mendirikan bangunan penuh cahaya dalam diri dan langsung mengetepikan dunia fana dan rosak, lalu terbebaslah daripada kongkongan benda supaya hanya menghadap kebenaran. Atau, kita “hantarkan” kedua ibubapa kita ke sana, agar ALLAH memberi mereka minum telaga al-Kauthar, minuman yang lebih putih daripada susu, lebih dingin daripada ais, lebih manis daripada madu dan diberi minum oleh tangan RasuluLLAH SAW sendiri. Itulah hadiah dan cara terbaik untuk membalas jasa ibubapa kita: dengan menjadi anak yang soleh dengan tetap terus mendoakan mereka. Bukan dengan membelikan mereka rumah mewah, atau menyogokkan mereka dengan kereta besar, atau sekadar menyedekahkan al-Fatihah dan surah Yasin setelah kematian mereka (kerana hal itu dibahaskan oleh ulama’, dengan setengah pendapat ianya tidak sampai kepada mayat si mati.)

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.”
(Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)
Sumpama inilah Ramadhan terakhir kita…isilah ia kerana tiada lagi peluang bagi kita selepas ini.

Sebagai peringatan bagi diri ini dan sahabat semua…

Thank you.

Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Hamba yang faqir di sisi ALLAH (al-faqir ilaLLAH)…
(sebetulnya adalah tazkirah yang saya sampaikan dalam email kepada rakan-rakan sekerja saya untuk Ramadhan 1426/ 2005Masihi. RoR adalah designreview yang kami jalankan di peringkat projek pembinaan power plant kini)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog