Wednesday, August 30, 2006

TANDAS “DUDUK” DAN TANDAS “CANGKUNG”

TANDAS “DUDUK” DAN TANDAS “CANGKUNG
Oleh: Engr*. Faridul Farhan Abd Wahab




Terlebih dahulu, saya mohon maaf andainya isu tandas yang ingin saya bangkitkan ini, dianggap lucah atau jijik oleh sesetengah pihak. Cerita berdasarkan kisah benar saya ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa –apatah lagi jika wataknya pun sememangnya budak-budak- cuma sebuah cereka untuk renungan dan iktibar kita bersama.

Al-kisah, sungguhpun ibubapa saya tinggal di kawasan kampung (dan bahkan beberapa kali terpilih sebagai Kampung Terbaik Negeri Selangor). namun, tandas di rumah ibubapa saya berkonsepkan tandas moden dengan mengimplementasikan stail dan gaya tandas-tandas moden seperti tandas duduk (yang ada mangkuk tandas tu..), shower, dan sebagainya.

Al-kisah juga, sepupu-sepupu saya yang masih kecil (dan comel), sering kali datang berkunjung ke rumah ibubapa saya lantaran mereka juga tinggal di dalam kampung yang sama. Menariknya, terjadi “fenomena aneh” (ceh…macam cerita Seekers TV3 pulak yer..) setiap kali mereka menggunakan tandas untuk menyahut “seruan alam.” Fenomena aneh yang saya maksudkan ialah, paip di dalam tandas itu akan sentiasa terbuka sepanjang mereka “melepaskan perasaan” di dalam tandas yang konon-kononnya serba moden ini.

Kisah ini bukanlah kisah hantu sebenarnya. Dan paip tadi, bukanlah terbuka dengan sendiri sebenarnya. Tetapi, sudah menjadi kelaziman sepupu-sepupu saya tadi untuk membuka paip sepanjang masa mereka berada di dalam tandas. Ketika ditegur oleh ibu, dek kerana amalan ini merupakan sebuah pembaziran, pantas disahut oleh sepupu saya; “ayah suruh buka paip bila berak?”

Terfikirkan anda kenapa sebegitu arahan ayah mereka?

Sebenarnya, tandas di rumah pakcik saya adalah tandas jenis cangkung, yang memang memenuhi rumah-rumah di kampung-kampung. Oleh yang demikianlah, pakcik saya menyuruh anak-anaknya membuka paip sepanjang masa berada di dalam tandas, supaya pengaliran air akan membantu menghilangkan bau busuk tandas (atau lebih kita kenali tandas jenis ini sebagai “jamban”) selain mengelakkan lubang tandas daripada tersumbat. Sayangnya, arahan pakcik saya ini disalah fahami oleh sepupu-sepupu saya, lalu mereka bertaqlid semata-mata, tanpa mengetahui bahawa arahan sang ayah ada ‘illah (sebab)-nya, dan arahan itu bergantung kepada kondisi dan situasi tertentu. ‘illah dan situasi, kedua-duanya turut berperanan dalam pelaksanaan konsep syariat, sehingga lahirlah ilmu yang dikenali sebagai maqashid syariah (tujuan pelaksanaan syariah) dan kaedah fiqh al-adah al-muhakkamah (adat dijadikan sebagai sumber hukum), atau dari segi ushul fiqhnya, al-‘urf atau kondisi.

GURU NANAK DAN KUCING ASHRAM

Kisah di atas mengingatkan saya terhadap situasi yang hampir serupa, tetapi dalam kondisi yang berbeza, berkenaan guru nanak dan kucing ashram[1], yang kisahnya seperti berikut:

Pernah suatu ketika Guru Nanak dan pengikut-pengikutnya mahu mengerjakan sembahyang cara mereka. Tetapi mereka diganggu oleh kucing ashram yang menyelit-nyelit di celah kaki mereka. Lantas Guru Nanak mengarahkan supaya kucing ashram itu diikat di tiang setiap kali mereka mahu bersembahyang.

Selepas beberapa ketika, Guru Nanak telah meninggal dunia. Pengikutnya masih mengamalkan ajaran Guru Nanak seperti biasa dan setiap kali mereka mahu bersembahyang, mereka akan menambat kucing ashram tersebut di tiang. Akan tetapi selepas kucing ashram itu mati, pengikut-pengikut Guru Nanak mencari pula kucing lain untuk diikat setiap kali mereka mahu mengerjakan sembahyang!

Berkurun selepas itu, barulah ahli teologi membongkarkan hal ini, betapa kesilapan telah berlaku apabila pengikut ajaran Guru Nanak menyangkakan bahawa sembahyang mereka tidak sah tanpa kucing yang ditambat di tiang! Mengapa semua ini terjadi? Jawapannya mudah, bertaqlid buta dan agama menjadi ritual. (--"The Guru's Cat" from The Song of the Bird by Anthony De Mello)

MENYAPU MUKA SELEPAS SALAM

Ustaz Hasrizal Jamil menceritakan (di dalam websitenya), tatkala sedang berprogram dengan pelajar-pelajar sebuah kolej di tepi pantai sambil belajar berzikir dan fikir terhadap kebesaran ALLAH berdasarkan surah Ali Imran [3]:190-191, beliau mengkisahkan cerita kucing ashram tersebut selepas solat seraya mengadukan pertanyaan kepada para pelajar, mengapa mereka menyapu muka selepas memberi salam?

Bukankah kita di sekolah pun diajar bahawa definisi solat, seingat saya, ialah “beberapa perkataan dan perbuataan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.” Bahkan, jika kalian buka kitab-kitab fiqh yang muktabar pun, langsung tidak wujud perbahasan mengenai “menyapu muka selepas salam” di dalam bab solat, sama ada yang rukunnya mahupun yang sunnatnya.

Hal ini tidak akan berlaku, andainya kita memahami ‘illah di dalam amalan Nabi SAW, serta juga memahami keshahihan sesuatu amalan, adakah ianya diamalkan Nabi Saw atau bukan. Pernah tengok filem “ar-Risalah”, sebuah filem berkisar sejarah Nabi Muhammad SAW? Bukankah masjid yang digunakan oleh Nabi Saw dan para sahabat tidak bercarpet seperti mana masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia ini, sehinggakan carpet atau sejadah (tikar sembahyang) seolah-olah menjadi syarat sah untuk bersolat?

MEMAHAMI ISLAM SEBAGAI SYARAT MELIHAT KEINDAHAN ISLAM

Maka, inilah sebabnya umat islam, terutamanya di bumi kita Malaysia, mengalami kemerosotan dan kebobrokan yang luar biasa dahsyatnya. Kemuncak kerosakannya, ialah tatkala 250,000 orang melayu murtad daripada agama suci ini. Siapakah yang ingin kita salahkan di dalam hal ini?

Yang engineernya, sibuk dengan urusan keduniaannya. Jika ada masa pun, sekadar untuk bermain futsal atau menonton wayang berbanding berjumpa umat dan mempergunakan sebaik mungkin ilmu engineeringnya untuk menceritakan kehebatan teknologi ALLAH dan betapa tidak mungkin aqidah free thinker bahawa alam semesta ini terjadi dengan sendirinya.

Yang doktornya, sibuk dengan urusan harta. Jika ada masa pun, sekadar untuk membuat kerja part time di klinik-klinik swasta, berbanding memberikan ceramah-ceramah dan halaqah/usrah dan menceritakan betapa tubuh badan manusia sendiri menjadi tanda-tanda kehebatan, kekuasaan dan kewujudan ALLAH.

Yang pelajarnya, sibuk dengan pelajaran semata-mata, lantaran keinginan mereka untuk cemerlang bukanlah berdasarkan niat LiLLAHi Ta’ala, sehinggakan dengan bergraduasinya mereka, bisa bermanfaat untuk islam dan umat. Tetapi, CGPA tinggi yang mereka kejar-kejar itu sekadar untuk memudahkan mereka beroleh kerja makan gaji semata-mata.

Semua ini terjadi lantaran kita tidak diajar dan dibawa untu melihat kesyumulan islam. Betapa islam tidak pernah terpisah daripada ilmu sains moden, sama ada bisnes, IT, engineering, perubatan, lain sebagainya.

SHAOLIN SOCCER

Mungkin ramai yang pernah menonton filem “Shaolin Soccer” lakonan pelawak terkenal Stephen Chow. Lihatlah bagaimana kesungguhan beliau untuk menyebarkan ajaran Shaolin, sehingga melihat Shaolin di mana-mana, di setiap aspek kehidupan. Lantas timbullah idea untuk menyebarkan Shaolin melalui nyanyian: ternyata suatu idea yang bodoh! Kemudian, beliau mendapat ilham untuk menyebarkan Shaolin melalui bola sepak, dan berhasillah beliau dek kerana niat/keazaman dan usaha yang bersungguh lagi gigih.

Zionis Yahudi, tatkala menjadikan niat membuat sebuah negara israel sebagai rukun hidup mereka, lantas belajarnya mereka dan bekerjanya mereka, semuanya bersandar pada landasan itu. Lalu dikuasailah ekonomi oleh mereka. Lalu dikuasailah negara oleh mereka. Lalu, dikuasailah teknologi oleh mereka. Sehinggakan begitu sukarnya kita mahu menjayakan kempen memboikot barangan Israel, lantaran begitu tergantungnya kita pada barangan mereka (sungguh ini semua adalah alasan semata-mata. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih).

Kita perlukan orang seperti Yahya Ayash. Niatnya belajar engineering adalah kerana ALLAH, lantas jadilah beliau pembuat bom pertama di bumi Palestin, dan ilmunya itu bermanfaat untuk perjuangan intifadhah menghalau Yahudi penjajah.

Kita perlukan orang seperti pakar perbandingan agama Dr. Zakir naik, atau rakyat tempatan Dr. Danial Zainal Abidin. Berbekalkan niat ikhlas mereka belajar di bidang perubatan, keilmuan mereka itu mereka gunakan untuk mengaitkan fakta sains dengan al-Quran, lalu ramailah orang memeluk islam di tangan mereka.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur'an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?”
(Surah Fushilat[41]:53)

Ya, kita memerlukan anda wahai sidang pembaca, kerana sesungguhnya kader-kader atau pejuang kebenaran kekurangan orang untuk mengisi perjuangan mereka. Vacancy yang paling banyak sekarang ialah menjadi penolong agama ALLAH. Anehnya, tidak ramai pula yang memohon untuk tugas tersebut, sedangkan “gaji” dan “bonus”nya dijamin lumayan oleh ALLAH Ta’ala.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
(surah at-Taubah[9]:111)


“Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka dibunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik (surga). Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.”
(Surah al-Haj[22]:58)

“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu “dikembalikan.
(Surah al-Baqarah[2]:245)

TARBIYYAH SEBAGAI SARANA PALING EFEKTIF

Maka, tidak boleh tidak, untuk memahami dan seterusnya melihat keindahan islam ini, haruslah anda berada di dalam suasana tarbiyyah. Hadirlah usrah-usrah atau halaqah-halaqah tidak kira gerakan islam apa pun, mudah-mudahan anda akan nampak keindahan Islam.

Ternyata, agama tidaklah sekompleks dan sesukar yang kita sangkakan. Islam adalah sebenarnya “nur” yakni cahaya yang turun kepada manusia dan menyinari mereka dan mengeluarkan mereka daripada “zulumat” atau kegelapan. Ertinya, agama turun untuk menjadikan kita cerdik, bukan menjadikan umat Islam kelihatan kuno dan kartun.

Sebagai contoh, buat anda yang taksub dengan mazhab Syafi’e dan begitu kuat berpegang bahawa rukhshah solat qasar hanya dibenarkan tatkala musafir kalian sudah melangkau 2 marhalah. Entah berapa 2 marhalah sebenarnya, sering tidak bisa kita jawab. Ada yang kata 96km. Ada yang kata 100km. Ada yang kata 90km. 83km pun ada. Begitu juga 86km. Bahkan, yang kata bahawa 2 marhalah di bawah 30km pun ada! Namun, kita ambillah contoh, bahawa 2 marhalah adalah bersamaan 90km.

Anda sebagai seorang yang teramat fanatik lagi taksub (lagi taqlid) terhadap mazhab Imam yang mulia Imam as-Syafie. Katakan anda telah melakukan musafir berjarak 89.9km. Ertinya hanya kurang 100m sahaja lagi untuk cukup 2marhalah. Bolehkah anda solat qasar, sedangkan jarak musafir anda tidak cukup 2 marhalah? Agak-agak anda, andainya Imam Syafi’e masih hidup, dengan kebijaksanaan beliau, apakah yang akan dijawab olehnya tatkala musafir seseorang hanya tinggal 100m atau lebih parah 1cm sahaja lagi untuk cukup 2 marhalah?

Inilah pentingnya memahami ‘illah ketika para imam mazhab yang mulia mengeluarkan fatwa. Juga memahami kondisi, kerana kondisi jugalah yang mendorong munculkan qaul qadim dan qaul jadid (fatwa lama dan fatwa baru) oleh Imam as-Syafi’e. Jadi, perlukah lagi anda bertanya hukum menyebut dan mengeja Mekah sebagai “Mecca” seperti mana saudara-saudara kita di Barat, dek kerana kononnya ianya di dalam bahasa Yahudi membawa maksud yang tidak baik? Atau, perkataan “bye” yang kononnya sebuah doa yang tidak baik di dalam bahasa yahudi, sedangkan pemahaman orang putih, bahkan seluruh penghuni planet bumi ini, bahawa “bye” itu adalah ucapan selamat tinggal? Jika begitu, perkataan “sabar” tidak boleh kita sebut, kerana kata “bar” di dalam bahasa Inggeris bermaksud “tempat menjual arak”. Adakah begitu fikiran kita?

INILAH LANGKAHNYA

Maka, inilah jawapan saya kepada pihak yang mempertikaikan usaha kita tatkala berusaha menyedarkan masyarakat tentang bahaya Kumpulan Artikel 11 dan IFC. Sungguh, penyelesainannya ialah dengan kita kembali memahami dan melihat keindahan islam. Dan caranya, tidak boleh tidak, melalui tarbiyyah! Persis seperti mana kata mantan mursyidul am yang mulia (Syeikh Musthafa Masyhur); “tarbiyyah bukanlah segalanya, tetapi segala-galanya tidak akan terjadi tanpa tarbiyyah!”

Jadi, tunggu apa lagi. Meh la tarbiyyah!

* penulis adalah Graduate Member kepada Instituition of Engineers Malaysia (IEM), berkelulusan B.Eng (Hons) Electrical Engineering (2004) dan Cert. Syariah (2005). Kini bertugas sebagai engineer di sebuah syarikat power plant.

RUJUKAN

[1] http://saifulislam.blogspot.com/2006/07/aku-salafi-anakku-bagaimana-saya-bukan.html

Mursyidul Am tegur ahli abaikan solat jemaah

PENGKALAN CHEPA, 29 Ogos (Hrkh) - Biar pun pahit, namun kerana ubat ia terpaksa ditelan bagi mengubat sesuatu penyakit. Begitu juga apa yang dihasratkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau meluahkan rasa agak terkilan terhadap sesetengah pendokong gerakan Islam yang tidak mengutamakan solat berjemaah, sedangkan ia menjadi tuntutan utama agama.
Kata beliau masih ada mereka yang terlibat dengan gerakan Islam, namun tidak mengutamakan tuntutan tersebut.

"Semasa selepas mesyuarat Perhubungan saya lihat ada yang tidak terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat, sebaliknya melakukan perkara lain. Ada juga yang masih berbual-bual dan ada yang terus balik.

"Inilah di antara faktur yang menyebabkan perjuangan Islam lambat mencapai kemenangan. Saya cukup tertarik membaca tulisan Haji Subky Abdul Latiff yang menyebut Yahudi tak alah selagi Subuh tak seperti Jumaat," katanya pada program makan malam Majlis Tindakan Dun Tendong di Perdana Resort, baru-baru ini.

Hadir sama, anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ismail Nuh, Penyelia Dun Tendong, Abdul Hamid Aziz dan penasihat Dun berkenaan, Haji Wan Othman Wan Yusoff.

Subky dalam tulisan terbaru dalam Harakah menyebut tanpa menunggu kedatangan Imam Mahadi, Yahudi Israel akan dapat dikecut perutkan. Kalau Subuh tidak dapat dijadikan seperti Jumaat, satu demi satu bumi Islam menjadi bumi Yahudi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya kenyataan itu dikeluarkan beliau sebagai Mursyidul Am PAS bagi mengajak pendokong perjuangan Islam mengutamakan amalan solat secara berjemaah.

Menurutnya, biar pun ada pihak yang tidak senang dengan kenyataan seumpama itu, namun sebagai pemimpin beliau terpaksa meluahkannya bagi memperbetulkan semula landasan perjuangan.

Ustaz Ismail pula berkata, Tendong merupakan Dun pertama di negeri ini yang melancarkan jentera pilihan raya sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, perpaduan yang kukuh di kalangan pendokong parti memudahkan usaha untuk berdepan dengan musuh dan ia memang ditakuti oleh Umno.

Abdul Hamid berkata, dengan sokongan padu semua pihak Dun Tendong yang kini dikuasai pembangkang, dijangka dapat dirampas semula pada pilihan raya umum akan datang.
Pada majlis itu turut diadakan penyampaian cenderahati kepada veteran PAS Tendong.

Faridul: Masih adakah ahli yang mahu melenting tatkala ditegur, hatta ditegur oleh Mursyidul 'Am sendiri. Ambillah iktibar dari sisi positif gerakan Tabligh, mereka begitu menjaga amal ibdaha dengan ALLAH.

Wednesday, August 23, 2006

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK

(artikel ini tersiar di dalam sekian banyak blog. Bila dikaji, didapati artikel ini berasal-usul daripada link yang saya berikan di atas. Artikel ini sangat menarik pada hemat saya. bahkan, saya sendiri dalam proses "menulis kembali" silibus Sains PMR untuk dilihat dari kaca mata islam. Sesiapa yang ada maklumat berkenaan penulis asal artikel ini, diharap dapat menghubungi saya. Satu lagi, saya masih mempunyai masalah dalam memposting artikel saya. Ada siapa dapat membantu?)
Kajian Kes
Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.
Penyelesaian
Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.
Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.
Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.
Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.
Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.
Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.
Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)
Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.
Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.
Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.
Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?
Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.
tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).
Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.
Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian. 3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.
Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.
Kesimpulan
Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:
J = mc x tetha
Oleh itu, hipotesis diterima.
Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.
Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan...

PIPING & SANITARY SYSTEM (PSS)

PIPING & SANITARY SYSTEM (PSS)
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab

Saya sedang melakukan design review untuk drawing berkenaan “manhole”. Bagi anda yang tidak terlibat dengan kerja-kerja construction, apatah lagi asing dalam dunia engineering, tentunya anda tidak akan faham menatang apa yang sedang saya tekuni. Saya mudahkan definisinya sebegini: saya sedang memeriksa design drawing berkenaan “longkang”[1] (tetapi bukan longkang untuk air, tetapi longkang untuk cable). Jika longkang saliran yang anda fikirkan, maka sungguh, drawing berkenaan saliran sudah saya semak beberapa minggu yang lalu. Bermakna, sayalah orang yang akan bertanggungjawab andainya saliran di power plant saya kelak tersumbat atau bermasalah!

Bercakap tentang longkang dan saliran, atau bahasa omputih kebanggaan pelakon wanita terbaik sebagai Piping & Sanitary[2] System, sungguh, tidak ramai yang berminat bahkan tidak mahu mengambil tahu akan sistem ini, lantaran sistem longkang dan saliran ini –pada tanggapan kebanyakan manusia- adalah pekerjaan yang melibatkan bau busuk, najis dan seribu satu macam lagi hal-hal keji yang menjijikkan. Lihatlah sahaja hakikatnya; tiap kali ada saliran najis yang tersumbat, maka pantas petugas Indah Waterlah yang harus menyelesaikannya. Berapa ramai di kalangan kita berkesanggupan untuk menguruskan sendiri saliran yang tersumbat ini, sedangkan terkadang masalah paip atau saluran najis yang tersumbat, bisa diselesaikan oleh kita sendiri. Kenapa hal ini berlaku? Sekali lagi, kerana wujudnya tanggapan bahawa dunia piping & sanitary system (PSS) ini adalah dunia yang penuh dengan kekejian dan kebusukan!

Namun begitu, sungguhpun dunia PSS adalah dunia yang sedapat mungkin ingin anda elakkan, tanpa kewujudannya, akan membawa akibat yang lebih parah kepada masyarakat. Lantaran demikian, PSS seharusnya diuruskan dengan baik, demi membawa keamanan dan kemakmuran sejagat.

Apabila hal-hal yang kurang enak dan kurang menyenangkan seperti longkang dan saliran (PSS) sahaja perlu di”tatang” dengan baik, ini bererti, tidak selamanya hal-hal yang negatif, tidak bisa kita lihat dari sudut kacamata yang positif. Bukankah ada satu-dua tajuk yang kedengaran negatif, tetapi sungguh bisa diamalkan dan diterapkan berpandukan tatacara yang benar dan baik demi kemakmuran sejagat, seperti contoh PSS yang kita bincangkan sebentar tadi?

Cemburu misalnya, adalah satu sifat yang seboleh mungkin kita elakkan, tatkala skop perbicaraan kita berkisar cemburu sesama manusia. Namun, ada pula cemburu yang bahkan diamanatkan oleh syara’ kepada kita, sehinggakan cemburu itu pula menjamin kebahagiaan kita bersama.

Bukankah cemburu seorang suami kepada isterinya adalah suatu hal yang baik? Sehinggakan dengan wujudnya perasaan cemburu ini, keharmonian rumah tangga dapat dipelihara dan dilalui dengan baik.

Diriwayatkan dari Mughirah bin Syu`bah ra., ia berkata:
Sa`ad bin Ubadah berkata: Seandainya aku mendapati seorang lelaki bersama istriku, maka aku akan menikam orang itu dengan pedang tanpa ampun. Sampailah ucapan Sa`ad tersebut ke telinga Rasulullah saw., lalu beliau bersabda: Apakah kalian kagum dengan kecemburuan Sa`ad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya dan Allah lebih cemburu lagi daripadaku. Demi kecemburuan itulah, maka Allah mengharamkan segala kejahatan baik yang tampak maupun yang tersembunyi. Tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah, dan tidak ada seorang pun yang lebih menyukai pengampunan daripada Allah. Demi itulah Allah mengutus para rasul sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan. Dan tidak ada seorang pun yang lebih menyenangi pujian daripada Allah, dan demi itulah Allah menjanjikan surga
(Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2755)[3]

Bayangkan, tanpa kepositifan perasaan cemburu suami isteri ini, akan muncul pasangan-pasangan pengantin seperti di Hollywood, di mana sang suami bisa berzina di khalayak ramai (di dalam filem) sesuka hatinya tanpa mengundang kemarahan sang isteri, hanya berdalihkan ianya sekadar lakonan semata-mata. Amat menghairankan, adakah keghairan yang terhasil ketika berzina dengan wanita lain itu, bisa dianggap lakonan semata-mata juga? Akibatnya, produk akhir daripada kisah indah perkahwinan sering berakhir dengan kedukaan penceraian (masih ingat kisah Brad Pitt dan Jennifer Aniston)?

Dengan mempositifkan perasaan cemburu inilah, umat dapat dihindar daripada seribu satu gejala sosial, lantaran setiap individu merasakan “kecemburuan ALLAH” tatkala mereka melangsungkan sesuatu perbuatan mungkar, lalu kemudiannya, setiap individu berusaha sedaya upaya menghindari kemungkaran ini, sehingga yang terbit dari tubuh masyarakat, tidak lain melainkan amar ma’ruf semata-mata.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah itu cemburu dan orang yang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah, yaitu jika orang mukmin melakukan apa yang diharamkan”
(Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4959)[4]

Perhatikanlah wahai saudara, tidak semua hal-hal yang keji tidak mendatangkan manfaat buat kita. Asal saja ianya diuruskan dengan baik, akan wujudlah pula impak yang baik. Akan sentiasa ada 2 sudut pandangan, satunya pandangan inderawi, yang sering meracuni pemikiran kita. Yang lainnya ialah pandangan “mata hati”, inilah petunjuk yang diberikan oleh ALLAH kepada kita berupa fitrah, sehingga mana Nabi SAW sahaja menyeru para sahabat untuk bertanyakan hatinya tiap kali teringinkan “fatwa” dalam bertindak.

Dari Wabishah bin Ma’bad R.A berkata:
Aku datang kepada Rasulullah SAW, beliau bersabda, “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata; “Ya.” Beliau bersabda; “Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.”
(Hadith Hasan yang diriwayatkan dari Musnad Imam Ahmda bin Hanbal dan Masnad Imam ad-Darimi dengan sanad hasan)[5]

Ini kerana setiap dari kita sudah dikurniakan potential oleh ALLAH dengan fitrah ini, bahkan, andainya kita mempunyai memori yang kuat, sudah barang tentu hakikat keTuhanan tidak akan pernah menjadi isu yang diragui apatah lagi dipersoalkan.

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
(Surah ar-Rum [30]:30)

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"
(Surah al-A’raf[7]:172)

Apabila “mata hati” kita yang melihat, “suara hati” kita yang bertutur, dan “gerak hati” kita yang bertindak, sungguh akan muncul definisi-definisi baru di dalam kosa kata perbualan harian, lantaran pengungkapan kata yang dilontarkan manusia sudah dicemari oleh anasir-anasir nafsu yang bertujuan menyesatkan semata-mata. Perlihatkan sahaja definisi “kuat” tatkala “suara hati” ini menjelmakan kembali definisinya sesuai dengan fitrah, seperti mana yang diperkatakan oleh baginda Nabi SAW;

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: “Bukanlah orang kuat itu dengan menang bergulat, tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah
(Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4723)[6]

Tetapi, andainya kosa kata yang anda gunakan adalah seperti yang didefinisikan oleh kamus, maka reaksi Nabi SAW terhadap “orang kuat” ini adalah seperti berikut:

“Jangan marah!”
(HR Bukahri)[7]

Begitulah manusia. Uruskanlah unsur-unsur dan ansir-anasir negatif ini dengan baik, bahkan pantulkan ia dengan bayangan kebaikan, nescaya hidup kita dipenuhi kesejahteraan. Dan pekerjaan menguruskan saliran dan paip tersumbat, menjadi pekerjaan yang benar-benar mulia dan indah, persis seperti nama syarikat pengendalinya, Indah Water Sdn. Bhd.



RUJUKAN

[1] Definisi “manhole” sebagai longkang adalah definisi saya sendiri. Defini sebenar manhole menurut web en.wikipedia.org/wiki/Manhole ialah “A manhole or maintenance hole is the top opening to an underground vault used to house an access point for making connections or performing maintenance on underground and buried public utility and other services including sewers, telephone, electricity, storm drains and gas. It is protected by a manhole cover, a (usually metal) plug designed to prevent accidental or unauthorised access to the manhole.” Juga membawa maksud “A structure that allows access into a stormwater drainage system.” Rujuk website http://www.google.com.my/url?sa=X&start=1&oi=define&q=http://www.calhouncountymi.org/Departments/DrainCommissioner/Definitions.htm. Maka, defini mudah saya bahawa manhole adalah longkang, ada kebenarannya.

[2] Definisi sanitary ini, menurut website http://www.google.com.my/url?sa=X&start=3&oi=define&q=http://www.clearwater-fl.com/gov/depts/solid_waste/docs_pub/glossary.asp ialah “a system of trash and garbage disposal in which the waste is buried between layers of earth to build up low-lying land. Pinellas County’s landfill is completely surrounded by a subsurface manmade clay wall keyed into a natural layer of impermeable clay, which prevents any contaminated water from leaving the site. Ash residue left from the incineration process at the WTE plant is used as daily landfill cover.”

[3] Rujuk hadith ini di http://hadith.al-islam.com/

[4] Rujuk hadith ini di http://hadith.al-islam.com/. Hadith ini juga boleh didapati ddalam kitab “Riyadhus Shalihin” oleh Imam Nawawi.

[5] Imam Nawawi, “Hadith Arbain an-Nawawiyah”, hadith no.: 27

[6] Rujuk hadith ini di http://hadith.al-islam.com/

[7] Imam Nawawi, “Hadith Arbain an-Nawawiyah”, hadith no.: 16

Hukum Puasa Pada 27 rejab (Dikatakan hari Isra' Mi'raj)

Soalan :
Apakah terdapat pahala khusus berpuasa pada 27 Rejab ? Apakah hukum puasa pada hari tersebut ? Adakah benar malan 27 Rejab adalah malam yang diisra'kan Rasul saw ?

Jawapan :
Oleh : Dr. al-Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradhawi (الدكتور الشيخ يوسف عبد الله القرضاوي)

Diantara puasa yang diharamkan: Apa yang manusia adakannya berdasarkan hawa-nafsu mereka, dan ianya tidak disyariatkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak juga diamalkan oleh al-Rasyidun al-Mahdiyun dari khulafa' Nabi saw, dan perkara yang tidak disuruh walau oleh seorang para imam yang membawa hidayah. Termasuk dalam perkara ini ialah (mengkhususkan) puasa pada 27 Rejab, dengan beranggapan hari tersebut adalah hari Isra' dan Mi'raj (الإسراء والمعراج) Nabi saw.

Diantara manusia ada yang berpuasa pada hari 27 Rejab kerana beranggapan hari itu adalah antara hari-hari (kebesaran) Islam, yang Allah swt melimpahkan nikmatNya kepada Nabi saw dengan nikmat yang besar, maka (mereka beranggapan) wajib bersyukur dan mengingatinya. dan nikmat Allah ke atas nabiNya yang mulia adalah nikmat keunggulan umatnya, maka bersyukur ke atasnya (nikmat tersebut) adalah wajib di sisi mereka. Untuk menzahirkan kesyukuran ini adalah dengan berpuasa pada hari tersebut yang mengandungi peristiwa-peristiwa besar.

Semua ini tidak boleh menjadi dalil atas pensyariatan puasa (pada hari tersebut). Allah swt telah mengarahkan kaum muslimin mengingati nikmatNya yang banyak ke atas mereka. Umpamanya firman Allah swt kepada kaum muslimin yang memperolehi kemenangan dalam peperangan al-Ahzab :

اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحًا وجنودًا لم تروها
Maksudnya : Ingatilah nikmat Allah ke atas kamu semua, ketikamana datang kepada kamu sekumpulan tentera, lalu kami (Allah) hantarkan kepada mereka angin dan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya."

Para sahabat tidak mengingati nikmat ini dengan berpuasa pada hari ini. Ibn Qayyim berkata di dalam Zaad al-Ma'ad tentang malam al-Isra' sebagai menukilkan dari gurunya Ibn Taimiyyah :

(maksudnya) "Tidak diketahui ada seorang dari kaum Muslimin (sahabat Nabi saw) yang menjadikan malam al-Isra' sebagai malam yang utama dari malam yang lainnya. Tidak ada dari kalangan sahabat ataupun tabi'ien yang mengkhususkan malam al-Isra' dengan sesuatu, dan mereka tidak memperingatinya (dengan sesuatu amalan atau upacara), kerana itu tidak diketahui (secara pasti) apakah malam (yang sebenarnya berlaku al-Isra' dan al-Mi'raj), walaupun malam al-Isra' itu adalah antara kelebihan yang besar bagi Nabi saw."

Katanya lagi : (maksudnya) :Tidak dapat ditegakkan dalil yang dimaklumi bulannya (bulan berlaku al-Isra'), tidak juga (dapat dipastikan) sepuluh hari yang mana berlakunya, tidak juga (dapat dipastikan) harinya, bahkan nukilan-nukilan tentangnya terputus-putus dan berbagai-bagai. Tidak ada yang dapat dipastikan tentang (waktunya). Maka tidak disyariatkan bagi orang muslimin mengkhususkan malam tersebut (27 Rejab) dengan melakukan sesuatu (amalan khusus) atau selainnya." Zaad al-Maad : 1,57/58)

Dalam keadaan malam 27 Rejab, walaupun telah tersebar luas di kalangan manusia kononnya ia adalah malam al-Isra' dan al-Mi'raj, (namun) tidak ada yang sahih dalilnya yang menentukan malam al-Isra' pada tarikh tersebut.
------
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1122528619676&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar

Tuesday, August 22, 2006

VISITOR PASS

VISITOR PASS
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab

Jika anda ke Kuala Lumpur, sering kali anda akan terjumpa sekumpulan pelajar sekolah, lengkap dengan pakaian seragam, ditemani beberapa orang dewasa –guru mereka barangkali, berjalan dalam kumpulan, sambil tersenyum dan “terlompat-lompat” dek kerana dilamun oleh keseronokan. Ya, mereka barangkali dalam rangka “lawatan sambil belajar”, antara program berbentuk extra-curicular yang sangat-sangat diminati oleh mereka.

Namun, itu adalah budak sekolah rendah! Amat jarang pula jika anda terserempak dengan rombongan pelajar sekolah menengah, dan adalah lebih jarang bahkan janggal sekali andainya yang berpakaian seragam dan tertoleh-toleh, tersengeh-sengeh itu adalah pelajar universiti! Ini kerana, untuk kelompok pelajar yang lebih dewasa, sekadar lawatan sambil belajar ke muzium, ataupun zoo, ataupun pasar seni, adalah suatu lawatan yang sebetulnya kurang bermanfaat lagi kurang menarik minat fasa umur mereka. Para remaja yang di ambang kedewasaan ini, lebih sesuai dibawa ke tempat-tempat yang memberikan gambaran alam kerjaya kepada mereka, seperti lawatan sambil belajar ke kilang perindustrian, ke power plant, ataupun ke construction site. Sungguh pun banyak protokolnya, namun, banyak pula manfaatnya.

Namun begitu, pendedahan di premis-premis sebegini tidak selonggar yang disangka. Sudah menjadi adat untuk tempat-tempat yang menjadi compound area yakni tempat larangan /kawasan milik peribadi, untuk anda mengikut protokol dan etika yang telah mereka tetapkan. Lapor diri di pondok guard. Memakai dan menggantung visitor pass setiap masa. Memakai safety helmet di sesetengah premis. Selain diiringi oleh staff yang bertindak sebagai tourist guide setiap masa. Itulah peraturan-peraturan dan ketetapan-ketetapan yang harus anda penuhi bila mana bertandang ke “kawasan orang”, yang seringkali berakhir tanpa ada sebarang bantahan. Ya, tiada bantahan terhadap protokol-protokol ini.

Jika begitu peraturan di compound area atau premis milik orang (baca: pemilik), maka sebegitulah juga aturan-aturan dan perundangan yang harus anda penuhi di compound area atau premis kepunyaan ALLAH. Sedarkah anda, anda kini berada di alam raya milik Tuhan, yang tak pernah lepas dari surveillance camera dan “SB-SB”nya, dari kalangan para malaikat pencatit di kiri dan kanan? Dengan perjalanan anda harus harus ditemani oleh pegawai “tourist guide”nya, maka adakah anda berani “keluar” daripada kawalan dan pengawasan sebagaimana yang telah ditetapkan?

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya”,
(Surah Qaf[50]:16)
-the Quran on the “surveillance camera” which knows your every move

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.”
(Surah Qaf[50]:18)
-the Quran on the “SB” who are watching your every move

“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah SAW), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah ali-Imran[3]:31)
-the Quran says to follow the “Tourist guide”, i.e. the sunnah.
Jangan sesekali anda melanggar etika dan protokol mereka. Gantung dan pamerkan visitor pass sebagaimana yang telah diarahkan itu. Sarungkan di kepala mu safety helmet itu. Jangan memandai menyentuh apatah lagi meng-operate sebarang mesin, tanpa keizinan daripada sang pegawai tadi. Sebegitu jugalah yang harus anda lakukan, tatkala anda berada di kilang site/ power plant milik ALLAH Ta’ala ini, maka taatlah pada perintah dan suruhan ALLAH, seperti mana kalian begitu taat menggantungkan visitor pass itu tadi. Janganlah anda melakukan larangannya. Bahkan, jangan pernah membantah apatah lagi mempersoalkan peraturan ini, kerana manusia yang bijak bisa mengerti, bahawa tujuan diminta anda mematuhi “kod berpakaian” sesuatu premis sama ada kilang/site/plant, adalah sebagai langkah keselamatan yang bisa menyelamatkan nyawa kita. Sebegitulah juga dengan “kod berpakaian” di premis milik ALLAH ini, sudah tentulah bertujuan membawa keselamatan pada manusia seratanya; keselamatan kepada sang pemakaiannya agar terpelihara kesucian dan keselamatan diri; juga kepada para “pemerhatinya”, agar bebas daripada provokasi yang bisa menaikkan nafsu berahi.
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu….”
(Surah al-A’raf[7]:26)

“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.”
(Surah al-Ahzab [33]:59)

Sabda Nabi SAW; “Wahai Asma’, sesungguhnya perempuan itu apabila telah dewasa, tidak layak kelihatan darinya kecuali ini dan ini (sembari beliau menunjuk ke wajah dan kedua telapak tangan beliau)”1
(HR Abu Daud)

-dalil-dalil Quran dan Hadith berkenaan “kod etika berpakaian/ visitor pass” yang harus “digantungkan”/dipatuhi sepanjang di premis milik ALLAH
Lalu, jika anda tidak suka dengan peraturan ini, atau mahu membantah, atau mahu membangkang dan mempersoalkan (persis seperti yang dilakukan oleh Iblis2), maka dipersilakan anda meninggalkan –atau bahasa kasarnya dihalau- daripada premis ini. Jika anda membantah atau mempersoalkan peraturan dan etika berpakaian sebagai tetamu sesuatu premis, maka anda tidak beroleh masalah untuk keluar dan pergi ke tempat-tempat lain. Namun, jika anda dihalau ataupun mahu keluar daripada premis milik ALLAH, maka, ke manakah dapat anda bawa kaki dan diri anda? Bukankah seluruh alam raya ini premis kepunyaan ALLAH?
Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah.”
(Surah Thoha[20]:6)

Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Surah al-Baqarah [2]:284)
Berfikir rasionallah wahai manusia, bahawa tentunya aturan dan etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh pemilik premis ini, tidak lain tidak bukan berpaksi kepada manfaat dan keselamatan kita bersama. Dengan fikrah sebeginilah, akan tampillah insan yang menyedari hakikat keberadaan dan kenaifannya, lalu sujud penuh khusyuk di haribaan ke-Esa-an Tuhannya. Ia akhirnya merasa manfaat besar peraturan ini untuk dirinya, dan ia kemudiannya sedar, bahawa ia adalah hak mutlak sang pemilik premis, yang tidak sepatutnya diperlekeh dan dipersoalkan oleh dirinya. Ke mana lagi kita jika tidak di premis milik ALLAH, sehingga Rasul-Nya SAW sahaja berdoa:
“..maka janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri3..”
(HR Abu Daud/4426)
Maka insaflah dan berdoalah wahai saudaraku, lalu taatlah pada aturan Rabb-mu, kerana visitor pass yang digantungkan itu, adalah buat kebaikan buat dirimu. Renungkanlah kembali kata-kata Ibnu Atho’illah al-Iskandary; “Tidak berguna bagi ALLAH taatmu dan tidak mudharat (bahaya) pada ALLAH maksiat (dosa)mu, dan sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu berbuat taat dan melarang kamu dari maksiat (dosa) itu untuk kepentinganmu sendiri”4

Berdoalah selalu, agar ALLAH tidak menghalau kita, ataupun melepaskan kita tanpa perlindungan dan pengawasan yang kita peroleh sepanjang kita di premis-Nya, tharfata’ain, meski hanya sekelip mata. Ya, usahlah dikau simpan dan enggan menggantung visitor pass itu, meski hanya sekelip mata. Kelak, terdengarlah bunyi “PRITT!!!” seraya nyanyian daripada pak guard yang bertugas “YOU GOT TO GET YOUR VIIIISIITOR PASS, YOU GOT TO GET YOUR VIISIITOR PASS…”
RUJUKAN

[1] Cahyadi Takariawan, Abdullah Sunono, Wahid Ahmadi, Ida Nur Laila, “Keakhawatan 2: Bersama Tarbiyah Mempersiapkan Akhawat Menjadi Daiyah”, Era Intermedia (2003), ms. 76

[2] Dalam al-Quran, surah al-A’raf [7]:12, ALLAH mempercontohkan sikap Iblis yang mempersoalkan arahan daripada sang pemilik “premis” alam maya ini.

[3] Majalah “Tarbawi” (Edisi 93/9 Disember 2004), ms. 70

[4] Syaikh Ibnu Arho’illah, “Terjemahan al-Hikam”, Victoria Agencie (2001), ms. 243
(artikel ini ditulis ketika sedang mempersiapkan bahan untuk tazkirah bertajuk “Tauhid Rububiyyah: ALLAH sebagai “maalikan’ (pemilik), menjelang tengahari Sabtu, setelah 4 hari mengalami cirit-birit dan sakit perut. Sesungguhnya kesihatan itu adalah milik ALLAH, maka mohonlah pada ALLAH tiap kali sang ‘pemilik’ diri dan kesihatan mengambil kembali ‘hak miliknya’ itu. Rujuk al-Quran surah 26:80)

Thursday, August 17, 2006

Dosa tonton gosip TV

Dosa tonton gosip TV


JAKARTA: Fitri Komalasari sedar mengenai cadangan ulama Indonesia untuk melarang persembahan gosip selebriti tetapi dia tidak dapat membayangkan hidup tanpa perkembangan terkini mengenai keretakan perkahwinan, hubungan dan pergaduhan membabitkan orang kaya dan terkenal.




�Hidup tanpa program gosip seperti sayur tanpa garam. Saya menontonnya kerana suka gosip,� kata Komalasari, 27, yang bekerja di kedai buku yang juga menjual majalah hiburan.

Pemimpin agama berpendapat beberapa program seperti yang mendedahkan hubungan anak lelaki bekas presiden dan dakwaan bekas atlit Olimpik yang memiliki anak luar nikah adalah berdosa kerana ia bersifat fitnah atau mengeksploitasi rahsia keaiban orang lain.

Nahdatul Ulama bercadang mengeluarkan fatwa melarang penduduk menonton sebarang bentuk persembahan berkenaan yang disifatkan pengkritik sebagai sikap konservatif Islam di negara yang kebanyakan penduduk adalah Muslim.

Beberapa kerajaan tempatan di negara itu memperkenalkan peraturan Islam seperti mengenakan peraturan kepada wanita memakai tudung sehingga kepada larangan berjudi dan minum minuman keras manakala penggubal undang-undang negara itu bercadang memperkenalkan undang-undang menghukum penjara kepada mereka yang berbogel untuk seni, melakukan tarian lucah dan bercium di khalayak ramai.

Minggu lalu, pemimpin Nahdatul Ulama, Ma�ruf Amin berkata, cadangan mengeluarkan fatwa berkenaan adalah sebagai amaran kepada penduduk Indonesia yang menonton rancangan gosip bahawa ia boleh membawa ke neraka.

Fatwa di Indonesia bukanlah penguatkuasaan perundangan dan tidak diketahui sejauh mana 190 juta penduduk Islam negara itu akan mematuhinya.

Ma�ruf berkata, mereka juga bercadang untuk mendesak kerajaan menguatkuasakan undang-undang supaya menghukum kira-kira 11 stesen televisyen yang menyiarkan 40 program mengenai pergaduhan antara suami isteri, dan membenarkan pasangan hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan.

Reaksi daripada industri gosip televisyen berkenaan hingga kini tidak didedahkan. mungkin bimbang ia dilihat sebagai tidak bersifat Islam.

Mereka, sebaliknya, meminta penjelasan lebih lanjut diberi mengenai perkara berkenaan.

�Fatwa berkenaan tidak memberi kesan perundangan dan hanya dilaksanakan ahli Nahdatul Ulama,� kata Ilham Bintang yang mengeluarkan lapan rancangan gosip utama di negara itu dan juga disifatkan sebagai bapa dalam industri hiburan di Indonesia. � AP

Faridul(blog ni buat hal lagi...): Sudah sekian lama saya katakan, apa bezanya fitnah dengan gosip? Maka industri hiburan tidak lebih daripada industri yang membunuh.. kerana bukankah fitnah lebih dahsyat daripada membunuh?

Friday, August 11, 2006

Komen-komen terhadap artikel "Chelsea F.C"

Assalamualaikum

Saya masih lagi mengalami masalah dalam memposting entry-entry dalam blog ini.

Ada sahabat yang menegur beberapa "typo error" dalam artikel saya. Alhamdulillah, beliau sedar rupanya.

Thiery henry bukanlah pemain England dan Chelsea. Saya pun tak perasan saya tertaip namanya. Yang ingin saya tulis sebenarnya ialah "John Terry".

Juga, jika saudara-saudari sedar, sering kali terjadi typo error yang dilakukan secara otomatik oleh Microsft Word dan Microsoft Outlook seperti perkataan2 berikut:

"Sesama" sering ditulis menjadi "sesame" (apa, ingat sesame street ka?)
"Datang" ditukar menjadi "dating" (waduh, waduh..seolah saca menghalalkan pulak dating-dating ni..)
"insan" menjadi "insane" (hahahaa...manusia ni gila ke?)

dan banyak lagi...

Maaf, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Kesibukan saya di pejabat jarang membenarkan saya mencheck balik artikel-artikel saya. Jika ada yang ingin membantu menjadi editor bersama untuk blog ini, saya mengalu-alukannya.

Juga jazakaLLAH khairan kepada dua penulis muda berbakat besar, syeikh Faisal Tehrani (tehranifaisal.blogspot.com) serta saudara pakcu sempoi (bukan nama sebenar) (musafirfana.blogspot.com) di atas komen terhadap artikel tersebut.

Wassalamualaikum warahmatuLLAH...

Thursday, August 10, 2006

Chelsea F.C

CHELSEA F.C
Oleh: Faridul farhan Abd Wahab
(artikel ini ku tulis sedang kerja-kerja ku bertimbun, sehingga memaksa ku pulang lewat ke rumah. Namun, kesibukan bukanlah alasan untuk lupa pada ALLAH. Renungkanlah kembali surah 59:19)
Sungguh, pasukan bola sepak bernama Chelsea adalah kuasa baru dunia bola sepak English Premier League. Dengan barisan pemain bertaraf antarabangsa dan berstatus bintang, menjadikan pasukan “the Blues” ini –di atas kertas- hampir tidak terkalahkan.

Untuk mengetahui kekuatan mereka, anggarkan sahaja harga barisan pemain di bangku simpanan mereka. Sungguh, sangat mengerikan jika anda adalah penyokong pasukan EPL yang lainnya. Sebut sahaja nama pemain mereka, pemain mana yang tidak kita kenal. Dengan pembelian baru seperti Michael Ballack dan Andrey Schevchenko (betul ke aku eja ni..?), kepada pemain tempatan bernama Frank Lampard dan Thiery henry, kepada bintang baru England yang sekadar memenuhi bangku simpanan di dalam pasukan ini bernama Joe Cole… wah! Senarainya sungguh mengkagumkan.

Kebangkitan regim Chelsea ini sebenarnya telah mendapat kritikan hebat daripada para pemerhati, khususnya pencinta bola sepak tempatan. Ini kerana, regim saudagar minyak Rusia, Roman Abramovich ini sudah mula menghakis bakat-bakat tempatan sehingga menjadikan wajah pasukan Chelsea ini kelihatan seperti sebuah pasukan luaran, lalu tidak membantu perkembangan bolasepak pasukan England. Begitulah hujah para pengkritik.

Tidakkah anda berasa hairan, bagaimana pasukan seperti Chelsea ini, atau real Madrid, dan sebagainya, bermain sebagai sebuah pasukan sedangkan mereka mempunyai bahasa yang lain, kebudayaan yang berbeza, dan sudah tentu latar belakang yang berasingan?

Tidak, jarang sekali kita tertanya-tanya, apatah lagi terasa aneh.

Namun, apabila sekumpulan pemuda islam pelbagai Negara misalnya berdiri bersama-sama di medan jihad, atau, dalam konteks yang lebih glokal, sekumpulan pelajar daripada pelbagai universiti berkumpul dan bergabung untuk menganjurkan sebuah program motivasi di sekolah-sekolah, maka persoalan yang tidak jarang timbul dari pihak pentadbir, demi melihat kepelbagaian latar belakang ini adalah “bagaimana boleh kenal? Anda semua daripada persatuan apa?”

Begitulah, lalu saya di sini ingin memperbetulkan pandangan masyarakat. Tidak sepatutnya timbul bagaimana kita yang berbeza lokasi dan latar belakang boleh berkenalan dan bisa bekerjasama sesame kita, bahkan, yang harus dipelikkan ialah, andainya kita tidak kenal Antara satu sama lain! Ya, kenapa tidak? Kita adalah sebangsa, kita adalah seagama, kita adalah semazhab. Yang membezakan kita, hanyalah lokasi, yang sebetulnya tidak terlalu menjarakkan kita. Sedangkan orang kafir, sebagai contoh pemain pasukan Chelsea tadi, bisa saja bersatu dan bersama, tanpa sedikit pun menimbulkan kehairanan dalam hati sanubari kita. Sedangkan, umat islamlah yang seharusnya kenal, bersama, bersatu dan saling mencintai Antara satu sesame yang lain, lantaran umat Islam diikat hatinya oleh ikatan iman dan ukhwah, sehingga menjadikan perkenalan pertama pun umpana perkenalan yang sudah begitu lama. Bukankah ini yang diperintahkan oleh ALLAH?

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Surah al-Hujurat [49]:13)

Maka sedarlah wahai masyarakat, bahawa tidak ada apa yang anda harus hairankan, tatkala melihat seorang melayu bergaul mesra dengan seorang Arab, berprogram bersama, dan sebagainya. Tidak semestinya mereka diikat oleh sebuah persatuan –seperti yang sering dizhankan oleh pelbagai pihak, lalu mengaitkan orang-orang ini dengan JI dan sebagainya- tetapi justeru mereka diikat oleh ukhwah islamiyah, sehingga pertemuan pertama sahaja sudah membuahkan bibit kemesraan yang luar biasa. Bahkan, hairanlah andainya kita tidak kenal jiran Arab atau Indonesia kita, hanya kerana dalil kita berbeza bangsa dan warganegara.

Tidak ada apa yang patut anda pelikkan, bila mana sekumpulan anak-anak muda dari pelbagai universiti tiba-tiba, dengan tak semena-mena, dengan tiada langsung sejarah silam yang bisa mengaitkan satu sama lain, boleh pula bersama menjadi fasilitator untuk sebuah program motivasi. Bahkan, yang harus anda pelikkan sebenarnya ialah andainya mereka tidak saling kenal mengenali, sedangkan umat islam berdasarkan hadith Nabawi umpama umat yang satu! Lalu, inilah rahsianya keprihatinan kita terhadap nasib yang menimpa umat islam Palestin, Lebanon, dan sebagainya. Kerana justeru kami kenal mereka!

Alhamdulillah, ada juga insane yang mengjengok blog saya (faridul.blogspot.com). Tidak kurang juga yang meninggalkan komen. Sayangnya, sekadar meletakkan nama sebagai anonymous. Alangkah baiknya jika mereka bisa tinggalkan sekali email mereka, atau no. telefon mereka, dan sebagainya, agar bisa saya hulurkan salam ukhwah dan perkenalan, guna menambahkan kenalan saya, dan merajut benang ukhwah sesama kita. Namun, apa kan daya… Apa pun, usahlah anda hairan jika anda menerima email daripada saya, seraya menghulurkan salam ukhwah buat anda, kerana sepatutnya anda berasa hairan, andainya saya tidak mahu berkenalan dengan anda!

Lalu tukarkanlah soalan mu wahai umat daripada “bagaimana boleh kenal?” kepada “awat hang tak kenal?”

Tuesday, August 08, 2006

Kes Lina Joy dan Persatuan Melayu Murtad

(adaptasi daripada email bertarikh 8 Ogos 2006)
Assalamualaikum warahmatuLLAH

Maaf, saya menulis email ini secara tergesa-tega kerana harus ke “site”. Kebelakangan ini, kita dihujani dengan email mahupun sms berkenaan kes Azlina Jailani yang konon-kononnya telah memenangi kesnya di mahkamah, selain diluluskan penubuhan Persatuan Melayu Murtad. Pesan saya pada saudara-saudara sekalian Cuma satu, iaitu peringatan ALLAH SWT dalam al-Quran:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
(Surah al-hujurat [49]:6)

Teguran yang sama telah saya berikan kepada seorang sahabat, tetapi beliau berhujah bahawa masih ramai umat Islam yang tidak tahu isu ini. Muslimin sekalian, ingatlah, Islam tidak selari dengan Machievelli, di mana di dalam islam tiada istilah “matlamat menghalalkan cara”. Walaupun niatnya murni, itu tidak bererti kita dibenarkan membuat dan menyebarkan berita dusta. Sikap-sikap sebeginilah adalah punca munculnya hadith-hadith palsu dan amalan-amalan bid’ah di dalam masyarakat kita. Mereka timbulkan hadith-hadith yang sesetengahnya berbentuk targhib (motivasi/fadhilat beramal) dan sesetengah yang lain berbentuk targhib (ancaman). Niat mereka murni, namun mereka sebenarnya menempah tiket ke neraka lantaran membuat hadith palsu, sesuai dengan hadith shahih daripada Nabi SAW.

Cukuplah fakta-fakta yang tidak tepat berlegar di kalangan masyarkat kita; dari isu air mineral ada Holy Water sampai tak leh mengucap, kepada wanita campak al-Quran jadi binatang (pameran doll di Perancis sebenarnya), kepada roti ada babi (roti ada babi? Taik hidung babi barangkali), dan macam-macam kisah palsu yang lainnya.

Sejak bila para anbiya’ wal mursalin menggunakan kisah-kisah dusta dan rekaan untuk menjayakan niat murni mereka mengajak umat kepada keimanan? Berpaksilah pada sunnah para Nabi dan salafus shalih dalam mengajak umat kepada kebaikan. Tolonglah check dahulu setiap maklumat yang kalian dapat, kerana kuffar sahaja berhujah berlandaskan fakta. Amat malang andainya umat islam pula berhujah berdasarkan cerita-berita rekaan.

Berikut saya siarkan kenyataan rasmi PEMBELA dan PPI (tapi jangan lah pulak berenti beri sokongan terhadap perjuangan menentang isu ini. Email ini sekadar nasihat agar kita lebih berhati-hati dalam menilai berita):

Keputusan Kes Lina Joy ?! Banyak SMS palsu

Menurut sumber dari PEMBELA dan PPI, mereka banyak menerima panggilan telefon yang menyatakan kes Lina Joy telah diputuskan di Mahkamah. Panggilan tersebut timbul ekoran daripada SMS palsu yang menyatakan keputusan kes ini telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah dan memihak kepada Azlina Jailani (Lina Joy).
Ada juga SMS yang menyebut keputusan tidak memihak kepadanya. PEMBELA dan PPI menegaskan hingga kini tiada sebarang tarikh diterima dan tetapkan oleh mahkamah. Pihak Peguam masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh Mahkamah Persekutuan berhubung dengan penetapan kes tersebut. Namun demikian marilah sama-sama kita berdoa agar kes tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar yang cuba mengganggu gugat kedudukan Islam di Malaysia.
PEMBELA & PPI menyeru kepada semua Umat Islam di Malaysia "agresif" untuk mengumpulkan tandatangan di semua peringkat masyarakat demi mempertahankan kedaulatan Islam. Sokongan juga boleh dibuat secara "Online" dengan beberapa perubahan telah dibuat termasuk memberi pilihan kepada ruangan emel, bagi memudahkan urusan petition online.
Gerak kerja juga sedang dirangka kini bagi memperluaskan kempen, penyerahan surat, memorandum dan perbincangan di peringkat kerajaan, jabatan agama Islam,institusi-institusi, badan agama, parti politik dan sebagainya demi memastikan kefahaman yang jelas dan menyeluruh berhubung dengan isu ini bagi mengupaya semua pihak mencari jalan terbaik menyekat sebarang usaha yang cuba menjatuhkan kedaulatan Islam. (Sumber: MyIslamNetwork.net)




Thank you.

Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Electrical Engineer
Jimah O&M Sdn. Bhd.
Email: faridul@jimahev.com

Monday, August 07, 2006

Anak-anak istimewa

Assalamua’laikum WarahmatuLLAH.

Tempoh hari ana ada program bersama anak-anak istimewa. Ya istimewa. Mereka terdiri dari anak-anak yang kurang dari segi fizikal dan ada yang kurang dari segi mental. Namun mereka cukup mengajar ana erti sebuah persahabatan, ukhwah dan kasih sayang.

Mereka saling jujur dan ikhlas antara satu sama lain. Ana rindu pada mereka kerana anak-anak ini bisa memahami malah melahirkan kejujuran dan kasih sayang hingga terlahir di kaca mata mereka membuatkan sesiapa yang merindukan ikatan ukhwah yang penuh dengan kasih sayang bisa mengalirkan airmata.

Mereka saling membantu antara satu sama lain seperti satu keluarga. Bila saja ada diantara mereka yang menangis maka datanglah yang lain untuk memujuk. Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain hingga tidak sanggup apatah lagi melihat shabat mereka menangis. Dalam program ini, ada pertandingan kutip gula-gula untuk kanak-kanak istimewa. Disaat sebelum bermulanya pertandingan setiap mereka mahu mendapatkan gula-gula yang banyak. Namun ada yang hampa lalu terus manangis kerana tidak dapat gula-gula. Ana melihat anak-anak kecil ini saling memujuk antara satu sama lain. Ada di antara mereka yang dapat gula-gula tadi menyerahkan gula-gula pada sahabat yang menangis tadi. Berbeza dengan anak-anak biasa. Pertandingan yang sama untuk anak yang normal. Selesai saja rebut gula-gula mereka tak kisah siapa diantara sahabat mereka yang dapat dan tak dapat. Mungkin kerana takda yang menangis dapat gula-gula. Murninya hati anak-anak istimewa.Walaupun mereka tidak sesempurna mana namun mereka cukup mengajar ana bahkan mendidik hati agar saling berkasih-sayang. Inilah kisah dunia mereka yang cuba ana lakarkan pada sebuah kehidupan agar hubungan murni mereka dan ikatan mereka bisa menjadi pengubat bagi sesiapa yang merindukan kasih saying serta ketulusan dalam persahabatan.

Walaubagaimana sekalipun di jalan dakwah pasti ada yang kehilangan teman-teman yang tidak mahu bersama. Maka janganlah lemah kerana ukhwah tidak pernah terputus walau bercerai jasad dan nyawa. Bila hati terluka maka umat Islam akan menjadi lemah. Maka dengan Keutuhan jiwa berimalah yang memberikan kekuatan pada kita untuk tetap saja berada di pentas perjuangan. Harapan masih ada. Lihat saja bila berlaku isu murtad dan sebagainya kita mampu duduk semeja mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk membentuk benteng pertahanan malah saling membantu mengumpulkan tantdatangan.AlhamduliLLAH. Moga ikatan ini terus berkekalan.



Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
teman, maafkanlah diriku
Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Setakat ini sahaja ana mampu. Moga dapat berkongsi di lain masa. Moga artikel yang biasa ini menghiburkan. Berilah tunjuk ajar.

-kiriman ukhti Rabiatul Adawiyah, Diploma in EE Engineering, UTM KL.

P/S - saya mempunyai masalah untuk memposting artikel dalam blog ni. Ada sesiapa yang dapat membantu?


Ikhwanul Muslimin Kirim 10 Ribu Relawan Bantu Hizbullah: "Adakah aku antara relawan itu..?"

Akif Akan Kirimkan 10 Ribu Relawan Bantu Hizbullah

COMES-Mursyid Am Ikhwanul Muslimin (IM) Mahdi Akef yang menyatakan, pihaknya sedang mempersiapkan pengiriman 10 ribu relawan IM untuk membantu kelompok perlawanan Hizbullah di Libanon.

Pernyataan ini ia ungkapkan dalam acara konfrensi rakyat yang diadakan Komisi Syariat Islam asosiasi pengacara Mesir sore kemarin (5/8) di kantor asosiasi Kairo pusat, yang dihadiri ribuan orang.

Ia mengatakan, jihad tidaklah sia-sia dan bukan permainan. Jihad membutuhkan persiapan yang matang didukung dengan teknologi yang memadai. IM dalam hal ini sudah menyiapkan segalanya untuk menyambut seruan jihad dalam pertempuran ini.

Akif juga menyampaikan salam perjuangan kepada para pahlawan Palestina maupun Libanon atas keteguhan mereka menghadapi serangan militer terkuat di Timteng yang didukung penuh Amerika, yang tidak bermodalkan kecuali iman dan ketakwaan.

Para peserta menegaskan dukungaya terhadap kelompok perlawanan Palestina dan Libanon. Mereka mengecam aksi diam negera-negara Arab menanggapi pembantaian biadab Israel pada rakyat Palestina dan Libanon.

Dalam pada itu, Ketua Front Reformasi Nasional Mesir menngungkapkan, nantinya akan ada “Timur Tengah” baru yang dibentuk kelompok perlawanan, bukan atas kehendak Amerika yang ingin mengkotak-kotakkan wilayah tersebut.

Sementara itu, dari kota Iskandariah dilaporkan, sekelompok insinyur Mesir sedang membuat daftar hitam orang-orang yang melakukan kerja sama dengan pihak Israel agar dikeluarkan dari asosiasi insinyur Mesir, jika tetap mau bekerja sama dengan bangsa Israel.

Asosiasi ini akan memberikan tengang waktu selama sebulan bagi mereka yang sedang bekerja sama dengan Israel untuk segera menuntaskan pekerjaanya, yaitu hingga akhir bulan September 2006, jika tidak maka mereka akan dimasukan ke dalam daftar hitam, pengkhianat bangsa karena telah bekerja sama dengan musuh ummat manusia yang beradab yaitu Israel. Daftar hitam ini akan disebarkan melalui media-media Mesir baik catk maupun elektronik.
Di samping itu, sebanyak 11 partai politik Mesir mengajukan Ehud Olmert ke mahkamah internasional sebagai penjahat perang, terutama atas aksi-aksinya membantai rakyat Palestina dan Libanon. Terakhir mereka membantai ratusan rakyat Qana di Libanon pada pecan kemarin

Faridul: ya ustaz Mursyid yang dikasihi, bilakah pula giliranku...? (bersediakah aku..?)

Isu Murtad (emailed on 7 August 2006)

Assalamualaikum warahmatuLLAH

Regarding murtad issue happening in Kulim… actually this was an old story, distributed to many since I was a high school student (I am now 25). The story said that those who join Christianity will get paid, so on so forth.. (you know the rest of the story)

An almost similar story was also distributed to many at the same time, claiming that among the tactics that those Christian missionaries used was pore holy water inside of the drinks of muslim people. In fact, there was also a claim that some so called mineral water was also mixed with holy water, and when we drink this water which is mixed with holy water, we can no longer read the syahadah, and several other claims….

Alhamdulillah, it is agreed that we should be aware about the Christianity movement. However, Islam is not like Machievelli, “matlamat menghalalkan cara”. Islam does not allow “fitnah”, even towards non-Muslim, we are not allowed to do “fitnah”.

Islam also preaches us to check and re-confirm the news which is spread towards the society. ALLAH SWT said in Surah al-hujurat {49}:6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Regarding the story of the holy water pored into drinks, ex- Christian missionaries who reverted to Islam and is now very active in comparative religion talks in malaysia, bro. Abdul Rahman Ayob and Bro. Kamaruddin Abdullah confirmed that no such thing is happening, and no such effects (muslim will murtad if drink holy water) is happening. Therefore, the story of the holy water as one of the reasons which led to murtad is fake and a fitnah which should of not of accured. Though the intention was good (to make us aware of the Christianity movement), it is not the right way to do so.

Regarding murtad spreading widely in Kulim and getting paid, I can only say “wallahu a’lam”. Yet, when I was studying at Penang which is close to Kulim and Bukit Mertajam, my colleges (mutarabbi) was tasked to go to the so called Malay Church in Sunday to have a look at the church, whether is it true that many Malays are entering the church. Wallahu a’lam, from their observation, yes, there were many Malay looking people who entered the church on Sunday.

Regarding the Malaysia government allowing the spreading of other religions, I think it is best these websites anwer it for you:

http://www.myislamnetwork.net/portal/
http://www.al-nidaa.com.my/

Regarding Murtad mama and co., the best is we don’t advertise these websites, because in my opinion, it is more priority to advertise websites which bring muslims closer to the beauty of Islam such as www.harunyahya.com, and etc. Alhamdulillah, when I was a student, I’ve answered all the claims made by Hasnah Burdges and the likes of murtad mama and others which led them to murtad, given in my tazkirah at my hostel's “Surau” (hostel’s small mosque)

Hopefully I’ve answered all your questions. I will publish this email in my blog also as an information to others.

Please pray (doa) that my career as an engineer will not make me too busy to get involve in da’wah, instead my career will benefit our beloved islam.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(Surah al-Munafiqun [63]:9)

Wassalamualaikum

Thank you.

Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Electrical Engineer
Jimah O&M Sdn. Bhd.
Email: faridul@jimahev.com

Ukhwah.com :: Top Blog