CAS 2006: Best Paper Award
“….mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
(Surah an-Nisa’ [4]:19)
(Surah an-Nisa’ [4]:19)
Saya teringat cerita Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkenaan hari-hari awalnya yang indah bersama al-ikhwan. Biarpun turut sama terperosok ke dalam penjara, namun, sungguh pengalaman penjara itu sangat indah baginya. Juga buat ikhwah-ikhwah yang lain. Ternyata di penjara itulah tarbiyah hidup subur, ukhwah bertambah erat, itsar kembang mekar, semangat berkobar membara. Bukankah penjara telah menginspirasi HAMKA untuk mencoretkan keindahan di dalam tafsir al-Azhar-nya? Bukankah penjara jugalah yang telah mengilhamkan Syed Qutb dengan kesegaran sehingga lahir tafsir Fi Zhilal nya?
Maka, tabiat orang beriman, seperti digambarkan oleh Nabi SAW, ialah ungkapan yang "sangat mengkagumkan". Sabar menghiasi rentetan dukanya, sehingga duka itu menjadi rahmat buat dirinya. Syukur mengiringi alunan kejayaannya, sehingga kegembiraan itu menjadi nikmat yang tidak terhingga. Maha Benarlah Tuhan yang berfirman:
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah [2]:216)
(Surah al-Baqarah [2]:216)
Ayat ini -kata Syed Qutb- bukanlah untuk kondisi perang semata-mata, bahkan untuk seluruh "operasi" kehidupan manusia. Bukankah khabar non-enak pertembungan dengan tentera Quraisy di medan Badar bukanlah perancangan awal mereka, tetapi peperangan Badar yang julung kali itulah jejak-jejak kejayaan pertama mereka? Bukankah terlepasnya bekalan ikan Nabi Musa merupakan suatu hal yang leceh untuk mereka berpatah balik demi mendapatkan bekalan makanan, namun berpatah balik itulah yang kemudiannya menemukannya dengan murabbi yang dicari-carinya: Nabi Khidir?
Umpama memakan ubat -kata pak HAMKA- kepahitan yang tidak kita gemari, justeru perlu untuk mendatangkan kesembuhan sejati.
Young Reserachers Conference on Applied Science (CAS 2006) dihadapi oleh isteri saya dengan seribu satu dugaan. Kurangnya persiapan lantaran menjaga saya selama seminggu akibat demam denggi, kemudian pindah rumah lain sebagainya, sehingga membawa kepada kesedihan dan kekecewaan sang isteri lantaran gagal memberikan presentation yang bernas semasa Conference tadi. Namun, ternyata matematik Ilahi tidak sama dengan matematik manusiawi. gelak ketawa bernada memperlekeh ketika presentation sang isteri telah menjadi bahan tebusan untuk menerima anugerah yang tertinggi.
Saya akan ulas lebih lanjut dalam artikel saya berkenaan drama TV "Numb3rs".
Buat kalian di luar sana, redhalah, kerana barangkali dibalik titisan kekecewaan, tersirat kilauan kegembiraan.
(Buat Puan Nur Hanani Bt Makhtar daripada Fakulti Sains Gunaan, tahniah kerana memenangi 'Best Paper Award' sempena seminar antarabangsa CAS 2006).
2 Comments:
Jazakallah khairan..:-)
Very cool design! Useful information. Go on!
» » »
Post a Comment
<< Home