Tuesday, June 12, 2007

SMART Tunnel

SMART Tunnel
Faridul Farhan Abd Wahab "engineer kerdil di sisi Engineering alam"
SMART rupa-rupanya bererti terowong. Terowong yang bukan saja digunakan untuk mengurangkan –jika tidak pun mengatasi- kesesakan trafik yang teruk yang dihidapi oleh bandaraya segah Kuala Lumpur. Ya, Kuala Lumpur sangatlah gah. Ada bangunan antara tertinggi di dunia (KLCC), ada universiti bertaraf antarabangsa (UIA), ada pusat pengangkutan yang canggih (KL Sentral), ada mahkamah yang paling popular di dunia (bukan kerana besar tapi bocor sana, bocor sini, hehe…), dan banyak lagi.

Dulu, di waktu aku sekolah, ku sangkakan SMART tu bererti bijak, atau cerdik. Tapi, terowong SMART ni pun memang nak membawa mesej betapa pembinaannya beserta penggunaannya melambangkan sebuah kecerdikan. Bukankah nama itu merupakan suatu doa? Dulu bila tak guna nama yang indah, bisa saja membawa padah (MRR2). Sekarang, bila dah guna nama yang sangat baik, mudah-mudahan wajah tidak lagi kena ludah!

Tapi, pelik, aku pelik! Kenapa secanggih dan sehebat manapun SMART ni, tetap banjir ibukota ku yang tercinta? Tol dah mula nak buka, hasil belum kunjung tiba, membuatkan ramai orang jadi kecewa, pak menteri tol gelisah bagai nak gila!

Itulah aku pesan, Tuhan ni Maha Kuasa, tiada kuasa yang sehebat Dia, tiada teknologi yang standing teknologi-Nya. Kalau kau mahu, renungkan saja engineering Tuhan dengan engineering manusia. Sehebat-hebat rekaan pam, tetap menghasilkan getaran, tidak seperti “pam asli” bernama jantung ciptaan Tuhan. Ada kau rasa badan kau bergegar lantaran getaran jantung engkau?

Semantap-mantap sesebuah gerudi, mantap lagi sang burung belatuk, petah memahat, kuat mengetuk. Kepantasan luar biasa sampai menunggu tak sempat nak mengantuk.

Atau, ada lagi. Sehebat mana kenderaan terbang manusia, tak kira kapal terbang, helicopter atau apa, tetap tak setanding burung-burung nan berterbangan. Terbangnya bebas tinggi di awan. Hidupnya riang seraya berkawan. Atau sang lalat mahupun lebah, terbangnya tak tinggi, sekadar rendah, namun semua angle penerbangan bisa diredah, mempamerkan kehebatan, menunjukkan kaedah. Skill penerbangan yang tak mungkin dapat disaingi, nak mendekati pun tak mudah!

Lalu, apalah ada pada terowong SMART tu? Jangan lupa dan sombong membongkak, di sisi kekuasaan Tuhan, semuanya merangkak, lantaran tak tertanding kekuasaan, kehebatan ciptaan-Nya, bila Tuhan datangkan banjir, semuanya merana.

Maka muhasabahlah diri agar bisa tawadhuk. Agar keinsafan pun datang, lalu kau mula merukuk. Kemudian sujud dikau dihias tanggis pilu, kecintaan Tuhan kau tagih, seraya merindu.

“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.”
(surah al-Mulk [67]:3-5)


p/s- maaf, saya sedang pening buat design review ni. Sekadar nak kembalikan “kewarasan” dengan merenungkan kehebatan ALLAH. Sehebat mana pun teknologi manusia, tenyata kerdil di sisi Yang Esa.

1 Comments:

Blogger SyukraNs said...

Pernah seorang ahli geologist meramalkan Miri,Port Dickson bakal ditenggelami air 50 tahun akan datang.Ramalan berdasarkan hujahnya yang menyatakan kerana kawasan ini di bawah aras kedudukan rendah.Sedangkan jika dilihat dalam keduduk peta dunia,kawasan yang paling rendah adalah terletak di Swiss tidak pernah mengalami banjir(jika saya tidak silap)semua nya atas kekuasaan ALLAH,ALLAH itu maha mengetahui dan maha berkuasa-yang pernah diungkap oleh (Allahyarham Abng Azroll)

1:48 AM  

Post a Comment

<< Home

Ukhwah.com :: Top Blog