Kahwin Misyar, Mahmud Zuhdi dan Yusuf al-Qaradhawi
Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab, B.Eng dan Cert. Syari'ah
Saya dikejutkan daripada lena saya, demi mendengar suara al-fadhil Prof. Mahmud Zuhdi di TV3, pada suatu petang Jumaat, ketika saya sedang berehat-rehat di wad akibat demam denggi. Pada hari sebelumnya, pengacara bertudung Wanita Hari Ini (WHI) telah pun membayangkan topik perbincangan untuk petang Jumaat itu, suatu isu yang hangat dan menyengat terutamanya bagi pihak wanita, iaitu kahwin misyar. Kebetulan, saya telah ditanya oleh rakan sepejabat tentang topik yang sama, sebagaimana saya turut ditanya oleh rakan student saya awal Mei lalu. Kini, sungguhpun awalnya saya memilih untuk tidak bersuara lantaran terkesan dengan “teguran” seorang ilmuan di dalam akhbar berkenaan kesibukan umat islam membincangkan hal-hal sepele dan remeh-temeh, namun situasi mutakhir menyebabkan perlu saya membuka mulut demi menjelaskan kekeliruan yang ada, menyangkut kahwin misyar ini.
Saya ditanya oleh seorang sahabat semasa “kuliah” saya kepada student-student semalam, berkenaan dalil kahwin misyar ini. Saya kata, “ada”. Perhatikan dalil-dalil berikut:
“Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”
(Surah an-Nisa’ [4]:4)
Dalil hadith:
" orang Islam bergantung kepada syarat mereka sendiri."
[hadith al-Bukhari secara mu'allaq (tanpa sanad), Ahmad, Abu Daud dan alHakim, disahihkan olhe al-Albani dalam Ghayatul Maram dan al-Irwaa' alGhalil]
Saya ingin membetulkan pandangan sesetengah pihak bahawa al-Qaradhawi telah berfatwa sebagai menyokong kahwin misyar ini. Yang sebenarnya, al-Qaradhawi ketika ditanya tentang kahwin misyar, menyatakan perkahwinan ini sah, bukannya beliau menyokong. Di samping itu, beliau telah mengingatkan umat Islam bahawa isu ini akan menimbulkan pertentangan antara sah menurut Islam dengan apa yang diterima oleh masyarakat. Dalam menyikapi hal ini, marilah kita bersama-sama ingat peringatan ALLAH:
“Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah al-Baqarah [2]:229)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
(Surah al-Maidah [5]:87)

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”
(Surah an-Nahl [16]:116)
ALLAH hanya menghalalkan yang baik dan mengharamkan yang tidak baik
Adalah perlu untuk kita sebagai manusia yang lemah ini, berbaik sangka terhadap ALLAH dalam semua perkara. Sikap kita terhadap semua hukum Islam ialah “kami dengar dan kami taat”, bukannya seperti sikap Bani Israel yang mengatakan “kami dengar, tapi kami tidak mahu taat”. Kehancuran sesuatu bangsa adalah tika mana mereka merasakan bahawa mereka lebih bijak daripada ALLAH sang penguasa alam, lantas mempertikaikan ketentuan-ketentuan ALLAH, yang akibatnya membawa seseorang kepada kekufuran. Hati-hati umat manusia!
Kenapa bila kita membeli mesin basuh baru misalnya, kita ikut bulat-bulat, percaya betul-betul kepada apa yang telah dinyatakan di dalam manual book-nya dan yakin terhadap apa yang tercatat di dalam spesifikasinya. Atau ketika membeli hand-set baru, kita akan percaya bulat-bulat pada manual-nya tentang bagaimana menghantar sms, tanpa langsung mempertikaian apa yang tercatat di sana. Kenapa? Kerana kita meyakini bahawa manufacture tentunya lebih tahu hal-ehwal produknya. Nah, kenapa kini kita tidak yakin dengan sang manufacture manusia dan alam? Kenapa berani kita mempertikaian ketentuan Ilahi? Bukankah ALLAH sebagai sang designer, sang kontraktor, sang konsultan bahkan sang pemilik, tentunya lebih tahu ketika meletakkan sesuatu hukum sebagai halal dan haram?
“Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui".
(Surah al-A’raf [7]:33)
Aduh manusia, kenapa kalian percaya bulat-bulat pada apa yang diarahkan dan diterangkan oleh pensyarahmu ketika di kuliah atau majikanmu di tempat kerja, tetapi kalian pantas membantah ketika diterangkan halal dan haram oleh Nabi Junjungan? Adakah kalian benar-benar yakin bahawa kalian lebih bijak berbanding ALLAH sang penguasa alam?
Menyokong dan menyatakan sah adalah dua perkara yang berbeza
Sila lihat kembali fatwa al-Qaradhawi. Perkataan beliau yang mana yang menyatakan beliau menyokong kahwin misyar ini? Beliau sendiri telah terbukti belum mengamalkan kahwin misyar ini. Adalah dua hal yang amat berbeza Antara menyokong dan mengakui yang haq.
Sedikit tentang kahwin misyar
Kembali kepada dalil kahwin misyar yang saya kemukakan di muqaddimah tadi. Untuk mengelakkan kekeliruan, anggaplah kahwin misyar ini sebagai kahwin biasa. Kebetulan sang isteri mempunyai kemampuan, lalu atas dasar itu, kerana tidak mahu membebankan suaminya yang kebetulan bukanlah orang yang berada, lalu beliau sendiri mengatakan pada suaminya untuk tidak perlu memberi nafkah kepadanya. Itulah sebenarnya kahwin misyar. Ada masalahkah dalam hal ini?
Janganlah kita fahami bahawa kahwin misyar sebagai kahwin untuk nikmat sex semata-mata. Ini adalah pemahaman yang salah. Lantaran pemahaman yang salah inilah, kahwin misyar menjadikan kaum wanita untuk mustahil bersetuju, sedang untuk kaum lelaki umpama menyorong bantal kepada orang mengantuk.
Kesimpulan
Tatkala, keluar isu dengan disertakan fatwa kebenaran daripada para ulama’ muktabar –dalam hal ini Prof. Mahmud Zuhdi, Tuan Guru Nik Aziz dan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi- sungguh pun pandangan mata kita mungkin bertentangan dengan pendapat mereka- berbaik sangkalah kepada para ulama’. Tentunya kita berbeza 180o dengan mereka lantaran kita sendiri yang sebenarnya tak faham. Dan ternyata memang tak faham.
Sebagai orang yang tak faham, sebaiknya tutuplah mulut daripada mengeluarkan kenyataan yang kemudiannya boleh menjatuhkan kita kepada kekufuran. Yang kemudiannya boleh menjadi sikap “kurang ajar” kerana mempersoalkan ketentuan Tuhan. Sebaliknya, tambahkanlah ilmu dahulu dan fahamilah dahulu isu sebelum bertindak sebagai “mufti” yang pantas mahu mengeluarkan fatwa dan pandangan. Ingatlah firman ALLAH Ta’ala:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”
(Surah al-Isra’ [17]:36)
Siapalah kita tanpa belas kasih dan tunjuk ajar Tuhan Yang Maha Esa? Bagaimana mungkin kita boleh mempersoalkan Sang Penguasa Alam sedangkan berdirinya kita di muka bumi sahaja adalah lantaran kecerdikan dan belas kasihan ALLAH Yang Esa.
Berbaik sangkalah dengan para ulama’. Kenal pasti dahulu isu. Yakinlah dengan kebenaran dan ketepatan penyelesaian Islam. ALLAH adalah manufacture kita, tentu sahaja DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Siapalah kita untuk mempersoalkan hukum dan ketentuannya? Ingatlah, kita pada asalnya hanyalah setetes air mani yang hina.
p/s – saya sendiri tidak berhajat untuk melaksanakan kahwin misyar. Saya Cuma mahu menjelaskan yang haq adalah haq walaupun seluruh manusia menentang. Janganlah kemudiannya saya dituduh sebagai lelaki gatal yang menyokong dan mendokong kahwin misyar ini.
4 Comments:
terima kasih buat saudara kerana meninggalkan komentar di blog saya.
saya lebih gemar mendapatkan penjelasan yang benar dan tidak emosional dalam memperkatakan sesuatu isu. tambah-tambah syariat islam adalah complete code of life. bila ulama' sepakat membenarkan, maka saya sebagai orang biasa-biasa perlu tahu apa rasional ijma' mereka.
tambahan, mis-yar tidak boleh diaplikasikan dengan mudahnya tetapi bergantung kepada kondisi setempat. seperti di Palestin, lelaki terpaksa akur bila isteri mereka meminta agar diberi M-16 beserta peluru dan dibenarkan berjihad. inilah mis-yar di palestin.
wallahu a'lam.
Assalamualaikum warahmatullah...
Terima kasih kerana melamat dan meninggalkan komen di blog saya. Saya juga telah meneliti blog saudara dan bercadang untuk melampirkannya dalam senarai links saya. Boleh?
Berkenaan kahwin misyar ni, saya setuju dengan pendapat saudara. Seharusnya kita diamkan dan tunggu saya orang yang bijak pandai membuat keputusan.
Dan saya tidak setuju jika kahwin misyar diletakkan syarat. Tidak ada syarat. Perkahwinan tidak boleh bersyarat begitu. Melainkan kalau M-16 dan peluru tu dijadikan maskahwin... Kahwin misyar hanya sebuah perkahwinan biasa. Bezanya cuma selepas akad dilangsungkan...
Wassalam.....
saya rasa kahwin misyar ini okey seandainya syarat yg diletakkan ialah suami tidak perlu beri nafkah kpd isteri sekiranya isteri itu sgt berkemampuan.
ttp kalau syarat suami bebas meninggalkan dan mendatangi isteri selama mana yg beliau suka, saya masih tak nampak di mana rasionalnya. mungkin saudara boleh jelaskan.
apa arti kawin misyar dalam bahasa Indonesia or bahasa inggris?
saya kurang paham nih.
Post a Comment
<< Home