Isu Murtad: Sekadar khabar angin dan surat layang?
Suka yang mengambil perhatian semua, sebarang tulisan yang disebarkan melalui emel mengenai murtad - orang melayu masuk kristian adalah surat layang yang sengaja hendak melemahkan umat islam di malaysia ini. dakwaan seperti ini sudah lama dan tidak ada bukti yang sahih untuk menguatkan hujjah itu. jadi, tidak guna kita jadi ejen penyebar berita palsu itu. pada saya tidak ada untungnya kita sibarkan perkara sebegini, sebaliknya menguntungkan pihak lain yang melihat kita melatah.
Dalam hal ini saya anjurkan dua perkara kepada staf KKSB yang beragama Islam:
1. abaikan segala emel seumpama itu (termasuk isu seorang syeikh yang mimpi rusulullah tu).
2. jaga diri dan keluarga dari gejala murtad.
Di atas adalah cebisan email yang saya terima daripada seorang kawan. Sungguh pun saya juga mengkritik email asal yang menjadi sebab lahirkan email di atas, selain turut mengakui bahawa ada banyak kisah palsu yang sering disebar-emailkan (seperti kisah air mineral ada Holy Water, Gardenia ada babi, wanita campak al-Quran bertukar menjadi binatang, dan sebagainya), namun, itu tidak boleh dijadikan sebab kita menolak fakta dan menidakkan kegawatan aqidah di kalangan masyarakat Melayu kita sehingga wujudnya gejala murtad ini.
Jika benar isu murtad adalah "surat layang" semata-mata, maka para pembela Islam seperti Dato' Sri Mufti Ustz Harussani dan Peguam Zulkifli Nordin adalah penglipurlara semata-mata.
Bagaimana pula dengan kes Lina Joy yang memohon JPN membuang status Islam di kad pengenalannya? Atau kes Aisyah Bukhari anak sang imam yang memeluk agama Kristian? Atau Hartina Kamaruddin yang bukan sahaja memeluk agama Hindu, teman lelakinya memukul membelasah ayah kandungnya, dan memedihkan lagi keadaan, disamannya ayahnya itu.
Bagaimana pula dengan Murtad Mama yang bersama-sama temannya, dengan beraninya membuka web khas untuk orang-orang Murtad (tak perlulah saya sebut URL nya. Anda carilah sendiri). Adakah kes-kes ini kisah dongeng semata-mata?
Memalukan... Islam di Barat marak menjulang, mereka memeluk islam secara berbondong-bondong, di sini pulak umat Islam murtad berbondong-bondong. islam di Barat bangun menentang penindasan terhadap umat islam berupa isu tudung, isu Palestin, dan sebagainya, umat islam pemimpin OIC pula bahkan melecehkan fakta kebanjiran virus murtad, berbanding mengambil langkah menghalangnya.
Hairan, bercakap isu murtad dianggap mengganggu sentimen agama lalu boleh dikenakan ISA, sedang cadangan supaya disko dibuka sehingga jam 5 pagi dan cukai arak diturunkan tidak pula dilihat sebagai membahayakan keselamatan dalam negeri.
Jika anda mahu berdiam diri dan menjadi sang pengecut, silakan, dan tunggulah perhitungan dari Rabb mu. Namun saya mahu buktikan bahawa orang Melayu mempunyai daya kepahlawanan, seperti yang pernah ada di dalam sanubari mereka di zaman Melayu Melaka dahulu kala..
1 Comments:
Enjoyed a lot! Rental pickup trucks rental pickup trucks traci renee interracial Gm minivan recalls
Post a Comment
<< Home