(email tanpa tajuk)
(sebagaimana yang telah disebar-emailkan pada 24 Mac 2005. Selepas email ini, ada email balas daripada seseorang. Nanti barangkali saya sertakan)
Assalamualaikum warahmatuLLAH….
Ada orang bertanya saya, berapa ringgit saya dapat daripada mengajar tuisyen sebuah sekolah naungan JAIS di Klang. Saya katakan padanya, saya mengajar percuma, tidak mendapat bayaran satu sen pun.
Kemudian ada orang bertanya lagi, kenapa tak mengajar di tempat lain? Kan ramai orang mencari guru tuisyen dan mampu memberikan bayaran yang tinggi? Maka, inilah barangkali yang mereka tak faham. Kalau mak ayah mampu, untuk apa yang mengajar anak2 mereka? Bukankah mereka boleh mencari pusat tuisyen dan sebagainya? Saya mahu mengajar orang yang tak mampu. Oleh sebab mereka tak mampulah, kita bantu mereka….
Ada pula orang suruh mengutamakan “main bola” berbanding mengajar tuisyen. Kononnya, dakwah ni tak mesti di sekolah, dakwah boleh juga di padang. Saya katakan: itu benar! Cuma pertanyaan saya, kalau andainya mengajar tuisyen ini menjadi part time job kita, kita dibayar keranannya, adakah kita akan mengajar “on-off’?
Inilah masalahnya kita bila kita hidup kerana wang. Pada saya, biarlah gaji saya kecil, bahkan tak cukup sebenarnya untuk menampung adik-adik nak sekolah dan sebagainya, tapi itu tidak harus menjadi sebab untuk kita meminta bayaran dalam segala perkara yang kita lakukan. Sepatutnya, lantaran kita hidup susah, maka atas landasan itulah kita mahu membantu orang-orang yang susah. Sekolah JAIS peruntukannya kecil, banyak anak2 orang kampung di sana, banyak anak2 org2 miskin belajar di sana, yang mana mak ayahnya tak mampu mentuisyenkan anak mereka. Dan banyak pula orang-orang berilmu yang dah keluar daripada IPT, dan bahkan mendapat pekerjaan yang mendapat gaji beribu-ribu ringgit. Nah, kenapa kalian tidak terpanggil untuk membantu orang2 susah ini? Kenapa kiranya kalian dibayar untuk mengajar, kalian akan begitu komited terhadapnya, tapi andainya mengajar itu sekadar secara sukarela, bahkan kita pula yang terpaksa keluar duit minyak, fotostat dan sebagainya, kita membuatnya acuh tak acuh saja?
Saya tertarik dengan email yang dihantar oleh sahabat saya tentang biodata pengasas Yayasan al-Bukhary. Berikut saya sertakan ceritanya:
Assalamualaikum,utk renungan bersama...
Petikan kata-kataY. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
L/belakang Syed Mokhtar-
Umur - 53 tahun-
Pendidikan - SPM-
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)-
Kekayaan -RM1,425 juta-
Ke 7 terkaya di Malaysia-
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)-
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB- HICOM dan Bank Muammalat-
Kereta - Proton Perdana-
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusipengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, KompleksAl-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahanMasjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiaptahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanyasebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliaumenghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatansepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukanperibadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agendasosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahumeninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orangMelayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapimasalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senangdengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangaumacam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proseskematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun bolehmenjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulahia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidakmampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melaluijalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) keranamereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurangfaham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabilasudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya adacita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihanlain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuatberusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan inisejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo,New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendakbermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalamberapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masadi atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kitauntuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambilbalik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawahmungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina adapelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. OrangMelayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasaidiri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha merekamarah
14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Sayabukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran inikepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orangCina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orangMelayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapiuntuk maju kita perlu berusaha
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahusaya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Sayabukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu iniyang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabilakita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepadakumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Sayahanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak danisteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yangbaik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungisaya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kitaterus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Sayabukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apayang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun takkata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecahkerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukanuntuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyaksyarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orangtidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atauRM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkanmereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan dirisendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantuselama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orangberniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendakmeminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendakmembayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senangtapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kataorang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-halasas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akaldan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan denganbadan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengantanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalauhendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak adaapa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lainboleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yangsesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun samaseperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak bolehlupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin adajiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadinakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf,beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahumengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksabersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolongorang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kitatolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yanglain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilahsedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kenacepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikanagama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelabsana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakaiMercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong keretanasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini sayaberani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalausaudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahuambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan olehbangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kitaberfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kuncikejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayuberfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat.Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam sayaboleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidakboleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang bolehmemberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumahbesar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumahbesar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kenabekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walausetinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermuladaripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amaljariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini.Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat sayabuat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah.Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak adasegelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan danhidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak bolehbuat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buatlangsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapalterbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai bolehpakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orangramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lainmerasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimanaperasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mestiberi orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa.Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Sayakata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Alangkah bagusnya jika kita sebagai orang Islam terpanggil untuk membantu sesama Islam seperti kisah di atas. Andainya kita perhatikan, ekonomi orang Hindu misalnya sedang marak meningkat. Hampir semua kedai gunting rambut dah ada air-cond. Perayaan2 mereka pun makin meriah dan mengada-ngada berbanding dulu. Cukup mereka ada seorang jutawan dan seorang menteri, nasib bangsa mereka terbela. Kita orang Islam, tak pernah terfikir pun tentang urusan dan nasib sesama Islam, yang hidup susah, yang tak mampu, dan sebagainya.
Barangkali itulah hikmahnya Imam as-Syahid Hassan al-banna meminta ikhwah-ikhwahnya supaya selalu melibatkan diri dalam kerja-kerja amal. Supaya mudah-mudahan diri kita tidak terbuai dan hanyut dengan kehidupan dunia yang fana ini. Barangkali, itulah hikmahnya ALLAH mewajibkan puasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, supaya paling tidak kita ingat pada orang-orang yang terbiasa hidup berlapar.
Jangankan sekolah-sekolah kampung yang langsung takde orang nak ngajar tuisyen pada mereka tanpa berbayar, yang namanya asrama penuh pun (SBP), yang dulunya untuk membantu anak orang2 kampung, lantaran dah ramai anak tokoh korporat yang masuk SBP, lantas pentadbiran sekolah pun mengambil kesempatan dengan mewajibkan bayaran itu dan ini. Tak terpikir ke mereka, bagaimana anak orang kampung mampu membayar yuran, bayaran yang tinggi dalam tempoh yang singkat?
Lalu, kelmarin, saya singgah ke Kota Damansara untuk solat Maghrib dan Isyak di sana. Sempat sembang dengan sorang tok siak surau (beliau jadi siak tanpa elaun, sukarela saja). Kenapa surau tu tak banyak kuliah, sebab takde dana katanya. Maklumlah, ustaz2 sekarang, kalau tak berbayar, tak datang dema. Sayang, yang namanya ustaz pun, dalam mereka nak mendidik masyarakat, harus berbayar, abang yang menjadi siak surau tu, walaupun gaji kecil, sekadar kerja sebagai pembantu am di sebuah hospital, tapi membuat kerja-kerja kebajikan secara sukarela.
Lalu saya bertanya kepada diri saya sendiri, adakah dunia, adakah wang telah menguasai diri saya?
“Ya ALLAH, jadikanlah dunia di genggaman tangan kami. Janganlah Engkau jadikan dunia di dalam hati-hati kami…”
-doa Umar al-Khattab R.A-
-doa Umar al-Khattab R.A-
Faridul Farhan Abd Wahab
Engineer, JIMAH O & M Sdn. Bhd.
p/s – email ini ditulis secara spontan sebaik membaca email tentang Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary ini. Ya benar, email ini ditulis mengikut perasaan. Lantaran itu, maaf andainya ada bahasa kasar yang menyinggung perasaan sesetengah pihak.
Engineer, JIMAH O & M Sdn. Bhd.
p/s – email ini ditulis secara spontan sebaik membaca email tentang Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary ini. Ya benar, email ini ditulis mengikut perasaan. Lantaran itu, maaf andainya ada bahasa kasar yang menyinggung perasaan sesetengah pihak.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home