Monday, July 10, 2006

BULETIN UTAMA TV3 (8 JULAI 2006): MURTAD

Kali ini, saya sudah tidak boleh bersabar lagi. Kali ini, tidak ada lagi “hikmah” atau pertimbangan “fiqh da’wah” lagi. Kali ini, biarlah saya mengikut jejak naluri kepemudaan saya, untuk memuntahkan “larva” kemarahan, dek kerana amarahnya saya sebagai pemuda, dek kerana rasa ghirah (cemburu) saya sebagai pemuda, lantaran isu murtad yang timbul berfaktakan beratus ribu umat Melayu yang telah dan berhajat untuk murtad, seraya disokong dan didokong oleh orang-orang kafir, termasuk di kalangan menterinya!



Buletin Utama hari Sabtu lepas (walaupun sebetulnya artikel ini saya tulis langsung selepas mendengar berita ini, namun oleh kerana hanya hari Isnin insyaALLAH artikel ini boleh dipublish, maka saya pun menggunakan past tense) memaparkan kenyataan Mufti Perak, al-fadhil Dato’ Harussani, yang mengumumkan betapa beliau telah menerima beberapa dokumen termasuk daripada Amerika yang menyatakan umat Islam di Malaysia zalim lantaran tidak membenarkan lebih 100 ribu umat Melayu yang murtad untuk hidup aman damai dan mengumumkan secara terangan-terangan kemurtadan mereka.



Hari Khamis yang lepas, peguam terkenal al-fadhil Zulkifli Nordin menyampaikan ceramah berkenaan penubuhan IRC atau IFC dan artikel 11, di salah sebuah masjid –yang biarlah nama masjid itu saya rahsiakan. Menurutnya, sudah lebih 250 ribu umat Melayu yang telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk murtad. Bayangkan bilangan yang murtad tetapi belum membuat permohonan! Lanjut beliau lagi, IRC/IFC pula telah mengumpulkan lebih 20 ribu tandatangan guna membantah dan menggubal artikel 11 perlembagaan Negara, yang secara mudahnya, merupakan permohonan golongan kuffar supaya umat Melayu dibenarkan murtad secara terangan-terangan!



Aduh, di manakah kalian wahai umat Islam? Di manakah kalian wahai korporat-korporat, lupakah kalian bahawa kalian berada di posisi kalian kini, memperoleh kehidupan selesa diulit segenap kemewahan, bukanlah kerana kehebatan kalian, tetapi kerana rahmat dan nikmat Tuhan?



Aduh, di manakah kalian wahai ustaz-ustaz? Adakah kalian hanya gemar mencemuh dan menghalang saudara-saudara yang tak sealiran dengan mu semata-mata, tetapi tidak terpanggil untuk menghalang gerakan penyelewengan dan pemurtadan ini?



Aduh, di manakah kalian wahai pemuda? Adakah kalian hanya tahu berseronok dengan futsal dan internet semata-mata, tetapi menjadi ayam pengecut yang menyembunyikan kukunya, bila berbicara tentang kebiadapan dan kekurang ajaran pemuda-pemuda paria dan kristien yang bersuara; yang menghina dan merendah-merendahkan agama mu?



WALLAHi (Demi ALLAH), adakah kalian mahu membisu dan membiarkan sahaja agama kalian di hina, sedangkan rahmat dan nikmat Tuhan pada mu melimpah ruah? Adakah kalian hendak membiarkan sahaja golongan murtad ini seakan-akan memprovokasi Rabb-mu supaya mendatangkan bala untuk menghapus dan menghancur-lumatkan kita semua?



Wahai sang Muslim, ittaquLLAH ! Takutlah, gerunlah kamu pada ALLAH!



Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

(Surah at-Taubah [9]: 38-39)





Kita dukacita dan mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang lebih sibuk memantau dan menghalang ustaz-ustaz yang “tiada tauliah” sungguh pun mereka merupakan ulamak terkemuka yang disegani dan diiktiraf masyarakat, berbanding membendung gejala murtad ini. Berbanding gejala social seperti zina ini.



Sampai bila lagikah kan umat Islam di sini akan sedar dan bangkit, mempertahan dan membela maruah agamanya yang teruk dicemari oleh golongan-golongan murtad ini? Sungguh, kita sekarang lebih memerlukan seorang Abu Bakar as-Shiddiq yang memerangi golongan murtad, berbanding seorang Zinadane Zidane.



Bangkitlah dan sedarlah wahai saudaraku, jangan sampai ALLAH hancur musnahkan kita, seraya menggantikan kita dengan umat yang lain, yang tahu menghargai agamanya.



P/S- artikel ini ditulis mengikut perasaan.. setidak-tidaknya saya masih mempunyai perasaan. Andai bagaimana? “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan” (Surah al-Baqarah [2]:74).



KEMPEN PUNGUTAN SATU JUTA TANDATANGAN BANTAH IFC/KUMPULAN ARTIKEL 11



Muslimin/Muslimat yang di rahmati Allah sekelian,



Sebagaimana yang mungkin diketahui, Kumpulan Artikel 11, sekumpulan orang-orang yang mendesak Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan IFC (Inter-Faith Commission) dan hak campurtangan dalam hal-hal Islam, telah menganjurkan kutipan tandatangan bagi menyokong tindakan mereka.



Tindakan mereka ini akan menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan mengubah syariat Islam.



Marilah kita tentang usaha jahat ini dengan menanda tangani bantahan ini yang telah dimulakan oleh BADAI (Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama-IFC).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog