Tuesday, September 19, 2006

ANNUAL LEAVE

ANNUAL LEAVE
faridul.blogspot.com


Anda yang sudah berkerjaya, berapa harikah cuti tahunan, atau bahasa omputihnya “Annual Leave” yang dikurniakan kepada anda? Sudahkah anda merancang, bagaimana dan bilakah anda bercadang menggunakan cuti tahunan tersebut?

Kebiasaannya, insan-insan yang sudah berkerjaya ini akan menggunaka Annual leave mereka untuk balik kampung. Atau pergi melancong di kala cuti sekolah bersama keluarga. Atau untuk membaiki kereta, atau membayar bil-bil hutang, dan lain-lain sebab musabab yang semuanya menjurus kepada satu tujuan; jika bukan untuk urusan peribadi, setidak-tidaknya demi keluarga yang mereka cintai.

Berapa ramaikah di kalangan kita yang telah mempersiap dan merezebkan annual leavenya untuk kegiatan da’wah yang membawa manfaat kepada umat? Misalnya sekian banyak hari telah ia sediakan untuk digunakan demi menjayakan program motivasi misalnya. Atau, setidak-tidaknya, mengambil cuti demi membolehkannya beriktikaf di 10 malam terakhir bulan Ramadhan, demi meraih Lailatul Qadr yang penuh barakah. Ya, Lailatul Qadr itulah suatu yang jauh lebih berharga berbanding “duit raya” mahupun bonus yang dikejar-kejar oleh manusia yang bergelar pekerja.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan (lailatul qadr).
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”
(Surah al-Qadr [97]:1-5)

Sayang seribu kali sayang, di Negara tercinta bernama Malaysia, budaya beriktikaf mencari al-Qadr di 10 malam terakhir Ramadhan, masih belum bercambah menjadi sebuah budaya, tidak seperti di Timur Tengah mahupun negeri jiran kita Indonesia. Mengapa demikian, walhal, bukankah rumah-rumah ALLAH di Malaysia ini luar biasa mewah dan selesa kondisinya?

Maka marilah kita rezebkan sebahagian annual leave kita, untuk kita bersama beriktikaf di 10 malam terakhir Ramadhan yang mulia. Agar ketenangan dan kebahagiaan, merasuk ke dalam jiwa.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalammualaikum,

Bila faridul citer psl annual leave, sy trus terbayang senarai yg terakam di kepala (senarai ape nk buat dgn annual leave sebyk 30 hr)...x terlintas di kepala terpk nk gunakan cuti yg ader dgn sebaik mungkin...sebaik mungkin disini sy rujuk pd ayt2 faridul yg mengigtkan kita supaya berdakwah / beramal ibadah, sy hanya pk hndk bercuti dgn melawat tmpt menarik kt dlm negara...atau lepak2 saja kt umh...tp di bulan ramadhan nie sy x terpk untuk menggunakan annual leave tersebut dgn beribadat kpd Allah swt :( malu sgt rasenya...timakasih faridul, secara x lgsg blog nie byk membantu sy...insyaAllah segala yg baik itu dtgnya dari Allah, dan yang buruk tu dtgnyer dari sy...umat manusia yg selalu lalai dan leka :(...bg sy blog nie bole djadikan rujukan...timaksih sekali lg.

SFazs
FZA
Port Klang

4:34 PM  

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog