Tuesday, June 19, 2007

FANTASTIC FOUR

FANTASTIC FOUR

Faridul Farhan Abd Wahab "True Muslims are true heroes"

Saya bukanlah seorang peminat filem. Jauh lagi mahu menontonnya. Tambahan pula, rumah saya tidak ber-tv. Bukan berererti menghukumnya haram –sungguhpun Yusuf Estes menyatakannya haram- sekadar mengelak hatiku menjadi hitam, dicemari noda dunia dan maksiat mata, hingga cahaya Tuhan tidak lagi meresap masuk ke dalam jiwa.

Namun, saya tidaklah sebodoh itu untuk tidak tahu siapa saja Fantastic Four itu. Superhero-superhero dambaan umat. Perwira-perwira tokoh masyarakat. Dan ya, mereka memang hero-hero. Ya, mereka memang perwira-perwira. Fantastic Four, saya turut mengagumi mereka.

Ada yang namanya Abu Bakar. Teman setia dalam perjuangan. Teman rapat dalam perjalanan. Teman berteduh di saat kedukaan. Dari kelembutan jiwa yang tiada tara, super-power terserlah di zaman kekhalifahannya. Begitu gejolak riddah dan keengganan membayar zakat mula merebak, pantas super-power “ketegasan” ditampilkannya, sehingga sang singa Umar al-Khattab pun tidak bisa berkata apa-apa.

Ada pula yang namanya Umar al-Khattab. Kebolehan dan keupayaannya umpama Plastic Man, tapi bukan mengekspand badan, tetapi mengekspand wilayah kekuasaan. Zamannya Islam merebak mencapai kegemilangan. Zamannya Islam tersebar menggapai kecemerlangan. Zamannya tanah suci Palestin berjaya menemui kemerdekaan.

Ada juga yang namanya Usman. Kelembutan dan kedermawannya tiada tandingan. Super-power “malunya” bisa membuatkan malaikat pun malu kepadanya. Sang empunya dua cahaya, gelar apakah lagi yang lebih mulia?

Saydina Ali jangan dilupa. Pelengkap Fantastic Four yang sangat bijaksana. Dengan Rasulullah, ia punya hubungan keluarga. Jika Abu Bakar dan Umar –terhadap Rasulullah- merupakan mentua, Ali dan Usman, menantu tercinta. Memimpin Umat di tengah bencana. Tetap sabar tabah, sungguhpun dilawan. Masakan tidak, musuhnya bukanlah musuh, tetapi kawan!


Ya, saya tidak pernah lupa pada Fantastic Four. Mereka dekat dengan hati saya. Bagaimana pula di hati anda?
Makluman: saya akan bercuti panjang mulai esok dan kembali bertugas minggu depan, insyaALLAH. Gambar di atas adalah hero-hero pujaan kanak-kanak hari ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog