Tuesday, November 14, 2006

THERMAL (note: salah satu artikel saya yang terbengkalai)

THERMAL
Oleh : Faridul Farhan Abd Wahab, B.Eng (Hons) Electrical Eng
(artikel ini sebenarnya salah satu artikel saya yang terbengkalai. Baca betul-betul, nampak sangat tak siap tu... maka dijemputlah kepada sapa-sapa yang nak tolong completekan artikel ini)
Prinsip Keabadian Tenaga. Prinsip inilah yang digunakan dalam menghasilkan tenaga elektrik; bahawa tenaga itu tidak boleh dicipta mahupun dihapuskan, tetapi sekadar di’terjemah’kan kepada ‘bahasa-bahasa’ tenaga yang lain.1 Penghasilan tenaga elektrik juga sebenarnya menanamkan idea sedemikian. Itulah sebabnya, bukan perkara yang mudah untuk menghasilkan tenaga elektrik buat disalurkan kepada manusia sejagat. Proses pembinaan dan operasi sesuatu power plant (yakni loji yang bertanggung jawab membekalkan elektrik kepada pengguna) sebenarnya merupakan suatu proses atau industri yang amat ‘kritikal’, yang memerlukan sumber bekalan yang banyak (untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik berjulat Mega-Watt), memerlukan modal yang cukup besar, dengan peraturan-peraturan dan proses-proses yang cukup melecehkan, dan ketelitian dan perhatian yang cukup hebat. Kerana, jika tidak, tradegi ‘terputus’nya bekalan elektrik yang amat mengharu-birukan akan berulang kembali.

Bercakap mengenai industri power plant, maka masih ramai yang tidak tahu atau tidak sedar bahawa sesuatu plant yang berasaskan arang batu atau gas atau sebagainya, sebenarnya menanamkan ‘rahsia-rahsia’ yang low-profile pada kaca mata masyarakat umum. Ini kerana, arang batu, gas, minyak lain sebagainya, bukanlah bahan yang ‘diterjemahkan’ kepada tenaga elektrik, bahkan sumber-sumber ini sekadar menjadi ‘bekalan minyak’ atau ‘kayu bakar’ untuk menyalakan api kepada boiler yang memulakan kisah penghasilan elektrik ini. Di dalam boiler inilah tenaga thermal atau terma dihasilkan. Tenaga terma inilah yang kemudiannya menggerakkan turbine, yang akan menjana generator, yang fungsinya menukarkan tenaga mechanical pada turbin kepada tenaga elektrik yang dihajati pengguna. Ertinya prinsp dan modus-operandi power plant berasaskan arang batu, atau berasaskan gas, atau berasaskan minyak, dan lain-lainnya, adalah sama sebenarnya. Kerana yang penting di dalam proses ini bukanlah jenis sumber bahan bakar yang digunakan, sebaliknya adalah penghasilan tenaga terma ini. Dan inilah yang sering tidak kelihatan pada pandangan banyak pihak.

Begitulah tafsirannya apabila perkataan thermal ini cuba diterjemahkan. Thermal merujuk kepada jenis stesen penjana tenaga elektrik, seperti loji arang batu dan nuklear, di mana sumber tenagan kepada ‘penggerak’ utamanya ialah haba.2 Nah, ini bererti, ‘kepanasan’ yang sering kita rintih dan benci, ‘kepanasan’ itulah juga yang membolehkan kita menjalani kehidupan kini dengan sebaiknya, hasil bantuan perkakasan-perkasan, yang mendapat ‘nyawa’ mereka daripada elektrik. Maknanya setiap yang kontra itu bisa saja bertukar menjadi pro, ketika kita mula memahami hakikat penciptaannya. Barang kali inilah hakikat redha pada firman ALLAH Ta’ala; “..boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi hal itu baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi yang demikian itu tidak baik untukmu..” (Surah al-Baqarah [2]:216)

Tenaga thermal inilah yang kita perlukan untuk menjulang kembali izzah dan maruah umat islam di persada dunia. Kerana lantaran kedayusan dan kebapukkan umat Islam dewasa ini, yang hanya tahu memandang, mendengar dan merintih, oh..dan satu lagi, beralasan, tanpa menterjemahkan hal-hal itu kepada suatu amalan yang nyata, maka terus saja umat kita diinjak lagi dihina.

RUJUKAN

1 Sila rujuk artikel pertama penulis berjudul “Prinsip Keabadian Tenaga” untuk perbahasan lebih lanjut.
2 www.bpa.gov/Corporate/KCC/defn/defnsmal/tuv.htm
3

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog