PROBATION PERIOD
PROBATION PERIOD
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab
Bagi anda yang baru memulakan tugas sebagai eksekutif, ataupun engineer, ataupun arkitek, ataupun pegawai, dan lain-lain jawatan yang seumpamanya, yang menjadikan diri anda “bersinar-sinar” umpama bintang yang berkilauan di malam hari pada pandangan mata manusia, janganlah pantas anda mendabik dada, berbangga diri dengan jawatan glamour yang baru anda sandang itu. Ini kerana, kalaupun anda tidak berminat untuk melihat jawatan anda itu dari kacamata Akhirat -betapa jawatan dan kemashuran sebesar dan setinggi apa pun tidak akan pernah anda bawa hatta ke alam kubur- setidak-tidaknya beringatlah bahawa jawatan anda itu belum tentu menjadi suatu hal yang berkekalan, setidak-tidaknya selagi anda belum melepasi tempoh probation yang telah syarikat anda tetapkan.
Probation period ialah suatu tempoh waktu yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat, guna melihat dan menilai sikap dan prestasi kerja seseorang pekerja, sebelum sang majikan bisa membuat kesimpulan dengan menganugerahkan sang pekerjanya itu dengan jawatan tetap di firma atau syarikatnya. Dan probation period ini biasanya tidak menentu, bergantung kepada syarikat masing-masing. Ada yang tempoh probation nya relatif pendek, sekadar 2 minggu sahaja. Ada pula yang sangat mencemas dan merisaukan, sehingga berlanjutan ke setahun lamanya. Ketika saya berkhidmat di sebuah kilang tidak lama dahulu, saya diberi tempoh probation selama 6 bulan. Itu biasa lagi, yang luar biasa kejamnya ialah, saya hanya layak beroleh annual leave (maksimum 14 hari) hanya setelah genap setahun bekerja. Maka anda bayangkan saja, betapa pekerja-pekerja baru seperti kami terpaksa melupakan perayaan-perayaan dan cuti umum lainnya, dek kerana tidak beroleh pelepasan lantaran “khidmat bakti” diperlukan untuk sebenarnya “mengabdikan diri” kepada kilang 24-jam kami itu tadi.
Oleh yang demikian, probation period ini biasanya akan menjadi detik tidak menentu di jiwa sanubari sang pekerja. Selagi anda tidak berkeyakinan bahawa taraf jawatan anda akan dikekalkan, maka, selagi itulah anda biasanya tidak akan pernah berbangga dengan jawatan yang mungkin sekadar bernilai sementara sahaja adanya. Namun, demi diterima sebagai pekerja tetap, maka ketika itulah jawatan itu disandang oleh sang pekerja dengan penuh bahagia dan bangganya.
Pasti ramai dikalangan kita pernah dihidapi oleh bisikan was-was. Bisikan yang mana menjadikan kita berwudhu’ hingga banjir lantaran merasakan ada anggota badan yang dirasakan tidak sempurna wudhu’nya. Atau solat fardhu menjadi seperti solat raya –dek kerana banyaknya takbiratul ihram yang dilakukan- hanya kerana lafaz niat tidak sempat anda habiskan sebelum habis bertakbiratul ihram tatkala memulakan sembahyang. Atau, menambah-nambah rukun sembahyang dengan rukun “keharusan solat dengan memakai kain”, lantaran sifat was-was terhadap kebersihan seluar yang sedang anda pakai.
Sungguh, Islam adalah suatu rahmat bukan sekadar kepada manusia, bahkan kepada serata alam seluruhnya (lihat surah 21:107). Dan sungguh, dek kerana Islam adalah sebuah rahmat, maka mana mungkin Islam itu hadir dalam nada menyukar lagi menyulitkan penganutnya (lihat surah 20:2). Itulah sebabnya, baginda Nabi-NYA SAW yang mulia bersabda; “sesungguhnya agama itu mudah. Barangsiapa yang menyulitkan agama, ia akan dikalahkan oleh agama itu.” (Mutafaqa ‘alaih)
Lalu, muncullah sebuah kaedah dalam ilmu fiqh iaitu “al-yaqin la yazal bisy syak.” “keyakinan tidak boleh dihapuskan hanya kerana syak wasangka.” Ini bererti, apabila anda sudah yakin, maka turutilah keyakinan anda itu tadi, dan abaikanlah bisikan was-was yang cuba menguasai diri dan ibadahmu itu. Ini kerana was-was itu umpama probation period. Sedang keyakinan itu umpama ditawarkan jawatan tetap yang pasti. Setelah jawatan anda dipastikan, wajarkan timbul ragu-ragu lagi berkenaan masa depan anda di syarikat terbabit?
Maka hapuskanlah segala was-was itu wahai saudaraku, dengan cara meyakini bahawa anda sudah diserapkan ke jawatan yang tetap, lalu masa depan anda terjamin, seperti mana yakinnya anda terhadap sahnya ibadah anda itu, lalu ganjaran pahala anda pun bisa anda terima tatkala menerima “gaji” anda di perkampungan Akhirat.
Untuk menguatkan lagi sebab untuk di confirm ke jawatan tetap, tunjukkanlah prestasi kerja yang cemerlang, sehingga menimbulkan keyakinan betapa anda bisa melepasi probation period dengan jayanya. Semisalan itulah, prestasi membaca al-Quran harus anda pertingkatkan agar alunan-alunan merdu kalamuLLAH bisa merasuk hatimu, sehingga tatkala hati sudah dipenuhi oleh zikruLLAH, syaitan tak kan mampu lagi memujuk rayu hati dengan bisikan-bisikan was-was.
Inilah yang diajarkan oleh Islam. Sehingga mana, di dalam bab ibadah, semua ibadah bisa confirm “taraf jawatannya”, hinggakan tidak perlu ragu-ragu lagi.

(artikel di atas ditulis atas permintaan sahabat saya yang menanyakan soalan berkaitan dengan was-was. Penyelesaiannya ialah: anggaplah was-was itu sebagai probation, kemudian timbulkan dalam dirmu bahawa anda sudah di”confirm”kan, lalu tiada lagi kerisauan ataupun kegundahan. Jawatan confirm itulah keyakinan. Jika tidak, bila anda layan was-was itu, ia akan merebak ke amal ibadah yang lain, sehingga anda jadi sulit untuk beribadah)
1 Comments:
iallah..pasni xprlulah ana risau sgt psl final project...bismillah jln je...byk lg mende pntg kna fkr ..
Post a Comment
<< Home