BIOLOG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Di makmal 409, ada sebuah mesin berkomputer yang kerjanya ialah untuk mengenalpasti jenis bacteria yang dikaji. Mesin ini ialah Biolog. Untuk mengenal pasti nama bacteria yang saya temui, saya akan gunakan khidmat mesin biolog ini. Ia akan memaparkan nama bacteria pada skrin computer dengan cepat tanpa perlu kita bersusah payah membuat biochemical test yang macam saya buat masa zaman degree dulu. Namun begitu, mesin ini selalu menguji keyakinan saya terhadap ketepatannya kerana tidak semua bacteria yang saya biolog akan dapat dikenalpasti. ‘No ID’ jawab mesin ini di skrin. Antara kemungkinan bacteria tidak dapat dikenalpasti ialah kerana bacteria yang dikaji tidak terdapat dalam database biolog itu sendiri. Oleh itu, bagaimana ia hendak mengeluarkan nama bacteria tersebut? Oleh sebab itu, kita sebagai user harus sentiasa meng’update’ database dalam biolog ini supaya bakteria-bakteria baru yang sentiasa ditemui dari semasa ke semasa oleh para penyelidik akan dimasukkan ke dalam database biolog.
Sahabat sekalian, begitu juga dengan kita sebagai makhluk Allah yang sempurna dan mempunyai akal yang waras. Gunakanlah akal fikiran ini untuk mengupdate diri kita sendiri. Update lah diri anda setiap hari agar sentiasa ada ilmu-ilmu baru yang masuk ke benak fikiran dengan cara membaca dan bertukar-tukar fikiran. Update lah diri anda setiap hari agar pahala bertambah dan graf keimanan anda meningkat dengan pelbagai amalan seperti berzikir, usrah, halaqah, menolong orang, beristighfar, bermuhasabah, membaca al-quran, solat sunat, sedekah, berukhwah dan sebagainya. Sahabat sekalian, bayangkan dalam satu hari, kita langsung tidak mengupdate diri kita (selain membuat ibadat yang wajib)? Malah, kita terukkan lagi keadaan dengan mengumpat, bergosip, menfitnah, berbual kosong yang tidak ada manfaat (dll), keadaan diri kita (umpama) lebih teruk lagi daripada mesin biolog yang tidak berakal tadi! Alangkah malangnya kalau kita masih lagi tidak merasa apa-apa kerugian. Allah mengatakan di dalam al-quran (surah al-‘asr), orang yang tidak mengupdate kan diri adalah manusia yang rugi tetapi orang yang mengupdate kan dirinya adalah orang yang beruntung. Maksud surah al-‘asr:
“Demi masa, sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
Sahabat sekalian, semoga hari ini kita menjadi lebih baik daripada semalam, dan semoga hari esok kita menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada hari ini. Akhirul kalam, peringatan buat kita bersama, “Ingatlah tuhanmu di waktu kamu senang, nescaya Allah akan mengingatimu di waktu kamu susah”. Wassalam.
- Artikel ini adalah hasil nukila Puan Nur Hanani Makhtar. Mudah-mudahan ALLAH mudahkan dan ilhamkan beliau agar dapat terus berkarya demi membela agama suci ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home