Tuesday, November 21, 2006

inhaler


Assalamu'alaikum warahmatuLLAH


Entri ini bukanlah artikel terbaru daripada saya (tapi bila dipikiaq-pikiaq balik, boleh gak buat artikel pasal inhaler ni..). Sebenarnya sudah banyak artikel saya yang terbengkalai di pertengahan jalan, idea yang bersara sebelum sempat beraksi. Idea untuk menggarap novel "Suara azan dari corong Taj Mahal" pun tak ter-realisasi oleh saya. Nantilah, tunggu saya sampai India kot baru -mudah-mudahan, insyaALLAH- saya mulakan menulis.

Entri ini sebetulnya adalah jawapan kepada soalan mutarabbiyah saya berkenaan hukum menggunakan inhaler semasa berpuasa. Sebetulnya, saya pernah terbaca fatwa berkenaan isu ini. Tapi kemudiannya ALLAh jadikan saya lupa. Dan saya bukanlah mufti yang bisa berfatwa dan berijtihad on the spot. Saya hanyalah seorang engineer yang menerima tarbiyah islamiyah, lalu berusaha sedaya upaya untuk mengamalkannya. Maka, saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari-cari balik fatwa para ulama' berkenaan hukum inhaler tadi. Bagi anda yang sering bertanya permasalahan pada saya, harap anda semua faham perkara ini. Saya bukannya mufti, yang bisa dan terdaya saya lakukan berusaha sedaya upaya mencari jawapan untuk anda. Dan kesibukan sebagai engineer, tentunya melammbatkan lagi proses mencari jawapan. Harap anda semua faham ya?

Berikut fatwa berkenaan inhaler:

Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman.

Jika dari jenis debu maka ia diharuskan Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.. Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog