Wednesday, June 14, 2006

Exploration

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
sempena Coal Quality Workshop 2005


Exploration pada kaca mata pengkaji arang batu dilakukan untuk menentukan lokasi arang, kuantiti, kualiti, struktur dan lain sebagainya, demi memperoleh arang batu yang berkualiti. Ia bukanlah sebarang exploration, bukan sekadar ‘jalan-jalan cari makan’, bukan juga “lari tak tentu arah, tak solat entah-entah,” seperti dalam rancangan ‘Explore Race’, bukan juga sekadar mengkaji-kaji tanpa mendatangkan manfaat buat kehidupan manusiawi, tetapi justeru perkataan exploration di dalam dunia arang batu adalah penentu kepada keputusan-keputusan yang diambil terhadap pasaran semasa.1 Exploration, seperti yang dinyatakan oleh Mr. Wesley Membrey2, adalah ‘usaha-usaha untuk secara kasarnya menentukan sifat sesuatu sumber bawah tanah’3. Hasilnya, lapangan minat, desakan-desakan dalam kerja penggalian, karakteristik untuk arang batu dan bahan buangannya, serta kepelbagaiannya untuk bidang engineering, utilization serta tujuan-tujuan environmental dapat di’kuantitikan’ dengan ketepatan yang semakin jitu.

Selanjutnya, seperti yang sempat dicatatkan sepanjang pembantangan kertas kerja mengenai bab ini, bahawa asas kepada kebanyakan exploration ialah alat yang dipanggil ‘drill rigs’, yang dengan kehadirannya, kita dapat memperoleh sample-sample arang (dan tidak ketinggalan juga batu!) yang bisa kita gunakan untuk proses sampling atau persampelan pula.

Begitulah juga saudaraku dengan kehidupan kita. Harus kita melakukan exploration untuk menggali identiti dan jati diri kita, sehingga memuntahkan potensi yang berharga untuk kemudiannya mengibarkan panji-panji kemuliaan agama kita. Juga, exploration berbentuk kembara iman harus tetap selalu kita lakukan, sesuai dengan lantunan-lantunan ayat al-Quran, yang berapa banyak kali menyentuh peri pentingnya kembara iman ini. Ini kerana,dari proses explorationlah kita bisa melihat keagungan dan keindahan ciptaan Tuhan, lantas merasakan kekerdilan, kehinaan dan kefakiran kita berbanding kekayaan dan ke-Maha Luasan rahmat dan inayahNya, lalu hancur leburlah segala macam kesempatan untuk keegoaan dan kesombangan daripada mencuri masuk ke dalam hati sanubari kita. Rasailah keagungan Tuhanmu wahai saudaraku, dengan merasai sendiri keagungan karya ciptaan-Nya pada luas dan agungnya alam ciptaan-Nya, sehingga terpanggillah kita kepada lembah pertaubatan, kekudusan dan ketergantungan. Dan Faisal Tehrani pun bersenandung riang:



Tuhan
bila Hawa terbang ke bumi
sehelai rambutnya tertanggal
menjadi gunung
sehelai lagi jatuh dekat
menjadi lautan4
Tuhan
aku cuma mahu satu malam
di laut Hitam
tenggelam dalam-dalam
mencuci dosa semalam5

Juga, dari kembara ini, kalian akan menginsafi wahai saudaraku, betapa hebat sekalipun ketamadunan manusia, seperti yang pernah dikecap umat terdahulu, tetap saja tidak mampu menolak azab bencana Pencipta alam maya ini.

“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? Orang-orang itu lebih kuat dari mereka dan telah mengolah bumi serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah dating kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka ALLAH sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri”
(Surah ar-Rum [30]:9)

Lihatlah, betapa hebat dan canggihnya teknologi dan ketamadunan kita, tetap tidak dapat berbuat apa-apa tatkala ALLAH menimpakan jerebu dan menjadikan kualiti udara kita mencecah tahap kritikal, akibat kebakaran hutan yang kononnya tidak dapat dipadamkan. Tetapi, cukup satu malam (dan satu hari) ALLAH merubah semua itu dengan menurunkan hujan yang lebat, sekadar suatu peringatan buat kita untuk selalu merasai ketergantungan kepada-Nya.

Tetapi, sambung Mr. Wesley lagi, perbuatan mining yang dipadankan dengan kerja-kerja exploration ini boleh mencairkan, menurunkan dan menghilangkan gred dan kualiti serta sumber arang batu tersebut6. Maka, hati-hatilah kalian ketika kembara ini, kerana terkadang, bila tidak dibimbing dengan “peta” yang betul dan “tourist guide” yang tepat, bisa menyebabkan ketergelinciran sama ada dari segi fakta, tumpuan mahupun aqidah. Maka usahlah kalian terpedaya dengan catatan Ibnu Bathutah tatkala ia menukilkan di dalam “rehlah”nya bahawa seorang Ibnu Taymiyah telah tergelincir dan terpesong daripada manhaj aqidah ahli sunnah waljamaah.7 Kerana itu, wahai saudaraku, kajian dan persiapan haruslah dilakukan terlebih dahulu, sebelum memulakan explorationmu itu, agar lokasi dan sifat sumber yang ingin kita ketemukan, adalah berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.

Kerana jika tidak, maka tukarkanlah matlamat explorationmu itu daripada mencari arang batu, kepada mencari kayu api. Kerana sumber kayu api lebih mudah untuk ditemui. Maka jadilah kalian umpama Labu dan Labi. “Nak cari kayu, nak cari kayu….”

RUJUKAN

1 “Module 2: Mining Quality Coal: From Exploration to ROM”, MiningSkill Coal Quality Course, ACIRL.
2 Beliau adalah Wesley Bruce Membrey, B.App. Sc., M.App.Sc., MAICD Dip, MBA, Workplace Training Certificate, memegang posisi sebagai Program Director kepada ACIRL Pty Ltd, Australia.
3 Presentation kertas kerja bertajuk “Exploration and Mining” semasa seminar Coal Quality Workshop di P.J Hilton pada 28 Febuari - 3 Mac 2005. Terjemahan daripada Bahasa Inggeris oleh penulis sendiri.
4 Apa yang dimaksudkan oleh saudara Faisal Tehrani di sini bukanlah bererti lautan dan gunung ganang itu berasal daripada rambut Hawa. Ini cuma kiasan atau bahasa yang sering kali dgunakan oleh orang-orang sastera ketika menggarap karya mereka. Silakan kalian baca nukilan-nukilan Jalaluddin ar-Rumi misalnya, atau Syeikh Muhammad Iqbal, atau Shakespear, dan sebagainya. Bagi mereka-mereka yang tidak mempunyai kecenderungan terhadap bidang seni, tentunya akan menganggap puisi Faisal Tehrani ini sebagai suatu ketergelinciran atau bid’ah yang melampau-lampau. Tetapi bagi mereka yang menghargai bidang seni, tentunya akan dapat menangkap maksud sebenar puisi ini. AlhamduliLLAH, penulis baru sahaja membeli buku Jalaluddin ar-Rumi, “Kado Bagi Pejuang Cinta”. Besar kemungkinan karya-karya penulis akan datang, akan dipenuhi dengan syair-syair sasterawan agung ini.
5 Ruangan “Kembara Iman” bersama saudara Faisal tehrani, majalah ‘i’ , Mac 2005, m/s 89.
6 Perkataan sebenar Mr. Weslay ialah “Mining can dilute, degrade or lose the resource.” Terjemahan di atas adalah terjemahan bebas oleh penulis sesuai dengan kefahamannya dan untuk memahamkan yang lain-lainnya.
7 AlhamduliLLAH, Ustaz Dr. Muhd Asri telah menjawab tuduhan Ibnu Bathutah ini di dalam majalaj ‘i’ terbaru, keluaran Mac 2005.
(Artikel ini serta serial artikel-artikel seterusnya adalah olahan daripada kertas kerja-kertas kerja yang dibentangkan semasa “Coal Quality Workshop” yang telah dihadiri oleh penulis tempoh hari. Walaupun barangkali artikel-artikel berkenaan coal (arang batu) ini sukar difahami oleh sesetengah pihak,termasuk oleh penulis sendiri, lantaran bidang kita tidak berkaitan, tetapi paling tidak mudah-mudahan serial artikel ini memberikan kita sedikit gambaran tentang apa yang telah penulis lalui sepanjang 3 hari berseminar ria ini)

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
»

11:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read 1958 cadillac eldorado biarritz hardtop ford window motor Gerber daisies in wedding bouquets http://www.verizon-wireless-phone-plans.info Jupiter tire prices nissan philippines

2:04 AM  

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog