Pendirianku berkenaan isu serban
Apabila Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abdul Malek Ahmad sebulat suara dalam keputusan mereka menolak rayuan tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan yang dibuang sekolah sembilan tahun lepas kerana enggan menanggalkan serban mereka, saya sudah menduga reaksi yang pelbagai daripada kelompok yang juga pelbagai di dalam tubuh umat masyarakat kita.
Sudah saya jangkakan bahawa akan ada pihak yang dukacita, kecewa dan menentang keputusan melarang pemakaian serban itu, sedang akan ada pula yang berlapang dada dengan keputusan itu, dek kerana pemahaman mereka terhadap sunnah "berserban" yang berbeza-beza, sesuai dengan khilaf ulama' terhadap hukum pemakaiannya.
Saya teringat kisah silam as-syahid Imam Hassan al-banna bila berbicara pasal ketegasan untuk berserban. Tetapi di kemudian harinya, tidak dikau dapati kebanyakan gambar Imam al-Banna itu, melainkan bertarbus belaka. Ini membenarkan sedikit sebanyak pendapat tokoh salaf Malaysia, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bahawa memilih anak-anak tidak bersekolah berbanding menanggalkan serban bukanlah satu pendirian yang bijak;
"Kenyataan Hakim Mahkamah dalam isu serban tiga bekas pelajar berkenaan adalah bertepatan dengan ruh Islam. Ini menunjukkan hakim berkenaan memahami Islam dan sunnah Nabi dalam topik berkenaan secara ilmiah. Cumanya, alangkah baiknya jika dia tidak mengaitkan dengan janggut. Ini kerana bagi janggut itu ada hadith khusus untuknya. Adapun serban bukan tuntutan agama. Tidak wajar mengorbankan masa depan para pelajar tersebut dalam isu yang remeh dan tidak disuruh oleh Islam. Bapa para pelajar berkenaan telah memahami dan mempraktikkan Islam secara salah. Dia tidak memahami keutamaan agama. Jika hakim sifatkannya 'angkuh', ia mungkin benar. Islam pada akidah, ibadah dan sistem hidup yang bertunjangkan akidah. Serban adalah budaya Arab yang dipraktik oleh Nabi s.a.w bersesuaian dengan kearaban baginda. Dinamakan dengan 'al-sunnah al-jibiliyyah'. Seperti mana baginda suka memakan labu, bahagian bahu kambing dan seumpamanya. Maka seseorang tidak wajar berbalah ke mahkamah untuk mempertahankan sunnah makan kambing di sebuah tempat yang tidak mengizinkan daging tersebut dimakan di situ. Ini adalah lambang kedangkalan. Namun jika tempat tersebut menghalang pengamalan wajib Islam, maka patut ditentang. Jika sekolah menyuruh membuka aurat, kita akan tentang. Tiga pelajar ini terinaya dalam kesilapan kefahaman mereka. Islam seperti ini patut dibaiki" (http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=30511)
Namun begitu, harus kita ingat bahawa isu larangan berserban ini tidak sepatutnya dilihat dari sisi hukum semata-mata. Bukankah maruah dan martabat umat Islam sejak kebelakangan ini begitu "bangsat" sekali? Lihatlah sahaja ketika ada pihak yang mahu melaksanakan amar ma'rug nahi mungkar, mereka kemudiannya dijolok dengan gelaran "skuad skodeng". Apabila heboh isu larangan bercium dan berpelukan di khalayak ramai, seluruh akhbar berbahasa Ingeris dominasi kuffar menyerang dan menidakkan akhlaq islami. Apabila ada pelajar membantah pemakaian tudung rasmi UIA ketika konvokesyen, tiba-tiba pemakaian tudung tidak diwajibkan. Disko dan kelab malam mahu ditutup jam 5 pagi. Akhbar NST menyiarkan karikartun menghina Nabi SAW, ditengah-tengah bantahan masyarakat dunia terhadap penyiarannya oleh akhbar Denmark. Dan kemuncak penghinaan terhadap islam ialah tuntutan IFC yang berkisar tentang isu murtad. Dalam keadaan sebegini, tentunya pengharaman pemakaian serban ini -sedang kalung salib, pemakaian skirt, serban golongan Sikh dibenarkan pula- menyebabkan musuh-musuh Islam bertepuk tangah penuh gembira.
Maka benar hujah pandangan seorang netters:
"Tapi pada masa yang sama kita kena tengok lebih jauh, sebagai orang yang prihatin dengan isu-isu Islam. Keputusan hakim itu melibatkan penafsiran perlembagaan Malaysia yang sekarang ni orang-orang IFC, Article 11, SIS tengah perjuangkan agar tidak ditafsir condong kepada Islam.
Bila makna mahkamah sudah menafsirkan bahawa boleh diambil sedemikian maka apakah itu yang umat Islam di Malaysia mahu? Orang Islam boleh pakai skirt dan tak pakai tudung pi sekolah, sebab kebebasan agama? Tak boleh pakai serban sebab apa? Sebab serban tu mengancam keselamatan awam? Takde kena mengena dengan agama? Sekarang ni puak-puak sekular sedang gembira dengan keputusan kes ni. Budang-budak krisitan pakai kalung salib kat sekolah tak pernah kena buang lagi. kalau naik mahkamah, pasti pihak gereja akan mempertahankan mati-matian kerana kebebasan agama mereka walau pakai kalung salib tu bukan wajib. Tapi bila orang Islam kena buang sekolah kerana pakai serban, ada sebahagian orang Islam tak terasa apa, malah menyalahkan students tu. Teringat kes siswi kena gantung sebab pakai purdah di universiti dulu-dulu. Dulu orang kata kalau nak pakai purdah jangan lah kerja dalam government, pergilah kerja luar. Pakai skirt boleh pulak kerja government. Patutlah akhir zaman nak pegang sunnah macam pegang bara api." (karim; http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=30509)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home