Wednesday, September 13, 2006

Tempat untuk berbuka puasa di KL dan Selangor

(Faridul: Artikel ini sebenarnya adalah daripada "circulation" email antara rakan sepejabat saya. Untuk memahaminya, saya warnakan setiap email/ reply email dengan warna yang berlainan. AlhamduliLLAH, tidak ada yang melenting menerima "reply email" saya ini. Moga-moga nasihat saya buat rakan sepejabat ini akan bisa merasuk ke kalbu mereka. Doakan ya... amin ya Rabbal 'alamin...)
1st Email (untuk memendekkan cerita, saya buang separuh daripada senarai hotel-hotel..)

amacam leh kiter pi buka yek...

ASEANA CAFESuria KLCC City Centre
Reservations: 603 - 382 0395
Price: RM29.75++ per person
A Selection of choice that may include Kerabu Paru Paru, Gado Gado Rojak Buah, Ulam Ulam, Daging Masak Hitam, Ayam Sambal, Talang Masin Gulai Lemak Nenas, Kacang Panjang Goreng & Hati to name a few. This buffet Menu changes daily.
A&V LAZAR GRILL RESTAURANT
1st Floor, Suria KLCC City Centre
Reservations: 603 - 2380 5700
Price: RM29.00++ per person
A mixed of traditional Malay & Western cuisines.
BINTANG SHACK RESTAURANT
Jalan Bukit Bintang
Reservations: 603 - 2142 4009
Price: RM28.00nett per adult and RM16.00nett per child
Experience adifferent style of Berbuka puasa at Bintang Shack.
Lain-lain (saya delete, but you get the picture, right?)
Faridul's reply
Masjid-Masjid
Price: free, tapi bisa memberi sumbangan seberapa yang mahu
Makan beramai-ramai di masjid bisa mengeratkan lagi ukhwah islamiyah…
Collegue's reply
Betul Faridul… aku sokong. hehehehe…..
1st Email Originator's reply
Ala Dul…terase ahkak…uhukuhuk

Faridul's reply:

Sebenarnya gini, hari raya Aidil Fitri.... ”aid” maksudnya raya, “fitri” maksudnya fitrah. Maka bila berakhirnya ramadhan, kita “merayakan” kejayaan kita kembali kepada “fitrah” (sepatutnya).

So, fitrah yang bagaimana yang kita maksudkan?

Fitrah yang (sepatutnya) terbina sepanjang berlakunya bulan Ramadhan.

Firman ALLAH: “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,”
(surah ar-Rum[30]:30)

Dalam bulan Ramadhan, kita berpuasa di siang hari.
Kita menunaikan zakat “fitrah”.
Kita bangun awal untuk bersahur (dan… alang2 bangun awal, utk berqiamul lail sepatutnya)
Malam kita sibuk untuk solat tarawikh
Dekat2 hujung Ramadhan, kita pulang ke kampong.

Maka, itulah sepatutnya fitrah manusia. Dgn berpuasa, mudah2an kita ingat kat orang susah, maka sepatutnya berbuka puasa pun menggambarkan bahawa kita tetap ingat kat orang susah. Saudara2 kita di palestin, di Lubnan… subhanaLLAH, mudah2an dgn berpuasa, kita ingat mereka semua.

Kita kembali ke fitrah kita yang suka beribadat.

Kita kembali ke fitrah kita yang perlu berukhwah dan ingat keluarga kita, insyaALLAH.

Saya pun masih belajar. Mudah2an Ramadhan ni kita dapat sama-sama nasihat-menasihati agar kita semakin dekat kepada ALLAH. Seumpama inilah Ramadhan terakhir kita, isilah ia kerana belum tentu kita kan menemuinya lagi…

P/S – apa kata dalam bulan Ramadhan ni, during lunch time kita jemput orang palestin untuk memberikan sedikit ceramah berkenaan pengalaman beliau di palestin?
Perodua pun ada jemput warga palestin ni berceramah hari tu..alhamduliLLAH sambutannya sangat baik.

Sekadar cadangan….


0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog