Wednesday, July 04, 2007

SJ-01-0076 : Tauhid Mulkiyah/Hakimiyah. (1)

Ibnu Lutfi wrote:
kalau tuan syeikh masih ingat, kita dah pernah bahas dulu hal ni masa thread ttg gerakan kahfi...

berkenaan PKS;
1) Adakah PKS seperti jemaah2 yg apply tauhid mulkiyah yg lain iaitu mengkafirkan pemerintah?
2) Benar, PKS adalah suatu parti politik. Tapi manhaj mereka yg membahagikan tauhid kepada tauhid mulkiyah dibuat jauh sebelum wujud parti politik, jauh sebelum Suharto jatuh. Maka sangat tidak adil menuduh mereka buat tauhid mulkiyah atas alasan parti politik semata2
3) sebab pertanyaan ana memang khusus berkenaan PKS, alangkah baiknya jika syeikh thtl tunaikan apa yg syeikh thtl kata dlm thread gerakan kahfi dulu iaitu mengkaji dulu konsep tauhid mulkiyah PKS. Sebab menghukum mereka hanya dengan mengagak tauhid mulkiyah mereka sama saja spt gerakan takfir atau khawarij atau sebagainya, bukankah suatu yg sangat tidak adil?
4) Adakah PKS pernah mengkafirkan orang atau pemerintah? Lalu, jika tidak ada, apa sebenarnya konsep tauhid mulkiyah mereka?

Wallahu a'lam. Syeikh thtl sebagai orang yg rapat dgn ustaz dahlan, sepatutnya lebih mengenali hati budi ikhwah2 PKS ni, ye kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
thtl replied:-
Menjawab ibn lutfi

1) PKS adalah parti yg diendorse oleh Ikhwan sebagai parti yang akan menerima sokongan dan bimbingan dari Mesir. Ia juga menerima restu dari al-Qardhawi untuk berperanan dalam skop demokrasi. Walaupun mereka menggunapakai tawhid Mulkiah tapi tidak sampai ketahap mengkafirkan pemerintah.

2) Tauhid Mulkiah yg dianuti oleh PKS adalah berasal dari pemikiran Syed Qutb (w. 1965). Doktrin tawhid hakimiah/mulkiah berada dalam Maalim fi Toriq dan tafsir al-Dzilal

3) PKS tidak termasuk dalam kategori parti ghuluw yang mentakfirkan pemerintah. Ia menyusuri manhaj politik Ikhwan Muslimin yang menerima proses demokrasi.

4) Tawhid Mulkiah mereka ialah supaya umat Islam betul-betul sedar akan keperluan mendirikan daulah dan khilafah serta menegakkan hukum Allah. Ini kerana jika mereka tidak berbuat demikian maka tawhid Mulkiah mereka akan rosak. Ia berdasarkan pemikiran Syed Qutb bukan Khawarij.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog