Thursday, September 07, 2006

Isteri Solehah Berbicara (artikel lama, sempena protes terhadap kebiadaban kartunis Denmark)


Dunia dan akhirat ibarat dua isteri yang bermadu. Saling cemburu-mencemburui. Apabila kita berpaling pada dunia, soal akhirat ketinggalan, apabila kita menumpukan pada akhirat, dunia kita ketinggalan. Pada hakikatnya, dunia dan akhirat saling memerlukan. Kita memerlukan dunia untuk sampai ke negeri akhirat. Kerja kita, study kita, apa saja yang kita buat saban hari kalau niat dikerjakan kerana Allah swt, insyaAllah akan selamat dunia dan akhirat. Allah akan mengiranya sebagai ibadah.

Umat Islam kini bangkit. Itulah yang saya nampak selepas isu kebiadaban kartunis Denmark baru-baru ini. Umat islam satu dunia mengadakan demonstrasi termasuk di negara kita sendiri. Alhamdulillah...Maha Suci Allah...Maha Suci Allah..semoga kita semua selepas ini terus sedar dan bangkit dari tempat duduk kita yang empuk dan selesa. Apa yang kita tunggu lagi?. Kuffar secara terang-terangan menghina Penghulu kita Baginda Rasulullah saw. Apakah sekadar kita berdemo sahaja? Tidak ! kita harus bangun, bangun untuk menyedarkan rakan-rakan kita yang masih belum sedar, yang masih lalai dan alpa dengan keseronokan dunia, yang dijajah pemikirannya dengan ideologi barat, yang hanya sibuk mencari harta dunia sahaja, yang malu jika dirinya tampil dengan identiti muslim, dan yang bermacam-macam lagi.

Jika sekiranya kita tidak pernah bangun bertahajud, gagahkanlah mata dan kakimu untuk bangun bertahajud sahabatku, jika kita sudah lama tidak menyentuh kitab suci al-Quran, ringankan lah tanganmu untuk membukanya dan ringankanlah mulutmu untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Hayatilah terjemahannya dan dengan itu mudah-mudahan kita bukan lagi seperti semalam, umat islam yang lemah, tidak ada hala tuju, tidak ada matlamat hidup sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi, tetapi kita hari ini adalah umat islam yang sentiasa dahagakan ilmu agama, yang komitmen dengan halaqah dan usrah, yang berpegang teguh menonjolkan prinsip hidup seorang muslim, dan sentiasa berani di atas kebenaran islam di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja tanpa mengira tempat dan situasi.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam

blh contact ana di muhieddine_ed@yahoo.com

ana tengok enta berminat teruskan penulisan

sama-sama kita kongsi idea

wassalam

1:21 AM  

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog