Wednesday, May 17, 2006

Rak Buku Abah


Gambar yang anda lihat di sebelah adalah "sebahagian" daripada buku-buku abah. Sebahagian lagi memenuhi ruang dapur, sebahagian lagi di stor, sedikit daripada sebahagian itu dipinjam-tanpa-pulang oleh rakan-rakan dan anak murid abah, sedang sedikit-daripada-sebahagian turut ditinggalkan begitu sahaja oleh abah di pejabat lamanya.

Daripada buku-buku agama berbahasa arab, kepada buku-buku Inggeris tentang alam ala National Geographic, kepada buku-buku tentang pertanian dan perkebunan, kepada pertukangan, hiasan rumah... wah, segala macam bukulah pokoknya.

Rak buku ini dibina sendiri oleh abah. Memang, abah seorang yang rajin bertukang.

Kini, abah berubah angin pulak kepada bidang pertanian. Kajiannya berkenaan penanaman pohon anggur, adalah hasil researchnya sendiri.

Abah memang seorang yang miant membaca dan sangat cintakan ilmu. barangkali, saya mewarisi sifat suka membaca daripada abah.

Perpustakaan/rak buku di rumah sewa saya, rasa-rasanya adalah 1/20 daripada koleksi buku abah. Sayang, buku-buku abah -terutamanya yang berbahasa Arab- tidak ada siapa yang "sudi" membacanya kini. Kalau pun dibaca, hanya oleh atuk (Tnuan Guru Hj Salleh, ulama' terkenal di utara Selangor). Itu pun, sekali sebulan bila atuk singgah menginap lantaran memberikan kuliah agama bulanan di Puchong.

Dan lebih menarik lagi, kesemua buku tersebut memang habis dibaca oleh abah! Entah bila anak-anaknya yang 7 orang ini akan dapat mengikut jejak langkahnya.....

(saya tetiba "teruja" untuk memaparkan rak buku (yang telah dimusnahkan ini sebenarnya) setelah mengambil gambarnya daripada website peribadi abah semalam, serta mengenangkan rak buku di rumah Kapten Hafiz Firdaus yang juga sangat besar lagi banyak)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog