Bumi Yang Sfera
BUMI YANG SFERA
Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
Celakalah Cristopher Columbus, celakah ahli geografi, celakalah ahli sains moden! Disebabkan orang-orang seperti mereka, bumi yang selama ini disangkakan leper, kemudiannya terbukti berbentuk sfera. Kenapa mereka sibuk mahu membuktikan bentuk sebenar bumi sebagai sfera, sedang umum masyarakat seluruhnya merasakan bahkan meyakini bahawa bumi ini berbentuk leper? Ini pandangan (baca: pembuktian) yang menyanggahi arus! Ini hujah yang menimbulkan huru-hara dan porak-peranda mayarakat!
Celakalah ilmu sains dan teknologi kini yang tak henti-henti meminta pembuktian dalam memegang sesuatu teori. Kenapa anda tidak biarkan saja masyarakat berpegang kepada tradisi, dan kepercayaan yang diwarisi turun-temurun? Jika bumi tidak leper pun, sekurang-kurangnya, ia “kesalahan yang baik” (bid’ah hasanah)?
Untuk apa anda sibuk mahu bersikap professional, melakukan pekerjaan yang berkualit, membuktikan sesuatu kenyataan dengan pembuktian dan fakta, bukankah semua itu menyusahkan dan menyulitkan umat? Tidak bolehkah anda menjadi seperti agama, yang bersifat kolot dan ta’sub, tanpa langsung bisa disesuaikan dengan zaman? Ini belajat sains mahu berfakta, belajar engineering mahu pengiraan, belajar matematik mahu pembuktian… aduh… rimaslah!
Adakah anda, wahai ahli sains, lebih bijak daripada tok nenek moyang kita, yang lebih dahulu menghuni muka bumi ini? Tentu mereka lebih tahu bentuk muka bumi ini berbanding anda, maka patuh dan terima sajalah kenyataan ini!
Maka, kita tegur Imam Syafi’e kerana mengatakan “apabila ada hadith yang shahih, maka itulah mazhabku!” Kita marah Imam Syafi’e kerana mengatakan “jika ada pendapatku yang bertentangan dengan hadith yang shahih, maka campakkkanlah pendapat aku ke dinding.” Hoi Imam Syafi’e! Engkau tahu tak kita wajib ikut mazhab engkau aje! Yang engkau dok sibuk nak suruh orang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah sebab apa! Kita wajib ikut satu mazhab aje, engkau tahu tak! Bersyukurlah kita orang nak ikut mazhab engkau aje, yang engkau dok suruh ikut al-Quran hadith sebab apa?
Aku dah bosan la dengan sistem pendidikan Negara kita. Ada ke patut anak aku diminta membuktikan jawapan dia dalam soalan pereksa matematik. Ternyata syitem pendidikan hari ni dok sibuk nak bagi orang faham, bukan sekadar menghafal atau mengikut membabi buta mahupun membabi celik semata-mata. Macamlah depa pandai sangat, nak suruh orang bukti-buktikan jawapan kononnya!
Maka nasihat aku pada para pengeluat handset, tok sah la sibuk nak mencanggih-canggihkan design telepon korang tu. Guna la balik bentuk asal handset yang besar bak botol air, apa korang lagi bijak dari Alexander Graham Bell ke?
Juga pada angkasawan-angkawan dan kapal-kapal angkasa yang dok tangkap gambar bumi sampai ternyata bentuk bumi ni sfera, fakta-fakta macam tu orang tak suka. Engkau diam-diam saja sudahlah! Biarkan manusia tak sedar bahawa bentuk bumi ni bulat, macam gak manusia tak sedar bahawa orang-orang Kafir dok hentam, bunuh, rogol umat Islam serata dunia.
Agama ni harus seperti yang diamalkan dahulu iaitu tatkala kereta takde lagi, kapal terbang takde lagi, internet takde lagi. Seperti anda hidup di tengah padang pasir. Kalau orang Eskimo tak sesuai, lantak dialah. Eh, tapi Islam sesuai untuk semua zaman dan keadaan kan? Ahh… lupakan itu semua, hang ikut aje cakap tok nenek moyang kita!
Maka sekali lagi aku ingatkan, jangan dok pandai-pandai nak bagi tahu orang bumi ni bentuk sebenarnya sfera! Anda hanya memecah-belahkan masyarakat sahaja. Selagi kita berjalan nampak bumi ni rata, maka terima sajalah bahawa bumi ni leper. Noktah.
4 Comments:
haha..memeng tepat sungguh sindiran antum
stop sindir menyindir...
sopan sket...
pembuktian adalah penting bro..
ianya sangat bermakna bg golongan yg BERFIKIR...
berIMAN ialah satu perkara..
memberi kekuatan kpd Yg blm beriman adalah satu prkara lain...
anda sibuk dgn term da'wah...
tp mind anda banyak lagi prlu d btolkan...huh (maaf kasar)
sbb jiwa anda nmpaknya lebih kasar!
x sesuaiii..
JazakaLLAH khairan di atas semua teguran dan kritikan
Selepas bermuhasabah balik, ternyata benar bahawa dalam artikel ini ana agak "berkasar". Itulah kesilapan manusiawi di dalam da'wah, dan itulah proses pembalajaran kita utk menjadi lebih baik
Pada mulanya ana ingin mencabut balik artikel ini, tapi biarlah, sebagai kenang2an dlm melakukan kesilapan ketika berda'wah
Terima kasih atas maklumat menarik
Post a Comment
<< Home