Monday, June 05, 2006

RESUME

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab, 2004

Sudah menjadi lumrah kehidupan. Peralihan zaman ke zaman, masa ke masa, period ke period, adalah suatu perjalanan yang tetap harus ditempuh oleh siapa pun yang menghuni alam serba fana’ ini. Dan begitulah aturan kehidupannya. Suatu waktu dikau mengharungi zaman kekanakan, di mana tanggung jawab dan persekitaran seolah-olah tak wujud di alam keseronokan yang dikau khayalkan. Kemudian dikau memasuki alam persekolahan, sebuah perjalanan panjang, sebuah proses persiapan dan kematangan; proses mencari jati diri dan tujuan kehidupan. Melangkah ke merana gading dikau, dengan bekal yang utuh, sebagai bekal yang mapan, dengan harapan dikau keluar kelak sebagai insan yang berguna lagi bermanfaat buat manusia. Dan kemudian, sebagai memenuhi aturan kehidupan, kau melangkau pula ke period pekerjaan, period di mana dikau harus menjadi seorang “dewasa”, mesti tertanam sifat kelelakian.

Nah, begitulah aturan kehidupan. Langkah demi langkah yang kau ayun, tapak demi tapak yang kau jejakkan, harus mempunyai nilai untuk menghadapi period terakhir perjalanan; suatu kehidupan nan kekal abadi.

Seperti mana yang dikau; kebanyakan daripada dikau rasai atau akan rasai nanti. Proses translasi daripada period pelajaran kepada period pekerjaan. Di sinilah sebenarnya cabaran terbesar, titik perubahan yang bakal dikau rasakan. Di sinilah sebenarnya wujud persempadanan: sempadan mencari-cari tujuan hidup dengan sempadan lena dibuai habuan keduniaan. Dan disinilah kebanyakan daripada dikau tewas. Kerana persempadanannya cukup halus. Tipis. Halimunan. Tak bisa di lihat dek mata. Tak bisa ditangkap dengan jiwa. Kecuali orang-orang yang telah “melihat” peta persempadanan itu lewat al-Quran:

“Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu (pekerjaan/ karier mu) dan anak-anakmu (keluargamu) melalaikan kamu daripada mengingati ALLAH. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka merekalah orang-orang yang rugi.”
(al-Munafiqun[63]:9)

“Dan ketahuilah bahawa hartamu (pekerjaanmu) dan anak-anakmu (keluargamu) itu hanyalah fitnah (cubaan) dan sesungguhnya di sisi ALLAHlah pahala yang besar.”
(al-Anfal[8]:28)

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka..”
(at-Thaghabun[64]:14)

Saudaraku,

Maka persiapkanlah “resume” dirimu. Resume, seperti kata Carl McDaniels (1990) di dalam “Developing a professional vita or resume” adalah rumusan tentang dikau, pendidikanmu dan pengalaman yang melayakkanmu untuk menunjukkan kesusaianmu untuk sesuatu posisi itu.1 Resume dikau itu juga harus menunjukkan career objective (tujuan hidupmu), lakaran pengalaman-pengalamanmu (pengalaman = apa yang sudah dikau perbuat), serta kronologi pekerjaanmu (baca: “karya-karya” yang telah dikau hasilkan). Hadirkanlah resume mu itu dengan skill-skill mu, kualiti diri, pencapaian dan kejayaan2 yang telah dikau lakarkan, agar resume mu itu menjadi antara asbab berjayanya dikau melangkah kakimu ke period seterusnya: period pekerjaan.

Sedemikian jugalah resume yang harus dikau persiapkan, sebelum dikau memenuhi “vacancy” sebagai ahli Syurga. Kerana vacancy itu tidak terhitung pada pendidikan mu semata-mata, melainkan aspek-aspek lain yang dikau tonjolkan di dalam resume mu itu, yang akan bisa menjadikan dikau menjawat jawatan idaman setiap manusiawi, jawatan yang menjadi puncak segala kenikmatan. Apa ertinya dikau tahu, mempunyai “sijil” sebagai bukti kehebatan dan kecekapanmu mencernakan maklumat di alam pemikiran, kalau kiranya -berbanding dengan musuh-musuh Islam- kehebatan dan kecekapanmu bermain di alam pemikiran gagal dikau manfaatkan untuk menakluk puncak kemuliaan, iaitu kemuliaan sebagai insan yang bertaqwa kepada ALLAH (Surah al-Hujurat[49]:13). Kebesaran dan ketinggian darjat keduniaanmu itu, gagal dikau gunakan untuk menguasai jagat perlawanan, antara kebenaran yang hakiki (Islam) dengan kemungkaran yang membinasakan (Syaitan, Yahudi dan konco-konconya). Lihatlah achievement dan kejayaan pada resume sang kafir: dengan teknologi ketenteraannya itulah, sang Amerika membinasakan Afghan, Iraq, dan lain-lainnya menyusul kemudian. Dengan ekonominya itulah, Yahudi zionis “menggari” tangan kita, sehingga kita pun turut menyumbang kepada peluru-peluru yang membunuh kanak-kanak dan wanita-wanita Palestin. (Bayangkan jika itu adalah anak kita? Bayangkan jika itu adalah ibu kita?)

Saudaraku,

Lantaran itulah barangkali, hal terpenting di dalam resume mu itu, yang sering kali dinilai sebelum dikau dijawat sebagai “ahli syurga”, ialah pengalaman mu. Kerana, majikan mana yang mahukan seorang yang sekadar tebal dengan sijil, tetapi “kaki bangku” ketika di medan amal. Begitulah juga dengan “majikan” kita ALLAH, Dia menilai dikau pada pengalamanmu dan apa yang telah dikau perbuat. Lantaran andainya persoalan ilmu (pendidikan) menjadi faktor terpenting dan penentu, maka sudah barang tentu Syurga kan penuh dengan komputer! Kenapa? Kerana bukankah komputer mempunyai khazanah ilmu yang cukup luas? Jangankan al-Quran, berapa juta hadith yang mampu di”hafal” oleh komputer? Berapa juta buku-buku agama yang telah “dipelajari” oleh komputer?

Maka iklan vacancy itu pantas menyebut: perlukan pengalaman. Inilah kebenarannya ketika mana Rabbmu berfirman “(habuan/elaun syurga dan “gaji”nya serta “facilitynya”) Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan.” (al-Waqi’ah[56]:20)

Saudarku,

Persiapkanlah resume mu itu. Hiasilah ia dengan data-data dan “karya-karya” agung yang mampu memurnikan dan mengharumkan lembaran sejarah dengan cahaya keimanan yang kita harapkan. Kerana dengan itu Nabimu bersabda; “Orang yang cerdik ialah orang yang menguasai dirinya, dan ia beramal (menyiapkan resume) untuk hari kematian..” (HR Tirmizi) Kerana vacancy yang kau pohon dan kau harap-harapkan itu ialah Syurga. Status indah lagi abadi mana lagi yang dikau harapkan?

Dan untuk meraihnya, kau perlu melalui probation (tempoh percubaan), sebelum dikau disahkan memiliki “jawatan” ahli Syurga itu. Berapa lama tempuh percubaannya? Itulah, sepanjang kehidupan duniawi yang dikau lalui. Maka lakukanlah terus amal ibadahmu. Garaplah cepat “karya keagungan” mu. Kerana status “trainee” di dalam tempoh probation ini digelar “mujahid”. Vacancy inilah yang kosong kini. Sepi. Suram. Walhal inilah “cita-cita” kita sebenarnya; “Tidak Aku (ALLAH) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku” (az-Zariyat[51]:56) Buktikanlah kualiti dirimu dengan menjadi seorang lagi Hassan al-Banna, seorang lagi Syed Qutb (penghasil karya berbentuk tulisan), seorang lagi Yahya Abbas (pembuat bom rakyat Palestin pertama), atau seorang lagi Yusuf al-Qardhawi. Bukankah resume mu lebih molek berbanding Syeikh Ahmad Yassin? Maka kenapa dengan segala kekurangannya, ia bisa memenuhi jemputan Rabbnya sebagai syuhada’ di jalan-Nya?

“Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH, maka di antara mereka ada yang gugur. Di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)”
(al-Ahzab[33]:23)

Maka saksikanlah kata-kata Ibnu ‘Athoillah di dalam al-Hikam; “Menunda amal perbuatan (kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik, satu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa.”3

Diriku doakan, mudah-mudahan resume mu itu bisa menjadikan dikau terpilih menjawat vacancy itu. Bacalah kembali iklannya (advertisement ) para ulama’ Mujahidin tadi:

Mereka sangka bahawasanya agama itu ialah pengasingan dan pertapaan
dan asyik di dalam wirid dan zikir tanpa dakwah dan jihad
Anehnya kulihat
mereka beriman dengan sebahagian,
kelihatan hati mereka kufur terhadap sebahagian lagi
Padahal agama ini mempunyai fardhu, sunat, dan istighfar
Agama ini adalah medan jihad, senjata dan para pahlawannya
yang menghancur-leburkan kejahatan dan penyangak
Agama ini memerintah dengan nama Tuhanmu yang mencipta keadilan
Bukan kezaliman dan bukan kewewenangan 4
"Solatlah walau di mana sahaja.."
“Born To Die as a Syuhada’”
RUJUKAN
1 Definisi “resume” di URL: www.mlanet.org/academy/glossary.html
2 Definisi “resume” di URL: www.hart4hr.com/Staffing/glossary.htm
3 Ibn ‘Athoillah, “Terjemahan al-Hikam”, Victoria Institute
4 Dr. Hissan Hathut, Majalah al-Muslimun, Bil. 3, m.s. 199, (Petikan dari Qasidah yang panjang)

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Tanpa sengaja ketika mencari informasi saya masuk blogspot ini. Sepertinya anda pengagum KH Rahmat Abdullah, tetapi ketika saya baca dibagian bawah kok pakai bahasa malaysia, apakah anda orang malay? bisa kenalan? sebab saya sebenarnya baru ikutan tarbiyah dan ingin banyak pencerahan. Hubungi ana di andrean26@yahoo.com

9:53 PM  

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog