Wednesday, September 13, 2006

MY TEAM

MY TEAM
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab

(justeru saya sangat sibuk. Minggu ini saya dikehendaki untuk “singn-off”, yakni diinterview oleh superior saya berkenaan seluruh system di dalam power plant ini, sebagai penilaian prestasi kerja saya. Ertinya, saya sebagai lulusan Electrik, harus menguasai bidang Mekanikal, Chemical, dan sebagainya! Juga saya masih ada 10 drawing untuk direview, kemudian berjumpa superior saya, kemudian Owner’s Engineer, kemudian Plant Manager, kenmudian COO, untuk meminta kelulusan mereka, barulah komen terhadap drawing saya itu bisa dikeluarkan. Juga, mempersiapkan diri untuk presentation berkenaan kontrak isnin depan, selain melatih Charge-Man baru kami. Namnu, saya tetap mahu istiqamah di atas jalan dakwah ini. Maka terimalah artikel ringkas daripada saya. Maaf kerana tidak bisa mencoretkan secara terperinci buku-buku rujukan yang bisa anda rujuk untuk meyakini hujah yang saya keutarakan)



Tidak lama dahulu, ketika gawang pasukan Manchecter United masih di bawah kawalan penjaga gol terkenal Peter Schmeichel, pertahanan belah kanan Man U; Gary Neville (yang kini terpilih pula sebagai kapten pasukan tersebut) mengeluarkan sebuah kenyataan (seperti yang tersiar di dalam majalah rasmi pasukan itu), bahawa (konon-kononnya) pasukan Man U adalah pasukan yang paling bersatu, yang paling kuat kerjasama, sesame pemain-pemainnya. Dan kata-kata sang bek kanan pasukan kebangsaan England ini, ada juga kebenarannya.

Perhatikan sahaja di zaman Dwight Yorke-Andy Cole-Teddy Sheringham-Ruud Van Nistelroy memainkan peranan sebagai peledak merbahaya sekaligus penjaring gol terbanyak. Setiap kali pasukan The Red Devils itu menjaringkan gol, maka semua pemain, termasuk pemain pertahanan yang berada di bahagian bawah, akan datang memeluk dan meraikan jaringan gol rakan sepasukan mereka. Sungguh, hal sedekian (iaitu semangat berpasukan yang tinggi) hanya berlegar di kalangan pemain pasukan man U sahaja, maka, munasabahlah mereka mendominasi Liga Inggeris untuk sekian lamanya.

Suatu hal yang harus kita ingat, wahai saudaraku, bahawa permainan bola sepak adalah sebuah permainan berpasukan. Ada 11 orang pemain yang jika kurang satu, lantaran mendapat kad merah atau sebagainya, sering kali membawa malapetaka kepada pasukan tersebut, sekaligus menjadi sebuah bonus buat pihak lawan. Lihatlah sahaja betapa lumpuhnya calon Juara Piala Dunia 2006 yang begitu diwawarkan, iaitu England, tatkala mereka kehilangan seorang pemain bernama Wayne Rooney. Pantas, potensi mereka bergelar juara pada temasya berprestij itu, bertukar arah dalam sekelip mata. Hal yang sama jugalah berlaku tatkala sang kacak David Beckham dibuang padang ketika pertemuan bersama Argentina pada temasya yang sama pada tahun 1998 yang telah lalu.

Itulah bola sepak. Anda harus ingat –sekali lagi- bahawa permainan bola sepak adalah sebuah acara berpasukan. Dan setiap pasukan, harus hadir dengan formasi dan susunannya, sama ada 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, lain sebagainya. Pokoknya, harus ada yang memainkan peranan sebagai pertahanan, ada pula di bahagian midfield, ada juga di bahagian serangan. Bola sepak bukanlah sebuah permainan Superman, yang anda bisa bersendirian menawan padang bola sepak itu, umpama Rambo yang (kononnya) bersendirian menawan Afghanistan 9walhal mujahidinlah orangnya yang menghalau keluar Beruang Merah Russia dari bumi umat islam itu).

Barangkali itulah sebabnya, pasukan berbariskan bintang seperti Real Madrid, sudah sekian banyak tahun ketandusan gelaran dan piala kemenangan. Kerana sungguh, permainan bola sepak tidak bergantung kepada potensi individualistic semata-mata, bahkan semangat berpasukan, kerjasama dan persefahaman bisa merungkai permasalahan itu. Agaknya itulah juga rahsia pasukan kerdil bernama Greece bisa menumbangkan pasukan-pasukan lain bertaraf gergasi, sehingga mereka akhirnya tersohor lantaran dinobatkan Juara eropah pada temasya 2004 yang lalu.

Maka, jika anda hairan mengapa umat islam, sungguh pun dianugerahkan oleh ALLAH dengan sumber alam yang sangat banyak, tetapi tetap hidup terhina dan menderita, sehingga tahap dipermainkan dan diperbodohkan oleh Israel dan Negara Barat, adalah kerana umat islam tidak “bermain” seperti satu pasukan. Adalah kerana umat Islam tiada di dalam kamus hidupnya semangat bekerjasama. Adalah kerana umat islam belum bersedia untuk berlapang dada menerima perbezaan pendapat sehingga terbantutlah usaha penyatuan dan perpaduan. Sudahkah anda lupa betama ni’mat ukhwah anugerah ALLAH inilah yang bisa menyelamatkan kita daripada “jurang” apa pun, sama ada “jurang” kekejaman kelolaaan Yahudi, mahupun jurang kehancuran akibat perang pemikiran (al-ghazwul fikri).

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
(Surah ali Imran [3]:103)

Mereka terlalu bangga dengan “nama” dan “jenama” mereka, lalu menyeru umat bersatu atas dasar itu; iaitu dasar “kelompok”. Kenapakah mereka tidak mengikut jejak langkah para nabi dan salafus shalih, yang menyeru umat pada aqidah yang satu, lalu menjelmakan diri mereka dengan “jenama” “AKU SEORANG MUSLIM”?

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku".
(Surah al-Anbiya’ [21]:25)

Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri.(dan kami semua adalah orang-orang Muslim)"
(Surah ali Imran [3]:84)

Menafikan dan menghalang peranan yang dimainkan oleh gerakan-gerakan Islam lain yang berbeza “jenama” dengan kita, sedangkan ia sebetulnya bermain di “posisi” yang berlainan, merupakan suatu kerugian yang besar kepada “pasukan” umat Islam ini. Sehinggakan Syeikh Abdullah Azzam memperingatkan kita dengan pesanan[1] yang lebih kurang begini bunyinya; “sesungguhnya gerakan-gerakan Islam umpama anak-anak sungai yang mengalir daripada sungai yang besar. Jika kalian menghalang salah satu anak sungai itu, maka kalian telah menghalang rahmat yang besar.”

Al-Ikhwan al-Muslimun sebagai gerakan islam terbesar dan tersohor sangat memahami erti semangat berpasukan sebegini. Sehinggakan mereka tidak sahaja menitik beratkan “ukhwah” di kalangan sesama mereka, bahkan menyeru semua gerakan islam untuk bersatu dan bekerjasama di dalam “perlawanan” menentang musuh ini, dan belapang dada di atas “tackle” rakan sepasukan ketika “latihan bola sepak” yang dilaksanakan. Perhatikanlah kaedah Rasyid Ridha yang menjadi siulan ulama’-ulama’ Ikhwan; “Kita bekerjasama di dalam hal yang kita sepakati, dan kita berlapang dada di dalam hal-hal yang tidak kita sepakati.”

Siapalah pemain penyerang yang menerima anugerah kasut emas, andainya tiada pemain midfield yang menghulurkan bola buatnya untuk menjaringkan sekian banyak gol? Siapalah pemain tengah yang disegani ramai selaku perancang pasukan, jika tiada penjaga gol yang mengawal gawang dan menyelamatkan pasukannya daripada dibolosi lalu menerima tamparan kekalahan?

Lalu siapalah kita wahai sang pendakwah tatkala kalian menafikan usaha dakwah sahabat ‘sebidang” anda di “posisi” yang berlainan? Ada yang melepaskan dosa anda dengan berdakwah kepada non-Muslim. Ada yang melepaskan kesibukan anda untuk memajukan umat dengan menceburi R&D sains dan al-Quran. Ada yang menyelamatkan anda daripada menginfakkan seluruh harta anda demi mengeluarkan umat daripada belenggu kemiskinan, dengan cara memajukan ekonomi Islam. Ertinya, setiap mereka ada peranan masing-masing pada posisi masing-masing. Lalu, atas dasar apa anda mempermasalahkan sumbangan mereka?

Sungguh, rahsia kejayaan sesebuah pasukan tidaklah terletak pada barisan pemain bintangnya. Tidaklah juga terletak pada kebesaran dana kewangannya. Tetapi justeru terletak kepada setakat mana 11 orang pemain di atas padang, dan barisan pemain simpanannya, dan barisan pegawai pasukannya, bekerjasama di dalam sebuah pasukan, dan memaafkan khilaf dan kesalahan sesama mereka. Inilah rahsianya. Inilah kaedahnya. Kita bekerjasama di dalam hal yang kita sepakati, kita berlapang dada di dalam hal yang tidak kita sepakati.

Kita berkumpul di atas dasar yang satu, di atas aqidah yang satu, di bawah panji penyatuan pemikiran yang satu. ALLAH Tuhan kami. Ar-Rasul Muhammad SAW ikutan kami. Al-Quran perlembagaan kami. Jihad fi sabiliLLAH jalan kami. Mati syahid cita-cita agung kami.

Inilah “My team” yang kita idam-idamkan. Maka marilah kita menyokong pasukan “Muslimin” ini. Mudah-mudahan World Cup atau Champions league akan bisa dimenangi pasukan ini, insyaALLAH.

RUJUKAN

[1] Ibnu Ismail, “Merintis Khilafah Yang Hilang”, terbitan Pustaka Syuhada’. Buku ini adalah kisah hidup dan perjuangan Syeikh Abdullah Azzam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog