Wednesday, March 28, 2007

RUMAHTANGGA DAN “RUMAH TANGGA” MUSLIM

RUMAHTANGGA DAN “RUMAH TANGGA” MUSLIM
Oleh: Engr.* Faridul Farhan Abd Wahab

Cadangnya 1 April. Ya, 1 April, beban yang saya tanggung physically dan financially dek kerana keengganan saya untuk berpindah ke kawasan sekitar projek 2x700MW Jimah Power Plant seharusnya berakhir. Segala penat lelah berulang, dan semua wang ringgit yang terpaksa dikeluarkan, demi mengharungi samudera perjalanan, sudah seharusnya berganti dengan sedikit kemakmuran.

Pada kamu, ini kerja gila barangkali: melakukan perjalanan ulang-alik sejauh 4 marhalah setiap hari, hanya kerana ingin terus kekal bermukim di bumi Shah Alam, yang tidak lain daripada sebuah perjuangan yang sungguh meletihkan dan –secara kewangan- sangat memeritkan.

Namun apakan daya, saya terpaksa! Mana mungkin saya tinggalkan bumi Shah Alam, sedang malam-malam hari saya dipenuhi aktiviti pentarbiyahan anak-anak muda yang berkelana menuntut ilmu dan menetap sejenak di bumi Shah Alam. Namun, demikian mereka memilih untuk menjalani Latihan Industri di belahan bumi yang berlainan, saya kira, inilah masa terbaik untuk saya berpindah ke kawasan berhampiran tempat kerja saya, demi meringankan beban fizikal dan financial yang terpaksa saya hadapi.

Tetapi bukan di Port Dickson yang menjadi tempat pilihan. Tetapi Nilai menjadi idaman pertama, biarpun tetap saja agak jauh, namun kerana “rumah tangga” yang menjadi tempat sekeluarga berteduh harus tetap tegak sebagai “baitu ad-duat” (rumah tangga penda’wah), maka kawasan yang menempatkan sesegar-segar mad’u seperti di IPT menjadi lokasi terbaik.

Gagal mendapat “rumah tangga” idaman di Nilai, kemudian lantas mencari di kawasan yang bahkan semakin menjauh dari Jimah; di sekitar Bangi, lantaran prospek da’wah ternyata bugar di sana, di kawasan berdekatan pusat ilmu seperti di Bangi.

Begitulah andainya setiap aktiviti dan harta kita berlegar di dalam paksi da’wah. Hingga mana pemilihan rumah sahaja tidak didasarkan lokasi tempat kerja, tetapi bahkan kawasan paling subur untuk benih-benih da’wah disemai.

Tetapi tatkala bumi Shah Alam masih menagih “rumahtangga” saya tetap berharakah di sana, terpaksa saya tangguhkan lagi pencarian “rumah tangga” saya di kawasan sini, setidak-tidaknya hingga 1 Mei. Kerana “rumahtangga” yang saya bina juga atas fondasi da’wah.

Maka saksikanlah wahai Tuhan kami, bahawa solat kami, ibadah kami, ahli rumah kami, rumah kediaman kami, hidup kami bahkan mati kami, demi mu ya Ilahi Rabbi…


*Penulis adalah Graduate Member Instituition of Engineers Malaysia (IEM) yang membawa gelaran "Engineer (Engr.)"

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

encik syafiq - enta pindah jangan tak bitau ya. nanti tak sempat jumpa. ana rindu..

8:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

jika kita benar2 mengaku sebagai seorang du'at, jangan takut untuk ke bumi asing. di situ medan ujian sebenar sebagai seorang duat. jika kita mampu mengislahkan masyarakat sekeliling, maka kita layak bergelar du'at.

~zaujah kepada seorang engineer~

12:14 PM  

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog