Monday, May 14, 2007

Mengoptimakan Penggunaan PDA

PDA


Sempena menyambut kedatangan Hari Ibu pada 13hb Mei ini –sebuah sambutan yang sepatutnya berulang dan berlaku setiap hari menurut hemat saya berbanding sekadar memilih satu tarikh khas sahaja untuk memperingati dan menghargai jasa pebgorbanan para ibu- akhbar New Straits Times terbitan 10 Mei 2007 melalui bahagian “Tech & U” telah memberikan satu cadangan yang agak bernas sebagai antara hadiah yang boleh diberikan pada para ibu menjelang hari istimewa mereka tersebut. Hadiah tersebut adalah handset. Atau, menurut hemat saya, selaras dengan berkembangannya teknologi semasa, bukan sekadar handset, malah PDA.

Di satu sisi, memberikan seorang ibu hadiah sebegitu canggih seperti PDA terkadang kelihatan melampau. Masakan tidak, buat wanita sebaya mereka –abaikan para ibu yang berkerjaya dan professional- hadiah yang sebegitu canggih justeru suatu yang agak kompleks lalu menyukar dan menyulitkan wanita tersebut untuk mengendalikan dan memahirkan penggunaannya.

Di sisi yang lain, seakan hadiah PDA buat para ibu seakan menaikkan taraf mereka ke satu tempat yang semakin mulia –kalau dalam Islam, wanita bergelar ibu itu sememangnya manusia yang mulia. Tapi dah kita nak hidup Islam secular, atau tepatnya “Islam Hadhari”lah katakana..- lantaran PDA lazimnya menjadi alat komunikasi kegemaran para professional dan para kolumrat.

Namun, bagi anda yang berjiwa pejuang, yang telah menginfakkan seluruh masa dan harta anda buat tujuan yang lebih mulia. Anda yang yang telah memuliakan diri anda dengan menyambut seruan “siapakah yang mahu menolong agama ALLAH?”, andai kiranya anda memilih menggunakan PDA, anda mengambilnya bukan sekadar Personal Digital Assistant anda, tetapi malahan menjadi Pembantu Dakwah Anda! Bagaimana caranya? Mari saya Bantu. Berikut cadangan-cadangan saya kepada mereka yang bertekad memiliki PDA LiLLAHi Ta’ala, lalu menjadikan PDAnya sebagai alat pembantu dakwah seperti yang kita sarankan tadi.

1) Masukkan software al-Quran di dalam PDA anda

Seorang Muslim sejati tidak boleh berpisah dengan al-Quran. Baginya, al-Quran umpama nyawa kepadanya, hinggakan dia tidak bisa hidup tanpa membaca al-Quran. Hari-harinya terasa indah lantaran diserikan dengan tilawatul Quran. Itulah sebabnya Mujadid yang mulia as-syahid Hassan al-Banna mengingatkan agar setiap al-akh Muslim leazimi tilawatul Quran 1 Juz sehari, lalu mengkhatamkannya dalam masa 30 hari.

Dengan software al-Quran di dalam PDA anda, melazimi mengkhatam al-Quran sebulan sekali tidak lagi kelihatan mustahil, lantaran anda bisa berdamping dengan al-Quran kapanpun, dan di manapun.

2) Indeks al-Quran sebagai panduan

Kerana anda seorang yang sangat aktif berdakwah, sama ada dalam bentuk penulisan, mahu pun dakwah fardhiah, mengingati dalil-dali Quran terasa sangat penting buat anda dalam menyirami hati mad’u dengan siraman roh suci yang tidak lain datang dari Kalam Ilahi. Bukankah menyampaikan pesan-pesan Ilahi merupakan kaedah mukaddimah para Nabi dalam menyeru manusia pada Islam nan suci?

“DIAlah yang telah mengutuskan kepada kaum yang ummi itu seorang Rasul, yang membacakan ayat-ayat-NYA, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka ilmu dan hikmah..”
(SUrah al-Jumu’ah [62]:2)

Lalu, dengan indeks al-Quran ini, anda bisa mencari dalil yang ingin anda sampai dengan semakin mudah, lantaran Indeks al-Quran berformatkan Microsoft Excel membolehkan anda mencari perkataan yang ingin anda cari, hanta dengan menekan butang “Find” (CTRL F)

3) Semak kesahihan hadith

Agar anda tidak termasuk mereka yang berdusta atas nama Nabi SAW, semaklah hadih anda dalam software Hadith, sama ada Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Hadith Arbain, atau lain-lain software hadith yang bisa anda temui.

4) Buku Agama Versi PDF.

Kini, penuhilah masa luang anda, sama ada dalam perjalanan menaiki bas, atau dalam kesesakan lalu lintas, atau tatkala sedang menunggu makanan, atau tatkala terperangkap di sesuatu tempat lantaran hujan, dengan memperkayakan pengetahuan dan wawasan keilmuan anda terhadap agama dengan membaca buku-buku agama di dalam PDA anda.

5) Perbaiki Hafalan Dengan Audio al-Quran

Jika orang lain memenuhi PDA atau handset canggih mereka dengan beraneka macam lagu-lagu hit terkini, anda pula memenuhi PDA anda dengan audio al-Quran yang bisa anda perdengarkan seraya mengulang baca hafazan anda.

“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat”
(Surah al-A’raf [7]:204)

6) Sebarkan Fikrah Melalui Ringtone Islami

Nasyid-nasyid yang mengembalikan semangat jihad daripada Indonesia dan timur tengah (Malaysia bila lagi?) boleh anda jadikan sebagai nada dering anda, sebagai penyebar fikrah di tengah-tengah masyarakat.


(Maaf, artikel ini adalah antara artikel terbengkalai saya yang tidak kuasa saya menyiapkannya. Dipersilakan sesiapa untuk membereskannya)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog